Dari Teratak Maklang ~ 2007

Monday, March 12, 2007

Jakarta - Day 1 , Saturday

9hb March 2007

We had the longest flight to Jakarta. Berangkat dari LCCT lebihkurang pukul 7:15pm . Tu pun lepas dah lewat dekat dua puluh minit. Alhamdulillah Ok semuanya, tapi bila time nak mendarat kat Jakarta, kapalterbang tak dapat nak land. Cuaca tak baik. Kapalterbang tu mulanya dah slow2 turun ke bawah, tapi tak semena2 terus menambah kelajuan untuk naik ke atas semula. Masa tu Hakim takut sangat. Lama jugak kapalterbang tu berpusing2 dan after dekat stengah jam kemudian barulah pilot announced that airport Soekarna – Hatta telah ditutup. Lansung pulak pilot terus bergerak ke Surabaya. Nasib baik masa penerbangan taklah berapa lama sangat. Lebihkurang satu jam lebih sedikit aje.


Tiba di airport Surabaya, maklang bergegas mencari kamar kecil. Apalagi sebabnya dah terlalu lama di kapalterbang. Musim2 ‘cuti’ ni susah kalau lama2 dan tak dapat masuk ke kamar mandi. Nasib baik, kamar kecil nya bersih dan masih tak ada orang lagi. Airport Surabaya sunyi amat seperti sudah ditutup. Sebentar aje di situ, kami dipanggil untuk naik ke pesawat semula. Alhamdulillah, Cik Abang sempat menalipon Wan Sara di Jakarta. Tentunya Wan Sara sedang menunggu kami di airport Soekarno-Hatta. Pastinya capek sebab terlalu lama menunggu di airport.


Akhirnya kami tiba di Jakarta jam 11:30malam. Lewat betul. Wan Sara, Kak Yudi, dan Abang Ed serta seorang supir sudah penat menunggu. Risau lagi sebab tidak ada kabar sehinggalah kami menalipon. Letih betul malam tu. Setibanya kami di rumah Wan Sara, maklang terus aje masuk ke kamar mandi, sebab dah tak tahan betul dah. Belengas betul rasanya. Yang lain pulak terus aje makan. Akhirnya setelah siap2kan anak2 dan terus aje kami tidur. Terperanjat jugak tengok waktu tu. “Mak dah pukul 3:30pagi”, kat Hakim. Tak terasa masa berlalu. Jam 4:00 pagi waktu Malaysia baru kami tidur.


10hb March, 2007.

Pagi tu semuanya tidur aje. Letih sangat sebab lewat tidur malam sebelumnya. Tak kemana2 pun. Mulanya Wan Sara cadang nak bawa kami ke Senayan City, katanya shopping complex baru. Tapi petang tu Wan Sara entah ke mana belayarnya…Letih dia.


Munche, adek Wan Sara datang ke rumah tengahari tu. Maklang pun landing aje. Letih sangat. Perasaannya macam jauh sangat perjalanan kami. Petang tu kami ke PIM – Pondok Indah Mall. Tak ada ada beli apa pun. Cuma jalan2 aje. Then terbekenan pulak kat set ceramic yang handpainted kat Bali tu. Cantek. Masa nak beli tu takut2 jugak , dok piker macamana nak bawak. Maklumlah barang mudah pecah. Tawakkal pada Allah ajelah nanti bila bawak dia. Kena hand carry tentunya. Tapi maklang beli pun tak banyak Cuma sebiji teko dan satu pinggan hidang.

Masa maklang pergi PIM tu hanya berempat aje. Maklang, Cik Abang, Munche and Nadhirah. Angah dan Maya dah terlalu seronok main dengan Lala dan Sasa ( anak Sapche dan Munche). Hakim pulak sebab teramat boringnya tinggal sendirian sebab he is the only boy, langsung ikut Atok ke Golof. Sampai petang baru dia pulang.


Bila kami pulang, anak2 dah pun siap mandi. Makan biasa aje malam tu. Cuma ada hidangan Mousse yang Munche bawakkan. Ada juga sambal bajak dan tempe Bachem. Sedap…


(gambar2 nanti maklang akan loadkan bila dah di Malaysia nanti, InsyaAllah)




Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels:

9 Comments:

At Monday, March 12, 2007 1:48:00 PM, Blogger Mulan said...

alhamdulillah selamat dah sampai..

ok...ok.. selamat bergumbira di jakarta tu!!

jgn lupa, balik nanti, kasi kami sume tengok gambar tau maklang..

 
At Monday, March 12, 2007 6:49:00 PM, Blogger Kak Elle said...

so far makan tido aje nampak nya...hehe...tentu kechut perut eh makalng bila dengar tak bolih landing tu?Alhamdulillah akhir nya sampai juga rumah wan sarah...ok enjoy while it last holiday ni.My trip dah confirm yesterday leaving sg on 30th may and coming back 14th june.

 
At Monday, March 12, 2007 7:40:00 PM, Anonymous Anonymous said...

mcm mane rase bakso kat sane sedap tak? kat kampung pandan pun byk jugak org jual bakso.
dp

 
At Tuesday, March 13, 2007 9:19:00 AM, Blogger pB said...

salam mak lang..

kita merancang, Allah yang tentukan.
Alhamdulillah sebab mak lang dan keluarga selamat sampai..

Moga akan terus bergembira di sana.
Kalau terserempak dengan Masya dan Fika (ratapan anak diri) kirim salem nyer....

 
At Tuesday, March 13, 2007 1:03:00 PM, Blogger silversarina said...

Alhamdulillah selamat sampai ke destinasi, yelah first day memang penat after longggggg trip.

Jalan puas-puas baru puas hati :D

 
At Tuesday, March 13, 2007 3:39:00 PM, Blogger Sya said...

Bestnya hingga ke Jakarta bercoti-coti. Sya bercoti kat kampung je mak lang.. dah kena summon dr bapak soh balik maka tak leh plan ke mana2

 
At Tuesday, March 13, 2007 3:40:00 PM, Blogger Mama Rock said...

mak lang, have a great time!

 
At Tuesday, March 13, 2007 4:19:00 PM, Blogger cikdinz said...

jauh jalan. ole-ole jgn lupa..

 
At Tuesday, March 13, 2007 10:51:00 PM, Blogger maklang said...

mulan:

InsyaAllah, dah balik nanti maklang masukkan gambars nya...


kak elle:

kak elle nya perjalanan nanti lagi bestkan...bila lah maklang dapat ke sana pulak agaknya...

dp:

of course lah sedap....nanti marilah sini


pb:

maklang tak jumpa pelakon sinetron tu...jumpa telekong ngan tudung aje! he..he...


LJ:

Betul tu kena jalan puas2 baru bebaloi teket tu. Ni entah bila pulak nak sampai lagi!!:)

sya:

oh..kemana2 aje best kalau dengan orang2 yang kita sayang kan, tak kira jauh atau dekat. Enjoy yr coti at bapak's place.

mamarock:

InsyaAllah akan enjoy, thank you:)

Cik dinz:

Sekali sekal boleh le jalan jejauh...tu pun berapa lama dah kompol duit....

 

Post a Comment

<< Home