Dari Teratak Maklang ~ 2007

Sunday, November 26, 2006

Swimming Pool time...

Weekend lepas memanglah teramat sibuknya. Seperti biasa hari Jumaat, pepagi dah ke pasar nak beli barangan basah untuk satu minggu. Cik Abang memang ikut sebab banyak barang nak kena angkat. Sekarang kami pergi sama2, tak pisah bila tiba pasar tani tu. Takut tak jumpa. since kedudukan gerai2 tu dah berubah sejak ada Pasar Tani mega tu. Pernah satu hari tu Cik Abang kena tawaf sampai 3-4 kali mencari Maklang. Bila jumpa kengkawan, mereka dok kata kat Cik Abang supaya jangan risau, Maklang tak hilang punya….Lepas tu dia serik sebab kena tawaf banyak kali.



Balik dari pasar tu maklang memasak le. Buat macaroni sup. Budak2 pepagi dah masuk swimming pool. Dah siap pun swimming pool* tu. Hari Khamis dah rasmi Yang tua masuk sekali. Berendam aje. Nasib baik ada shade kat swimming pool tu, so bila hujan taklah kena air ujan tu. Bising betul. Terjerit2. Mula2 ketawa lepas tu bergaduh. Cik Abang dah warning, kalau gaduh, semuanya kena keluar. After about 1 hr, Maya dah keluar dengan muka masam. Sahlah tu lapar sebab tak sempat breakfast dah terjun dulu. Hari tu maklang masak macaroni sup tu sampai 2 kali lah, kat periuk Vision 5 liter tu. Mana tak lapar, berendam sampai satu hari suntuk.


Semalam Cik Abang tak ada. Pergi servis a/cond kereta kat Kuantan. Maklang sibuk pulak gunting baju anak2 untuk nak pi wedding Mak Der yang tinggal hanya 2 minggu aje lagi. InsyaAllah siaplah by this weekend. Pening kepala, mana nak hjahit manik kat telekong Wan Pari dan jugak kat baju anak2 nanti. Baju sekolah selai pun belum di gunting dan jahit. Kena marathon betul lah minggu ni....Pikir aje dah penat!.


Semalam budak2 tak terjun lagi dalam kolam tu sebab air tak bersih. Filtration tak berapa bagus kata Cik Abang. Mungkin sebab musim hujan dan banyak daun jatuh. Along mintak tukar air baru. Mana boleh, pengsan nak bayar bill air. Last2 maklang suruh guna filter manual guna ayak tepung tu untuk nak ambil kotoran kat air tu. OKlah tu agaknya sebab kejap lepas tu anak2 berendam sampai 3 jam. Kena jerit kuat2 supaya keluar sebab asar dah nak habis.........


Hari ni tak tahu lagilah tu macamana.........



*Swimming Pool tu yang Alang beli tu...Pakteh samapi ter'excited' bila maklang kata Swimming Pool dah siap.Memang le cepat siap, Paklang masukkan angin, terus siap aje....


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

11 Comments:

At Sunday, November 26, 2006 11:56:00 AM, Blogger Kak Elle said...

nasib baik ada 'swimming pool' eh ML? kalau tidak bergaduh dlm rumah:)cuti2 sekolah ni mak yg pening kepala.So putera g ladang tido kat mana smlm?

 
At Sunday, November 26, 2006 1:41:00 PM, Blogger Kaklong Syikin said...

salam,

hehe..saya pun duk berkira2 nak beli swimming pool tu..tapi tak tau bila, nak kena bincang ngan cik abelah, sbb dia sorang menteri keewangankan..lainlah kalau saya pun kerja gak, blhlah guna duit saya sendiri.

moga2 operasi menjahit maklang sempat siap mengikut jadual :D

maklang punya resepi makaroni sup camner

 
At Sunday, November 26, 2006 3:35:00 PM, Anonymous Anonymous said...

mak lang tak mau join anak anak mak lang ka? :0)

 
At Sunday, November 26, 2006 5:36:00 PM, Blogger Ajzie said...

best2 mandi swimming pool. Seronok ler anak2 Mak Lang..MaK Lang & Pak Lang tak joint sama ker?

 
At Sunday, November 26, 2006 10:31:00 PM, Blogger zino said...

itu swimming pool utk berenang ke berendam? hehe

 
At Monday, November 27, 2006 9:11:00 AM, Blogger maklang said...

kak elle:

Putera ku macam dah nak permanent je tido dengan kami. katil bujang memang ada....tapi dia tidur jugak kat sebelah maklang


syikin:

nanti maklang tuliskan resepi makaroni sup tu. mudah dan cepat!


simah:

rasa nak join, tapi mesin jahit tu melambai2 suruh siapkan baju2 tu...


Ajzie:

maklang ngan paklang mandi kat bathtub aje...baru romantic...he..he


Zino:

Berendam boleh, berenang pun boleh...

 
At Monday, November 27, 2006 9:28:00 AM, Blogger Mulan said...

kasi king & queen gunung ledang masuk la swimming pool tu. suruh anak2 tolong tabur bunga2 & siram2 kan. maklang ni superwoman betol, masak lagi, menjahit lagi, keje lagi.. tak tido ke maklang??

 
At Monday, November 27, 2006 1:23:00 PM, Blogger leeds said...

askum maklang...

thanks sbb singgah blog leed...

:)

salam perkenalan...:)

 
At Monday, November 27, 2006 2:32:00 PM, Anonymous Anonymous said...

rumah kita swimming pool hok yang gulung2 tu lah..hehehe..musim2 ujan ni tak dok lagi mintak berendam (fuh, legaaa) nak kemas lepas tu yang mek tak laratsss..

dah gunting baju dah? kita kain dalam plastik itu hari pun belum ambik keluar lagik!

 
At Monday, November 27, 2006 2:56:00 PM, Blogger Ajzie said...

hihi comey aje...

 
At Monday, November 27, 2006 3:54:00 PM, Blogger maklang said...

mulan...

tido tak boleh miss, nanti pening kepala. cukup masa mesti cari katil...


leed...

selamat berkenalan jugak....



onde....

samalah kita...entah bilalah agaknya...


Ajzie...

maklang memang comey....perasan...perasan...

 

Post a Comment

<< Home