Cuti di KL 3rd day
Sekarang ni rasanya hambar aje. Takut nak enjoy lelebih. Dalam hati asyik ingat sakit Wan aje. Kenapa ye, kami diberi dugaan sebegini. Kuat ke kami nak menempuhinya? Tiap kali lepas solat, pasti kami menadah tangan memohon kesejahteraan kesihatan dariNya, terutama buat ibu tercinta. Juga buat Abah yang amat kami kasihi. Moga2 rayuan dan permohonan kami di kabulkan olehNya yang Maha Mengasihani pada umat2nya yang kerdil ini. Bukan tidak meminta sebelum ini, tapi kali ini rayuan kami memang lebih2 dari selalu….InsyaAllah berkat doa kawan2 juga, Wan dan Atok sihat akan sentiasa……….InsyaAllah.
Pagi semalam lepas selesai memasak dan mengemas kat dapur Alang tu, maklang siap2 dan pergi ke Sg Buloh. That was the first agenda. Memandangkan nak ke rumah Pakteh malam tu dan tak ada pulak buah tangan, kami bercadang nak carikan Pakteh dan Makteh pokok cili padi warna purple tu untuk mereka. Sebenarnya masa kat Kerteh tu Makteh memang dah berkenan kat pokok tu, tapi maklang punya pun baru nak besar. Maklang pun baru aje beli kat Pasar tani masa ada Mega Pasar Tani tu. Dulu2 ,memang ada dah pokok cili ni, tapi dah pupus. Yang dulu, maklang beli banyak sangat anak dia. Everytime orang datang, selalu kami bekalkan pokok tu. Dah lama dah tu. Tapi tu jenis lada dia yang tirus. Yang baru beli ni, lada dia bulat2. Memula masa muda tu dia pedas sangat. Kaler purple. Bila dah tua, kaler dia tukar jadi merah. Kalau nak pedas, makan masa dia puple. Sure berpoloh2 dibuek eh….
So, semalam pagi tu, kat Sg. Buloh nak kearah Kota Damansara tu, kami singgah dari satu nursery ke satu yang lain. Tak ada satu pun yang cili purple. Bunga aje yang banyak. Maklang yang memang suka pokok2 bunga ni rasa syok semacam je. Habislah 80% of the total nursery tu kami pergi, tapi satu pun tak ada. Last2 ajak Cik Abang masuk ke dalam tempat orang sakit Kusta punya kebun bunga tu. Dulu2 masa maklang duduk kat Selayang , lebihkurang 10 tahun lepas, memang kami selalu gak pergi shopping pokok bunga. Le ni payah le sebab nak bawak balik tu, payah lah. Kereta pulak penuh dengan anak2 dan barang2. Mana pulak nak letak pokok bunga!. Kat situ pun susah jugak nak cari pokok cili tu. After dah pergi dekat 10 nursery, last2 baru jumpa. Tu pun bukan yang cili bulat macam maklang beli tu. Ada yang purple tirus dan yang kuning. Geram punya pasal, maklang beli 8 pasu. Set of 4 cili purple dan 4 cili kuning. Pokok segar2 belaka. Satu set for Wan dan Atok, satu set for MT and PT, satu set untuk makngah dan pakngah dan satu set for Alang. Untuk sendiri ada jugak seludup pokok bunga kaler purple tu.( Tak boleh nak ambik gambar lah, maybe Pakteh boleh masukkan kat blog dia. Ni nak masuk emtry pun payah sebab kat rumah Alang ni IE dia guna 1515 je. Lombab!)
Seronok gi kat nursery2 ni. Rasa macam kat Cameron Highlands aje. Cantek betul!
So, malam tadi dah pun hantar seset kat MT and PT…Harap mereka suka...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
9 Comments:
maklang bershopping pokok nampak nya?saya takde green fingers even cactus yg I seluduo dari new zealand pun mati di tangan saya beli 8 macam satu pun tak hidup lama.ML tak extend leave ke di KL?
Terimakasih beri pokok cili.Yang paling suka bibikla..nanti dia boleh tanam.Kitani tak pandai tanam pokok.Suka tengok aje.
Psstt.. Kalau rasa MPV tu dah senndat.. mas untuk tukar VITO. hehe.
ya allah dah lama tak berkebun..berkurun dahhh...rasa tak syok sgt nak berkebun sbb dok rumah orang.
Saya dok beli gak cili ni tapi after 2 month matilah pulak... alihkan ke tanah pun tak dapek nak diselamatkan...Maklang jagalah betul2 pokok cili tu , kat sini RM6 sepokok...sekali pandang macam pokok bunga tu yang saya geram terus beli 2, bukan guna utk masakpun...
cili warna ungu..??
tak penah tgk pun..
ish, nak kena g carik nie..
mlang,
baru baca n3 yg lepas, moga wan selamat & kembali sihat.
moga operation tu cepat2 dibuat..
atuk sy pun baru semalam operation kaki, masuk skru..
seronoknyer dapat g umrah & haji..
murah rezeki..
semuga wan tabah dengan dugaan yang menimpa.. dan kembali sembuh seperti sediakala.. amin..
cili warna ungu tu lagi pedas ke? atau utk hiasan je..
Kak Elle:
Ha...ha...maklang pun bukan pandai berkebun. HArap ke pak Omar dan bibik. Maklang tahu beli pokok dan baja je...
Izzy:
Sama sama...Senang aje ada pokok cili ni. Siapa2 jahat mulut kita cilikan mulut dia...he....he...
VITO? Apekebenda nya tu???Dah kira campur-tolak-kali-bahagi, na k beli brand new VITO is out of the way. Paling kuat Oddysey baru je...Tu pun sengkek ooii...Cik Abang kalau nak yang anak dara je kereta2 ni...janda2 tak main kata dia, takut rosak. APa2 pun atas dia. ALphard lak kena kansel, kanag kena kata berlumba lak!!!!
onde:
Maklang suka berkebun dulu. Lepas tu kena batuk berbulan2 tak baik!. Langsung tak buat dah. Tapi ada pokok rempah kat dapur ni best, sekali sekala macam Oliver Twist punya dapur je...
Hani:
Alhamdulillah pokok tu nampak segar aje after 2 almost 2 months lepas alihkan ke pasu. Dia punya lada pun dah kami makan campur dengan kicap, buat cecah dengan tauhu atau ikan bakar. Berasap kepala otak!
pisces:
Cili ungu tu memang cantek. Selain boleh buat hiasan, boleh masuk dalam piuk bukan masak lomat cili api. Sodap. Tapi kaler dia ke purplelan lah....
TQ kerana mendoakan kesejahteraan Wan. Moga2 doa kita dikabulkan Allah, hendaknya...Amin...
Zino:
Terimakaseh kerana mendoakan Wan. InsyaAllah...moga2 Wan sembuh, Amin.
Cili ungu tu boleh masak. Cubalah try , podeh...
Post a Comment
<< Home