Dari Teratak Maklang ~ 2007

Tuesday, December 26, 2006

SyukurAlhamdulillah...

Assalamualaikum...


SyukurAlhamdulillah. Lega sikit tatkala maklang menulis entry ni. Dari petang semalam ada rasa nak termuntah, terbuang air, pening kepala and so on. Anxiety teruk!.


We started from KL pukul 11:00pg semalam. Sebelum tu, kami sekeluarga plus atok and Wan, Alang and Uncle Jai plus Ucop, Busu and Tyleen and Alan, dan juga PT and MT, Echah and Azim gi makan thosei kat Restaurant Berk@t kat PJ tu. Biasa memang gi makan thosei kalau ke KL sebab kat Kerteh ni manalah ada and since PT and MT nak datang antar Echah, we invited them as well. So total ada lebihkurang 15 orang kot. Seronok makan reramai ni....masa Cik Abang order thosei 20 keping, waiter tu sampai terbeliak biji mata dia. Terkejut betul nampaknya dia...


Semalam masa nak ke Jalan Kucing, tersalah exit, masuk ke hiway Bukit Lanjan. So, we had to make one big circle.Then maklang singgah kat rumah auntie yang kat Karak tu nak pick up kain yang Wan Sarah kirim. Kain tu kain sulam2. Wan Sarah mintak jualkan. Cantek2 kainnya. After that barulah kami masuk hiway and reached rumah Datok at almost 3pm. Solat and then we had our lunch. About 5:30 we left for Kerteh. Sebelum tu sempat berhenti di Kamdar sebab Angah mintak tudung sekolah baru.


Masa di Kamdar tu dapat call dari Alang kata Wan nak kena operate hari ni.Masa tu macam2 rasa ada. Nak termuntah, terber@k and so on. Terperanjat betul. Kalau tahu memang we stayed back. Masa last week, Alang told us that Wan tak tentu lagi bila nak di operate. Alang kata, hari Selasa (which is today), surgeon tu nak check aje Wan dulu.That was why we decided to balik first. Rupa2nya ada miscommunication. Surgeon tu terus nak operate Wan today. Petang semalam Wan dah di admitted ke UH. Alhamdulillah urusan semuanya OK, sebab Alang dan Uncle Jai dua2 kerja kat sana.Or else payah jugak Wan nak dapat di bedah se awal ini.


Tadi pagi Wan masuk dewan bedah pukul 9 pagi. Maklang sempat jugak cakap ngan Wan. Dari pagi sampai le maklang gi kerja tengahari tadi, rasa kecut perut aje.Suspense sebab takut Wan punya operation tak berjaya. At last pukul 2:36pm, tadi Alang sms beritahu yang everything went well. SyukurAlhamdulillah.......


At this time Wan masih belum sedar sepenuhnya. Tengah sedap tidur disebabkan after effect of the bius.


Maklang tahulah jugak macamana rasa bila dibius ni....Sedap betul tidur

Terimakaseh kepada semua yang mendoakan Wan. Moga2 jasa mu dibalas Allah, InsyaAllah...

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

21 Comments:

At Wednesday, December 27, 2006 4:55:00 AM, Blogger Kak Elle said...

syukur alhamdulillah saya di sini pun gembira juga mendengar nya.Bila maklang ke KL lagi?Raya haji ni berkumpul kat rumah alang pulak.

 
At Wednesday, December 27, 2006 7:14:00 AM, Blogger maklang said...

Kak Elle:

TQ kak. Rasanya Raya di rumah Alanglah gamaknya. Memula dulu dah cadang nak raya di rumah FIL sebab Raya puasa dengan Atok ngan Wan. Tapi dah gini gayanya, Cik Abang kata, kita rayalah dengan Wan dan Atok, then 2nd day raya kita Raya ngan Datok pulak b4 balik ke Kerteh, InsyaAllah.

Harap2 Wan dah sedar by today. And harap2 she recovers quickly, InsyaAllah...

 
At Wednesday, December 27, 2006 10:46:00 AM, Anonymous Anonymous said...

Alhamdulillah, semoga Wan cepat sembuh nanti. Itulah rahmat kalau muafakat adik bradik, yang berat sama dipikul, ringan sama di jinjing. Syukur.

 
At Wednesday, December 27, 2006 7:01:00 PM, Blogger Kak Elle said...

maklang I think by now wan dah ok dah mungkin bolih bangun but it depends what the surgery procedure's like.Atok Kuantan I think no problem time like this mesti ngan wan and atok kan?Insya'allah wan akan recover well.

