Cuti-cuti Iagi
Kita balik sat ke hari2 baru datang dan masa kami di Bandung....ni gambar2nya....
ni makanan hari pertama di Jakarta yang maklang ceritakan hari tu....bachem tempe dan sambal bajak
ni gambar anak2 kat perkarangan rumah Wan Sara. Tengok enggerik dia yang mekar tu. Memang geram tengok anggerik2 dia. Dilekatkan kat pokok mangga depan rumah aje...
ni pulak gambar kami semasa bershopping di Bandung tu, kat Pasar Baru.
ni makan masa kat Rainbow tu...tengoklah dah licin dah mangkok baso tu....
tengoklah ni....tak sempat nak ambik gambar pun dah clear pun mangkuk2 tu...
Isnin
Pulang dari Bandung semuanya keletihan. Maklumlah semalam tu dah berjalan kaki entah berapa kilometer kat Pasar Baru tu. Tiba di rumah Wan Sarah, makanan telah terhidang. Kami makan tengahari dengan penuh berselera. Manalah berat tak naik.
Lepas tu memang tak ada plan apa. Nak berehat aje pikirnya. Cik Abang pulak dah ada appointment dengan Abang Ed untuk nak ke kantor teman Abang Ed. Ada nak tengok some product yang ada kena mengena dengan kerja Cik Abang. Maklang landing lagi petang tu. Sekejap lepas tu, Wan Sara ajak ke factory outlet yang terletak dekat aje dengan rumah Wan Sara ni. Tak ada beli apa, Cuma 2 helai kemeja untuk Cik Abang. Takut jugak baju yan gdah dibeli dia tak berkenan. Tapi kalau dia tak berkenan, si Along dah booking dulu. Tengok2 jugak seluar untuk bujang tu. Dah pili2 tengok muat, maka ambiklah nak dibeli. Tapi malangnya kat seluar tu ada pulak gambar anjing. So, kensellah. Sambil kita memilih, sambil si bujang dok menery baju spiderman dia. Tak habis2 dengan baju tu. Sayangnya tak ada size jugak. Mana nak ada sebab badan dia besar macam orang darjah 3!
Pulang dari factory outlet tu, maklang pun mengunpack dan pack telekong yang dibeli tu. Tengah2 nak pack semula, Kak Yudi call ajak keluar. So, maklang dengan Cik Abang dan Abang Ed aje yang keluar. Pujuk anak2 tak payah lah ikut . Sekali sekla nak gak relax dan bersantai tanpa anak2. NAsib baik si sulong rajin nak jaga adek2 dia. Kami ke Senayan city, tapi tak best pun sebab tempatnya terlalu berjenama. Kiranya bukan standard maklang lah. Takut nak tengok barang kat situ! Kejap aje kat situ kami pergi pulak ke Senayan Plaza. Kat sini is much better. Kedai2 dia kecil2 macam kat Mega Mall tu. Kak Yudi ajak kami makan kat Food Court dia. Pusing2 dulu tengok nak makan apa. Akhirnya kami ke Sari Padang, tak silap nama restaurant tu. Makan dendeng, toge goring, pegedil and kentang goring. Rasanya macam masakan kami kat rumah aje. Sebabnya masakan arwah nenek kebanyakannya macam masakan orang negeri sembilan.
Selepas makan cuma jenjalan kat Metro. Tak ada apa yang menarik sangat cuma belikan Hakim sepasang baju aje. Balik tu letih betul badan…
Selasa.
Hari Selasa kami tak kemana2. Cuma berehat aje di rumah. Wan Sara ada main bridge. Kebetulan pulak hari tu, Towok, supir Wan Sara mintak cuti sebab anaknya sakit. Mulanya Wan Sara cadang nak mintak Towok hantar kami ke Pasaraya di Blok M tu, tapi sebab Towok nak balik, kami kata tak apalah. Kami akan call taxi untuk ke Pasaraya. Kesihan Towok sebab perjalanan ke kampong nya mengambil masa sekitar 12 jam untuk sampai. Kami berdoa dalam hati moga2 anaknya sembuh.
Jadi pagi tu, kami berlapan talipon lah Taxi Blue Bird untuk ke Pasaraya. It took us about an hour, barulah dapat tiba kat Pasaraya. Dulu2 ni Pasaraya Sarinah, tapi now dah tukar nama jadi Grande. Barang2 kat sini cantek2 tapi mahal2 belaka. Ingatkan nak jugak belikan souvenir untuk kengkawan kat sini, tapi terlalu mahal. Last2 tak beli apa2 pun. Biasalah anak2 kalau dah tengahari tu mulalah moncong sebab perut dah berkeroncong. Akhirnya kami ke food court. Wan Sara dah janji nak pulang bersama2 kami. Kami makan Dunkin Donut dan Roti Boy kat situ. Lepas dah kenyang barulah kami pulang.
