Dari Teratak Maklang ~ 2007

Sunday, March 04, 2007

Macam2 cerita di hujung minggu

Assalamualaikum....


Nak kena gi kerja dah besok. Seronok cuti minggu ni, 3 hari. Sebenarnya maklang tak perasan pun this weekend ni cuti panjang. Sampaikan bila Kak Yah kat opis tu jemput pergi khenduri kat rumah dia di Kerteh 2 tu, maklang boleh tanya dia semula kenapa buat masa hari kerja. Siapalah nak pergi jauh2 tu waktu lunch. Sure tak sempat punya! Punyalah tak perasan!


Jumaat was a very busy day. Masak apa pun dah tak ingat dah...Lepas balik dari pasar tani tu siap2kan kat dapur. Oh...ye, ingatkan nak barbeque ayam petang tu tapi maklang beritahu kat Cik Abang, tentu seklai dia tak larat nak BBQ malam tu sebab petang Jumaat tu dia dah janji dengan Pak Man Topo tu nak pergi ukur tanah kat depan rumah tu. Maklang pulak entah macamana terrajin pulak nak menukar langsir kat ruang tamu dan dining kat rumah . Punyalah penat, dari pukul 12 sampai dekat pukul 7mlm baru siap pasang. Tu pun bibik yang memanjat. Valence tak pasang pun lagi. Sempat jugak tukar sarung sofa dan cushions. Alas2 meja pun dah berganti. Lengoh jugak hari tu. Malam tu pulak dok cucuk pin valence untuk langsir2 tu, sampai nak terlelap dibuatnya. Nasib baik onkan movie Narnia tu, tapi tu pun tak habis nengok sebab dah tak larat sangat!


Then semalam Sabtu, sibuk ke sukan sekolah anak2. Pagi lepas Subuh dah bangun untuk nak masak for lunch. Tak kuasa nak masak bila balik tu, sure penat. So dari pukul 9:00 sampailah pukul 2:00 kami di padang. Ada jugak makan tengahari. Cik Abang pun kena bagi2 hadiah kat murid2 yang menang. Timbalan YDP PIBGlah katakan...

Geli2 hati nengok kan budak2 ni bersukan. Macam2 kerenah. Maya dan Angah dua2 masuk acara. Dan Alhamdulillah dua2 dapat tempat ke2. Kalau sorang 1st dan sorang 2nd, memang lah nak cari jalan gaduh. Yang kelakar sangat tu, Maya 2-3 hari sebelum hari sukan dah mintak Abah dia belikan biskut tiger sebab kawan dia kata nanti kuat lari!. Abah pulak urutkan kaki dengan Counterpain tu dan maklang buatkan dia sayur bayam rebus. Wah...nanti kuat larilah...Seronok betul dia bila kami beri dia semangat.


Petang Sabtu tu sambung balik pasang langsir . Then tukar langsir bilik tidur maklang. Cik Abang dah tak tahan dah. Asyik bersin and selsema aja. Dia memang allergic kat habuk ni. Kalau ikutkan malas ni,memang tak kuasa asyik2 nak tukar langsir. Gonelah sepetang lagi tanpa menjahit. Cuma nasib baik malam tadi sempat jugak nak letak manik kat lengan baju maklang...Tapi as usual tak siaplah lagi. Kalau sempat nak lah pakai masa cuti ni nanti.


Hari ni pulak, Dhirah dah mintak buatkan dia nasi tanak. Masak jugak pacri nenas untuk nak makan dengan nasi tanak. Sempatlah hantar kat rumah Mak De masa on the way nak ke rumah pengantin tadi. Mak De sms semalam, kata yang dia buat tak jadi. So, sebab dah nak lalu kat rumah dia, kami singgah hantarkan pacri, nasi tanak, salad telor dan ayam yang dah perap tapi tak sempat nak goreng tu.

Then kami pergi ke rumah pengantin . That was the first time maklang pergi ke Kerteh 2. As usual gulai dia memanglah class. Maklumlah daging fresh. Balik dari situ, singgah kat nursery sebab Pak Omar pesan beli tanah, polybeg dan dawai nak gantung orkid tu. Sebab kekenyangan sangat, tak reti kira berapa belanja. Half way nak sampai rumah maklang call budak kat nursery tu kata terbayar kurang. So, tak pelah...nanti jumpa pergi bayar pulak...


Then , alhamdulillah dapat jugak nak sulam baju maklang. Le ni tengah nak letak maniklah pulak. InsyaAllah besok siaplaa....


This wiken OKlah...cuma banyak benda yang berlaku. Firstly, hari Khamis tu Astro kat bilik maklang kong, then PC pulak buat hal. Tengahari Jumaat tu, tayar kereta Cik Abang pecah, then masa tengah pasang langsir tu bunga kaca jatuh dilanggar dek langsir, sebab angin kuat sangat. Then masa nak tolak meja kecik tu, bekas potpourri tu pulak jatuh bersepai. Takut pulak rasanya sebab benda2 tak baik berlaku berturut2. Mintak2 tak menandakan apa2 lah....


Ni, maklang masukkan gambar2 sekitar hari sukan anak2 maklang...

Angah rumah merah...


