Dari Teratak Maklang ~ 2007

Wednesday, September 06, 2006

Teruja...

Apa nak jadi tak tahu. Pergi sana pergi sini semua orang cerita pasal makan. Dahlah hamba ni berpuasa. Masuk kat blog pun orang cerita pasal makan. Kat Blog OO cerita pasal pudding Auntie EZ yang nampak menggoda tu (harap2 kalau gi sana dapat lah rasa...oh....sedapnya! dah terasa-rasa kat tekak yang kering ni!) dan kat blog Si TJ gambar nasi lemak pulak. Berbunyi perut den!



Alhamdulillah dan InsyaAllah hari ini hari last nak mengganti. Dah 2-3 hari puasa ni taklah rasa letih sangat. Biasa2 aja. Cuma tekak kering sikit sebab hari ni cuaca panas betul. Kalau semalam, petang2 tu hujan dan sejuklah sikit rasa. Hari ni nampak macam tak ada nak hujan pun! Nasib baik petang ni dah tak payah masak. Dah pesan Bibik untuk buat meehoon goreng dan goring ayam rempah dan buat telor masak kicap. Jadilah untuk berbuka puasa. Cik Abang punya rojak pun masih ada kat fridge. Dia for sure makan rojak tu sampai licin. Memanglah feberet dia.


Kami anak beranak tengah excited sangat. Bukan ebab tsunami nak melanda ( Pak Teh and Mak Teh…for your info. Je), tapi sebab petang semalam masa Cik Abang balik dari office dia mengkhabarkan suatu berita yang membuatkan kami teruja…(first time guna word ni. BAru tahu makna dia 2-3 bulan yang lepas!)


“Assalamualaikum”, sapa Cik Abang. Maklang masa tu tengah potong2 bawang dll untuk nak buat nasi paprik tu.


Lepas tu dia tunjukkan cenderahati yang dia dapat dari symposium tu. “ Tengok ha, apa Abang dapat”. Macam2ada. Ada beg, ada keychain ada paper weight dan entah apa satu lagi. Dia kata nak bagi kat anak2.

“ Abang kena gi KL. Ada meeting hari Khamis dan Jumaat”

“Oh!”. Biasa dah dengar ni. Memang selalu jugak dia keluar. So, buat tak kisah aje. Baru 2-3 malam lepas tanya kalau dia ada nak ke KL sebab nak mintak tolong beli bahan2 jahitan dan tudung.

“Jom ikut!Abang meeting 2 hari pagi sampai petang. Kita baik hari Sabtu. Boleh duduk 3 malam kat sana”

Lama jugak senyap sebab dok pikir kerja kat office. Last2...
“Emmmm..jomlah. Anak2 pun habis periksa hari Rabu. So, Khamis tu montenglaa…”


“Iye laaa....”


“OK”. Seronok nya rasa after dah dekat lebih 4 bulan tak ke KL. Best sebab dapat jugaklah nak melawat sedara mara kat kedai riben tu, kat Kamdar dan Nagoya. Dapatlah nak beli2 manik, kain2 tudung dan renda2. Kat sana banyak pilihan dan InsyaAllah bolehlah cantekkan lagi telekong dan tudung2 maklang tu…


Tiba2 teringat...”Eh..besok Rabukan… Laaa kena packing lah malam ni sebab petang besok dah nak bertolak!”



So, malam tadi sibuk lah mempack barang2. Yang tak bestnya 3 harilah tak dapat nak jengok blog sebab kat tempat kami akan tinggal ni , kalau nak guna internet kena bayar! Dulu2 free, so, tak de chancelaa....




Tak larat nak tulis panjang2. Tak ada cerita. Nanti kalau ada cerita maklang merepek lagi…Have a nice weekend all…Kita jumpa lagi, InsyaAllah..


Untuk Auntie EZ dan Uncle TJ: Yang dipesan2 kat atas tu jangan tak buat nanti ye

p/s: kalau ade salah lagi, jangan marah... along check tadi tak nampak salah...sekarang along tengah kehausan jadi bile tengok skrin komputer nih nampak air sirap yang sejuuk sangat...


