Goodbye KL...
Assalamualaikum…
Semalam maklang tak ada ke mana sangat. Pepagi lepas masak breakfast, barulah datang mood nak menjahit. Alang keluarkan mesin jahit tepi dia dan maklang pun menjahitlah. Bila dah pegang mesin ni rasa macam tak nak stop. Habislah semua kain2 sekolah 6 pasang , baju Kedah Wan 2 pasang dan baju sekolah Angah 2 pasang dijahit tepinya. Lepas tu bawak mesin turun ke bawah dan siaplah sehelai kain sekolah angah. Yang lainnya baru pasang zip dan tinggal nak lekatkan pinggang aje. Masa tu dah 2 something. Sebab we had a late breakfast, so makan tengahari pun lewatlah…
Cadang2 nak gi makan kat Chef Ismail kat BSC tu tapi dah tutup rupa2nya. Cik Abang ingatkan nak gi beli aja lauk, tapi tak ada. So, semalam dia pusing keliling PJ, tak ada kedai dibuka. Tapi at last dia dapat jugak. Kat satu gerai tu dia beli siput sedut, masak lemak kuning pucuk ubi dan tempe goreng berlada and it costs him RM 12. Ok lagilah tu. Then dia pergi ke gerai sebelah tu, kat gerai ni banyak lagi lauk dia, whereas kedai sebelum tu lauk dia dah habis. Dia dengan senang hatinya mintak beli siput sedut, ikan pari masak asam, ayam goreng 4 ketul, kerabu mangga, sambal belacan, sambal tempoyak dan rendang daging. Terperanjat jugaklah bila kakak tu kata that it totalled up to RM 70. Siput sedut yang kat kedai sebelum tu costs him RM 5, kat kedai kakak tu jadi RM 15. Sampai 2 kali kiralah. Nak tak nak terpaksa ambik jugak. So, tengahari tu, macam makan kat restaurant jugaklah. Mahal betul. Ke memang macam tu kat sini?
After the late lunch, lebihkurang pukul 3:30 maklang and paklang pergi visit sedara belah paklang kat SB. (Lama dah tak berjalan berdua2an ni. Kalau anak2 ada nak berbual pun susah. Asyik mereka aja nak cakap!) Anak2 semuanya ada agenda masing. Along dah ikut Busu pergi cari kasut sekolah dia. Angah, Maya and Hakim nak ikut Alang ke Lake Garden (Tapi tak jadi pergi sebab hujan! Kesian mereka). Lama jugak kami kat rumah aunty tu. Dia hidangkan spaghetti and barbecued chicken dan tart gulung. Maklang cuma rasa sikit aje kuah spaghetti tu. Tak boleh nak masuk lagi dah. Maklum le baru lepas lunch. Tapi kueh tart dia memang sedap. Masa kami balik tu, aunty siap bekalkan kami.
Lepas solat kat rumah aunty, kami pergi pulak tengok2 tanah kat PJ. Cik Abang kalau pasal tengok tanah ni memang dia paling suka. Then pergi tengok rumah kawan yang baru pindah. Rumah dia dekat sangat ngan rumah PT & MT. Dari rumah PT, nampaklah rumah kawan ni. Dia pindah last Friday. Dia dan husband dia dulu satu Uni dengan maklang. Seronok tengok rumah orang. Dia bawak lah keliling rumah dia. Luas jugak rumah dia. Ada design English, Zen and Malay architecture. Lampu2 kat ruang makan dia paling maklang suka. English!
Kejap aje kat situ, we left for Alang’s. Atok dah call ajak pergi rumah my cousin di Ampang.
Malam tadi dah packing untuk nak balik. Kalau tak, sure kelam kabut kalau nak buat pagi ni. Sat lagi, InsyaAllah kami akan bertolak. Moga2 selamat diperjalanan….InsyaAllah…Jumpa lagi di Kerteh nanti, InsyaAllah…. ( tapi nampak2nya sure sibuk sebab kain baju sekolah banyak tadi ready lagi…nak marathon lepas ni, InsyaAllah…)
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
13 Comments:
Aminn Maklang The Grand designer.Lagipun Turunlah Hujan lepas Kemarau panjang. (Di baca - Lepas Makde Kawen..)Tau DOH Trick lama..............
