Kerja dan Makan
Assalamualaikum...
Apakabar? Dah larut malam dah ni. Semuanya dah berkeruh. Maklang sebenarnya tengah merasa teramat seronok waktu ni. Bukannya apa, sebab dapat dah sikit2 cara nak buat ribbon embroidery tu. Nak tunjuk gambar dia, tak bolehlah lagi sebab masih dalam proses pembikinan. Sekarang ni maklang guna teknik nak buat bunga straw tu untuk nak buat tengah bunga ros tu. Oklah jugak jadinya tapi tak boleh lawan Sifu Kak Intan tu.. Rasanya malam ni sure tak siap. Kalau nak siapkan tak tidur lah jawabnya...
Hari ni di pejabat sibuk betul2. Betul2 punya sibuk. Tak main2..Tak larat. Bila balik petang tadi, kepala pening aje sebab panas kot.
Masa di pejabat tadi, sampai sakit pinggang sebab kena duduk kerusi senget. Tayar kerusi tu dah 2 biji tercabut, jadiknya kerusi tu macam menyerong ke depaa. Duduk pun tak selesa. Habis nak buat macamana. Terpaksa. Nasib baik dapat kerusi lain sebelum tengahari. Legalah sikit.
Dari pagi sampai petang tak berenti2 kerjanya. Ni pun masih tak complete lagi. Yang bengangnya tu, Package tu nak kena siap by besok, tapi petang tadi Client masih macam nak tukar2 lagi requirement. Boring betul. Kenkadang rasa mereka ni macam tak tahu apa yang mereka nak. Kitalah yang jenuh nak melayan. Last2 fedup kang, ada yang hangin!!! Kena banyak bersabar kalau melayan orang macam ni. Kadang2 rasa malas betul nak kerja. Apalagi dalam kepala teringat kat x-stitch and ribbon embroidery, lagilah rasa macam nak berenti..terok betul makcik ni kan...takpelaaaa... InsyaAllah bila Dhirah dah graduate nanti, bolehlah maklang retire...tu pun kalau panjang umurlaaa, InsyaAllah.
Pagi tadi sebelum pergi ofis, sempat jugak snap sana, snap sini. Adalah pemandangan sekeliling rumah. Tapi gambar nya gelaplah sebab awal sangat kot ambik (dan yang sedihnya nak upload dari tadi tak dapat2...so lupkanlah niat tu...)Not even pukul 7:00pagi. Hari ni boleh lah relax sikit sebab breakfast dah minta tolong bibik buat French Toast aje and tengahari dah mintak panaskan leftovers. Lepas tu mintak dia goreng empal (daging yang dah marinate dengan rempah and digoreng - Indonesian style). Sedap jugak. Mintak dia rebus pucuk ubi jugak. Cecah dia masih ada, yang maklang buat 2 weeks back. Oklah tu....cukuplah buat makan tengahari.
Malam pulak , Cik Abang pergi belikan sorang satu set McD. Bebudak ni kalau dapat makan fast food ni, memang dapat sesuatu yang best sangat. Hangin sepoi2 aje...gelak sana sini, gurau2 segala....tulah dia kalau makanan ada depan mata...Happy aje...Tenang and aman sikit dunia....Kalau tak memang bercekau aje. Tapi Alhamdulillah...seronok tengok budak2 punya perangai kan...
Tapi yang tak seronok, besok I kena kerja.....BOOOOOOORIIIIIING>>>>:(
Update pagi...dapat pulak dia load gambar, tapi punyalah slow....
ni pokok kacang botol..baru nak idup. Feberet ulam maklang ni...
ni daun kesom yang Bibik tanam..gemok kan, bilalah nak jadik ulam laksa Johor ni....
ni daun kunyit Bibik baru tanam ...adalah 3-4 pokok. Yang lama tu dah innalillah...
ni pokok ubikayu...sebelum menjadi santapan tengahari
ni pisang Minado. Kami seludup pokok dia dari rumah Wan Sara last year. Alhamdulillah dah ada 2 anak dia..Pisang menado ni rasa dia macam ubikayu. Pernah makan masa kat rumah Wan Sara tu...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
10 Comments:
I ni pagi-pagi dah menjengok ni rasa tak puas tengok gambar sarung cushion with ribbon embroidery tu! kalau tengok "live" laaagilah geram agaknya...i can imagine your fascination bila dah dapat teknik ribbon embroidery..sure tak nak gi ofis, kalau boleh tu seharian mengadap tu jer pun tak per tuu..
bulan ni dah banyak benar belanja ke buku, so kena cool down dulu, boleh la nak belek2 buku basic embroidery yang ada kat rumah ni..nantilah ada rezki kita carik buku ribbon embroidery pulak..
your hijau2an kat rumah tu bikin kita geram jer..sekarang tak semangat nak menanam apa2, dok rumah orang lah katakan, kacang botol is my fav too; buat ulam sedapnyer! Eh, bunga kunyit tu sedap tau buat ulam - cecah budu kalau i ler.
ingatkan artis jer ada minado, rupanya pisang pun ada!
p/s: tak sabar nak nengok your crafts nih!
-OO-
Nasib baik mak lang tak jatuh tergolek sebab dok atas kerusi senget tu ....
Hari ahad ni ke mana??
Ada celebration ke?
Waalaikumu salam dan khabar baik :)
Wah, tanam sendiri ... yakin bersih dan suci!
Apa rencana Hari Ibu?
salam,
maklang gantilah kerusi tu ngan kerusi empuk baru, baru sedap buat kerja kat ofis tu..
untungnya dpt bihik rajin bercucuk tanam, menjadi pulak tu.
Maklang...geram tengok tanaman maklang semua menjadi...daun kesum kak lady baru nak idup setelah habis kene kais ayam...begitu jugak pokok kunyit...
Lengkuas & serai jgn cakap...memang membiak betul...
Tak sabar rasanya nak tunggu gambar embroidery stitches tu...
Kak lady tengah sibuk nak menghabiskan X-stitct akak tu...buat2 pun tak siap...padan le muka nak buat yang besar2...
waaa...mcm2 ada ya...mak lang suka berkebun jugak ya..same with me
wah maklang soon tak payah ke pasar membeli sayuran..semua ada kat rumah.
ingat nak tarok entry semalam....
eh kenape roda kerusi tu tertanggal?berat sangat ke?...hahaha
sabar menuggu hasil ribbon emboidry tu:)
eh geram pula rasa nak minta daun kesum tu sikit! gemuknya!
Geram nyer saya tengok tanaman tu, saya memang suke tapi tak boleh nak rancak sgt sebab tinggal kat rumah apartment. Itupun kunyit, kesum, pokok kari, pandan dan lidah buaya ada kat balkoni tu...
OO:
Sungguh lah kita ni ada hobi yang agak nak sama...seronok betul bila dah tau sikit2 ni...seronok gila!!
Pokok2 tu Bibik yang rajin tanam. Maklangrajin tengok aje...
pB;
Kalau jatuh tergolek, sure macam Nangka kot...
Hari ibu ni tak tau lagi nak buat apa. Tak ada rancangan apa2 pun!
PB pulak, Abear bawak gi mana?
Bunga Rampai,
Tak tahu nak pergi mana, dan tak ada rancangan. Kalau ada pun mungkin masak special sikit...Tapi ibu jugak lah yang kena masak!
Post a Comment
<< Home