Anak2 ku...
Assalamualaikum....
Pejam celik pejam celik dah hari Jumaat lagi. Betapa cepatnya masa berlalu...dan berlalu hari hari ini menandakan bahawa masa kita makin dekat untuk menemuiNya. Adakah kita semua ni dah bersedia? Kalau di fikir2kan memang takut, tapi itu lah dia kehidupan....
Hujung minggu kali ni memang agak sibuk. Antaranya ialah sukan sekolah anak2 akan berlangsung pada esok hari. Sekarang ni Angah dan Maya kedua2nya sibuk aje. Angah dah beberapa hari ni asyik berkawat aje pada waktu petang. Bila balik, dah pukul 6. Penat nampaknya dia. Dia kalau part bersukan atau any kokurikulum ni memang lah dia suka sangat2. Otak kiri dia lebih terserlah dari otak kanan. Otak kanan untuk nak belajar tu ada M sikit. Payah sorang ni. Kena pupuk bebetul. Takut pulak tak dibendung dari sekarang takut merosot lagi pelajaran dia. Baru dua tiga malam lepas Abah dia dah bersorak! Maklang, bila Cik Abang bersorak,TAKUT. Duduk diam2 dalam bilik ke, study room ke, tak berani nak masuk campur. Selama ni maklang dah beritahu Angah supaya jangan lalai buat kerja sekolah tu, tapi macam biasalah , kalau kita leka, dia lagilah leka....So, bila Abah bersorak...aduh...bingit telinga ku...suaranya kuat sekali...tapi tak apalah, untuk kebaikan Angah jugak.
Along and Maya, so far Alhamdulillah. Nak kata terror sangat tu tak lah. Tapi OKlah. Maintain aje. Taklah risau sangat. Kira homework semuanya up to date. Si Maya kalau dah dengar suara Abah dia kuat, cepat2 nak siapkan homework kalau masih ada. Hakim pun menikus!
"Pergi tidur..pergi tidur", maklang suruh Hakim masuk tidur. " Mak takut! Ni dah pukul 9:30 dah. Kang awak pulak di marah!". Mencecet dia lari masuk bilik tidur maklang. Eh...mak dah suruh tidur kat bilik mak, why not?Langsung aje dia lelap!
Masaalahnya sekarang, bagi betis nak peha. Bagi sekali nak selalu pulak. Payah..Payah..Sekarang ni dia tak boleh pulak nak tidur kat bilik Angah. Dah balik semula penyakit" Naaak maaaak!". Susah susah. Datang hangin dia sampai bercucuran airmatalah. Tu tak pe. Kenkadang tu tersedu2 macam kena cubitlaah.
Malam tadi pun sama. Pujuk2lah sebab dia memang dah mengendeng nak mak dia. So, kata jom mak bacakan cerita untuk Hakim. Ceeeeh..memula macam macho, ambikkan buku ceritalah and baring sebelah mak dia ni kat katil Kak Maya. Kak Maya dah lama lena di buai mimpi. Dah 10:15 agaknya masa itu. Bacakan kisah Fatimah r.a untuk dia. Sambil kita baca, sambil dia menyondol kat mak dia pun 'te**k!. Bujang ni betullah...Penat baca, maklang tepuk2 dia. Lepas tu nyanyilah lagu "Subhanallah...Alhamdullillah...walailahailallahuwaallahhuakbar...". Eh...tak aleh2 dengar orang dah nak tersedu...teruk betul! Nasib baik lepas tu terlelap jugak bujang tu. Ni sampai pagi ni tengok elok aje....InsyaAllah after this weekend, OK kot sebab katil 2 tingkat yang Cik Abang tempah tu dah nak siap. Maklang aje belum siapkan dia punya alas...Kalau boleh hari ni nak siapkan..
Ni gambar2 dia sedang tidur, macam2 pesen!
ooppsss...ada gambar tu orientatiom dia tak betul. so u all pusingkan kepala sikit eh..nak cepat, Cik Abang dah tunggu nak pi pasar...
p/s: Angah tengah suspense, dia baru tumbuh jerawat. Tumbuh kat atas hidung dia. Lepas tu digaru2 dah bengkak dah kat hidung dia. Maklang dah kata jangan usik, di kutilnya jugak. Sekarang ni dah nak macam hidung clown. Merah aje kat situ. Kalau dia tahu maklang cerita ni, sure mengamuk. Ada ambik gambar, tapi dia dah warn, jangan tunjuk gambar tu. Angah malu!
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
Labels: anak2
21 Comments:
maklang, tempat exercise tu pun dia boleh tido! penat betul tu.
salam mak lang..
anak anak pB pun pantang semawa, mesti nak aja tidur satu bilik dengan pB...
kalau takat umur 4 tahun oklah kan, ini dah besar panjang , dah darjah lima pun masih nak dok bawah ketiak mama...
bukan tak der bilik, tapi ngada ngada nak aircond lah, nak tv lah...amboi....amboi ingat mama cop pitih ker...
terpusing pusing tengkuk pB lihat gambo yang no 3 tu... montel sungguh si Hero bunga nie...
comelnya gambar-gambar tido tu...I suka tengok wajah anak-anak tido ..innocent je muka waktu tido...
