Seronok rasa...
Assalamualaikum...
Macam tak ada mood aje nak taip ni.. Dah ngantuk dah ni, tapi kalau tak update nanti entah bila pulak nak jumpanya. Lagi pun kurang orang membaca dan mengomen.Suka tengok blog Kak Lady and Sya, sampai 40-50 komen kenkadang tu. Peminat ramai kot...Tahniah...tahniah.
Hari ni sibuk as usual. Pagi2 tu lepak jugak tapi towards the end of the day, meeting satu lepas satu. Nasib baik Client OK. Siap belanja kami Sundae and Pies lagi.
Dalam pukul 10 tadi baru aje siap packkan baju. Baju tidur 5 helai sorang and baju jalan 6 helai sorang. Takut pulak terbawak kurang. Kalau lebih tak apa. Tapi kiranya dah cukuplah tu InsyaAllah. Kat rumah Wan Sarah pun ada tukang cuci and gosok baju kot.
Paling benci kemas baju ni. Tapi nak buat macamana. Tapi the best part tadi, tengah mengemas tu, tak aleh2 Angah bawak sedulang omellette with sausage and salad. Plus one glass of orange juice.
"Laaa...buat apa angah bawak naik. Mak tak nak makan laaa"
"Bukan Angha yang nak bawak. Abah yang suruh laaa"
Patut pun masa maklang duduk kat bilik air tu tadi, bau wangi aje dari dapur. Ingatkan bibik lupa tutup api sos yang maklang suruh dia panaskan. Rupa2nya Cik Abang jadik chef!. Kembang sat rasanya....agaknya dia kesian tengok isteri dia penat kerja, then balik nak pack baju pulak...Bertuah rasa badan...seronok rasanya... So, makan lah jugak, akhirnya...takut2 tak makan kang kecik hati pulak! Thank you , Bang..
Sebenarnya ada ambik gambar, tapi tak tahu nak loadkan. So..that's all for now. I nak tidur. Kalau tak jumpa lagi, Selamat Bercuti dan maaf zahir batin.... ( we are going off to KL after school ptg besok. Maya keluar about 6 then bawa dia balik siap2 and bertolak ke KL. Then on Friday baru kami berangkat ke destinasi....)
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
21 Comments:
Selamat Bercuti Mak Lang.. dan semoga selamat tiba.
Berhati-hati di jalan raya...
padan lah tak nampak online...anyway have a nice holiday and kirim salam pada semua di KL nanti ye:)ML cam mana kita nak ada peminat membaca macam sya and kak lady?Die org pandai mengarang entry lah..kita2 ni ciput aje.....haha....nanti kat sana beli ole2 tau?
Mak Lang, Selamat bercuti. Seronok kan. Nora belum plan lagi nak kemana cuti sekolah ni. Anak-anak ada banyak program sekolah masing-masing.
Titip salam buat Ari Wibowo ek..he..he..
mak lang, selamat bercuti... have a safe journey...
Ajzie:
InsyaAllah...kalau boleh online bolehlah update!
kak elle:
ye laaa, maklang online quite late. sempat gak bual ngan kak lady
nora:
Ari Wibowo susahlah kot nak jumpa. Tapi kami agaknya lalu kat depan rumah Inul...jom gelek.
Helena:
Oh..thank you
selamat bercuti!
kami nak ke perak pulaklah kalau tak boleh jumpa kat mana2..di KL sampai bila?
selamat bercuti & selamat kembali ke malaysia. oh mak lang kenal inul jugak ke? titip salam kat kris dayanti blh tak? bai semoga enjoi... jgn lupa makan bak so...
dp
selamat bercuti.... seronoknya nak bercuti.. hehe
mak lang nak g mana??
pB doakan agar semuanya selamat...
n
selamat bercuti..
Slamat Bercuti, Slamat Refreshkan diri untuk Mak Lang & Co
Selamat bercuti Mak Lang...! :)
dp:
mana pulak nak cari kris dayanti, tapi kalau keris tu bolehlah I carik kat kedai2 tu...
OO:
same2 lah...enjoy your cuti. Ada rezeki nanti jumpalah kita di mana2 di bumi Allah ni, InsyaAllah...
Zino:
Memang seronok rasanya , tapi sebelum tu kena siapkan kerja2 dulu...pening jugak ni, tapi masih sempat nak jawab komen2 ni...
pb:
nak pergi rumah Wan Sara...dah lama tak jumpa dia.
Tq kerana doakan maklang...dan pb tak cuti ke?
ezatulhaq:
InsyaAllah...moga2 cuti ni seronoklah hendaknya...
blackpurple:
Lama tak nampak. Selalu2lah kemari? Ke ceoretan maklang membosankan:(
Terimakaseh kerana datang sini. Black purple tak cuti ke?
selamat bercuti. happy sokmo :)
selamat bercuti kak.. jgn lupa ole2 utk sy.. hehe..
selamat pergi & selamat kembali..
Maklang....penat tapi seronok kan? Packing untuk pergi berjalan ni kak lady paling lemah...kadang dah siap check list apa yang perlu dibawa tapi bila siap2 kemas...baju semua jadi lebih...especially baju sikecit...fenin... fenin...
Alamak maklang lupa cakap...SELAMAT BERCUTI...DAN ENJOY SAKAN YE...ambik gambar banyak2 nanti upload untuk kita...
Take care...Selamat Jalan
selamat bercuti and jumpa lagi....enjoy!!!
selamat bercuti maklang..!!! bila nak cuti sini??
safe journey... sweetnya cik abang mak lang..
maklang, first time tinggalkan komen. sebelum nih silent reader. seronok baca blog orang lain ngan komen2 nya sekali.. kadang2 bab komen lagi best baca !!!ahaks....
Salam Maklang,
Lama tak jenguk Maklang nih, ooh..nak gi bercuti rupanya :)
Selamat bercuti dan bersantai gembira bersama keluarga..
Post a Comment
<< Home