Dari Teratak Maklang ~ 2007

Sunday, September 10, 2006

Seronok

Seronok…memang seronok kalau dapat keluar Kampong Baru ni. Anak2 seronok, mak anak seronok dan bapak anak pun seronok. Mak anak seronok sebab dapat jenjalan dan melawat sedara mara yang dah lama tak dikunjungi tu, anak2 seronok sebab boleh gak pergi makan2 macam Burger King tu dan dapat ponteng sekolah. Bapak anak pulak tak tau pulak ye sebab dia ke KL tu pun kena kerja. Kesian dia…masa dia tengah kerja, anak isteri dia pergi joli meng’shopping’ dan makan2.



Percutian kami yang lepas ni memang seronok. Cuma masa aje yang agak terhad. Kami tiba di KL lebihkurang pukul 10.30 malam. Bertolak dari Kerteh pukul 6:33pm, lepas Maya pulang dari sekolah. Perjalanan was smooth. Hujan turun dengna lebatnya masa kami di Hiway Kuantan Karak. Cik Abang drive seorang aje. Lega jugak sebab anak2 semua dah keslumberland. Sebelum tu bising jugak sebab melayan anak2 makan. Kami bawa bekal ayam goring, mee goring dan sikit nasi. Maklang dan Nadhirah puasa hari tu. Yelah hari terakhir puasa kada’. Kecoh jugak sebab kita sibuk nak buka dia pun sibuk nak makan. Nak2 si Macho tu. Cik Abang pulak maklang yang suap dia makan. Malas nak berhenti makan sebab nanti lewat tiba.



Sesampai di KL, kami tinggalkan Bibik di rumah Arwah Pak Itam di BD sebab Bibik yang dirumah tu memang kenalan Bibik masa di Jakarta dulu. Sekejap aje kami di situ, langsung kami ke hotel kami di KL Central. Siap2 check-in akhirnya kami tidur dekat pukl 12:30 pagi. Maya seronok sebab ni kali pertama dia tidur selambat itu (walhal tadi masa kat kereta tu, dia memang tidur memanjang!)



Besok pagi tu, lepas Cik Abang dah siap2 makan di hotel , dia belikan kami breakfast kat KL Central tu. Ada jugak bawa tuna dan roti dari rumah sebab anak2 ni kalau tak cukup makan kang lain pulak masaalahnya. Dalam pukul 9:00 pg tu anak2 sibuk nak ke simming pool. As usual Along yang temankan sebab maklang tengah sibuk nak tampal crystal kat tudung2 yang nak ship out hari Khamis tu. Ingatkan kejap aje nak siapkan, tapi sampai anak2 naik atas, barulah siap. Masa tu dah dekat pukul 11:00pagi. Selesai semuanya, kami bersiap nak ke Jalan TAR. Along tolong angkatkan kain2 Wan tu dalam bagpack dia dan sikit lagi maklang yang bawak. Tiba kat kedai tu, maklang pun mula memilih kain2. Kesian anak2 kenalah pulak tunggu mak dia memilih kain. Tau ajelah kalau nak pilih kain masa ada anak2 ni, kena cepat2. Si Macho dah mula resah sebab tak larat nak tunggu. Sibuk tagih janji nak bawak makan kat McD atau di KFC. Nasib baik kakak2 dia OK sebab mereka semua sibuk memilih untuk masing2. Angah aje entah berapa pasang. Terpaksalah mak membayar. Walhal baju Raya dah siap semuanya. Kalau dah dia mahu tu, tak beli kesian pulak. Along pun sama jugak!( Mak dia toksah cerita laaa..mesti ada jugak!). Keluar dari situ kami ke Princess nak tengok selipar Maya, tapi harga mahal2. Kensel, lepas tu kekedai riben pulak cari manik dan renda. Hakim dah bising, langsung lintas jalan dan pergi A&W. Sampai situ mulanya dia OK, lepas tu nampak berus gigi bear tu dia nak pulak. Sebelum tu kat kedai Riben tu dia mintak jam!. Lepas makan baru dia lega. Masuk kedai bata, dapat belikan selipar untuk Maya. Then mak pun masuk lah kat Euro Moda….oh syurga kain. Kalau OO minat nak beli Viscose, this is the place. Tengah offer , 3.5 m for 128 tapi kalau ambik 2 pasang, harga jadi 200. Oklah tu. Tapi ni yang ada batu2 tu. Yang biasa harga dia dalam 36/m. Pergilah OO, best…pasti seronok!. Then ke Gulatis pulak, tengok Viscose jugak, memang tergoda punya. Anak2 dah ditinggal kat Minerva sebelah tu. Along jaga. Sat aje kat situ dia dah call, kata nak gi kat Maklang. Then we walked bacak to kedai tudung kat Jalan Bunus tu. Selesai beli tudung, kami singgah kat Nagoya, beli kain untuk nak buat telekong. Then balik semula kat kedai kain yang memula tu sebab kami tinggalkan kain kat situ. Kesian bebudak tu. Dari situ baru ambik taxi balik ke KL Central. Anak2 bising…PENAT!!!! Rancang2 nak gi simming, tapi Maya, masuk aje dah terus terbongkang! Penat sangatlah tu! Sian dia. Along pun komplen kata, nak patah dah tulang dia dok angkat barang2. Thank you Along and Angah…for helping mak…


