Bandung - Ahad
Kami bertolak dari Jakarta keBandung lebihkurang jam 7:15pg. Kat sini kalau waktu seperti itu dah terang benderang betul. Matahari dah bersinar betul. Kami pergi dalam 2 buah kenderaan. Maklang, Cik Abang, Kak Yudi, Wan Sara, Along, Hakim , Maya dan Pak Supir dalam satu kereta, manakla Atok, Wan, Abang Ed, Tok Rahman (suami Wan Sara) dan Angah dalam kereta satu lagi. Kami tak berconvoy sebab Wan Sara nak singah ambil kuih2 untuk bekalan. Dari rumah jugak sudah ada bekalan. Roti sardine yang maklang dah masakkan sardine nya malam sebelum tu dan roti telur. Wan Sara beli croket dan lempar. Croket ni di perbuat dari campuran kentang, wortel ( carrot) , susu dan sedikit daging- sedap jugak. Kalau nak resepi nanti Tanya Bibik Narsi yang kat rumah maklang tu. Sedap kalau buat makan pagi atau petang. Wan Sara jugak beli Lemper (bunyinya lemprr). Lemper ni di perbuat dari pulut yang dikukus. Intinya carikan daging ayam. Dibungkus dalam daun pisang dan kemudiannya dalam plastic. Lemper ni sedap. Makan pulak dengan cili pepes (cili padi). Waduh waduh sedap bangat Macam I makan dengan cili padi.tak berani pulak nak gigit cili padi tu idup2).
Perjalanan ke Bandung mengambil masa dalam 2 jam. Kereta tak berapa banyak sebab hari cuti. Highway ke Bandung luas tapi jalannya tidak berapa smooth. Beralun2. Wan Sara kata, hiway tu dibina dalam masa terlalu cepat sebab masa tu ada persidangan apa entah. Jadinya kerja2 banyak tak ikut spec. Kadang2 rasa macam naik kuda pulak.
Alhamdulillah semuanya Ok. Bila tiba kat Kota Bandung, kat traffic light nak menuju kat Kota tu, ramai sangat pengemis jalanan. Ada yang pakai topeng sambil nyanyi2. Ada yang didukung kerana tak boleh jalan. Polio agaknya. Ada ibu2 mendukung anak2 dan sebagainya. Ada jugak penjual2 makanan, maps dan permainan. Kesian kalau melihat keadaaan di sini. Insaf sebentar dan bersyukur dengan apa yang kita ada.
Di Kota Bandung kami tinggal di rumah Bik Iches, adek kepada Atok Rahman. Suami Bik Iches ni adalah Professr di ITB. Rumah nya kembar 3. Jadinya muatlah untuk nak menampung kami ber11. Alhmadulillah.
Siap minum teh dan makan2 sedikit kami pun ke Pasar Baru kat Kota Bandung. Pasar Baru ni memang tempat shopping. Banyak sangat baju2, telekong2, tudung2, permainan dan segala macam benda. Memang mabuklah. Maklang memang berhajat nak beli sedikit tudung dan telekong untuk nak di jual bila balik Malaysia nanti. Mana tahu kalau ada rezeki dari hasil jualan boleh pulak datang ke sini lagi, InsyaAllah.
Di Pasar Baru, kami split. Maklang, Kak Yudi , Wan dan Angah satu group. Cik Abang pulak dengan anak2 yang lain.( Atok, Wan Sara, Atok Rahman dan Uncle Ed dan Pak Supir tak ikut). Seronok betul anak2. Along dapat jacket, Maya dan Hakim dapat kasut roda. Cik Abang beli beg2 untuk nak isi barang2 dan sedikit t-shirts. Maklang pulak beli telekong dan tudung Pashmina tu, untuk jualan. Untuk sendiri Cuma beli kain ela bebrapa potong aje. Malas nak beli tudung atau telekong untuk sendiri sebab yang beli tahun lepas pun tak habis pakai lagi. Seronok jalan kat Pasar Baru ni. Mata melilau aje tengok barang2. Beg2 jenama Gucci, LV , Prada , Guess melambak2 kat sini. Dapat jugak belikan Angah beg LV sebuah. Cantek beg tu. Angah bila dapat beg tu, senyum meleret aje. Hari tu kami makan lewat. Makan tengahari tu, lebihkurang jam 3:00ptg. Perut lapar, semuanya sedap. Ada nasi ayam, ada nasi timble, ada Es Shanghai dan bermacam2 lagi.
Kami balik petang ke rumah sebentar untuk solat dan lepas tu kami terus pergi makan malam kat Rainbow. Budak2 nak makan Mie Baso . Sedaplah. Dhirah dan Angah sampai berhirup2 kuahnya. Mie Pangsit dan Baso pun ada. Pangsit ni kalau kat Malaysia is wantan.
Lepas makan tu, kami berhenti kat kedai2 sekitar situ. Kat Bandung ni banyak betul patung2 besar. Batman, Superman, Ultraman, Dragon Ball, dan macam2lah. Seronok tengok, macam mini Disneyland lak. Teringat masa kecik2 maklang pergi dulu, kawasan ni kawasan berjalan kaki aje. Le ni, kereta penuh sekali. Sibuk betul! Hakim tak sudah2 nak cari baju Batman dia. Malang sekali sebab baju2 tu semuanya kecik2 belaka. Kalau pakai tak cantek betul. Maklumlah badannya besar sekali.
