Makde Kawen Part 1
Dah lama rasanya tak duduk rumah during weekends. Dua tiga minggu lepas, tiap minggu ke Kuantan sebab nak servis kereta, then ke Kuantan lagi sebab wedding Makde. Memang sibuklah........Jumaat lepas pulak hantar makde ke rumah pengantin lelaki. Kalau kat sini, mereka panggil ‘menyambut menantu’. Kalau kat pantai barat, kita panggil’ bertandang’
Hari Jummat tu, dalam pukul 9:30pagi bebudak ni semua dah siap. Maklang pun dah siaplah pakai baju serba merah sebab makde kata theme kali ni merah. Maklang pakai tudung brown sebab nak matchkan dengan bunga kat baju tu. Tapi bila Cik Abang siap, dia pakai lak baju purple pink. Dah berlainan. Tak sedondon lah pulak. Bukan maklang tak ada baju purple pink tu. Ada. Tapi masih kat penyidai baju lagi. Cepat2 maklang ambik baju tu masukkan kat dryer. Tapi masih basah lagi kat pinggang dan padding kat baju tu. Apalagi, mintak tolong bibik keringkan lagi sambil maklang gosokkan kat pinggang tu. Sebenarnya baju tu baru ambik dari tailor petang sebelumnya. Nasib baik baju tu sempat kering. Kalau tak, tak sedondon tak best pulak!
Pukul 10:00 pagi, kami keluar dari rumah. Sempat pulak berenti kat Pasar tani nak belikan cekak rambut Maya dan Pipa. Nasib baik ada cekak yang ada bunga2 ros. Kenalah dengan baju pink mereka. Seronok pulak tengok budak 2 tu, macam kembar. Belikan jugak gelang crystal tipu tu sorang satu. Tapi biasalah kalau belikan Maya, Angah mesti ada dan kalau belikan Pipa, takkan nak suruh Anne putih mata pulak. Si Angah dan Anne ni memang suka sangat benda2 macam ni.
Bila tiba kat rumah pengantin, it was about 11:30 kot. Cuaca OK, tapi sat lepas tu hujan lebat jugak. Orang tua2 kata, kalau kawin hujan, maknanya pengantin suka makan sambal belacan. Sedap gulai daging. Maklumlah daging fresh. Lembu baru disembelih petang sebelum tu. Manis rasa daging dia. Maklang dan Cik Abang kalau kena gulai daging tu, makan pulak ngan ikan kering , sambal belacan dan pencuk...….Aduhhhhh...sodapnya....Kesian Pakteh tak boleh makan bebanyak sebab takut kawan baik dia , Mr . Gout, datang ngendeng pulak. Baru ye ,tak balik Kolumpo kang.
Lepas makan settle kat dalam rumah. Makde kena duduk aje tunggu orang datang. Adat sini, kalau jumpa pengantin, baru dapat bunga telor. Tu untuk yang pompuan laa. Duduklah sorang kat tempat yang disediakan, kiranya macam pelamin laaa. Jenuh jugak tengok dia duduk sensorang kat situ. Tapi nasib baik anak2 sedara ramai yang dok kacau2 dia. Masa kaum lelaki gi solat Jumaat, budak2 dah mula mengamuk nak balik. Panas betul masa tu,hAkim dan boring sampai baring2 kat kaki maklang. Azim dah senget2 kat Makteh. Ngengek nak balik. Ariff dok mintak air aje. Dilla pulak nasib baik dah tertido. Kalau tak pengsan makteh. Nasib baik jugak Ajim, good mood nak main2 ngan maklang....(akan bersambung, InsyaAllah)
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
5 Comments:
oh di sana bertandang pada lain hari ye?ingat kalau sama area di buat sama hari macam kat sini.
selamat pengantin baru buat makde.. semuga kekal sehingga ke anak cucu..
ada juga yg sebut majlis menyambut menantu..
Selamat Pengantin Baru..Moga kekal bahagia ke anak cucu dan cicit..
yang pengantin duduk sorang2 tu namanya "mengenal" kalau kat kelantan..kalau kami tu, sapa yang nak "kenal" pengantin (sebelah lelaki), pegi bersalam kena la bagi duit kat pengantin pompuan dan sepatutnya ada orang dari belah pengantin lelaki duduk sebelah dia dan bagitau sapa yang bersalam dgn dia (pengantin pompuan) tu. Cth: "ni maklang, ni pak andak" dsbnya....dibuat supaya pengantin kenal sedara mara sebelah suaminya..gitulah adanya..
Fuh, saya baca pun boleh imagine betapa letihnya anak2 tu. kesian diorang.
Post a Comment
<< Home