Dari Teratak Maklang ~ 2007

Tuesday, March 06, 2007

Finally its ready!:)

Assalamualaikum....


Hari ni cerita tak bergambar lah eh...Tak sempat lagi nak ambil gambar. Tunggu semuanya dah siap baru boleh ambikkan gambar. Bila langsir dah dipasang dan dah decorate serba sedikit, bolehlah nak bergambar...


Sebenarnya, bilik yang maklang dok cerita tu dah finally dibereskan hari ni. So, bila balik kerja tadi, tukang tu dah nak clearkan tempat. Lap2 the tingkaps and all. Lepas tu mintak tolong Bibik mopkan lantai tu. Bersihlah sikit. Then lepas Isyak tadi, pujuk Cik Abang dan Dhirah untuk angkat barang kat depan tu. Maklang tak kuat nak angkat yang terlalu berat sebab memang ada back problem. Silap angkat kang kena slip disc lak, berhari2 tak leh membongkok. Cik Abang pun tak kasi angkat berat2, takut lain pulak ceritanya nanti. Bentangkan carpets, angkat kan almari dan sofa2 dan meja and the exercise equipments. Seronok rasa. Bukan maklang sorang aje rasa seronok, Cik Abang dan anak2 pun excited jugak. Hakim pun tolong jugak. MAsa Abah and Along nak angkat TV tu dia nak tolong jugak. "Abah...Akim tolong angkatkan wire TV , boleh tak?". Jadilah tolong angkatkan wire tu. Lepas tu dia tolong angkatkan throw pillows dari bawah ke atas rumah...Everybody is feeling so excited about the new space in the house.


Petang tadi pulak masa pergi pasar malam, sempat belikan Wan and Atok ikan2. Wan talipon malam semalam just nak pesan ikan. Tak sampai hati kalau tak bawakkan. Bukan tak nak bawak, tapi kereta kami akan penuh dengan barang sebab kami nak bercuti agak lama kali ni. Dengan keropok2 untuk Wan Sara dan family, beg2 baju lagi and entah barang2 apa lagi yang nak disumbat! Tapi tak pe...Wan punya pasal, kami sanggup buat apa aje... Masa gi ke pasar malam tu, as usuallah tergoda dengan the anggeriks. Terlekat gak lah sikit. Pak Omar pun dah start sangkut kan the anggeriks kat pergola belakang rumah tu....Terimakasehlah Pak Omar! Tapi si Dhirah kata, "Macam hutanlaaa , mak". Bertuah punya budak. Orang puas2 simpan duit nak beli orkid, dia pulak kata macam hutan!


Pagi tadi pulak pergi KT. Meeting ngan orang yang nak approvekan dandang dan all the boilers etc. Tak suka sangat jumpa orang dari dept. ni sebab ada yang agak sombong. Tapi memang maklang dah di warn bahawa orang2 kat dept. ni berperangai macam tu. Nak buat camana. Lepas tu pergi kat bahagian PBD kat Wisma Negeri. Hantar surat aje. Then, cilok sat pergi kat Pasar Payang. Kakak kita pesan belikan dia kaftan lagi. Mabuk jugaklah. Ada belikan untuk Angah jugak sebab dia suka pakai kaftan ni. Alang pun ada kirim jugak.



******************************


Ni nak sambung cerita pasal my one and only bujang. Ingatkan malam tadi macam best aje tidur kat bilik dia. Tapi about 10 tu dia masuk kat bilik maklang.

"Mak...kaki Akim sakitlaa. Tadi masa Angah bukak pintu, pintu tu terlanggar kaki Akim. Akim tak boleh tidor laaa..."

"Laaa...meh mak urutkan jari tu...Ambikkan cream tu"

So, mak dia ni urutlah jari dia yang comel2 tu. Lama jugaklah...

"OK eh... Hakim tidur kat bilik Angah kat katil baru eh...."