 
At Wednesday, December 27, 2006 11:12:00 PM, Blogger maklang said...

Onde:

Alhamdulillah kami adek beradek memang rapat dan sellau bekerjasama, nak2 diwaktu macam ni. We need each other's support!

TQ


Kak Elle:

Alhamdulillah tadi petang Wan dah mulai sedar, tapi masih drowsy. Alang kata she is much better than yesterday.

InsyaAllah we will be going to KL, besok pagi. Nanti petang tu boleh lah tengok Wan. Harap2 masa tu she is better...Insyaallah.

 
At Thursday, December 28, 2006 2:08:00 AM, Blogger aNIe said...

Bersyukur bila maklang beritau yang Wan dah selamat dibedah...alhamdulillah...

Harap dia akan segera pulih...

 
At Thursday, December 28, 2006 9:13:00 AM, Blogger zino said...

semuga operation tu berjaya.. inshaAllah..

 
At Thursday, December 28, 2006 3:05:00 PM, Anonymous Anonymous said...

alhamdulillah, semoga Wan makin kuat today. banyak belajar dr keluarga maklang yang menjaga ibu yang sakit. semua bagi contribution. bagus betul.

 
At Thursday, December 28, 2006 8:20:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Syukur Alhamdulillah. Semuga Wan cepat pulih.

 
At Thursday, December 28, 2006 10:52:00 PM, Anonymous Anonymous said...

keadaan wan dah ok

 
At Thursday, December 28, 2006 10:52:00 PM, Anonymous Anonymous said...

keadaan wan dah ok

 
At Friday, December 29, 2006 2:38:00 AM, Anonymous Anonymous said...

Alhamdullilah Wan dah beransur baik. Selamat hari raya aidil adha & happy new year to maklnag and beloved family

 
At Friday, December 29, 2006 8:01:00 AM, Anonymous Anonymous said...

angrik merah:


thank you angrik merah.

 
At Friday, December 29, 2006 9:40:00 AM, Anonymous Anonymous said...

Kalau ada masa kita lawat wan kat UH.Kalau tidak kita gi rumah alang nanti bila keluar wad.

 
At Friday, December 29, 2006 1:53:00 PM, Blogger Kaklong Syikin said...

salam,

insyaAllah Wan akan sembuh cepat. lepas ni bolehlah buat umrah dan haji dngn kesihatan yg sempurna. amin

 
At Friday, December 29, 2006 2:15:00 PM, Blogger pekan said...

alhamdullillah semuanya selamat..

 
At Saturday, December 30, 2006 8:05:00 AM, Blogger maklang said...

kaklady:

Syukurlah....sekarang Wan baru nak recover. Dah boleh duduk dan dah mula nak makan sikit2.

Zino:

Alhamdulillah....

mamasarah:

Masa2 macam ni memang kena banyak bekerjasama. Ialah...tulah satu2 ibu yang kita ada....mana nak cari ganti, jadinya masa dia sakit ni kita kena tunjukkan kasih sayang kita macam masa dia jaga kita kecik2 dulu...

adah:

Thank you


adik:

Alhamdulillah...ni adik yang mana pulok nih???

AM:

Thank you. Same to you too.


Anak maklang:

Ni anak yang mana satu pulok ni. Maklang dah lama tak tengok PC ni. Baru pagi ni berkesempatan...

EL:

Tak pe...Jangan menyusahkan diri. Kalau ada masa datanglah tengok dia. Bagi perangsang untuk cepat sembuh!

Syikin:

InsyaAllah...Ada umur dan sihat , adalah tu...

Pisces:

Thank you...

 
At Monday, January 01, 2007 7:55:00 AM, Anonymous Anonymous said...

Alhamdulillah. Semuga Wan cepat pulih.

 
At Monday, January 01, 2007 10:08:00 AM, Blogger zino said...

selamat tahun baru..

 
At Monday, January 01, 2007 11:31:00 AM, Anonymous Anonymous said...

To mak lang and family
SELAMAT TAHUN BARU 2007

 
At Monday, January 01, 2007 8:39:00 PM, Blogger maklang said...

ajzie:

TQ...Alhamdulillah....Wan dah nampak Ok

Zino dan Kak elle:

Selamat Tahun baru jugak...

 

Post a Comment

<< Home