Dari Teratak Maklang ~ 2007

Monday, October 16, 2006

Yeay...Raya dah dekat...

Dah dekat sangat dah ni…tak lama dah…Cuma tinggal 7 hari aje lagi berpuasa, dan InsyaAllah kita semua akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Untuk maklang sekeluarga, kami pun tak sabar2 nak pulang ke kampong. Kedai kueh, malam ni lastlah nak buat coklat tu. Kedai jahit macam kena operasi nampak nya. Mungkin sambung pulak kat JB. Kain Alang ada sehelai lagi nak dijahit dan baju Maya sepasang lagi belum siap. Yang lain2 InsyaAllah dah selesai semuanya. Untuk Datok di Kuantan, nanti Cik Abang akan pergi belikan baju kat Paka, untuk Atok, nanti belikan kat JB. InsyaAllah masih ada masa kat JB nanti.



Sekarang ni nak menyambut Raya dah tak macam dulu lagi. Maklang yang dah tua ni kenkadang teringin sangat nak tengok bebudak main bunga api ( sebenarnya, maklang pun teringin jugak nak main…tiba tahap nak sangat rasanya…terok dah orang tua nih…).Cik Abang memang melarang betul anak2 dia main bunga api. Apa nak buat…kenalah ikut. Tapi mana tahu kot2 Busu kat JB tu boleh belikan sebungkus dua bunga api untuk budak2. Memang nostalgia betul kalau ingat2 masa nak Raya kecik2 dulu.


Kalau dulu, masa nak balik kampong nenek kat Padang Sebang , Melaka, tu memang seronok. On the way nak gi sana mesti lalu kat kampung2. Kat Air Itam, kat Batu Pahat, Muar and so on. Kalau balik petang Raya tu yang seronok tu, boleh tengok pelita2 yang terpasang keliling rumah kampong. Bukan tu aje. Lampu kelap kelip tu berwarna warni…memang best. ( tapi rumah kami, tak berpelita, pasang lampu pagar aje…)


Lepas tu bila sampai kampong nenek, mesti sepupu2 maklang dah tiba. Maklang masa kecik dulu memang selalu kena buli dengan sepupu yang lelaki semua. Maklumlah maklang sorang perempuan yang sebaya. Montel pulak tu. Kalau abang2 sepupu tu main bunga api, kita pun sibuk samalah. Sekarang ni masing2 dah sendiri2. Tak rapat dah macam dulu. Tak syok. Sekali sekala jumpa, masing2 sibuk dengan anak2 masing. Sekali sekala hantar mail. Sms or talipon nak tanya kabar. Kalau ingat2 masa kecik2 dulu….rindunya rasa nak balik ke kampong nenek. Tapi apa nak buat, sekarang rumah nenek yang dah pun di beri pada arwah makngah tinggal terbiar tak berpenghuni…


Zaman sekarang ni Raya masih seronok, tapi tak semeriah dulu. Sekarang ni kalau Raya, especially first day Raya, maklang tak ke mana. Lepas balik solat tunggulah orang datang. Since Wan dan Atok dah tak balik kampong lagi, maka anak2 buah yang ramai kat JB tu akan bertandanglah ke rumah. Memang penatlah sebab maklang tukang layan tetamu. Siapkan ketupat, rendang, kueh muih etc. No more gi jenjalan kompol duit sen dalam poket. Anak2 pulak duduk aje kat rumah. ( Kalau dulu2 maklang pusing kampong, siap bawak handbag kecik nak letak duit 20 sen yang orang bagi…). Kadang2 first day Raya tu smapai ke malam melayan tetamu. Penat betul. Cik Abang duty dia is to buat air. Alhamdulillah ada jugak yang tolong.


Alang dan hubby, Busu dan Aunty Leen biasanya tengahari dah balik rumah sebelah sana. Pak Ngah biasanya Raya balik Pasir Mas. So, tinggallah kami anak beranak dengan Wan dan Atok.


