Dari Teratak Maklang ~ 2007

Wednesday, December 13, 2006

Anak 7

Hampir seminggu dah maklang training nak beranak ramai. Ramailah tu kalau dah 7 orang anak. Setakat ni masih kira OKlaaaa… Bebudak ni kalau dia dah seronok main tak kisah dah. Cuma satu benda yang kena siap ---- makanan atas meja aje.


Ahad:


Malam pertama kami makan ramai2. Maklang buat nasi goreng. Atok, Wan, Cik Abang, Maklang, Dhirah, Pika, Anne, Faezin, Maya, Pipa dan Hakim. Semua makan semeja.


Hakim tanya kenapa makan kat meja kat depan – meja of 8 plus 3 kerusi tambahan. Kita ramai hari ni, maklang jawab.


Seronok tengok bebudak ni makan. Anak2 MT and PT pun makan bertambah2. Anak2 maklang pun sama naiklah. Tapi tu dah norm mereka.



Isnin:


Pagi tu Bibik goreng burger. Atok dan Wan balik pagi tu. Tengahari, bibik buat ikan bawal masak tomato dan ikan goreing tepung. Bebudak breakfast pukul 12:00pm Bibik kata, makan tengahari pukul 4:00ptg. Suka hati laaaa…


Petang tu, dah tak ada lauk. Masa balik tengahari dah pesan Bibik suruh rendam meehoon 1.5 bungkus.


Balik office, potong ayam, basuh udang dan sotong, tumis , masukkan bahan2 dan biarkan kejap. Lepas tu naik mandi. Pukul 8:00pm, panggil bebudak makan.

Gelihati tengok Pipa makan, berebut2 udang. Udang pulak ada sikit aje, satu Tupperware kecik, ada gaknya dia makan 5-6 ekor. Habis udang kakak dia, dia rebut . Kesian pulak tengok. Si Anne memula nak sesenduk aje mee, lepas tu tambah sampai 2 kali. Pipa dan Pika pun sama. Malam tu selamat mee sebungkus setengah. Sebelum naik atas, maklang pesan kat Angah kalau lapar, goreing lah nugget. Pukul 10:00mlm tu memang semerbak dia goreng nugget. Habislah dekat sekg. Terror bebudak ni makan. Agaknya sebab makan reramai dan petang tu dok berendam dalam pool lama2 , tu yang lapar.


Selasa:


Breakfast maklang buat macaroni sup. (Sorry eiyra…maklang lupa ambik gambar!). Bila balik tengahari, dah tinggal sikit aje dalam periuk 5 liter tu. As usual Dhirah yang complain. Anak2 PT and MT , asyik dok kata…sedap…sedap…sampai malam sebelum tu Anne kata, “Pandainya maklang buat kueh!” Gelihati dengar. Si Anne dok makan kueh Raya yang tinggal sikit2 tu. Katanya tak pernah makan biskut maklang buat. Eh…ye ke ni????

Dhirah, Anne, Pika buat Famous Amos semalam. Jadilah, cuma kurang coklat cip. Anne kata, mama buat lagi sedap.......Of courselaa, ni Dhirah buat baru kali ke2 with no supervision. Kira passlah. Rangup!


Petang semalam, maklang gi pasar malam. Beli laksam. Pika kata dia suka. Beli air kelapa, donut, keropok leko, putu piring dan bahan2 basah. Lepas makan tu bersih2 ayam dan siang2 ikan, pukul 8:30 malam baru mandi. Badan dah bau ikan. Penat. Ingatkan nak belog tapi Pika and Dhirah dok pegang PC entah sampai pukul berapa tak tahu pulak.


Cik Abang dah di KL. Naik Fix Wing dari Airport Kerteh. Ada meeting hari ni dah besok. Tinggallah maklang dengan anak 7.

Tadi pagi dah buat Buttered Prawns. Pika dan Anne kata mereka suka. Buat sambal telor yang ambik dari wedding Makde hari tu. Ni Angah suka. Pagi tadi buat laksa Terengganu. Panaskan kuah yang dah ada dalam freezer tu. Laksa dia beli kat Pasar malam, petang semalam.


Ni tak tahulah apa kabar bebudak tu....



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

9 Comments:

At Wednesday, December 13, 2006 11:48:00 AM, Anonymous Anonymous said...

seronok sakanle budaktu dapat makan sedap.Kita jumpa nanti hari friday.

 
At Wednesday, December 13, 2006 12:45:00 PM, Anonymous Anonymous said...

wow!! makteh gok masok first sekali!! hehehe.... dhirah pegang + afiq kom sampai kol 1 pagi gitu la~!! afiq dia bangun lambat gilo!! tengah hari baru bangun plus dia tido lasak!!!! sakit badon kene sepok, terajang, ketuk ngan dia! ape mimpi ntah lerrrrrrrrr

 
At Wednesday, December 13, 2006 3:55:00 PM, Blogger zino said...

seronok bila nak ramai ni.. hehe macam mem le bila korum cukup kat rumah seronok dia nak masak.. hehe

 
At Wednesday, December 13, 2006 4:34:00 PM, Anonymous Anonymous said...

MMg selalu enjoy bila baca entry Maklang. Syokla ramai-ramai camtu. Maklang & Paklang sure happy kan? :)

 
At Wednesday, December 13, 2006 6:42:00 PM, Blogger Mama Rock said...

oh seronoknya bebudak tu! dah ramai2 ni selera pun terbuka je...tak pe cuti sekolah ni je la time nya!

 
At Wednesday, December 13, 2006 7:59:00 PM, Blogger Kak Elle said...

cuti sekolah kalau dah semua berkumpol maklang mmg selalu lapar....macam kat sini ada sahja yg di cari kat dapur tu...kejap2 cari makanan....bukan selau cousins berkumpul kan?

 
At Thursday, December 14, 2006 8:34:00 AM, Anonymous Anonymous said...

maklang,
boleh tak mintak resepi butter prawn tu......nak try buat la

 
At Thursday, December 14, 2006 9:21:00 AM, Anonymous Anonymous said...

betulla mak teh teka,kord-netni dhirah..dhirah geletek fiqa.Jangan kasi dia bangun lambat.

 
At Thursday, December 14, 2006 4:23:00 PM, Blogger maklang said...

Izzy:

InsyaAllah jumpa...Makan biasa2 aje..Tapi Fiqa most of the time nak makan dok kata 'WOW"! apa maksud dia tak tahulaa...

dhir:

nanti mak nak ambik video awak tido lak...lasak ke tak??


zino:

betul tu, kalau dah cukup korum tu memang seronok mmasok


Sherin:

Belajr2 lah anak reramai nih...10 lagi dah ada cucu pulak agaknya...

mamarock:

Kalau makan ramai2 ni memang sedap kan... tu yang payah tu...

kak elle:

bila makanan dah habis,Angah lah yang dok layan sepupu2 dia..

arjue:

nanti rajin, maklang letakkan..entahlah tu bila agaknya. bila tak de idea nak tulis apa2 kot!

mak teh:

maklang kejut bebudak tu bangun solat Subuh tiap pagi...

 

Post a Comment

<< Home