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi

15 Comments:

At Wednesday, September 06, 2006 8:26:00 PM, Anonymous Anonymous said...

nak gi KL?best nya .....package sampai nanti ade yg menerima tak?

 
At Thursday, September 07, 2006 12:40:00 AM, Anonymous Anonymous said...

hai berapa banyak maniklah nak letak kat tudung tu dah...

ini boleh kalah ct punya manik kat baju pengantin dia. he3x....

have a nice travel....

sebelum tu.. monteng sokmo!!!

 
At Thursday, September 07, 2006 12:50:00 AM, Anonymous Anonymous said...

bukan lupa nak letak nama.. tapi server out of service...

 
At Thursday, September 07, 2006 12:52:00 AM, Anonymous Anonymous said...

daun pandan nii..

 
At Thursday, September 07, 2006 4:36:00 AM, Blogger simah said...

laaa rindu la nak dengar celoteh mak lang 3 hari... enjoy ur stay kat kl!. ..:0)

 
At Thursday, September 07, 2006 9:16:00 AM, Anonymous Anonymous said...

nak kasi chef makanni ketar lutut den..hehehe Bahagia sedara mara kat KL dapat kunjungan MAk lang. hehehe

 
At Thursday, September 07, 2006 10:27:00 AM, Blogger Izhal said...

sebut2 pasal packing ni, saya pun nak packing le juga...

 
At Thursday, September 07, 2006 2:23:00 PM, Blogger Mama Rock said...

kirim salam kat sedara-mara kat sin yin, ssf. and lain2 kedai reben la...hehehe :)
have fun!

 
At Thursday, September 07, 2006 10:42:00 PM, Blogger zino said...

maknanya ada di KL le sekarang ni ya.. selamat bercuti..

 
At Friday, September 08, 2006 3:14:00 PM, Blogger aNIe said...

Maklang ade sini ke? Datang KL senyap2 aje ye...hehehhe

 
At Saturday, September 09, 2006 10:56:00 AM, Blogger anggerik merah said...

Mak lang, Enjoy the trip to KL.

 
At Saturday, September 09, 2006 4:19:00 PM, Blogger Idham said...

selamat meng enjoy KL...wa selalu gak mak lang ke KL ye..:)

sempat ka shopping for Hari Raya?

--

Idham

 
At Saturday, September 09, 2006 6:50:00 PM, Blogger Kaklong Syikin said...

Salam,

harap2nya maklang sekeluarga dah pulang dengan selamat :D

 
At Sunday, September 10, 2006 7:07:00 AM, Blogger maklang said...

Kak Elle:

Package belom sampai. Today, InsyaAllah...

DP:

Manik tu sikit2 je laa...CT tu dah terlampau berat baju dia, kalau telekong banyak camtu, payah le tak sujud nanti.


Simah:

Tak sangka pulak ada yang nak rindu kat Maklang...Enjoyed my stay...


EZ:

Thanks for the makan. Sorry le top treoble u and Jo sebab kena hantar my kids tengah2 malam tu...


Izhal:

So...dah siap packing?


Mamarock:

Maklang gi kedai riben je. SSf dan Sin Yin tak pergi, tak ada keperluan!


Zino:

Masa Zino tulis tu memang maklang diKL tapi ni dah di Kerteh!

Kak Lady:

Gi KL memang kena senyap2...takut kena serbu ngan peminat2...he..he...

AM:

TQ

ID:

Oh...ni bukan shopping Raya, Shopping Raya dah siap. Ni shop unutk kenduri kawin end of the year!

Syikin:

TQ

 
At Sunday, September 10, 2006 10:59:00 AM, Anonymous Anonymous said...

wah sg to kerteh pun sampai kat seminggu....yah mungkin it was late when I registered it so next working day baru kira day one and kerteh also friday off.....sampai agak hari ni...hopefully the children happy with them asal tak gaduh berebut....hahaha.....macho no choice tu yg ade for him hopefully it fits .... do wash first pasal dah lama in the luggage.

 

Post a Comment

<< Home