Cuti di KL - 1st & 2nd day
Assalamualaikum...
Kami tiba di KL pukul 4:00ptg. Dari rumah bergerak jam 9:30pagi. Berenti kat pasar Kerteh sat sebab Wan dah talipon suruh belikan ikan kat pasar. Manalah nak ada sebab sekarang ni musim tengkujuh. Tapi Alhamdulillah rezeki agaknya, adalah pulak. Tapi bukan ikan dari Kerteh, ikan dari Kuantan. Kalau dari Kerteh lebih fresh. Beli ikan kembung 2kg, ikan cencaru 2 kilo, ikan tenggiri 1 ekor dekat 3.5kg, ikan merah 2.5kg dan udang 2kg. Memulanya masukkan ikan2 tu dalam kotak putih tu, tapi ada pulak hamba Allah yang datang nak tolong packkan. Letak ais and garam dan lapis2kan kat makanan laut tu. Siap2 tu dah pukul sepuluh. Singgah di Kijal beli lemang, sebab Atok dan Wan suka, singgah di Kemaman sebab ada urusan kat pejabat tanah, singgah di Chendor beli keropok lekor, singgah lagi kat Kuantan, sebab ada urusan ngan bank, lepas tu singgah pulak beli KFC sebab dah waktu lunch (makan dalam kereta aje). At last kami tiba kat rumah Alang pukul 4:00ptg. Berkejar sebab semuanya belum solat lagi.
Sampai2 Alang dah siapkan rendang ayam dan kami pun makanlah. Sedih jumpa Wan masa tu tapi kami kuatkan semangat sambil ingat dalam hati yang semua yang berlaku adalah kerja Allah. Mudah2an ada rahmat dan hikmah disebalik apa yang berlaku. INSYAALLAH.....
Malam tadi pergi ambik Angah dan Maya kat rumah Pakteh. Kejap aje disana kami pun pulang.Letih badan sebab lama sangat di perjalanan. (Terimakaseh bebanyak Pakteh and makteh kerana melayan kerenah anak2 kami tu....)
Hari ni budak2 sibuk nak tengok Cicak man. Oklah. Tapi masa tengok tu tak enjoy sebab asyik teringatkan Wan aje. Ialah selagi Wan tak selamat dibedah, hati Maklang memang tak senang. Tadi petang Wan pergi check darah dan x-ray. ALhamdulillah semuanya nampak OK. Alang pun baru beritahu yang operation tu tak jadi this Friday, sebab tak ada operation this Friday. Hari Selasa depan baru boleh jumpa surgeon tu. By then kami dah balik ke Kerteh sebab Along kena register on that day. Tu pun belum confirm lagi bila nak operate. Moga2 segala2nya mudah untuk Wan. Dan Atok kata, bila Wan dah sihat, Atok nak bawak Wan ke Mekah untuk umrah dan kalau ada rezeki dan panjang umur, dapat pulak menunaikan haji lagi tahun depan, InsyaAllah...
Untuk semua teman2 yang mendoakan kami, kami ucapkan ribuan dan jutaan terimakasih. Moga2 segala usaha kita diberkati Allah, InsyaAllah dan moga2 semuanya berjalan lancar....
Wassalam....
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
8 Comments:
maklang please kirim salam kat wan and atok from me.Insya'allah wan akan pulih kita sama2 berdoa untuk nya.
Insyaallah maklang, segala-galanya akan selamat...berdoalah...Allah itu maha mendengar
Maklang,
Ujian2 begini yg selalu susah kita tempuhi tetapi terpaksalah kita kuatkan diri.
Semoga Wan dapat melaluinya dgn penuh tabah dan sabar...insyallah
Take care
semoga selamat semuanya.
p/s: hati2 dijln raya.
insyaAllah semuanya selamat..amin!
salam,
Moga wan cepat sembuh.
alhamdulillah boleh tahu awal, kalau tak, mungkin keadaan lagi sukar buat wan di mekah nanti.
InsyaAllah, ada rezeki dpt pegi tahun depan.
Ada hikmahnya tu.
*hugs*.. semua tu dugaan Allah maklang..insyaAllah wan akan sembuh tak lama lagi..our prayers will always be with u..*hugs*
Kak Elle:
Dah sampaikan salam akak. TQ
arejue:
InsyaAllah...TQ
dith:
Ye kak, kami semua kena kuat untuk Wan. Dan moga2 Wan sihat seperti sediakala, InsyaAllah....
mamasarah:
InsyaAllah...
mamarock:
TQ...
Syikin:
Alhamdulillah sebab dapat mengetahui keadaan Wan ni cepat. Betul kata Syikin tu. Apa2 yang terjadi telah Allah plan dengan sebaikNya. Kita redha dan berdoa moga2 Wan sembuh seperti selalu dan dapat menunaikan haji tahun depan, InsyaAllah...
Simah:
TQ for the hugs...We need it right now. TQ again!
Post a Comment
<< Home