Letih sekali badan kami tapi kami seronok! Malam tu tidur kami lena sangat. Udara yang sejuk tu mengalahkan air cond. Apalagi kalau mandi, macam mandi dengan air dari fridge. Water heater pulak tak function menggigillah semuanya.
Kami bertolak ke Jakarta sekitar jam 7:45pg dan tiba di Jakarta dalam pukul 10:00pagi Lepak betul!!!!
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
Labels: Cuti cuti
17 Comments:
Shopping sakan Mak Lang.. Seronok seronok.. Telekung2 di sana cantik2 kan.. Sulam nya..penuh bagai..
Entah bila I akan sampai kesana esp bandung.Ni kira maklang shopping habis lah ye?
Mak Lang, best kan pergi Bandung. Cuaca nya sejuk tak? Beberapa tahun lalu Nora pergi dah tak sejuk sangat berbanding waktu Nora kesana time honeymoon..he..he..
Rasanya tempat yang ada patung besar dan berbagai keluaran jeans / denim tu CIBADUYUT kan?
lamanyaaa tak ke mari :) sy ni baru je aktif balik ni Mak Lang.. glad to hear that Mak lang sefamily sihat alhamdulillah.. kalo nak jual tudung and telekung inform le kat kite sama eh :)
ok.. take care Mak Lang
oh mcm itu keadaan di sana eh ml...seronok baca n3 kali ni. maklang klu beli baju ke tudung ke kena pakai tau...klu tidak kesian dia tak di pakai...menangis tudung2 tu nanti hehehe...
dp
wah bestnya aktiviti shopping kat bandung , jangan tak muat flite dah lah....
kesiankan negara muslim paling ramai di dunia masih ramai yang hidup merempat.
assalamualaikum...
still remember me??!! alangs lah...jangan lupa ole-ole ya...i sengaja locum friday ni nanti bolehlah i BAYAR balik ..apa2 yang you akan belikan untuk I!hehehe...ni nak tny..borang tu eereen dah isikan apa2 yang patut but banyak sangat yang kosong sebab takde particulars for the new maid..kan? kaklong punye dah hantar ke? cari2 tak jumpa pun...
okalh enjoy! nanti balik macamana? nak ambik kat mana and pukul berapa?
salam sayang to auntie sara, uncle rahman, kak yudi, abg eddie, sapura and munira..and paling2 to wan and atok..kata i love them A LOT..( and to YOU TOO!!)..semoga ingat2lah i yang jauh ni..and tengah bergelumang dengan buku...MINTAK2 PASS EXAMS DENGAN JAYANYA..AMIN...
Membaca agenda jalan2 shopping maklang saja...kak lady sudah capek...hehehe....tapi maklang tentu tak capek sebab ada pak supir kan...lambat pulak rasanya maklang nak balik upload gambar...sudah rindu banget nak tengok gambar...hehehe...
Maklang...kak lady dah belajar byk bahasa indon masa baca entry maklang ni...heheheh...
Seronoknya shopping2 ni...terasa macam nak terbang join maklang kat sana
ajzie:
sakan sangat tu idak le...shopping untuk nak nega aje...InsyaAllah kalau dapat pulangna yang baik, tahun depan boleh ke sini lagi...
kak Elle:
Akak tu kalau nak keBandung senang aje, hendak dengan tidak aje!
Nora:
Masa honeymoon tu, tak sejuk pun kata sejuk. Maklang pergi baru ni sejuk aje...he..he...Takleh honeymoon dah, anak ramai!
Ayu:
Patut le lama tak nampak, rajin2lah mengunjungi sini.
dp:
InsyaAllah pakai le nanti. I beli untuk jualan aje...sendiri tak ada sehelai pun. cuma beli kain ela untuk nak hantar sulam kat sini.
LJ:
InsyaAllah muat flite tu, maklang taklah bawak duit segoni!
Alangs:
We love u too. Take care. Kaklong tak ada beli apa2 lagi untuk awak. Form tu I dah hantar pada Abg Air. Cepat2 sikit buat awak punya tu...nanti takut disalahkan sebab kita lambat bagi kat dia.
Kak Lady:
I miss you too. Insyaallah less than a week, gambar tu masuklah kat alam maya ni!
lepas ni buat n3 bergambar la pulak.. ish, seronoknyer baca n3 shopping2 nie..
Mak Lang, tak cuba the famous Amanda brownies di Bandung?
ada lagi ke patung2 tu? kami pi 18 tahun dulu pun ada jugak. tak sabor la nengok gambars maklang bercoti..
bila agaknya dapat bercuti ke seberang.. kena kumpul RM banyak lagi ni.. hehe
selamat bershopping mak lang! :0)
seronoknya maklang jenjalan, musti time shopping paling seronok kan?
woa, shopping giler! mesti best! bandung masih sejuk lagi ke?
pisces:
dah masukkan gambar dah, silalah melihat...
adah:
tak sempat lak makan brownies tu.
mulan:
masih ada patung2 tu. Macam kat Disneyland pulak!
Zino:
Flight maklang tu murah je. Naik pesawat putih merah. Beli masa tengah offer. Dapatlah murah...tak yah kompol duit banyak2 sangat!
simah:
TQ
Qisst:
Shopping memang best. Dah balik Malaysia ni kena cari duit semula...
Kak Intan:
Shopping....siapalah yang tak suka? Bandung masih sejuk lagi. Mandi macam mandi dengan air dari fridge!
Post a Comment
<< Home