Hahaha...tergelak kak lady tengok macam2 gaya Haqim tu...
Kak Lady pun samalah dengan maklang...kalau lah cik abang tu hangin tak baik...tak berani bersuara...kecut perut...sedangkan kalau dia marah dia jarang bersuara...cuma tengok muka dah gerun...
mak lang : banyak betul gaya dia tidur.....
sekarang ni mmg sibuk hari sukan. Kesian anak2 practise sampai bila balik rumah punyala penat asyik melepet aje kan.....
Hihihi Penat sunggug nampaknya Hakim tuh..Di tempat exercise pun boleh terlelap..hihihi..
macam2 gaya tidurlah hakim ni...
dp
mak lang ni baru 4 aje macam mana dulu mak kita menjaga kita semua ye?tuition2 pun takde semue belajar sendiri tapi maju juga.Zaman dah bertukar kan?
cewah Hakim banyak nya gambar tido...nak jadi model tilam dunlopillo ke?hehe
yg gambar macam kelawar tu favorite mama :)
Apa gaya yang gambar no.3 tu? Gaya bebas agaknya.
Mak Lang, nasib baik Hakim tertidur jugak akhirnya. Di buat nya kita nyanyi bak habis satu CD dia tak tidur jugak, yang terlelap mak dia..aniaya jugak. Begitulah anak-anak ML. Semalam si bungsu kat rumah pun tiba2 aje bawa bantal masuk bilik lalu terus naik katil.."Bella nak sleep mama!". Ayahnya tak terkata apa..
adoi hakim anak mak!
kelako! nasib ler budak2 ni kalau pelawa pun tak mboh! legaaaaaa..tehehehe...
Waduh mcm-mcm gaya tido.. mak lang kena simpan bebaik gambar tu .. boleh jadikan bahan ugutan bila dia bergirlfren nanti
ha ha ha tngok pesen dia tidur..pelbagai si manja ni. nanti nak kawin mak lang tunjuk kat bini dia. ha ha ha
intan:
Maya pulak boleh tertidur atas threadmill tu...ngantuk sangat lah tu...
pb:
anak2 maklang pun sama, pantang semawa, habis dia berkampung kat bilik kita...
LJ:
Memangkan anak2 kalau tidur tu nampak baik betul!. Cik Abang yang rajin sangat ambik gambar orang tidur. Bukan setakat anak2, isteri dia pun kena jugak...he..he..
kak lady:
kita ni serupa kot, cuma akak kecik dan maklang besau!
helena:
memang bebudak tu sibuk, at last selesai dah...
ajzie:
memang penat lah tu
dp:
memang memacam pesen laa...
kak elle:
kalau ada nak ambik dia jadi model, boleh lah rekomen
mamarock:
kelawar mana pulak tu...
mamasarah:
asal ada gaya sudah...
nora:
yang tak tahan tu kalau dia datang dengan menangis tersedu2...tak sampai hati betul!
OO:
Ooooh...anak2 maklang pantang di ajak!. Kalau tak ajak pun dia datang sendiri!
Sya:
Oh, gambar2 tu semua memang kena simpan. Ada yang lagi terok. Dia tidur atas sandar kepala kat sofa tu...
Lollies:
Mintak2 sempat lah nak nengok dia kawin!
mak ooii... lena betol tu. mana2 pun dia boleh tido ke maklang?
yg ni baru betul tidur.. hehe
baby tu pun masih nak tidur dengan kami.. katil kat sebelah je.. penat dah pujuk tidur kat bilik bujang tu.. dia kata bilik tu ramai.. hehe..
Mak lang...
Ohh...ganasss sungguh gaya tido si hakim yg no 3 tu...boleh lelap pulak tu dengan kaki senget semacam...
Ni komen utk entry sebelum ni..terlepas baca plak..
Cantiknya halaman rumah Mak Lang dengan pokok2 yg segar bugar, suka tengok..ntah bilalah dapat buat camtu...
salam mak lang,
hihi mcm2 pesen Hakim tidur yer. Cute jer tengok. Dah besar2 nak tidur lagi bawah ketiak mak memang susah ni. Tapi sekali sekala apa salahnya kan.
Yus pun kalau hubby dah mula bersuara takut!!!!. Anak yus yg sulung pun takut, tp yg no 2 Alia tu, selamba ajer, dia manja dgn abahnya, mcm tak kisah ajer dia.
mulan:
yang benarnya Hakim ni payah nak tido. Unless dia penat sesangat!
Zino:
Hakim = Babylah..dua2 bongsu kan!
Hani:
Tidur ngan dia memang kena jaga2. Mau patah riok badan tu dia hempap!
Yus:
Muka selamba tu yang tak tahan kan!
Post a Comment
<< Home