Dari Teratak Maklang ~ 2007

Thursday, March 22, 2007

Selamat Pengantin Baru Shah

Dah 3 hari kami pulang dari bercuti. Masih terasa letihnya lagi. Di pejabat, nasib baik tak lah banyak sangat kerjanya. OK OK aje. Mood pun tak ada sangat sebab lammmaaa betul cuti kali ni. Maklang biasalah, bila dah cuti M dia jadik besar. Tapi bila dah mula kerja, nak cuti jadik malas. Selsema dan batuk tak reda2 lagi. Malam tadi pun tidur awal sebab rasa tak sihat.


Mood nak kerja yang tak berapa nak ada hari Selasa tu was brought up since semalam dapat PC baru. Kat office ni nak upgrade all the PCs. Dapat yang 19” screen tu dan CPU baru yang lebih laju. (Tapi tuan PC tu makin slow kot…he..he…). Seronok!Rasa macam baru bukak aje mata ni. Le ni masih dok memain PC. Tapi tak leh nak memain sangat sebab my assistant le ni tengah cuti nak kawin. Tahniahlaaaa..Moga2 cepat2 dapat anak dan berkekalan ke anak cucu.


The last time about 2 years back, my junior engr directly under me pun kawin jugak. Time tu tengah sibuk gila2 punya. We had to work about 7 days a week. Stay back sampai lewat2 sebab nak submit project tu. Kesian dia sebab masih di office lagi pukul 6 ptg Khamis tu. Hari Jumaat tu dah nak nikah. I told him to go back ( dia duduk kat Kuantan) and not to worry about the work in the office. We can settle his work. Kelakar masa tu. I miss those times working with him. He is such a dedicated engineer. Now he is working with our competitor. Yang best masa tu, kami call dia lepas2 dia nikah. Tak jawab pun phone tu. Saje je nak kacau. My designer pun sama aje…Semua kepala gila2 punya. Suka mengusik. Tu yang suka kerja kat sini. Enjoy. Tapi kalau ada problem memang semuanya senyap aje.


Tahun ni, Shah pulak punya turn. He just turned 24 kot, or maybe 25. His future wife baru aje grad. Both are engineers. Semalam petang before I left the office, I told him to take care. Jangan gelabah2 masa nak akad nikah tu. And to take things easy…


Waa…Shah pun jawab, “ Kak jangan lupa call nanti!”

I replied…”OK. Akak akan call at about 12 midnite hari Sabtu malam!”

Tersengih aje Shah…Agaknya dalam hati dia berkata..” Ngacau aje akak nih!”…He…he…bila lagi maklang nak ngusik anak buah ni….Moga2 Shah dah bakal isterinya akan berbahagia hingga ke akhir hayat dan dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah….InsyaAllah….




Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels:

18 Comments:

At Thursday, March 22, 2007 12:58:00 PM, Blogger Helena said...

wow lamanya cuti.... jeles lak rasanya.... hehe..... kat workplace ni, best kalau ada yang satu kepala.... boleh jadi macam adik beradik....

 
At Thursday, March 22, 2007 1:10:00 PM, Blogger pekan said...

selamat pengantin baru shah.. semoga berbahagia selalu..
akak tak pergi ke majlis tu ker nanti..?

 
At Thursday, March 22, 2007 2:03:00 PM, Blogger Sya said...

SELAMAT PENGANTIN BARU untuk Shah

 
At Thursday, March 22, 2007 5:04:00 PM, Blogger cikdinz said...

selamat pengantin baru pada shah...

 
At Thursday, March 22, 2007 5:09:00 PM, Blogger maklang said...

helena:

dah lama tak cuti, so cutilah lama sikit. Awal2 tahun ni tak pe, kalau dah tengah dan akhir, susah sikit sebab anak2 periksa!

pisces:

Tak pergilah...jauh sangat kat JB....Lagipun baru aje ambik cuti last week. Kalau 2-3 tak ada kat opis siapa pulak nak buat kerja kat opis ni!

sya dan cik dinz:
Nanti maklang cakapkan kat sya

 
At Thursday, March 22, 2007 6:21:00 PM, Anonymous Anonymous said...

merahnye inai di jari...selamat pengantin baru utk shah & selamat pengantin lama utk ml hehehe...jgn mare nanti cepat tue.

p/s rumah kat jb sape tinggal.

dp

 
At Thursday, March 22, 2007 7:32:00 PM, Blogger Kak Elle said...

selamat pengantin baru untuk Shah juga.
I tak nampak pun u online hari tu angah send msg offline.

