Kedai Biskut Raya dah nak tutup...
Phewwww…Lega rasanya bila kedai biskut Raya tu dah boleh nak tutup! 2 hari berturut2 duduk kat dapur tu nak siapkan pesanan kengkawan. Semalam pun dah surrender. Buat almond London aje masih belum selesai. Malam ni kena habis coating kat dia. Besok ada kawan yang dah last day. Dan dia punya je ada 300 pieces. Yang Wan dan Alang punya dan sendiri punya nanti coatkan masa kat JB nanti. Lega betul rasanya dah siap semuanya… Alhamdulillah. Telekong ada sehelai lagi tak siap. Tu pun orang order last minute. Memang tak boleh siap sebab renda tu tak adalah. Nak buat macamana. Cik Abang dah ke Dungun carikan renda tu semalam, tapi tak ada stock. So, nak buat macamana.
Buat biskut ni pulangan dia Alhamdulillah. Tapi penatlah. Maklumlah assistant berangin. Selalunya buat sensorang. Macam pagi semalam, anak2 masih tidur lagi, maklang dah siap buat 2 adunan kueh. Tak ada yang buat satu adunan sebab ada nak eksport ke Kuantan, JB dan PJ. So, kenalah buat lebih. Anak2 pun dah biasalah macam ni!
Bila dah siap buatt tu, biasanya maklang packkan terus dalam Tupperware untuk Wan dan Alang. Satu hari tu masa tengah pack tu, adalah anak2 ni tanya…
“Mak apasal untuk rumah Wan tu Tupperware tu besar? Rumah kita punya kecik je?”
“ Biasanya untuk Wan yang besar sikitlah dari rumah punya. Kan ke kita nak duduk sana lama. Kita pun nak makan jugak”
“Oh…ye!” Baru senyum. Punya lah tak sayang dia kat biskut Raya tu.....
Bertuah betul cucu Wan ni!
Si Angah pulak dah tau mak dia tak ada masa mintak pulak buat biskut coklat chip guna white coklat. 2 malam lepas dia ngan Maya dok membaham dekat seTupperware coklat chip tu. Nak kueh sempaerit laa…Aaaah…mak dah tutup kedai. Nanti kalau rajin nak buat, lepas Raya pulak. Tangan mak ada dua aje.........dah dua2 dah lengoh dah ni. Nasib baik ni mak dah cuti puasa..
Ni Kueh sarang semut. Feberet maklang.
src="http://photos1.blogger.com/blogger/280/2021/320/P1010079.jpg" border="0" alt="" />
* Ada something wrong with the Blogger~!! Dhirah tak boleh nak padam link biru tuh! Maybe Virus. So gambar biskut tiga segi + badam hancuih merah tuh la biskut croquant.
Ni biskut croquant. Sedap gak. Guna resepi Wan. Dulu2 Wan rajin buat, tapi now kalau nak makan kena buat sendiri. Wan dah tak ambik order, walaupun anak dia sendiri...sedihnya...
Ni kueh Tart maklang. Buat sikit aje sebab malas nak gentel jem dia. Jem pun beli kat kedai aje...
Ni biskut white coklat. First try. Dalam dia ada wafer hazel nut. Siap malam tu ada 2 balang. Besok pagi bila bangun dan tinggal 1.5 balang. Entah siapalah punya kerja..
No cornflakes with coklat rice. Sebenarnya yang cornflake biasa tu ada tapi dah di jual. Bila buat untuk sendiri, cornflake tu dah tak cukup tu yang tambah coklat rice.
Ni biskut peanut butter. Resepi dari magazine. Bila buat tu lembik adunan dia. So, maklang tambah tepung jagung. Nanti nak letakkan whote coklat dan tabur denga colat rice. Paklang kat, sedap kueh ni...
Ni, Kueh Oat with white coklat cip. Maya kata keras, tapi maklang suka..
Ni Famos Amos Coklat Chip. Dah bertahun buat ni. resepi ambik kat website Famos Amos. Ni yang habis sampai hampir setupperware dikerjakan Maya dan Angah...
Almond London tak boleh nak tunjuk sebab tak tutup 'aurat'. Silap2 ke bann kang website ni...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
11 Comments:
Banyak nya kuih kat sini satu benda pun belom ada .... dan skg with BIL punya condition mungkin kita tak raya mak lang.If things doesn't go right brain surgery can't be avoided.
Next year I order from you bolih?
Bestnya ..banyaknya kuih raya dia. Rajin Mak Lang. Selamat berhari raya..
Waaah !! Famous Amos pun ada.
Ni sure kegemanaran Anne Punya. !!
Bolah passkan recipe kat Anne..
fuishh.. terliur!
Salam Maklang...salam kenal :)
Juga pertama kali bertandang,membalas kunjungan Maklang ke teratak sepi saya tempoh hari. Terima kasih.
Wah, teratak Maklang macam-macam ada, serba lengkap, hebat! Biskut tu ...isy, terliur le pulak :)
Selamat berhari raya ...
amboi mak lang, banyak nya kuih!
selamt hari ray ya :)
Maklang,
Mana you dapat tenaga buat semua nih???
:p
Dah nak tutup kedau ke maklang. Laa..tak sempat nak order...semuanya sedap2.
Selamat hari raya dna maaf zahir batin untuk maklang sekeluarga. Bila balik Johor?
tak larat buat sorang kena lah francise kan.. tokei tudung tokei biskut..
lumayan lumayan..
Kak Elle:
Hopefully BIL will be alright< Insyaallah...
Ok lah next year, maklang kena cuti panjanglah sebab nak ambil order kak Elle...
Ajzie:
Rajin ke tak rajin, terpaksa gak buat. Tu pun anak2 complain mak buat kueh sikitnya...esp. Famous Amos tu. Maklang tinggal jeling aje. Orang penat macam nak pengsan!
Jo:
No perob. Nanti maklang bagi resipi kat Anne. Suruh Dhirah mail kat Pipa OK ke?
Ni baru sat packkan kueh unutk orang2 yang balik Kuantan, as usual..
Mamasarah:
Jemputlah beraya kat rumah maklang...
Bunga rampai:
TQ for dropping by...
MR:
Selamat Hari Raya jugak! Maaf zahir dan batin..
dith:
Tenaga Allah beri...Alhamdulillah...
Dah pakai lom telekong tu? Buat gi terawih ke?
AM:
Finally dah officically closed at 10:00pm today. Nanti kat JB paksa adek2 pulak coatkan Almond London dan hazel nut pulak! I dah retire...
Selamat Hari Raya dan Maaf zahir barin jugak buat AM. Jangan bersedih sebab sensorang kat sana.
InsyaAllah maklang balik JB Jummat ni...Tak sabar nya...
ZinO;
Towkey ni dah nak pengsan...Nak franchise kena modal besar! Kita join venture nak????
Post a Comment
<< Home