Hakim si Kememe
Dua malam lepas, maklang hot sangat. Dahlah masa tu dah mengantok. Pukul 11.30mlm. Letih pulak. Kejut2kan si Maya suruh bangun solat Isyak, dia tak nak. Memula tu suara perlahan aje, lepas tu lama2 naik geram pulak. Mentang2 Abah tak ada, jadinya tocang semua berdiri. Si Anne ngan Pipa takut agaknya tengok maklang hot. Hot maklang ada tempat. Kalau bebudak ni malas nak solat memang boleh jadi geerrrrrrraaaaaam sangat. Si Maya tak nak jugak. Last2 Along dia angkat dia keluar dari bilik tidur maklang. Dia sebenarnya dah tertidur atas katil maklang. Lepas tu nak kejut, payah pulak.
Masa marah kat Maya tu, maklang kata,’ Maya, Maya ni tak sayang mak ke? Kalau Maya tak sembahyang, nanti bila mak mati, Allah akan tanya kenapa tak suruh anak sembahyang. Abah pun kena tanya jugak. Maya tak sayang mak ke? Nanti mak dengan abah kena masuk neraka kalau anak2 tak sembhayang’ Lebihkurang camtu lah maklang bukak radio malam tu.
Yang buat lagi hot, dia buat degil dia. Mata kita ni dah ngantok sangat, nak nego lama2 dah tak tahan laaa. Lepas tu, maklang masuk bilik, kunci pintu dan siap2 nak tidur. Si bujang memang dah standby, nak tidur sekali. Abah tak adalah katakan..... Tak aleh2 nampak mata dia berair.
‘Hakim nangis ke?’
Dia diam aje dan nganggok.
‘Kenapa Hakim nangis? Siapa buat?’
Langsung berderai dia........”Hakim takut mak masuk neraka. Hakim sayang mak!’
Laaa.....pasal tu rupanya….Gelihati betul tengok si Kememe ni...Sah turun dari Pakteh dia.
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
14 Comments:
maklang,
cutenye si Hakim, sayng betl dia dgn maklang..sampai nangis2..:-)
hakim, hakim...sejuk perut maklang mengandung dia dulu ya...ps, pak teh tu kememe ke?
Cian MAk LAng dengan 7 anak.Budak-2 tu kekadang terleka,memang kena sound-2 selalu.
salam,
hehe..sebak plak baca hakim nangis ni..baguslah dia ada sensitiviti tu, jgn sok2 dah besor isteri dia jeles ngan maklang udah hehe.
hehehe...manja betul hakim ya tapi eloklah tu sensitif harap2 sampai ke tua esok2 sayangnya pada mak tu..
memang lah bab-bab solat ni kena peringat selalu, tak boleh nak buat main2..melentur buluh biar dari rebung.
Sssssshh,.
SSssssshhhh,.
SSSSSSSSSSSShhhhhhh,..
terlalu penat agak si Maya tu ML...kesian Hakim pulak yg menangis....oh macam PT die eh:)
auk auuuukk.. pak teh kememe?? wakakakakaaa...
maklang, camner buat buttered prawn?
kesian hakim, syahdu betul..
Pak Teh tengok muka pun dah tahu memang jenis KEMEME
zino kalau kejut tak mau bangun.. kira sampai tiga je.. tak bangun juga siram dengan air.. hehe..
haaaa dah lama tak dengar perkataan kememeh!
sweet la Hakim ni. Bagus dia macam tu Maklang. Selalunya kalau gitu nanti dia akan menjadi insan yg baik, InsyaAllah. :)
Selamat hari minggu Maklang!
sue:
Hakim bukan setakat tu je...dia nak kawin ngan mak dia!!
mamasarah:
Nak tau pakteh kememe ke tak, kena gi blog pakteh laaa, dia ngaku tak...
Izzy:
kalau tak paksa dari kecik ni takut dah besar nanti lagi susah nak lentorkan...
syikin:
Memang laa, anak bongsu memang camtu..manja sesangat...
onde:
InsyaAllah...mintak2 dia macam tu laaa...
Jo-jo:
cian adek sorang ni...KEMEME...nya dia...
Post a Comment
<< Home