Dari Teratak Maklang ~ 2007

Tuesday, December 19, 2006

Berita tak baik....

Assalamualaikum.....


Semalam kami terima berita yang tak baik. Wan dan Atok tak jadi pergi ke Mekah. Wan disahkan sakit. Berderai airmata maklang. Rasa macam nak tercabut nyawa maklang. Ibu yang sangat2 kami kasihi disahkan menghidapi penyakit yang berbahaya. Atok pun menangis bila dapat tahu. Sebenarnya Wan dah lama jugak complain kata perut dia selalu sebu aje. Hari tu dia complain pulak, kata bila buang air ada darah pulak. Bila gi Dr dia kata tak ada apa2. Lepas tu semalam, Alang dapatkan jugak untuk nak masukkan scop kat Wan dan sah Wan tak sihat.


InsyaAllah hari Jumaat ni Wan akan dibedah. Doakan untuk kesihatan Wan ye, dan Atok dan Wan dan kami semua tabah menghadapi dugaan ini. Doakan ye....


Pagi ni kami akan bertolak ke KL, seperti yang dah diplan. Doakan semuanya selamat, InsyaAllah.


Sehingga berjumpa lagi....Wassalam...




Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

23 Comments:

At Tuesday, December 19, 2006 9:11:00 AM, Anonymous Anonymous said...

alhamdulillah alang usahakan juga dapatkan ujian scopetu.Insyaallah rasanya stage awaltu dan prognosis is good.Tambah wan yang kuat semangattu.Mak teh doakan semua turn out well.

 
At Tuesday, December 19, 2006 10:03:00 AM, Blogger pB said...

pB doakan agar semuanya akan selamat...

(HUGs)

 
At Tuesday, December 19, 2006 10:25:00 AM, Blogger Jo Kontan said...

:-(

Semalam Wan call nak cakap ngan Maya.

All the best.

 
At Tuesday, December 19, 2006 4:40:00 PM, Anonymous Anonymous said...

aduhai..
sabar ya sis dan insyaAllah berkat doa semua ni semuanya turn out well.

((((((hugs))))))

 
At Tuesday, December 19, 2006 5:27:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Semoga terus tabah, banyakkan berdoa dan sabar. Kami sekeluarga turut sama memohon kepada Allah swt agar Wan kembali sembuh.

 
At Tuesday, December 19, 2006 5:48:00 PM, Blogger Mulan said...

insyaAllah Wan tak de apa. doa kami untuk Wan & famili.. ada la rahmat tu maklang..

 
At Tuesday, December 19, 2006 6:27:00 PM, Blogger maklang said...

Izzy:

TQ. At this moment of difficulties, kami memerlukan support. InsyaAllah moga2 semuanya selamat...


pb:

TQ.


Jojo:

Semalam Maya memang nak cakap dengan Wan tu yang Wan call. Angah pun risau tak tentu arah...TQ


OO:

TQ. Moga2 semuanya berjalan lancar.


mamasarah:

Terimakaseh kerana doakan kami.


Mulan:

Moga2 ada rahmat disebalik apa yang berlaku. Wan nampak kuat semangat tapi dia sedih sebab tak dapat buat haji. Tapi ni pun dah nak kali ke3, dah sunat. Mana tahu tahun depan, ada rezeki dapat pulak dia dan atok pergi lagi...InsyaAllah...

 
At Tuesday, December 19, 2006 7:20:00 PM, Blogger Kak Elle said...

maklang menagis pulak I membaca ni macam wan tu mak I juga.Insya'allah and hopefully everything will be alright.Kuatkan semangat ye dik and akak di sani akan doakan untuk wan cepat sembuh.Most likely I won't be in KL this weekend tapi kalau pergi I will call you or paklang....my ((hugs)) to all of you and families.