Cerita pasal Raya ni memang tak habis....nanti cerita lagilah....


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

10 Comments:

At Monday, October 16, 2006 10:44:00 PM, Blogger Mulan said...

selamat beraya maklang, seronok dengar cerita balik raya. telan ayak liok je la. kami musapir beraya tempat orang lagi tahun ni.

tima kasey maklang bagi resipi rendang.. tapi tadak sukatan ke? saya ni bendul sikit tang2 masak lauk pauk.. anyway tq so much. murah rezeki maklang. tengok resipi pun dah terliok..

 
At Monday, October 16, 2006 10:48:00 PM, Blogger maklang said...

mulan:

Maklang kalau masak main agak2 je.

Kalau seekor ayam tu letak le 10 biji bwg merah, 4 ulas bawang putih, 1 inci halia, 1/2 inci kunyit, 2 helai daun kunyit, 4 batang serai, 4 sdb lada kering, 2 -3 biji santan kelapa yang pekat sebab kalau cair sangat nak kena masak lama and ayam hancur!.Letakkan sikit 5-6 bj cili padi ikut nak pedas mana, baru terangkat! Then kalau telebih sangat santan tu atau tercair , masakkan santan tu sampai pekat, baru masukkan ayam tu. Last sekali baru hiris daun kunyit tu dan masukkan. Asam keping pun masukkan last. Ok ka?

 
At Monday, October 16, 2006 10:51:00 PM, Blogger Kak Elle said...

best nya beraya balik kpg ... kita org bandar takde kpg.Musim2 raya ni budak2 lah yg enjoy sekali dapat duit collections....dulu masih kanak2 dapat 50cents tu dah besar skg kalau $4 kekadang die kata ini aje?????ishhhhhhhhhhh

 
At Tuesday, October 17, 2006 8:30:00 AM, Blogger Am just a gal said...

Mak Lang, last sat nzn main bunga api with my lovely nieces.. seronok sesangat, am the one yang over excited sebenarnya.. anak2 buah takut, Mak Ngah dia yang over.. but bila ingat masa kecil dulu.. raya memang ditunggu2... part of collecting duit raya tu yang best!! tapi now is time to give not collect anymore :P

 
At Tuesday, October 17, 2006 10:14:00 AM, Blogger Mama Rock said...

mak lang, mama dah leapas gian main bunga apai hari tu :)
btw, mak lang kat jb kat mana?

 
At Tuesday, October 17, 2006 10:39:00 AM, Blogger Idham said...

SELAMAT HARI RAYA MAKLANG...

bunga api tu...mcm berhantu kan ..saya pun suka main bunga api..heheheh...biar la org nak kata apa....saya main gak!

senyum selalu...

Idham

 
At Tuesday, October 17, 2006 1:33:00 PM, Blogger aNIe said...

Wah!! Maklang dah mood nak raya...Kak lady ni belum lagik...tapi semalam dah gi shopping untuk anak2 dengan cik abang...budak2 yang tak sabar nak raya...kak lady ni biasa aje...

Tapi kalau main bunga api tu...memang akak suka...kadang tumpang2 main bunga api untuk anak...hehehehe

 
At Tuesday, October 17, 2006 3:49:00 PM, Blogger simah said...

mak lang..main ja bunya api jangan tak main...main mcm kak lady tu hehe

Salam lembaran utk mak lang... maaf zahir batin... mesti raya ni mak lang masak banyak kan?

 
At Tuesday, October 17, 2006 9:03:00 PM, Blogger Mulan said...

timakasih maklang, timakasey.. maklang masak apa raya kali ni?

 
At Tuesday, October 17, 2006 11:15:00 PM, Blogger Ajzie said...

Seronok cerita raya kan..RIndu masa kecik2 dulu.. Jalan2 raya reramai dengan kawan keliling kampung. Mlm plak ada marhaban. Seronok betul.

 

Post a Comment

<< Home