Katil baru dan kemas rumah
Assalamualaikum.....
As usual, kalau first of the week memanglah boring punya. Malasnya nak tengok kerja2 yang dah melonggok. Mana nak baca mails lagi. Pulak2 minggu depan nak cuti seminggu, jadinya kerja2 kalau boleh tak ada yang outstanding. Tu yang kena nak siapakan jugak. Nanti bila balik cuti taklah kelam kabut. Lagipun kerja maklang ni penting jugak before kerja2 lain nak start. So, besok dah set meeting untuk nak ke KT lagi. Nak pergi jumpa badan2 berkenaan, InsyaAllah. Mintak2 semuanya Oklah.
Hari ni sibujang tak tentu arah. Katil 2- tingkat yang ditunggu2 tu akhirnya siap jugak. Abah dia kata, mungkin birthday dia katil tu siap, tapi tak kesampaian hajat dia. So, tengahari tadi masa maklang balik makan, dia tak sabar2 ajak maklang naik kat bilik Angah dia nak tunjukkan katil baru tu. Terlompat2 aje. Seronok sangat. So, tak adalah nak teman mak dia lagi. Kami pun ajak2 ayam dia nak tidur kat bilik kami. Eh...member tak layaaaan....Dia boleh pulak kata,"Mak, Hakim nak peluk2 jugak katil baru Hakim tu!". Apalagi, maklang pun buat2 lah nangis kata kat dia," So, Hakim lebih sayang katil tulah dari mak?", Eh...dia jawah pulak," Tentulah Hakim sayang mak lebih dari katil tu!", sambil gesel2 kat mak dia ni.
Gelihati tengok perangai budak2 ni. Bukan Hakim sorang aje yang tak tentu arah. Angah and Maya pun sama jugak. Maya pun terlompat2. Ni pun tengah gaduh berebut siapa nak tidur kat atas. Angah pun sama boleh jadi hot sebab tak dapat nak tidur atas katil atas. Yang best sekali tu, si Hakim and Maya dok lompat dari katil atas (single bed) ke katil bawah yang queen size tu ( ni katil lama!). Ada yang patah jugak katil tu kang. Tak sempat tidur nanti malam. Yang best sekali,Hakim dah mandi seawal pukul 6:00ptg tadi ( biasanya liat!) . Lepas tu at 6:40pm dia dah ketuk pintu bilik Angah cakap dia nak tidur dah...Ha...ha...bertuahlah kalau Hakim tidur secepat tu! Kita tengoklah malam nanti....
So since, Hakim punya katil dah siap, maka bilik maklang ni legalah sikit. Kami angkatkan katil bujang tu keluar sebab tilam dia dah digunakan untuk katil baru dia and kami kemaskan bilik kami. Legalah sikit. And Cik Abang pun seronok, pasang kan reading lamp yang dia baru beli tu.
Ni pulak gambar kat balcony yang tak siap2 tu. Geram betul dah dengan tukang tu. Masa mula2 dulu janji boleh siapkan in 2 weeks...tapi ni dah nak masuk 4 bulan, masih tak siap lagi. Frust betul .Kami cadang2 nak kemas last wiken tapi tak boleh jugak. Entah bilalah tu nak siap agaknya...
Tengoklah sepah dia tu....Kami cadang nanti nak letakkan TV yang ada kat tingkat atas tu kat situ. Then nak letakkan thread mill dan tempat exercise lain kat situ. Harap2 lepas ni bolehlah exercise dengan sepenuh hati....Sebenarnya idea nak menambahkan ruang tu pun datang sebab nak letak exercise equpment tu semua. Then sekali gus kami buat tempat anak2 lepak. InsyaAllah, kuranglah sepah dia kat ruang TV kat bawah tu....
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput
Labels: Housework
16 Comments:
ini,kalau arif tengok mestilah dia nak jugak katil macam hakimtu. Custom-made kan.Cantik, from kayu jati ke?
Hehehe kita nak cilok-lah idea awak nak letak kat guest room.Very nice.
camno nak tutup wood railing kat balconytu?
cantik maklang good idea kat rumah my sis bilik the girls ada dua katil 2 tingkat for 3 girls 8,15 and 19yrs old...die org kena share tahu2 lah condo skg mahal tapi bilik kecik2.One of the double bed bawa di kosongkan tarok sofa bolih kalau kawan die org dtg duduk kat bilik.Eh maya dah gunting rambut lawa seyyyyyyy.
