Pantun Raya
Sebenarnya Maklang malas nak menaip. Jumpa pantun ni yang kawan maklang hantar 3 tahun lepas. Dah lama nak masukkan tapi jauh sangat dengan nak Raya. Tapi bila nak masukkan ni, ramai pulak yang dah masukkan pantun... Takpelah kalau kata tiru pun...
Nak menaip bebanyak dah tak larat. Semuanya dah nak shutdown. Mesin kat rumah tu, 3-3 dah tutup. Mixer kat rumah tu petang ni dah nak tutup kot. Malas nya nak buat kek buah tu. Kena paksa jugak sebab Wan suka makan kek buah. Beg baju, InsyaAllah malam ni dah boleh siap kemas dan tutup. Blog ni tak tahu pulak bila nak tutup. Tapi kalau tutup pun sementara waktu je kot...
Oklah...selamat membaca pantun ni...
Pantun Raya Slang Negeri:
Kelantan....(untuk abe Id, OO, PB,dan yang lain2)
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita
Terengganu...(ni separa unutk maklang)
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile
Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin
Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie
Melaka... (untuk kak lady dan keluarga...)
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok
N. Sembilan...(untuk Nzn dan Zino)
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri (org kolumpo jgn kocik ati!!)
Selangor/K. Lumpur...Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu
Perak... ( untuk Dr nbb)
Gulei tempoyak ikan mayong
Deghoyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampei (udah leee)
Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau
Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq
Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
15 Comments:
tang kayu tang kayu maklang.
tang kayu sebab pantun yg mula mula tu buat orghe orghe klate..
pb pun nak ucapkan selamat hari raya posa.minta maaf kalau selama kita dok kenal dalam alam maya ni,pb pernah buat salah..
dah lama baca blog mak lang tapi masih dok confius , maklang ni trengganu, area mana? Kemaman ker?
selamat hari raya & maaf zahir bathin untuk maklang & keluarga.. Best pantun raya tu..
Ini orang Johor nak jawab ML,
Pegi pasor beli keledek,
Untuk membuat kuih keria,
Tak sabor nak jumpa mak,abah,adik-beradek,
Untuk ML sekeluarge, Selamat Menyambut Hari Raye.
p/s Kira bolehlah ML ye..
org negori nak baleh..
horei..dah dokek dak gayo
tapi balik nak naik apo?
penyamun pencuri pun balik yo..
kotupek lomang mano nak lupo..
padi bukit padi humo
bilo masak samo ke gaso?
kami balik tak leh lamo
lopeh tu alang nak ambik prikso
baby le yg paling beriyo2..
nak tengok abah e pasang pelito..
ni nak ucap selamat hari rayo
salah dan silap maaf di pinto
Mak Lang, nak pantun gak utk kami di perantauan...hihihi
Untuk singapore takde ke? Di sini ingin saya ambil kesempatan untuk mengucapkan khas untuk maklang sekeluarga SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN.Berhati hati bila pulang ke JB esok almaklum jln raya mesti sesak.
maklang jgn lupa sms or email me wan address in JB.
PB:
Maklang kat Kerteh le...tapi dalam daerah Kemaman jugak!
Sma2. Maaf zahir batin!
AM:
Selamat Haya Aidil Fitri unutk AM jugak. Take care!
Adah:
Samalah kita ni orang JB.dah sekolah mana dulu? Maklang SIGS.
Ada masa jemputlah ke rumah Mak kat Taman Sri Tebrau!
Zino;
Ketupak lomang meman sodap
Bila dimakan dengan ghondang
Mintak maap berhadap hadap
Walaupun jauh dari pandangan...
Tangan dihulur maaf dipinta
Dibulan mulia dihari Raya
Kalau nak duit Raya tak payah meminta
Bro Zino kan memang orang kaya...
Ha...kita berbalas pantun lak ni...Selamat hari Raya. Ghondang Nogori memang menjadi hidangna kami setiap tahun...InsyaAllah tahun ni pun!
Ajzie:
Maklang ni nak karang bahasa Jerman tak gheti! Yang ada tu pun cut and paste!
Kak Elle:
Kita orang awak orang
Tu aje yang maklang tahu
Kalau ada budi terhutang
Minta maaf aje yang mahu
Ok tak Kak Elle?
Selamat Hari Raya! InsyaAllah nanti maklang emailkan address Wan tu.
Mak Lang.. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin..
Pantun N9 tu macam best jer
"saya tak balik raya,
saya sedih tak terkira,
saya ucapkan selamat hari raya,
untuk maklang sekeluarga.."
maaf lahir batin..
mak lang... siap berpantun pulak yer. apa apa pun SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR & BATIN...
SIS,
thanx for the ucapan spcecial kat email siap power point lagik!
SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN!
Selamat hari raya & maaf zahir batin kepada maklang sekeluarga. Wah sedapnya pantun-pantun..
Sua angpau terketaq-ketaq
kalau tak bagi terasa malu
dari saya orang Aloq Starq
kepada Mak Lang di Terengganu
mai nak ucap mai nak habaq
SELAMAT HARI RAYA dari ku untuk mu
SALAM AIDILFITRI dan maaf zahir batin....
nzn...
Selamat Hari Raya Aidilfitri unutk nzn jugak...ni sure tengah bakar bunga api dah ni kat N9 tu...
Kirim salam kat makcik pakcik...
Mulan...
Tak balek Raya tak jadi hal
Ketupat rendang dah pandai masak...
Tak payah beli mahal2
Tak payah upah orang memasak
Hari Raya kita bermaafan
Dari teman yang jauh dimata
Semoga Mulan akan have fun
Semoga ceria dihari Raya...
Selamat Hari Raya adek Mulan...masak rendang tu, jangan tak masak!
Mar...
Nak dekat beraya ni memang ramai yang berpantun..
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin buat Mar sekeluarga..
Onde:
Special greetings unutk a special SIS, from a very special sis jugak...ha...ha...
nbb:
Ampun maaf dipinta, maklang pun tak tahu ikan mayong tu apa, maklumlah pantun cut and paste!
Sherin:
Selamat Hari raya unutk Sherin jugak...Maaf Zahir Batin..
QOTH:
Tak yah lah terketaq2 Queen...Maklang nak bagi RM2.00 je...
Selamat Hari Raya unutk QOTH dan KOTH and anak2...Moga ceria dihari raya..
Maaf zahir batin dari kami sekeluarga...
Post a Comment
<< Home