Petang tu lepas solat Asar, kami ke Majestic (sebutannya Mayestic). Memang le mabuk kalau maklang jumpa kain. Petang tu bebudak semua tinggal sebab kalau kata nak pi tengok kain, memang semuanya boring aje. So, maklang pergi ngan Cik Abang, Wan dan Wan Sara. Tukang kebun Wan Sara yang pandu Kijang tu. Memang le, kalau maklang yang bawak kerete tu memang faillah. Nak2 kalau bawak kereta yang sekarang ni sebab keliling ada sensor asyik bunyik ajelaaa…Seronok kat Majestic tu. Dari tak nak beli kain langsung beli 3-4 potong. Harganya murah sikit aje dari di Malaysia. Tapi bila Cik Abang dah offer, apalagi, kita menyambutlah dengan rela hati. Beli jugak untuk Along dan Angah. Best! Nasib baik, bila balik tu tak macet.
Rabu.
Rabu, pepagi lagi budak2 dah sibuk nak pergi ke Dufan(Dunia Fantasi). Dufan ni terletak kat Ancol. The last time we were there, kami tak masuk ke Dufan pun. Kali ni pun, maklang, atok, wan, Wan Sara dan Heri, adek ipar Wan Sara, cuma menunggu yang lain di tepi pantai di Ancol sahaja.
Kami makan tengahari dulu sebelum Cik Abang dan anak2 serta Lala,anak Heri, pergi ke Dufan. Kalau ikutkan budak2 tu semuanya nak terus ke Dufan aje. Tak sabar2 mereka tu. Dari rumah, ingatkan maklang yang akan menemankan anak2, tapi tukar pulak rancangannya sebab anak2 tu kalau maklang yang jaga dah tentu banyak lemaknya.
Di pintu masuk ke Dufan
ni kat Merry-go-round. Bapak budak pun naik....menyesal pulak tak ikut...
ni tempat favorite place Hakim. Naik bot yang lalu kat sungai2 yang ada patong2 tu...It's a small world macam kat Disneyland. Dia seronok sangat sampai mintak naik 2 kali....nak naik rollercoster, takut!
Mulanya janji sampai pukul 2 aje, tapi akhirnya jam 5 baru mereka meninggalkan Dufan. Dari Ancol tu mengambil masa selama 3 jam untuk tiba ke rumah wan Sara. Macet banget petang tu. Terok sangat kalau macet kat sini. Kami terlalu letih. Sampai terlalu letih dalam perjalanan pulang tu...Balik terus aje, makan, solat dan tidur.
Khamis.
Pagi Khamis tu kami bersiap untuk nak ke Depok. Depok terletak lebihkurang 20km ke selatan dari rumah Wan Sara. Tapi it took us almost an hour to reach the place. Jalan kecik2 sangat dan pusing2. Kami pergi 3 kereta sebab Wan Sara, Atok Rahman, Abang Ed dan Kak Yudi nak ke Chibinong, 30km dari Depok tu sebab nak melawat Adek Tok Rahman yang sedang sakit. Satu Kijang Cik Abang drive dan satu lagi Munche yang drive. Kami pergi ke Depok untuk nak ambik Inchek, adek ipar pada Tok Anjang ( Adek Atok yang kawin dengan orang Indonesia). Relative pada suami Ichek ni ada bina sebuah masjid yang lebihkurang macam masjid Nabawi. They call this masjid, Mini masjid Nabawi. Tapi nama sebenarnya ialah Masjid Kubah Mas. Memang kubah masjid ni dan lain2 finishing nya diperbuat dari emas 24K. Total wieght of the 24K gold yang digunakan ialah 50 ton. Entah berapa miliyar agaknya the masjid. Pemandangan disekitar masjid tu memang indah. Kami sempat mengambil gambar dan bersolat Zohor di situ.ni gambar kami dengan anak2 dan Munche
cantekkan masjid ni. Orang yang membina masjid ni punya telaga minyak di Brunei...tu yang maklang dengar...
Kubah mas tu dilapisi dengan 24K emas!
Ni gambar dalam masjid. Lampu di import dari Italy rasanya....Cantek sangat2
Petang tu kami ke Bogor. Kami ke Tajur. Kat sini melambak2 jual beg. Segala macam jenama. Kami makan tengahari pun kat sini. Nasik liwet dan Baso lagi. Seronok...Bogor jugak dikenali sebagai Bandar Hujan. Lebihkurang macam tu. Tiap hari mesti hujan, tapi masa banjir baru2 ni Bogor tak banjir pun sebab terletak di kawasan yang agak tinggi.
Jumaat.
Hari ni memang tak kemana2 sebab nak rehat. Pagi tu ikut Wan Sara pergi beli barnag2 dapur. Maklang dan Cik Abang sempat beli barang2
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi..... dapur. Pulang dari situ maklang masak spaghetti sauce dan Puding telor. Seronok tengok bebudak makan.
Malam, kami sempat ke Rempoa. Cik Abang sempat beli baju2 untuk dipakai bila pergi office nanti. Memang best jugak. Sempat jugak belikan baju2 untuk anak2 buah. Cik Abang pun sempat beli kasut sukan HEAD tu. Cantek dan harga memang berpatutan. Ni kira lepas geram lah ni....
