Dari Teratak Maklang ~ 2007

Sunday, October 01, 2006

Ter'rajin'

Tahun ni puasa rasa letih sangat. Tak Tahu apapasal. Dah tua agaknya …tiap hari bila bangun dari tidur tu, rasa macam tak nak bangun aje. Badan letih sangat. Biasanya maklang tak makan sahur, Cuma minum air dan makan ubat aje. Perut tak boleh terima makanan pagi2 ni. Daripada makan lepas tu keluar balik, baiklah tak usah makan. Tak tahu kenapa, sejak lepas dapat Dhirah dulu, kalau sahur tak boleh makan nasi. Kalau makan nasi, masa mandi tu mesti dia keluar balik. Muntahlah segala2nya. Lepas tu cuba makan telor dengan roti. First few days OKlah, lepas tu jadi yang sama. Then try makan korma aje, lepas tu sama jugak. Last2 give up. Minum air kosong aje. InsyaAllah dapat jugak pahala bersahur tu….



Last weekend tak ada rasa berweekend pun. Sibuk betul (telekong dan tudung tak habis jahit lagi...Alhamdulillah permintaan masih ada tapi tak ambik dah as of semalam!). Nasib baik cik Abang volunteer nak masak. Steak2 yang dah kat dalam fridge hari tu dia bakar atas pan. Lepas tu dia prepare salad. Maklang tinggal buat mee goreng aje. Goreng 5 bungkus mee, dapatlah sedekah ke jiran2. Hari Jumaat tu ikut tekak Mayalah. Dia nak makan mee goreing. So, mee goreing it is. Yang lain ikut aje. Jiran depan rumah hantar cream caramel….sedap betul. Maklang pulak lama dah tak buat. Tu feberet Wan tu. Seronok tengok anak2 dan bapak anak makan. Sendiri pun seronok jugak makan. Nasib baik meal once a day, so bolehlah makan lebih sikit.


Semalam pulak hari leftovers. Leftovers leftovers jugak, tapi still ada ayam goreng and sayur goreng. Yang lain2 lauk dah 2-3 hari, belen2 lauk tu. Fridge dah penuh… Lepas tu ter’rajin’ pulak nak buat cucur bilis dan roti sardine celup telor. Kak Yah, teman sepejabat pulak hantar bubur lambuk, kuehsekaya dan onde2. Si Dhirah terlompat2 semacam masa bukak bekas2 kueh tu....gelihati pulak tengok. Macam budak kecik. Badan dah besar macam mak so..tu yang mak rasa pelik!


Maklang sempat jugak rebuskan sosej tu. Lepas tu buat kuah daging cincang dengan tomato. Ingatkan nak buatkan macam coney dog kat A&W tu, tapi tak jadi pulak sebab roti untuk sosej tu tak ada. Last2 makan macam tu aje, without the roti. Habis jugak...Alhamdulillah...


Semalam, Cik Abang pun sibuk sebab dia ter’rajin’ buatkan shelf untuk kat bawah dapur tu. Ingatkan dia buatkan rak buku aje kat atas, rupa2 dia buatkan jugak rak kat bawah dapur tu. Seronok tengok rak tu. Sebenarnya dah rancang 2-3 bulan lepas, tapi semalam baru jadi kenyataan. Thank you Bang....(tak boleh letak sayang, kang ter'syok' lak bulan2 posa nih!)


So, today dah kerja balik. Petang ni Dhirah request suruh masak nasi tanak. Tapi kena ikut spec Angah sebab Angah tak boleh makan udang dan sotong. Kalau ada yang minat nak makan nasik tanak, resepinya di bawah ni:



Nasi tanak ( resepi dari Mak Tok kat Air Hitam)


2 put beras basmathi/ beras biasa pun boleh
2 put air direbus dengan ayam untuk dijadikan stalk (air rebusan ayam guna tulang2 ayam-tapi kalau tak nak pun tak apa)
Sehelai daun pandan
10 ekor udang
4 ekor sotong dihiris
Sedikit ayam dipotong kecil2
Sedikit daging cincang
Sebungkus fish ball dibelah 2
Sedikit mixed vegetable
Sedikit kobis bunga dipotong kecil
Sedikit garam mengikut rasa


Bahan a:
2-3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia
2 biji lada merah
2 biji lada hijau


Sedikit minyak untuk menumis.


