Sedih
Hari ni pagi tadi, dah rasa sedih. Badan letih satu macam. Anak2 pun macam tak sihat. Kak long pepagi dah datang kat maklang dengan muka sedih, tak mau gi sekolah. Maklang kata kat dia, maklang pun rasa tak sedap. Biasanya pukul 5:00 tu dah boleh nak bangkit, tapi tadi lepas telan ubat baring semula dan bangun dalam 6:15pg, mandi dan solat. Lepas tu terus aje kebilik jahit, nak habiskan jahitan yang sikit lagi tu. Sambil mesin tu sulam, maklang cuba nak tampal batu kat tudung tu, entah macamana termakan pulak dek iron tu. Frust sangat tengok. Tapi tak apalagi, masih boleh betulkan cuma kena kurangkan harga lah sikit. Then mesin sulam tu timpa pulak kat bunga yang kat sebelah dia. Satu kerja nak bukak jahitan dia.
Anak2, si Akim dan Maya, mogok tak mo ke sekolah. Last2 memang tak gi pun. Penat agaknya. Maklang kalau ikut hati memang nak MC je. Tapi entah, tak sampai hati pulak. Last2 pergi jugak. Kat office, kerja tak banyak, so kalau MC pun tak lah menjadi masaalah. Cik Abang and Angah aje steady hari ni.
Tadi dah courier dah kain tudung yang maklang jahit tu ke Alang. Ada yang dah siap dibersihkan dan ada yang belum. Tu Alang kena tolonglah. InsyaAllah kalau Alang dapat jualkan, dapatlah sikit duit kocek untuk Raya, InsyaAllah.
Petang ni buka, ingatkan nak buat bubur nasi aje. Makan dengan ikan bilis goring berlada dan chaipo dan kicap dan kacang. Ni Cik Abang punya menu. Lepas tu, kalau rajin nak buat macaroni sup. Semalam jiran depan rumah tu bagi sup kuey teow semangkok, Aduh.........Sedapnya. Tak cukop rasanya. Tu yang tengah berangan nak buat ni. Nak letak ayam dan sayur sikit. Makan dengan bawang goring dan sos cili padi. Seeeedaaaaaap...............InsyaAllah.
Oklah, nanti cerita lagi. Selamat berbuka..
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
11 Comments:
sup kuey teow.. nak buat jugak lah camni!!
How's everybody now? Hope everyone dah dapat energy balik lepas berbuka.Terliur baca macroni soup....slurrppppppp best lah........
aduh frustnya
sabar ya mak lang.
agaknya otak letih tu yang menampal manik pun tak berapa nak jadik kot tu...mesin pun dah 'letih' sama ikut macam tuan dia..hhehehe...
salam,
hmm..macam2 hal pulak yg berlaku..tak sihat, tudung dijahit bermasalah..uji kesabaran sikit.
tq atas tazkirah ttg kedahsyatan siksa di alam kubur.
eh, saya ingat saya sorang aje rasa puasa tahun ni letih semacam..
Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak dari kami sekeluarga.
Sedapnya kuew teow sup :)
semalam saya buat kuey teow soup. hehehe. thanks mak lang!!!
lebih sedih lagi sebab ramahdan makin meninggalkan kita.. dah 11 hari berlalu.. kita dah pun masuk fasa kedua ramahdan. dimana semua pintu taubat di buka seluas2nya..
marilah kita mengambil kesempatan dengan tawaran yg di berikan ini..
Mamasarah:
Selamat memasak!
Kak Elle:
Alhamdulillah dah OK dah semuanya.
Lollies:
Kena banyak sabor nak jahit benda2 yang macam ni...
Onde:
Nak cepat macam tulaa...Nak menjahit sulam ni memang kena full concentration!
Syikin:
Tak apa sikit je...Sabor tu. Allah menguju kesabaran dibulan puasa nih..
Mar:
Thanks. Selamat berpuasa jugak buat Mar..
Mamasarah:
You are welcome. Sure sedap tu...
Zino:
Betul tu... Hari ni dah 12 hari dah. Kejap betul rasanya. Nak kena kejar nak khatamkan Quran. Sebab tu sambil menunggu mesin jahit sulam, sambil baca Quran. Sambil letak manik kat tudung, sambil selawat. InsyaAllah apa kerja yang dibuat diberkati. Bila lagi nak kejar offer pahala berganda ni. Tahun depan belum tahu jumpa ke tak!
Sama2lah kita menafaatkan bualan yang mulia ini.
maklang...len kali tak leh cakap pasal makan2 bulan pose ni...hehehe...terliur lah
kak...
baru nampak muka....lama tak dengar cerita. nanti nak cerita pasal makan lagilah ni...hi..hi...tapi hamba masih berpuasa...tak pe kaaaaannn
Post a Comment
<< Home