 
At Tuesday, December 19, 2006 7:23:00 PM, Anonymous Anonymous said...

bwahahahaha...padan muke angah, maya n others kene tipu ngan dhirah! bwahahahahasha

 
At Tuesday, December 19, 2006 7:33:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Saya doakan yang terbaik untuk Wan & keluarga Mak Lang. Semuga the Endoscopy/Colonoscopy results turn out to be more favourable. InsyaAllah.

 
At Tuesday, December 19, 2006 7:41:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Sorry Mak Lang, termiss yang Wan akan dibedah Jumaat ni. Semuga semuanya selamat& dapat Wan mengerjakan haji ketiga, InsyaAllah.

 
At Wednesday, December 20, 2006 12:31:00 AM, Blogger zino said...

semuga wan dan atok tabah dan redha dengan dugaan Allah.. semuga wan selamat di bedah..

dengan izin Allah juga .. semuga tercapai hajat dan niat wan dan atuk utk ke mekah satu hari nanti.. amin..

 
At Wednesday, December 20, 2006 10:40:00 AM, Blogger aNIe said...

maklang...kak lady baru online pagi ni...tu pun dpt masuk kejap aje...masuk blog maklang...baca pasal wan & atok...sedih pulak bila hajat mereka tak kesampaian...walau bagaimana pun Insyaallah satu hari nanti hajat itu akan dikabulkan...segala yang terjadi adalah dugaan Allah...past ade hikmah disebalik segala yang telah diaturkan...

Moga Wan akan selamat dan segalanya berjalan lancar...

Sabar ye maklang....

 
At Wednesday, December 20, 2006 1:23:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Semoga semuanya selamat. Sabar ya ML

 
At Wednesday, December 20, 2006 3:14:00 PM, Blogger anggerik merah said...

AM doakan Wan selamat operation. Semuga Maklang & keluarga banyak bersabar. May I know where the operation will take place?

Huggg to Maklang

 
At Wednesday, December 20, 2006 3:39:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Mak Lang, Ajzie doakan agar semuanya akan selamat. Insyallah Wan akan sembuh nanti. Amin.

 
At Wednesday, December 20, 2006 3:40:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Mak Lang, Ajzie doakan agar semuanya akan selamat. Insyallah Wan akan sembuh nanti. Amin.

 
At Wednesday, December 20, 2006 3:43:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Mak Lang, Ajzie doakan agar semuanya akan selamat. Insyallah Wan akan sembuh nanti. Amin.

 
At Wednesday, December 20, 2006 9:26:00 PM, Blogger maklang said...

Untuk semua teman2 yang dikasihi,

Maklang sekeluarga mengucap jutaan terimakasih kerana mendoakan kami. Moga2 doa kita dimakbulkan Allah, InsyaAllah...

Buat pengetahuan semua, Wan tak jadi dioperate Jumaat ni. Hari Selasa depan baru ada appointment dengan surgeon tu. Tak tahu bila nak dioperasi. Apa2 pun harap Wan tabah menghadapi dugaan Allah ini, dan moga2 kami sentiasa dirahmatiNya, InsyaAllah...

 
At Wednesday, December 20, 2006 9:58:00 PM, Blogger maklang said...

AM:

InsyaAllah, Wan akan dibedah kat UH sebab Alang kerja kat sini.

 
At Thursday, December 21, 2006 3:52:00 PM, Blogger Mama Rock said...

oh mak lang, i hope things are okay with wan, insyaAllah semua selamat.

 
At Monday, December 25, 2006 9:00:00 PM, Anonymous Anonymous said...

*hugs to mak lang... sabar yea mak lang.. semua tu dugaan Allah(ari tu saya tinggal comment..rupanya tak publish..)

 
At Tuesday, December 26, 2006 7:35:00 AM, Blogger maklang said...

mr:

baru tahu semalam petang pukul 6, masa tu dikedai kain, yang Wan nak kena operate pagi ni...Doakan semuanya selamat, ye

simah:

TQ simah...

 

Post a Comment

<< Home