Caranya:

1. Bahan A dikisar halus. Panaskan minyak dan tumis bahan A hingga naik bau.

2. Masukkan ayam dan daging dan gaulkan. Masukkan sotong dan udang dan goring lagi.

3. Masukkan fish ball dan air dan daun pandan. Apabila menggelegak, masukkan beras. Apabila nasi sudah hamper masak, masukkan bunga kobis dan mixed vegetable.

4. Hidangkan dengan telor goring dan sambal kicap yang maklang letakkan dalam posting lepas, untuk perisa.

Selamat mencuba. (Resepi ni pun makalang bagi sebab ter’rajin’ nak menaip… Rasanya Sherin ada mintak pada bulan2 yang lepas…Kalau bukan, tak apalah , sape2 boleh cuba!)


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

9 Comments:

At Sunday, October 01, 2006 3:24:00 PM, Anonymous Anonymous said...

sape suwoh cakap yg orang terlompat2 tuh???

 
At Sunday, October 01, 2006 4:17:00 PM, Blogger simah said...

thanks 4 the recipe mak lang..boleh try resepi nasik ni...one day.. :0)

posa jangan tak posa... masak jangan tak masak mak lang :0)

 
At Sunday, October 01, 2006 10:16:00 PM, Anonymous Anonymous said...

ASM ML ingat takde masa nak berblog lagi.Bagus lah ML dapat banyak tempahan telekong and tudong.Wah PL ni pun serba bolih macam ML ye?Selalu nya kalau dapat juadah bulan ramadhan ni memang sedap and thank you for the recipe maybe will try it.Bila nak download gambar2 kat Perth?

 
At Monday, October 02, 2006 6:21:00 AM, Blogger maklang said...

Budak entah apekenama:

Memang gelihati tengok awak terlompat2. PELIK SUNGUH2!

Simah:

Sebenarmya seronok masak2 and tengok anak2 makan. Berselera betul...

Kak Elle:

InsyaAllah ada sikit masa unutk berehat!. PAklang memang suka bertukang, tapi mood dia sekali sekala je...Entahlah bila dia load gambar tu...Macam tak de harapan je. Maklang pun belum sempat tengok gambar2 tu lagi. I bz u....

 
At Monday, October 02, 2006 8:13:00 AM, Blogger zino said...

meriah nya bulan puasa ni.. macam2 juadah..

nasi tanah tu nak kena tanya mem le.. zino tak boleh nak komen tu hehe

 
At Monday, October 02, 2006 12:55:00 PM, Blogger Jo Kontan said...

Makan terkeluar, makan terkeluar,.

Ni macam bunyi ngandonng balik ajer Maklang.





Maklang Ngandong yek ? :-)

 
At Monday, October 02, 2006 1:21:00 PM, Blogger maklang said...

Id:

InsyaAllah sihat....kesihatan memang kena jaga...bak kata Cik Abang, nak pakai lama!*wink*


Zino:

Nasi tanak. Sedap. Feberet Along. Suruhlah Maam cuba.

Adek Jo:

Aha...ngandong le...apalagi kalau tak ngandong...

Tapi...tapi yang symptoms nya maklang yang dapat tapi perut Pak lang pulak yang membesar...

Takpelah balik Raya tengok le perut sape yang besar...Suspense nih...Kot2 awak nak dapat anak sedara sorang lagi. Boy pulak kot!...he..he...

 
At Monday, October 02, 2006 3:31:00 PM, Anonymous Anonymous said...

ye ke preggy nih?
whoaaaaa suspense ni ya...
lama dah tam mai jenguk..tak sempat nak jenguk blog sangat...kira mana sempat jelah..

bestnyer makan yang enak2 puasa ni...kami ni masak jerlah apa yang cepat..

 
At Monday, October 02, 2006 4:20:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Wah MakLang, good news nya!!!

Congrats :)

 

Post a Comment

<< Home