Petang tu Alang and Ucop datang. Ucop seronok dapat naik LRT. Malam tu lepas Maghrib, kami pergi makan kat Restoran kat PJ. Pukul 11:00 mlm baru balik hotel. Anak2 nampak happy…



Hari Jumaat tu anak2 tak simming lagi. Penatlah tu. Maklang sempat jugak jahit manik2 kat tudung dan telekong tu sementara nak tunggu anak2 bangun. Pukul 11:30 pagi kami keluar . Anak2 seronok sangat nak naik LRT. Agaknya sebab lama dah tak naik LRT. Hakim dan Maya, senyum aje. Nasib baik ada seat. Tiba di KLCC, Mak Enon dah tunggu. Macam2 Mak Enon bawak. Ada kek lah, ada karipap laa.. Manalah semuanya tak tembam! Asal jumpa ada aje makanan! Selesai sessi peluk2 cium2, kami ke Kinokunuya. Ni dah lama Along target. Selagi tak dapat buku yang dia nak selagi tu dia tak senang hati. So, borong buku lah hari tu. Maya beli 4 buah, Hakim 3, Angah 1 dan Along 2. Kalau tak control tu mau ghebeh poket. Lepas tu gi food court makan popia basah tu. Sedap jugak. Then kami ke ofiice Mak Enon yang terletak kat depan KL Convention Center. Jumpa jugaklah 2-3 orang kawan kami. Mereka dulu pun di Kerteh. Seronok betul. Rindu time2 mereka kat Kerteh dulu!.



Lepas tu, kami jalan balik ke KLCC. Anak2 nak makan Burger King. Maklang pun dah ada date dengan my senior kat US dulu. Dia kerja kat KLCC. Dia belanja budak2 tu makan burger king. Along pun sempat beli sushi kat Cold Storage sebelah tu. Lepas tu kami ambik LRT pulak nak ke Masjid Jamek. Penuh betul LRT. Suruh si Hakim and Maya peluk aje maklang sebab takut jatuh. Mulanya ingatkan malas nak berhenti kat situ, tapi bila piker kain2 untuk hadiah tu masih tak cukup, kami pun berenti kat Masjid Jamek. Kesian anak2. Kena jalan pulak ke kedai kain tu lagi. Sekejap aje kat situ dan kami jalan balik ke LRT Station. Anak2 nak naik LRT. Seronok kata Hakim. Penuh sesak LRT tu. Mereka berdua terpaksa berdiri sebentar. Nasib baik ada orang turun,dapatlah dia orang duduk. Maklang rasa seronok sangat bawak anak2 jalan. Tapi letihlah sebab kena jalan ikut pace dia orang. Kalau sendiri boleh laju2. Petang tu ingatkan nak simming lagi, tapi hujan lebat. Nasib baik. Lagi pun anak2 tu dah tawar hati nak mandi kolam lagi sebab Hakim kata dia dah kencing kat kolam tu. Patut pun semalam tu cepat aja mintak nak naik ke bilik, rupa2nya dia dah ‘melepas’ dulu!



Kami bertolak ke rumah Pak dan Mak Teh dalam pukul 6:30pm. As usual, kalau ada makan, mak Teh mesti masak macam2. Mana nak makan satay, pizza lagi. Ada pulak ikan terubok bakar yang letak pepes dalam dia, ada sup sayur, ikan masin berlada dan ada jugak ikan merah masak lemak. Kembonglah perut!. Lepas tu pudding jagung yang sedap tu pulak! Surrender betul...



Anak2 tinggal kat rumah Pak and Mak Teh. Hakim confident gila. Maklang tanya dia banyak kali, betul ke boleh tinggal. Dia kat OK. Hakim tak nangis. So, kami pun baliklah ke hotel dalam pukul 10:30 malam tu. Balik tu tidur terus. Sekali dalam pukul 12:45malam, Mak Teh call kat si Macho tu nangis, “nak Mak” Kesian mereka, kena hantar pulak si Macho yang tak berapa macho tu. Rupa2nya si Maya pun sama ikut balik. Sorrylah Pak and Mak Teh...susahkan awak aje.



Semalam kami bertolak balik ke Kerteh. Tiba kat rumah lebih kurang pukul 5:30ptg. Sebelum tu kami singgah makan kat Giant Kuantan dan singgah kat rumah Datok nak solat.



Seronok memang seronok kalau bercuti nih...Pagi tadi masa nak bangun lesu sungguh badan, tapi ni dah OK, Alhamdulillah...



Untuk Pak Teh and Mak Teh...Thank you for everything!

Untuk Alang….I nak sepasang viscose lagi...he..he…Nanti bawak sini eh minggu depang! And thanks for the makan and hadiah buat anak2. Hope to see you here soon!!!