Maya rumah kuning

ni Abah and anak lelaki dia...ambik gambar sendiri
ni bujang maklang yang dah mula boring...boring sebab maklang tak bagi dia makan lagi sebab dia dah makan sup campbell, pisang , kacang goreng yang kami bekalkan tu...ialah nak terber@k' kang susah pulak dan betul pun, sat lepas tu dia mintak hantar di pi kat Dr. Tan tu...malas nak layan...
Maya beriya-iya pukul bola ngan hoki stick

Maya dengan kawan dia...
Ni rumah merah, angah yang bawak sepanduk tu
ni gambar Angah lagi..














Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels:

13 Comments:

At Sunday, March 04, 2007 9:55:00 PM, Blogger Kak Elle said...

busy weekend nampak?bagus lah angah ngan maya dapat hadiah berbaloi juga setelah kat panas terik tu kan.

 
At Monday, March 05, 2007 7:59:00 AM, Blogger Ajzie said...

Busy sungguh MakLang di hujung minggu. Aktiviti bersama keluarga..

 
At Monday, March 05, 2007 9:20:00 AM, Blogger pB said...

salam mak lang...

sekarang ni dah musim org nikah kawin..kalau dok area kampung, memang jenuh lah memenuhi undangan kawan kawan....

 
At Monday, March 05, 2007 10:12:00 AM, Blogger Mama Rock said...

congrats to angah and maya...tahun depan boleh jadi johan pulak, makan biskut tiger banyak2 :)

 
At Monday, March 05, 2007 10:55:00 AM, Blogger Helena said...

wow, busynya maklang. masa Helena gi sports day kakak, melepet Helena, walaupun duduk bawah khemah, tapi terik matahari tu mmg tak tahan.

Ke Helena yg tak cukup vitamin? hehe..

 
At Monday, March 05, 2007 12:34:00 PM, Blogger Sya said...

Sports day? Saya kalau sports day malas betul.. so memang jarang hadir.. anak2 pun tau mak dia malas ke sports day.

Tak leh jadi mak mithali i ni

 
At Monday, March 05, 2007 1:40:00 PM, Anonymous Anonymous said...

sedar tak sedar dah dekat cuti sekolah dah. Dia orang dah periksa ke belum?

 
At Monday, March 05, 2007 2:58:00 PM, Anonymous Anonymous said...

hahahaha..makan biskut tiger jadi kuat! macam faris jer!!!!! siap makan bayam rebus lagik, nasib tak jadik popeye the sailorman..put puttttt...hehehe..macam2 ragam anak2 ni kan? apa yang kawan cakap somernyer betul! kadang2 naik pening nak layan.

oh paklang timbalan YDP PIBG ker? tabik tabik...tak semua orang nak pikul extra tanggungjawab..kami bubuh nama jadik biro jer..

 
At Monday, March 05, 2007 4:45:00 PM, Blogger Mama Sarah said...

terkenang zaman sekolah dulu-dulu. sports day means - gelap berkilat lah muka lepas duduk bawah matahari terik.

 
At Monday, March 05, 2007 5:24:00 PM, Anonymous Anonymous said...

nak tengok langsir yg baru pasang tu... boleh tak?...

tapi dari pc i nilah... hehehe...
dp

 
At Monday, March 05, 2007 5:30:00 PM, Blogger silversarina said...

wah busynya maklang mengalahkan YB di hujung minggu....cik abang I pun bersin tak tahan habuk, kalau nak mintak dia tolong pasangkan langsir /sapu lantai ke , siap dia pakai mask macam surgeon pulak :D

kerteh 2 tu kat mana ek...?

 
At Monday, March 05, 2007 6:42:00 PM, Blogger maklang said...

kak elle:

tulaa...nasib baik dapat sama. kalau tak sure gaduh punya...pening pening...


ajzie:

memanglah busy...nak buat camana. nak kena selesaikan kerja2 kat rumah supaya bila cuti sekolah nanti rumah dah bersih sikit, InsyaAllah...

pb:

musim orang nikah kawin ni memang le....banyak le makannya..naik le darah tinggi nya...

mamarock:

Sib baik menang, kalau tak sure muka maya mencuka macam hari tu!


helena:

muka maklang ni pun macam kena sunburn pulak...merah aje ...

 
At Monday, March 05, 2007 6:48:00 PM, Blogger maklang said...

sya:

suka ke tidak, pergi jugak. kenkadang gelihati tengok budak2 ni. Maya dah tarik muka bila maklang kata maklang tak nak pergi. Jadi pergi ajelaa...


mak teh:

Ialaa...sedar tak sedar dah nak cuti sekolah. Bukan anak2 aje seronok, mak and abah pun sama sebab dah lama kami tak bercuti...seronok.

Angah and Maya periksa this week. Along start after the cuti.

OO:

Paklang hari tu masa kena propose jadi YDP, almost all yang hadir angkat tangan. Dah nak buat camana. Ramai peminat agaknya...he..he...


mamasarah:

muka maklang jadi merah...sampai hari ni masih merah lagi!

dp:

nantilah maklang ambikkan gambnar tu, tapi gambar langsir je eh..

LJ:


Kerteh 2 terletak after Durian Mentagau. About 30 mins away from here. Masuk simpang lepas 6 inn villas tu yang on the way to Dungun...

 

Post a Comment

<< Home