Mari makan ayam panggang...
Assalmualaikum...............
Masa balik dari opis petang tadi, terasa betul penatnya. Rasanya pun tadi kat opis tak productive mana. Mata ngantuk and badan penat agaknya. Lepas tu ketensionan itu semakin terasa. Bila dah sampai rumah terus lepak depan TV and then kat PC ni. Bila tengok Akiro Kuroda tu on, maklang pun buzz dia:
maklang: nanti awak yang masak ayam tu eh
Akira Kuroda: hu? xreti
maklang: come ere i tell u
Akira Kuroda: ym jer ar
maklang: malas la
maklang: pegilah turun masak
maklang: mak penat laa
maklang: rebus spiral tu
Akira Kuroda: then
maklang: lepas tu ayam tu cuci and then toskan air dia
Akira Kuroda: then
maklang: abah da balik ke
maklang: then tumbuk lada hitam.
maklang: letakkan bbq sauce tu and lada itam tu lumurkan kat ayam tu'
Akira Kuroda: abah da balik ke
maklang: perap sat
maklang: sat lagi sampai le'
maklang: perap setengah jan
maklang: jam
maklang: lepas tu bakar kan macam buat kek punya setting tu
Akira Kuroda: bbq sos ade ker?
maklang: jangan ada gigi2 tu , dua2 atas bawah lane straight je
maklang: ada rasanya
maklang: tengokla kat daput
maklang: dapur
Akira Kuroda: apo ni spellling salah blake
maklang: mak dah suruh bibik potong sayo
maklang: pas tu awak rebus sayur tu sat
maklang: set kan pinggan kat depan
Akira Kuroda: dok paham le kat oven tula
maklang: then buat kentang tu. buang kulit and then letak mayo. dill tak de tak pe
maklang: alaaaah..kan dah biasa
Akira Kuroda: bukak plug tu taw ler
maklang: garisan atas bawah straight aje
maklang: awak buat ayam tu dulu, kang mak pi lah tengok gak
Akira Kuroda: ay3
Akira Kuroda: kay*
maklang: apekebende tu?
Tak sempat dia nak jawab maklang dengar gedenggang gedenggung orang turun tangga..Along lah tu...
So, inilah dia hasilnya...zaman IT ni nak ajar anak masak pun pakai YM.
ni ayam panggang Along. Dia buat from scratch. Letak sauce, letak lada itam semau dia buat sendiri without my supervision.
ni potato with mayo and dill. Dia buat sendiri jugak, tengahari lagi dah call maklang kat opis nak tahu camana nak buat.
salad Along. Dia celur carrot dan cauliflower dengan butter dan salad kat atas tu maklang yang letakkan.
ni soup campbwll 3 tin...selamat semuanya. MAya makan sampai 2 mangkuk. Sup 3 tin tu anak2 aje yang makan...
sempat jugak maklang buatkan cream caramel ni sambil2 tunggu soup tu mendidih.
Sekarang kalau nak mintak tolong kat dia tak payah nak jerit2 kat dia, tinggal YM aje. Dia tengah hijack laptop abah dia..sebab tulah senang nak mintak tolong kat dia. Alhamdulillah Dhirah ni kenkadang angin rajin dia banyak and dia selalu tolong mak dia ni. Alhamdulillah...kalau tak susah jugakkan.
Idea nak buat ayam panggang ni pun datang tak semena2 pagi tadi sebab maklang rasa guilty sebab asyik tak ada rumah, dan as usual sambutannya amat menggalakkan...Selamat semuanya. Ustadz pun dapat merasa. Seorang dapat one quarter part of the chicken....kenyang...Alhamdulillah.......
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
20 Comments:
sedap nampak ayam panggang tu...pandai Dhirah nanti aunty dtg masak tu juga ok? tapi taknak BBQ sauce tak suka ...just grill with honey and black pepper for me....hehe
maklang ni zaman IT mak and anak skg kalau dulu sms skg YM pulak kan?
sedap nyer ayam panggang tu ...
mak lang guna cara original ke ?
guna arang..??
btw mak lang , thx 4 d nasihat ......
salam,
wah, anak dara maklang dah boleh diharap. macam2 dah boleh dimasak sendiri. lama2 nanti terer la tu.
nampak sedap ayam panggang tu. kalau mushroom soup campbell 1 tin tu, saya sorang boleh habih hihi
err..kalau ada masakan maklang tahan lama tu, bolehlah pos ke gombak ni hihi
haha..sepelaung pun pakai YM..hik hik..canggih..canggih..
ni baru betul 'netter' tegar..:P
askum..mak lang..I blog hopped from simah n kak elle blogs..best nampak makanan yg sedap2 ni...nice blog
Thanks for you work and have a good weekend
cinta IT. eh macamana lirik agu tu?
ginakanlah teknologi sebaik mungkin. dasatlah mak lang ni
canggihnya zaman IT ni.. nak bagi instruction pun guna online.. macam iklan sms tamil dalam TB tu hehe
sungguh menggiurkan itu ayam...slurrrppp
pandai dah anak dara maklang masak, minat pulak dia tu, Alhamdulillah.
Oklah dia godam laptop ayah dia , at least dapat bantu hal masak-memasak ni :)
eh, maklang, ingatkan ur going to KL?
kak luna:
memang dunia dah canggih. dulu Dhirah kalau nak apa2 mainsms aje...lagi terok nak bayar. At least kalau YM ni free...
faiz:
oh..selamat datang dan jemput datang lagi...
David:
Welcome back!
lollies:
Lama tak dengar lagu tu kat TV...
Zino:
Laaa...kita tak tau pun ada iklan tamil tu...nanti kita nengok.
UBA:
Oh..memang menggiurkan...Eeeeergh. Kenyang dah...
LJ:
Boleh laaa...tapi Angah kata Along dia masak nasik goreng TAK SEDAP LANGSUNG! Along ni macam Abah dia la, masak2 omputih ni dia suka sebab tak menumis semua tu...
Kak Intan:
Oh..Memang nak pergi KL. InsyaAllah Selasa pagi. Hari Khamis ada course kat Empire Tower.
dah tengok ke iklan tu.. hehe
mak dia marah anak guna sms hehe
zino:
tak nengok pun syik abang je control TV...he..he..nantilah...tak rugi kot kalau tak nengok. Ke zino boleh tolong download and letak kat blog zino??
kak elle:
Kalau akak datang sini, nanti kita mintak Along masak sebab kan kita sibuk nak berbual..ha..ha...
pB:
Oh...nasihat tu biasa aje..banyakkan bersabar...
Kalau bakar pakai arang tu, Cik Abang punya BBQ. Orang rajin macam maklang, masukkan dalam oven, tunggu 40 mins, balikkan ayam, bastekan dengan sos dia nad then 40 mins lagi dah boleh makan...tapi sedap jugak!
kaklong:
sebenarnya tak tertinggal nak menjawab, tapi komen tu, maklang terdelete pulak.
Kalau nak makan datanglah sini, boleh maklang tolong masakkan...InsyaAllah...
waah mmg senang nak masak di zaman IT ni, semua tgk resepi kat internet,tinggal kita rajin atau tak ajer, tak pun berym dgn mak sendiri mcm maklang dan dhirah kan...
ayam panggang tu mmg nampak sedap, cream caramel tu pun nampak best..hmmm
dah lama tak masuk blog coz laptop kaput...tau-tau anak dara mak lang dah siapkan hidangan yang yummy!
Post a Comment
<< Home