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

13 Comments:

At Sunday, September 10, 2006 4:42:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Seronok kan bershopping? Kain viscose kain ape?sorry lah tentang kain2 ni tak pandai most of the time my sisters belikan sebagai hadiah untuk raya tak pernah beli sendiri selain dari thai silk or indian silk...tahun ni dapat organza dua pasang and juga opal???? Kesian child labour terok kena angkut kain2 mak die beli....haha...oh kat kerteh takde fast food eh..

 
At Sunday, September 10, 2006 5:23:00 PM, Blogger maklang said...

Kak Elle:

Child labour apa tu...kita kena upah lagi...terok pulak tu kena upah dia. Macam2 mahu.

Kat sini ada Fast food, KFC dan Pizza dan MCD tapi Burger King tak dork!

Viscose tu macam cotton sikit. Sedap pakai. Opal tu kain dia kena lining, ada jugak beli sepasang... Thai dan Indian silk ni memang cantek, tapi malasnya kalau kena dry clean. Lepas tu harga mahal sangat....Gigit jari jelaa...

 
At Sunday, September 10, 2006 5:57:00 PM, Blogger Mama Rock said...

seronoknya baca mak lang punya expedition kat kl. kelakar la si macho yang tak macho tu :)

 
At Sunday, September 10, 2006 8:56:00 PM, Blogger UglyButAdorable said...

amboiii..sakan nampak...tak call pun...:)

 
At Monday, September 11, 2006 1:26:00 AM, Blogger simah said...

bagus mak lang buli anak anak heheheh..bertuah mak lang ada anak boleh harap bawak barang..kira sayang betul la depa kat mak lang..

syok betul baca entry ni... shopping betul semua :0)

 
At Monday, September 11, 2006 7:09:00 AM, Blogger maklang said...

mamarock:

Macho tu memang macho...tapi yang tak tahan tu bila dia mengamuk nak benda2...kalau boleh semua dia nak dan kita kena pandai2 lah bagi reason yang dia nak tu tak perlu unutk dia...


UBA:

Nak call jugak tapi takut ganggu...next time InsyaAllah. Lagipun rasa salah sebab tak dapat nak bawak risolle!

Simah:

Anak mana tak sayang mak...pulak mak yang selalu kena buli dengan anak2...terbalik kalau simah kata mak buli anak tu...


Memang shopping sakan...lama dah terpendam.

 
At Monday, September 11, 2006 9:48:00 AM, Anonymous Anonymous said...

whoaaaa...ni kira jalan dan shopping sakan ni!

viscose ya? nanti kita gi carik ;-)

ikan terubuk bakar.....sodap tuuuu...

 
At Monday, September 11, 2006 11:46:00 AM, Anonymous Anonymous said...

Yang tak boleh lupatu si Maya. Ceewah masa pujuk adik dia.Macam ye ye aje nak tinggal,bila kita kata kita nak hantar hakim.Cepat -2 kata nak ikut balik hotel.Maya dan hakim belum biasa lagitu.

 
At Monday, September 11, 2006 12:40:00 PM, Blogger aNIe said...

Wah!! Maklang dah mula shopping raya ke?...Mesti seronok bawa anak2 pegi jenjalan...lebih2 lagi dpt shopping mopping...ehhehehe

 
At Monday, September 11, 2006 3:48:00 PM, Anonymous Anonymous said...

waahhh... seronoknya mengangkut barang di TAR. esok2 saya nak offer diri temankan maklang shopping lah. seronok tgk orang shopping.

 
At Monday, September 11, 2006 4:38:00 PM, Blogger Queen Of The House said...

Amboi Maklang, seronok sungguh bercuti & bershopping. Baju raya semua dah habis beli ke?

Kesian juga dengan Hakim yang macho tak macho tu. Agaknya tentu lepas kena tinggal, dia rasa hiba, sebab tu dia nangis. Lama-lama bila dah biasa, alright lah tu.

 
At Monday, September 11, 2006 7:18:00 PM, Anonymous Anonymous said...

erm...memang ler sronok shopping... sampai along sakit kaki, demam selsema da nih!! Nanti gi KL, makteh buat sushi ngan miso sup lak eh? ngan puding arituh...x puas makan, faezin ngap semue!!

p.s: fiq, nanti tolong emailkan fanfic the unlucky kuchiki tuh. lupe nak masokkan dalam thumbdrive. plus mp3 punye half tuh ade dalam beg ler...

 
At Monday, September 11, 2006 10:35:00 PM, Blogger maklang said...

OO:

Terubuk bakar memang sedap...nak resepi tanya pakar tukang masak, Sis EZ.

EZ:

Maya tu agaknya nak tunjuk terror, tapi bila adek dia nak balik terus dia lemah...

Kak Lady:

Shopping je tak kuasa pulak nak mop KL tu...

Mamasrah:

Boleh jugak tolong angkat barang, tapi tak payah upah OK ka?

QOTH:

Hakim tu mana2 pun nak mak aje...entah bila nak boleh independent. Tapi mak dia pun sebenarnya tak boleh kalau Hakim tak ada...he..he...

Baju Raya ala kadar aje. Baju anak2 dah nak habis jahit dah...Lega!

Dhirah:

Ni untuk mak teh yang jawab! Mintak le resepi dia..

 

Post a Comment

<< Home