Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...
Dah tinggal 2 hari lagi aje puasa. Maklang rasanya khatam tak puasa sampai Rayalah agaknya.. Tapi mana tahukan , kot2 diberi rezeki untuk menutup puasa pulak tahun ni. Untung2 kot2 dapat jugak sembahyang Raya. Nasib baik Wan bagi Maklang semula telekong yang maklang buatkan untuk dia sebab telekong tu laboh sangat. Maklang bawak sendiri punya tapi belum habis nak jahit manik dia! Mana tahu rezeki nak sembahyang Raya dengan telekong baru, InsyaAllah...
Alhamdulillah kami dah tiba di JB sejak tengahari semalam. Bertolak dari Kerteh ke Kuantan hari Khamis petang dalam pukul 5:00pm. Maklang MC hari tu. Tak larat. Kaki semua lengoh. Maklumlah musim 'cuti' biasanya memang macam tu. Tapi lepas balik dari Dr. tu sempat gak pergi ambik barang kemas kat bank dan stop kat kedai emas kawan sat, Maya nak cincin. Tolakkan cincin masa dia baby dulu dapatlah RM 30. Lepas tu tengokkan pulak gelang pulak. Sukeeenya si Maya. Tapi gelang tu kena potong sebab besar sangat untuk tangan dia yang comei tu. Rezeki dia agaknya. Lagipun birthday dia yang lepas, tak ada belikan dia apa2. Nasib baik maklang jual kueh tahun ni, lepaslah duit gelang ngan cincin tu. Alhamdulillah...
Balik dari berbelanja tu maklang tidur aje. Pukul 2:00 baru kemas rumah, then masak. Baju2 semuanya dah dipackkan malam sebelumnya. Cik Abang balik pukul 4:30pm, kami siap2 dan terus bertolak.
Banyak betul kereta hari tu. Cik abang pun drive slow aje. Bebudak dalam kereta memekak aje. Maklang memang rasa tak sihat betul. Kena riba Hakim pulak tu. Kalau tak nanti dia dok bergaduh dengan kakak2 dia kat belakang tu. Maya bagus. Tidur aje. Sebab dapat gelang dan cincin baru, gamaknya.
Alhamdulillah, kami tiba Kuantan rumah Datok about 7:30pm. Buka pun dalam kereta. Tak sangka nak tiba lambat sangat. So, makan biskut ajelah buat buka tu. Tiba kat rumah Datok, maklang pun keluarkan lauk2 yang dibawa. Masak asam ikan parang, paprik udang dan sotong dan ikan Kaci goreng. Sedap aje tengok bebudak makan. Maklong masak tomyam.
Malam tu semuanya tidur awal. Especially maklang. Kalau tak rehat, mau jem lagi. Nak balik JB pulak.
Kami bertolak ke JB pukul 9:00pg semalam. Sepanjang perjalanan tu mata ni nak lelap aje. Budak2 Oklah, tapi ada gak yang gaduh. Hakim pulak tak berhenti bercakap. Naik pening kepala. Tiba JB pukul 2:30pm. Cik Abang berenti sembahyang Jumaat kat Simpang Renggam.
So, today ni sempat lah nak berhop2 dan berblog. Tapi rasanya ramai dah cuti blog kot.Anyway, pada sesape yang menyinggah...Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin dari Maklang, Paklang, Along, Angah, Maya dan Hakim...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
9 Comments:
Alhamdulillah Maklang sekeluarga selamat tiba ...
Selamat Hari Raya diucapkan untuk Maklang sekeluarga, maaf zahir dan batin :)
Salam Aidilfitri.
Maklang normal lah tu kalau berjalan jauh budak2 memekak sbb die org boring.Wah sakit2 sempat amik barang kemas ... haha...ntah lah ye semenjak my sis Ram buat accessories crystal and pearls etc kita org selalu pakai one set.Mas2 macam dah tak main.Kat sini kita semue pakai mas putih.
Kami akan jalan jauh hari raya kedua, insya Allah...
Selamat menyambut hari raya maklang sekeluarga :)
selamat hari raya
Selamat hari raya untuk maklang sekeluarga.
Maaf zahir batin...
Selamat Berhari Raya jugak dari kami. Rindunya nak raya di JB..Seronokan mlm raya disana. Mak Lang solat raya dimana? Masjid Pasir Pelangi atau di Sri Tebrau aje..
Salam
Ajzie
Maklang dan Paklang,
Salam dari saya dan selamat menyambut Syawal serta ampun maaf atas kesilapan dan kekasaran.
salam aidilfitri maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga
Bunga Rampai..
Alhamdulillah selamat sampai dan moga2 Aidilfitri tahun ni lebih bermakna, InsyaAllah...
Kak Elle:
Emas memang le teramat mahal. Bayangkan gelang Along masa dia umur 4-5 tahun dulu, sekarang harga dia dah 2/3 kali ganda!!
Mar:
Jalan jauh kemana tu agaknya???London, Paris ke China?
Mama Sarah:
Selamat Hari Raya. Masak apa tu?
Kak Nong:
Selamat Hari Raya, Maaf zahir batin
Ajzie:
Kami solat kat Surau Tebrau je!!
Ku Keng:
Sama2lah kita!
Simah:
Salam Aidilfitri jugak buat Simah sefamily!
Post a Comment
<< Home