Kak Ha datang...
Assalamualaikum...
Baru dapat nak belog. Hari memang sibuk. Semua kerja kena siapkan cepat sebelum lunch sebab lepas lunch tadi ada seminar. Dekat aje kat salah satu plant kat sini. Lepas dah gi seminar tu cepat2 balik sebab tadi pagi ada kawan telipon nak datang ke rumah. Dia was my jiran kat rumah lama. Sekarang pun dia dah pindah ke KL. Biasalah kalau jumpa dia, gelak aje memanjang. Kak HA ni memang kuat ketawa! Tapi memang kami rapat masa dia kat sini dulu. Dia cikgu bahasa Inggeris kat salah satu sekolah kat sini dulu. Now dia duduk kat SA, Selangor.
Berkejar jugaklah tadi, ingatkan dia nak datang petang. Tiba aje kat rumah, maklang terus mandi and solat. Dok intai2 jugak takut2 dia dah tiba. Sambil2 tu packkan baju sebab nak balik ke Kuantan this Thursday. Kalau tak buat nanti siapa pulak nak packkan. Meklang nak ke KL besok pepagi. Ada course untuk nak penuhkan CPD. Kalau tak gi tak boleh pulak nak continue my PE nanti. Nak tak nak kena pergi jugak. Masih banyak hours tak habis lagi. Memang tak cukuplah jawabnya tahun ni. Kena kada' tahun depan, InsyaAllah...
Pening jugak kepala bila nak cari baju2 yang sama colour dengan anak2 dan bapak anak. Tapi nasib baik anak2 tolong jugak. Minta they keluar kan baju2 they all yang ada. Yang colour theme yang nak pakai tu. Alhamdulillah dah siap pun tu semua. Nanti Cik Abang tinggal siapkan toiletries aje. Baju apa nak pakai hari Khamis masa nak bertolak tu pun maklang dah siapkan. Esp untuk Hakim. Kalau kakak2 dia OK dah bab nak pakai baju apa. Baju yang sesuai untuk majlis lah. Lepas tu pack pulak baju maklang yang nak bawak ke KL tu. Dah siap pun
Dekat2 8:45pm tadi barulah Kak Ha tiba. Kami dah sms dia yang kami dah belikan satay dan keropok lekor. Bila dia tiba dia bawak pulak laksam dan ayam bakar dan putu piring. Kak Ha datang dengan 2 anak dia dan sorang kawan anak dia. Alhamdulillah anak2 Kak Ha semuanya berjaya. Along dah jadi engineer, Angah baru grad jadi accountant dan Ika anak Bongsu Kak Ha, dah kat universiti nak buat Accounting jugak. Legakan anak2 dah berjaya ni....Mintak2 anak2 maklang pun macam itulah hendaknya, InsyaAllah....
Tadi pagi masa Kak Ha call, dia kata nak tengok telekong. Dia dapat tahu dari one of our mutual neighbour, Kak Jaaliah.Kak Jamaliah ada datsng sini 2 weeks back. Tak sabar betul dia nak tengok tudung dan telekong. Biasalah Kak Ha, kalau tengok benda2 camni memang dia suka. So, lepas belek2 tadi, dia order telekong 2 helai dan tudung 6 helai. Alhamdulillah. Maklang pulak yang pening kepala, bila masa nak mula jahit. Yang outstanding je dah ada 5. So now total dah 7 dah ni...Alhamdulillah. Maklang seronok jugak. Ada umur nak masukkan brand name kat telekong dan tudung, baru best. Mana tahu business boleh berkembang kagi...boleh pencen awal!Berangan dah ni....
Baru sat ni Kak Ha balik. Sampai ke balik kami dok melekek2 ketawa. Syukur pada Allah kerana dapat kawan macam kak Ha, dia baik sangat....Moga2 persahabatan kami berpanjangan, InsyaAllah...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
12 Comments:
Salam,
bestnya baca bisnes telekong n tudung tgh menjadi ni..confirm boleh pencen awal.
rindunya nak gather gathering ngan kengkawan lama ni..
Moga persahabatan MakLang berpanjangan. Amin. Seronok lah dengar MakLang business telekung. Moga berjaya. Kalau saya dekat sure dah datang juga rumah MLang nak tengok dan tempah..Masukkan lah dalam blog gambar2 telekung tuh. Gambar tudung ajzie dah tengok dah.
alhamdulillah tak lama lagi bolih letak label dari teratak mak lang eh?Ada perkawinan kat kuantan ye?ok maklang insya'allah kita di KL in 2 wks time.
As'kum ML.dapat kawan yg suka ketawa mmg best. hilang sgala penat & stress. err tanye skett.. agak kalau ada Secret Recipe kat tmpat ML tu ok dak? ingat nak bukak kt sana satu..eceh..cam bagus
ader jahit tudung & telekung..? ader gambar ke kak.. nak tgk..
Salam Mak Lang. Seronoknya dengar orang jual tudung & telekung? Ni macam boleh buat bisnes hantar kat Spore...
bagus betul maklang berdaya maju! teruskan. bersemangat saya baca.
woww.. maklang memang all rounder. ni dok rumah pun malas berdentum ni. mesin jahit boleh masuk muzium. hah.. nak ikut jejak maklang la. go mulan!!!!
lagi ramai tetamu datang rumah lagi murah rezeki maklang..
Alhamdulillah..bertambah duit poket tu, nak buat bisnes macam maklang tapi tak pandai..dapat kawan yang baik memang rezki tu maklang..kita kalau berkawan ni hendaknya baik lah hingga ke hujung hayat kan?
packing day la ni kira.. kenapa kena ada kaler theme mak lang? memang one of the requirements ka?
Syikin...
Alhamdulillah...over the weekend pun ada satu order lagi..nak kena cari assistant ni..
Ajzie:
Kak Ha memang best!
kak elle:
The brand name tentatively will be the Linaz Inc. Canggih tak??
Moksu:
OK gak tu. sini orang minyak dia kaya...memang susah nak cari kedai kek sedap punya. Nanti tunggu Rantau Mall naik, in a year's time bolehlah bukak kat sini...
Pisces:
Ada satu gambar kat daribilikjahitmaklang.blogspot.com. Pergilah tengok...
Bella:
Good idea..nanti maklang cuba salurkan ke sana...
Mamasarah:
I need all the support...TQ!
Mulan...
Go mulan go. Kalau maklanglah, gi Benh Than Market tu, shop banyak2 embroidery dia, lepas tu bukak business kat sini. Apa kata kita join buat bisnes, nak tak? maklang serius nih...
OO:
Alhamdulillah...Kalau kita baik dengan orang, InsyaAllah dapat kawan yang baik dengan kita. Tapi kalau tak sebaliknya pulak laa...
Zino:
Terimakaseh bebanyak kerana mendoakan maklang
Simah:
Bukan requirement tapi saja nak suka2. Biar sedondon...
Post a Comment
<< Home