"Eh...kan tadi mak ajak Hakim tidor kat bilik mak"

Wah...macam umpan kita tu backfired lak. Kita gurau aje, nak tengok if dia nak tak tidor dengan kita lepas dapat katil tu, rupa2nya dia gunakan alasan tu untuk nak tidur dengan mak dia. And as usual, dia menang. And menempeklah dia kat sebelah maklang!


That's about all for today. Pinggang dah sakit, mata dah layu, and tangan dah tak leh nak type. So...ada rezeki and kalau panjang umur, kita jumpa lagi besok....InsyaAllah....


Wassalam....




Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels:

10 Comments:

At Tuesday, March 06, 2007 11:39:00 PM, Blogger Kak Elle said...

Tak sabar nak tengok balcony yang dah siap tu mesti gerek kan maklang?haha....si macho tido juga ngan mak die bak kata org jawa nak ngempeng!!thank you lah for buying those caftans for me yg satu I nak bagi kat my friend Kay who will be here next month and maklang she will buy that koala magnet nanti bolih you taruk kat fridge you.

 
At Wednesday, March 07, 2007 12:06:00 AM, Blogger NorAiniJ said...

I envy Mak Lang’s life kat Kerteh tu… sounds so peaceful as compared to KL ni…sigh!

 
At Wednesday, March 07, 2007 1:33:00 AM, Blogger silversarina said...

laa menepek jugak hakim kat bilik you walaupun dah ada katil baru, manja betul dia ye...takes time sikit, kena temankan dia sampai lelap or ikut cara dalam rancangan TV 'super nanny '... say good night and just leave him alone....

Wah best siap nak bercuti sekolah ...selamat bercuti!!

 
At Wednesday, March 07, 2007 8:53:00 AM, Anonymous Anonymous said...

maklang, manjalah anak bujang u tu selagi yang boleh sebab bila sampai masanya, nak peluk cium depa pun susah. Bila i cium my 23 yr old son, he'd look at me funny!

 
At Wednesday, March 07, 2007 10:21:00 AM, Blogger Sya said...

Ha ha .. ingatkan leh le berdua-duan ye tak tenguk2 menang lagik si Hakim

 
At Wednesday, March 07, 2007 10:31:00 AM, Blogger Mama Rock said...

hehehe,lagi panjang akal si bujang kecik dari mama dia :)

 
At Wednesday, March 07, 2007 12:46:00 PM, Anonymous Anonymous said...

oh, cepat post gambar!!!!!!!!!
cuti nak gi mana tu??

 
At Wednesday, March 07, 2007 3:49:00 PM, Anonymous Anonymous said...

mak lang cuti na pegi indon ehh...? hai katil baru tidur kejap aje...? hakim2... mmg rapat betul dgn mak dia...
dp

 
At Wednesday, March 07, 2007 5:15:00 PM, Blogger Mama Sarah said...

hakim... hakim...

macam2 kita usahakan nak tackle anak tidur sendiri kan maklang? akhirnya ketiak mak juga dia cari.

 
At Wednesday, March 07, 2007 10:53:00 PM, Blogger maklang said...

kak elle:

tak ada masaalah...nanti lepas balik cuti, maklang poskan eh...

nj:

Yessss! Life is so peaceful here.


LJ:

Biasalah tu bujang sorang tu...

intan:

Oh...you have a son that big!!! Mine is only 6 years old.


Sya:

Dah 2 malam dah ni dia tidur bilik sana, kenkadang mak dia rindu gak sebab tak dapat cium dia bertalu2 masa dia tidur!

mamarock:

memang le...panjang betul akal dia!

OO:

sabar le...datang angin rajin nanti maklang masukkan gambar


dp:

maklang nak pergi rumah Wan SAra, InsyaAllah....

mamasarah:

Dia tak sabar nak cuti ni sebab dapat tidur dengan mak dia setiap hari...seminggu!!!

 

Post a Comment

<< Home