Dari Teratak Maklang ~ 2007

Thursday, September 28, 2006

Sos-sos

Hari ni kita cerita pasal makan pulak eh… Asyik cerita pasal kehidupan harian maklang dan keluarga ni, nanti boring pulak. Tapi yang pastinya semuanya sihat, Alhamdulillah, semuanya berpuasa dan semuanya nak mintak mak/ isteri dia masak macam2. Tapi hari ni maklang masukkan entry pasal sos2 kegemaran Cik Abang saya. Mana tahu ada yang nak cuba. Bulan2 posa ni selalu ketandusan idea kan dan InsyaAllah dengan adanya resepi ni bolehlah jugak nak tolong2 bagi idea.




Sos kicap dan tomato.


Sos ni kami pick-up masa gi Jakarta dulu. Kami pergi makan kat kedai Sunda dan dia hidangkan sos ni. Cik Abang tang sos ni kebanyakkan dia sukalah buat menambah selera yang memang selalunya berselera.Alhamdulillah….


Bahan2 :
1 bj tomato yang fresh dipotong dadu
1 biji bawang besar dipotong dadu
5-6 biji cili padi di potong kecil2 (ikut suka kalau nak pedas lagi tambahkan lada tu)
Kicap manis tapi paling sedap guna kicap Bango atau ABC, produk Indonesia


Semua bahan2 dicampurkan bila nak makan. Sebabnya kalau digaul awal2 nanti air dari bawang dan tomato tu akan menyebabkan sos tu cair sangat.

Sos ni sedap dimakan dengan tempe dan tauhu yang digoreng kosong.




Sos tauhu dan tempe lagi

Bahan2:

4 biji lada merah
10-15 biji cili padi
5 ulas bawang putih
6 biji bawang merah
Kicap Bango/ ABC atau Cap Kipas Udang yang manis.


Bahan2 diatas, dicuci dan digoreng dalam minyak yang panas selama 5-10 mins sehingga agak layu. Angkat dan toskan. Kemudian di blend dengan kicap Bango atau ABC. Kalau tak ada boleh guna kicap Cap Kipas udang tu. Tapi tambahkan lagi bawang putih dan bawang merah supaya pekat sedikit. Kicap tu quantity nya biar menutupi bahan2 tu bila dah masuk kat dalam blender tu. Agak2 dah boleh blendlaa. Kalau sikit sangat nanti blender tu tak mau pusing. Blend sampai bahan2 tu hancur.

Lupa pulak. Sos ni pun sedap makan dengan tauhu dan tempe. Perisa you…nak cecah dengan keropok pun sedap.



Sos Rojak India or rather Kuah Rojak India

Biasa tak makan rojak India? Macam biasalah Pak Lang kalau rojak2 ni memangle feberet dia. Nak buek camno. So terpaksalah maklang mintak resepi ni dari my late MIL. ( Moga2 rohnya dicucuri Rahmat....)


Bahan2:

2 cawan lada kering yang diblend
Air asam jawa 8 cawan. Jangan terlalu pekat nanti kuah tu masam pulak.

½ packet biskut marie yang diblend. Ni pun ikut kepekatan.
1 cawan kacang tanah yang digoreng dan diblend kasar
1 cawan gula merah dan sedikit gula putih. Yang ini kena adjust ikut kemanisan yang kita suka.



Mula2 masakkan lada dan air asam jawa sampai menggelegak. Lepas tu masukkan biskut marie tu. Hati2 ye, biskut marie tu seeloknya di gaul dengan air biasa dulu sampai sebati. Lepas tu baru masukkan dalam kuah yang mendidih tu. Masukkan gula merah dan gula putih mengikut rasa. Masakkan atas api kecil supaya tak hangus. Resepi memang garamless. Tapi kalau nak masin sikit, tambah le garam tu.

Sedap makan dengan cucur udang, cucur kelapa, kentang , telor, sotong celup tepung, sengkuang dan timun yang dihirs nipis. Kalau dah campur semua, jadilah Rojak India.