Takkan Doa Pun Nak tiruuuu....
aku rasa terpanggil lak bila tgk org asik kena kutuk n kena perli. Aku memang tak suka komen2 nie tapi rasa mcm tak fair pulak. Manusia manusia atau lebih tepat lagi bangsa melayu... hidup memang tak pernah senang bila lihat org lain senang... Anon@AB ni nak ckp dia org yahudi mungkin tak betul sbb dia pandai ckp melayu mungkin perangai dia seperti org yahudi kot... BUSUK HATI@HATI HITAM sbb tu selalu sakit hati dengan kesenangan/kemewahan org lain..di ibaratkan mcm kalu jumpa ular dan anon@AB nie baik bunuh jek si anon@AB ni dulu sbb satu benda pun yg dia ckp tak bole pakai... kenapa mesti ada perasaan hasad dan dengki pada org melayu..rasa bangsa lain tak mcm nie...inilah melayu..Sepatutnya kita bangga bila ada diantara kita org melayu mampu hidup senang. Ini tidak.. tak bole lihat bangsa sendiri lebih sikit..patutnya kita doalah agar kemewahan/kesenangan org tu ada tempias dia kat kita sikit... kan sedap. sama2 la kita doa agar org yg mcm anon@AB ni dibersihkan hati dia..mungkin si ANon@AB ni yg mcm tu yelah dia ckp maklang is the GRand Designer entah2 dia yg lebih grand kot... yelah mcm org dulu2 ckp mengata dulang paku yg sepih mengata org dia yg lebih....
safe journey mak lang...
mak lang kena banyak besabar ye?Insya'allah wan akan sembuh dan tentang anon msgs tu buat bodoh aje.
simah:
Alhamdulillah Ok semuanya. We arrived safely kat Kerteh ni almost 8pm tadi. Letihnya rasa. From KL almost 12, tersalah masuk exit, terus ke Sg Buloh. Kena buat satu round pusing nak ke Batu Cavess. Then off to Karak nak pick something from my aunt. Hantar anak maklong sat and makan tengahari sat. Then shop baju sekolah kat bandar Kuantan. Hujan so Cik Abang bawak slow aje. Alhamdulillah...ni baru dapat tengok blog...TQ simah...
Kak Elle:
TQ, Kak Elle, and nice talking to you and thanks for the comforting words...
Anon? Who anon? Malas layan...TQ kak for the moral support!
wuhuu~ Melayu Maju! you rock!! betul pe cakap Melayu Maju! Wuhuuu~
Assalamualaikum Maklang...masa kak lady tulis komen ni pasti Maklang dah pun berada di Ketih....Alhamdulillah....dan pasal Wan...Insyaallah semua akan berjalan dgn baik...
Masa Maklang datang sini cuti Krismas...tentu orang ramai kat KL...kalau hari2 lain boleh lah jugak merayap pi jumpa Maklang.
Kak lady belum beli baju sekolah untuk Farhan lagik...tak kisah sgt sebab kene carikkan dia sorang aje...Fareez masih lagi tadika...Rajin sungguh maklang menjahit ye... :)
MAk teh baru beli baju sekolah ke ann dan pipa semalam.Terima kasih belanja MAk teh,Pak teh dan azim breakfast,masa hantar aisyah tumpangkan balik ke kuantan. Seronok agaknya mamaktu tengok ramai-ramai masuk kedai dia.
Wan insyaallah selamat.
sebelum terlambat...selamat menyambut Hari raya AidilAdha mak lang dan pak lang dan anak anak mak lang yg comel betul kerenah depa.....maaf zahir dan batin kalau ada tersalah cakap dan tersalah adab...happy new year :0)
kak lady:
Rajin sangat menjahit tu taklaa...ni rasa rindu pulak nak jahit baju sendiri. Entah bila boleh dapat jahit.
InsyaAllah, Khamis ni nak ke KL lagi, nak lawat Wan
simah:
Sama2lah...Selamat Hari Raya Aidil Adha...Masak apa Raya ni???
Makteh:
Sama2 kaseh...
Seronok makan ramai2 and gelihati tengok muka mamak tu bila paklang order samapi 20 keping thosei gareng...Biar betul!. Masa tu pulak ramai yang belum tiba...
Maklang
datang lagi ke KL di lain kesempatan hehe
Zino:
Apa maksud Zino ni? Insyaallah nak gi KL lagi Kahmis ni, nak melawat Wan pulak
Post a Comment
<< Home