Sabtu.
Sedih....Dah last day kami di Jakarta. Kami ke Mangga 2. Memang syurga untuk shopping. Maklang tergoda jugak kat sehelai telekong. Beli lagi tas tangan dan beg baju. Baju2 anak2 lah banyak dibeli kat sini. T-shirts untuk adek beradek dan kawan2 pun ada jugak. Harga memang semuanya best2. Sempat jugak maklang beli sarung cushions dan table mats for the house. Letih kat sini tapi memang seronok. Maklang sempat jugak beli manik2 dan batu2 untuk nak jahit kat baju2 tu. Dapat jugak beli renda untuk my telekongs. End of the trip, kami tempah topi with Bordir( jahitan sulam) nama for each of us. Atok dan Wan pun belikan untuk cucu2 mereka. Kami juga belikan Pak Omar topi apek yang macam sobrero tu with his name on it....boleh Pak Omar gunakan masa nak berkebun kat rumah.
Malam tu kami dok berkemas dan menimbang beg. Memanglah overweight.Dalam hati cuma dapat berdoa moga2 tak kena bayar....
Ahad:
Pagi2 dah bangun untuk nak habiskan sisa2 packing. Cik Abang dah numberkan all the bags. Memang overweight sangat!. Masa di airport asyik berdoa aje. Akhirnya kami kena bayar another RM2oo+ sebab dah overweight. Alhamdullillah the flight back was smooth. Tak kena tax pun....Lega dah balik ke Malaysia...I miss my bed.....
Labels: Cuti cuti
17 Comments:
Bila holiday mmg syiok kan?penat nya bila dah balik.Takpe lah dapat juga gi holiday sekeluarga..best ye shopping moping ni.
saya rasa macam turut bershopping dengar maklang bercerita. uhh letihnya angkat barang... kena urut!
sonoknyer...
jeles la tgk pic2 nih...huhuu
salam maklang...lama tak menapak ke sini...:D
This comment has been removed by the author.
Maklang...sekali update...panjangnya...tapi kak lady tengok gambo2 dulu...ni nak kluar kejap amik sikecik...nanti baca balik...
Seronoknya pi jenjalan...makan2...bakso tu mesti sedap...sebab sampai licin mangkuk...
BTW...nak ckp kat angah tu...setiap kali dia bergambar...tudung dia mesti senget menget...hahahaha...comel sgt...
a friend of mine selalu juga gi bandung beli telekung utk di jual. memang cantik. murah sangat ke? hehehe kena kantoi nanti dia!
selamat kembali ya bu. ole2nya mana sih? katanya mau di beli. heheheh sabor jer.
baca n3 ni rasa macam I pergi sekali dengan maklang , shopping yang paling best tu , I memang teringin nak pergi that 'Sarinah'/Grande supermarket sebab itu place is 'mine' ( nama I tu ) :D .
hai...lamanya tunggu entri nih! :)
syioknya jalan2, tapi end of the day katil sendiri kan maklang yang best kan...
penat tapi seronok kan ml...angah tu dah letih sangat lah tu... kl tanya i pulak yg jawab. kepoci betullah i ni ml ek...
dp
seronoknya mak lang..Shopping2 sakan.
maklang where are you?
Mak Lang, gedung Sarinah tu dah ditukar nama nya ek? Beberapa tahun dulu kalau Nora ke Jakarta, memang kat situ lah kita menyopping...
kak elle:
shopping memang best...poket je yang tak best!
mamasarah:
shopping best...Cik abang very sporting. Kami normally akan tuju barang2 yang kami nak beli on our own. About 1 hr or so, cik abang akan call and tanya if ada barang tak so thaht he can carry to the car!. Tu yang sayang tu...
So, Insyaallah if alang went to your place, bolehlah shopping kan maklang, quilt bedcover and the samll houses...:)
pb:
memang le sonok!!!
ainnur:
tak yah jeles, nanti ada rexeki, ainnur lak yang pergi, InsyaAllah
kak lady:
baso tu memang feberet anak2. kat Tajur tu sorang 2 mangkuk
Intan:
Bandung masih sejuk, mandi macam mandi air dari fridge! Sampai ke tulang hitam gigil dia...
ayu:
ole2 nya ada, dikit aja...buat teman2 di pejabat...kalau mau, kemari deh...
LJ:
Oh...you should go there, now the fare on AA is soooo cheap! Ada rezeki Insyaallah sampai lah tu...
mamarock:
Oh tak sangka ada jugak yang menunggu my N3s....thank you. Maybe next week ada meeting close to yr office!
dp:
Oh...I ingat kan you ni aci aci bukak pintu...rupa2nya kepoci...he..he...
ajzie:
oh...shopping tu memang I suka...nasib baik duit sendiri ada...
kak elle:
I am back home...tak nampak pun u online. Dah 2 malam cuba, tapi tak connected pun!
nora:
Oh...maklang shopping kat tempat yang murah2 aje. Sarinah is too expensive for me!
Post a Comment
<< Home