Sebenarnya ada sos2 lagi tapi malas lah nak taip. Jari ni pun puasa…so nanti rajin maklang masukkan lagi. Untuk Shireen, InsyaAllah ada masa, maklang letakkan resepi nasi ayam tu.



Selamat memasak.....



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

12 Comments:

At Thursday, September 28, 2006 10:43:00 AM, Blogger Mama Rock said...

amboi mak lang ni, pagi-pagi dah buat mama terfikir apa nak makan buka nanti...hahahah

 
At Thursday, September 28, 2006 10:45:00 AM, Blogger Kaklong Syikin said...

salam,

thanks maklang share resepi ni..:D

 
At Thursday, September 28, 2006 5:20:00 PM, Anonymous Anonymous said...

arigato!

tak sabar nak tunggu weekend, nak pergi beli bahan2 nak buat rojak mi+ayam.

 
At Thursday, September 28, 2006 9:18:00 PM, Anonymous Anonymous said...

thanx for info ..... must try one day :)

 
At Friday, September 29, 2006 12:30:00 AM, Blogger Ku Keng said...

Ramadhan Karim, Mak Lang dan Pak Lang. Semoga ibadah tahun ini lebih menyeronokan dan lebih berkualiti.

 
At Friday, September 29, 2006 6:17:00 AM, Blogger maklang said...

mama rock:

MEmang kena pikir pagi2 supaya petang nanti otak tak jem nak pikir nak masak apa...

Syikin:

U are welcome...

Mamasarah:

Kami dah weekend dah...Bestnya boleh relax sikit. Mee ayam tu macamana nal masak?

Kak Elle:

Welcome...should try tu...


Ku Keng:

Sema2lah kita menghidupkan bulan yang mulia ini, InsyaAllah....

 
At Friday, September 29, 2006 9:37:00 PM, Anonymous Anonymous said...

maklang malu je tanya camtu!

ala rojak mi yang ada ayam tu. tapi saya nak guna resepi maklang. biskut marie boleh ganti dgn rich tea biscuit kan maklang?

 
At Friday, September 29, 2006 10:01:00 PM, Blogger maklang said...

mamasarah:

apasal lak malu. Maklang pun bukan tahu semua resepi. Main hentam aje bila masak!

Boleh kot. Rich tea biscuit pun maklang tak tahu apa. Tapi jangan biskut lemak sudah....

 
At Friday, September 29, 2006 10:37:00 PM, Blogger zino said...

mmm nak kena salin bagi dengan mem ni hehe

 
At Saturday, September 30, 2006 10:13:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Hi Maklang,

Terima Kasih sudi mengunjung blog saya tempoh hari.

Wow! Best juga recipe sos Maklang ni. I must say recipe sos Rojak India or rather Kuah Rojak India, ini rather unique with biskut Marie as an ingredient. Terror lah. I can feel dah how delicious is the sauce/sos, as biskut Marie tu would make it quite viscous and nice for dipping our delectable cucur udang galah...he he.

Thanks for your generosity in sharing. Selamat bersahur, dear.

 
At Sunday, October 01, 2006 12:57:00 AM, Blogger Idham said...

i waz here maklang....tolong tanda buku kehadiran ye...

:)

idham

 
At Monday, October 02, 2006 11:41:00 AM, Blogger noha chomel said...

hi mak lang,

tak ingat saya pernak meninggalkan jejak ke tak, but i've been ur silent reader :)

cuba mak lang try this sambal kicap, bole makan gak dgn tahu / tempe goreng, ayam goreng, pisang goreng, keropok pun bole

10 biji cili api
1 ulas bawang putih
gula
cuka / limau kasturi
kicap

cili dan bwg putih blend / tumbuk sampai lumat, masukkan gula. saya selalu guna perahan limau kasturi sebab cuka kadang2 buat pedih perut, pastu campur kicap, tak kisah la sebarang kicap, siap dah. bahan2 bole la dikurang atak tambah ikut sesedap rasa.

as i typed this, macam nak menitik air liur...heheh

 

Post a Comment

<< Home