Nak ikutkan rumah maklang ni macam istan lah....
Mak Teh:
Kalau Arif nak, tempah aje kat orang yang buatkan you all punya meja. Kayu jati lagi. Ni kayu pine aje.
Silalah...we all tak ada hal kalau orang nak ikut pun. Benda baik why not?
Wood railings tu nanti di tutup dengan cermin aje. Sebenarnya yang kat gambar tu pun dah ditutup dengan clear glass. Bila nak datang sini. Dengar2 cuti lagi sekali nak gi Kelantan, boleh lah singgah kan.
kena tunggu ada rumah sendiri baru lah boleh beli katil camtu. sure seronok budak2 ni. ni time kami musafir lagi. tak beli apa2 pun.. sempat ke tidak bebudak ni pakai katil camtu?? practical sbb jimat space kan..
Katil yang tu memanglah impian budak2!
Akak, siling umah u tingginyer!
Anjung tu plak buat kita ingat umah lama2.
BEstnya dapat double decker.... Denifitely a child's dream.... mal lang custom made ye... good idea gak tu....
wowww,maklang! your house must be very the BIGGG one! jmput2 le kami ke rumah maklang ye!
mak lang
Sya dulu ada katil gitu kat rumah tapi bukanlah kayu... hak besi punya, beli sebab nak train mereka tidor sendiri menjadi jugak. Bila dah besar katil tu tak nak digunakan lagik bagi kat staf kat ofis ni.. bila staf ni pindah dia bagi katil tu kat abang dia.. anak abang dia suka sungguh ngan katil tunggu.. tak sangka katil sesimple tu boleh menggembirakan ramai kekanak
lawa rumah mak lang!
eh, bujang kecik tu bangun awal tak atau masih menikmati keindahan tidur katil baru :)
Maklang...dulu masa kak lady mula-mula beli double decker bed...kak lady risau sangat nak benarkan si kecik tu tidur atas...takut sikecik tu menggigau bangun & turun sendiri ....
Tapi kelmarin sepupu2 datang...main kat atas tu sampai roboh dah...takde lah lagi double decker bed kat umah tu..
Cantik balcony tu...bila lah nak siap ye...kalau dah siap nanti tentu maklang lebih slim...hehehe
kat rumah kita ada jugak katil dua tingkat... tapi sekarang dah robah dah... walaupun katil tu di buat dari besi...hahaha (tahu ajelah hero2 ni...)
haaa macam ni... baru puas... sambil baca n3 sambil tangok gambar...
hai kelakar betullah si hakim tu...
maya u kiutlah...
dp
cantiknye beg breakfast cik abang you....nasib baiklah i dah dapat present hari tu,kalau tak i pun nak gak beg tu. cantikkan kain dia??!!abarkhanla katakan...alangs...
kak elle:
maya potong rambut without telling me.
mulan:
tak pe, nanti dah balik sini belilah katil yang 3 tingakt pun tak pe!
intan:
berebut lagi malam ni, siapa nak tidur kat atas!
Rumah ni memang rumah kampung. Terletak pun di Kampung Baru!
Siling dia dalam 11 kaki kot - finished level.
Qisst:
Silakan silakanlah datang ke rumah kami ni. Taklah besar mana, biasa2 aje. Jangan terpedaya dengan camera tricks!
sya:
memang katil tu budak2 memang suka.
Along pun sampai jealoue kat Hakim!
mamarock:
Oh...rumah maklang memang lawa...selawa tuannya...HA...HA...HA...:) Jangan mare, I gurau aje...jemputlah ke mari!
helena:
ya custom made katil tu. idea Cik Abang.
i like her better with her long hair!
kak lady:
Itulah, takut lak roboh mende tu. Tapi bila Abah dah warning barulah dengar sikit cakap tu...
dp:
Hakim tu cakap dia macam orang tua. Gelihati dengar dia cakap!
Alangs:
Nanti bila angin I datang nak jahit lagi, I akan jahitkan beg yang kain satin China tu,OK. InsyaAllah...
Maklang, apa cerita Hakim malam tadi? Berjaya tidur di katilnya atau tak?
mamasarah:
Ngempeng jugak malam semalam. Aunty elle kata ngempeng tu mengendeng kot or menempek?
Baca N3 baru ...
Post a Comment
<< Home