Happy weekend:)

 
At Thursday, March 22, 2007 8:03:00 PM, Blogger maklang said...

dp:

lama tu bagus le...tak tahan lama tu yang susah!

rumah JB , Atok dan Wan dan adek2 malang yang lelaki and family. Atok dan Wan biasanya outstation selalu, PJ or Kerteh le...

kak Elle:

nak online....Ada antar offline msgs tapi u tak balas pun!

Rindu dah....

 
At Thursday, March 22, 2007 10:57:00 PM, Blogger Mulan said...

selamat pengantin baru shah!!

maklang, tima kasih kasi kita share nengok gambo2 kat indonesia tu. teruja nak pi lak. bila la tu?? seronoknya tengooooookkk...

 
At Friday, March 23, 2007 3:37:00 AM, Anonymous Anonymous said...

:) eh maklang...kuncinya di buka pada pukul 12 mlm ka? ahaks

nak jadi pengantin jugak!

 
At Friday, March 23, 2007 4:44:00 AM, Blogger Mama Sarah said...

dah lama tak merasa nasi minyak orang kahwin..

 
At Friday, March 23, 2007 7:25:00 AM, Blogger maklang said...

mulan:

sebenarnya banyak gambar lagi, tapi dalam phone Cik Abang. Nantilah kalau ada kita photosharing nak...

Pergilah. Tiket murah aje. Pergi balik baru 400 incl. tax!

nakjadipengantin jugak:

Eh...kawin lah...tak sape larang. Kunci apa pulak tu?????:)

mamasarah:

Ehkan mama terror masak...sama je rasa tu.....

 
At Friday, March 23, 2007 9:17:00 AM, Blogger zino said...

selamat pengantin baru utk shah..

wow!! sakan holiday ya...

 
At Friday, March 23, 2007 10:28:00 AM, Blogger NBK466 said...

Mlang...PC monitor yg lama2 tuh buat apa??? My company mmg tgh lancar program beli unused monitor tau...

 
At Friday, March 23, 2007 12:11:00 PM, Blogger silversarina said...

Selamat Pengantin Baru untuk Syah !!

 
At Friday, March 23, 2007 12:30:00 PM, Blogger Queen Of The House said...

Mak Lang ... janganlah dok mengganggu pengantin baru malam-malam buta!

Syoknya baca pasal your Indonesian holiday, Asyik jalan-jalan cari makan dan shopping sakan .... mesti sarat luggage yang dibawa balik tu. Tapi barang2 disana ada yang murah sangat, rugi kalau tak beli, kan?

 
At Friday, March 23, 2007 4:24:00 PM, Blogger maklang said...

zino:

tulaaa...sakan berjalan, balik jalan dok terbaring je atas katil...batuk terok ni! malas makan ubat sebab nanti asyik nak tido aje!!

nbk46:

PC lama tu Boss kata boleh bagi kat tuan punya PC tu. Tapi kena bayar RM50 laa. Duit tu boleh buat makan2!

QOTH:

Selamat berjumpa lagi...Lama tak jumpa QOTH.

Taklaaaah...takkan laa maklang nak call malam2 gitu! Saje nak kacau2 je. Tak kosa nak tunggu sampai kol 12, baik maklang tidur!

Memang best jalan2 kat Indonesia tu. Banyak jugak beli barang2. Telekong dan tudung pun ada maklang bawak balik nak dijual. Ni pun dah jual dalam 10-15 lai. Masih ada separuh lagi! Nanti kalau dapat duit balik, InsyaAllah boleh pergi lagi...:)

 
At Friday, March 23, 2007 4:25:00 PM, Blogger maklang said...

LJ:

Nanti maklang sampaikan kat Syah, InsyaAllah...

 

Post a Comment

<< Home