Mee Rebus pulak.....
Assalamualaikum....
Masih rasa bersalah lagi sebab asyik kena kerja aje. Sebenarnya semalam dah malas nak pergi. Tak larat nak tengok kerja tu lagi. Tapi terpaksa jugak pergi.
Tapi sebelum pergi tu, pagi2 maklang dah masakkan Mee Rebus. Bahan2 maklang dah beli kat pasar tani sebelum tu. Masa buat kuah mee tu teringat jugak kat leftovers kuah kacang yang maklang masak hari Khamis lepas. Campurkan sekali dalam kuah and masukkan ikan kembong blend yang entah dah berapa lama di freezekan. Letak atas api yang kecil untuk nak biarkan dia pekat. Siapa yang berminat nak masak Mee Rebus Johor , maklang memang dah masukkan dalam Dari Dapur Maklang entah berapa lama dulu. Kalau berminat pergi lah tengok resepi kat situ...
Tengahari nya, dalam pada malas2 melekat jugaklah kat opis sampai 6:30 ptg. Malam angin datang lagi. Seronok pulak bila angin nak mengcross stitch ni datang lagi. Berangan betul nak buat kat untuk kawan2 maklang. Siapa yang dapat memang nasib baik lah sebab angin rajin ni pun bukan selalu datang. Nantilah bila dah siap , yang entah bila , akan maklang masukkan kat blog ni. Ada jugak niat nak jahit sunflower sebab maklang memang minat bunga matahari. Lagipun pinggan makan ada yang macam tu...
ni gamabr mee rebus tu...Cik Abang makan 'agak banyak'....
Kerepek tu bibik yang gorengkan. Buat Nora...nampak tak dulang sunflower...I pun ada gak...ha..ha..
Hari ni cadang2 nak balik awal. Awal2 dah kata, I will be out of the office by 5:30pm. Last2 dekat pukul 7:00mlm baru balik. Tiba rumah aje, terus naik threadmill. Dapatlah jalan dalam 1km. Letihnya sebab dah memang kepenatan sejak 2-3 hari ni. Then lepas maghrib sempat jugak maklang jahitkan baju kurung yang maklang dah gunting last week. Nak sambungkan dan nak dibawa ke KL untuk Wan jahitkan tulang belut. Boleh kan Wan...
Oklah..sampai berjumpa lagi..Wassalam...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
16 Comments:
sempat juga buat mee rebus pepagi....nampak yum yum.....
Enjoy ur trip to KL and kirim salam pada semua.
Adoooiii Mak Lang...sedapnya.. Sini mmg tak dapat azi nak memnbuatnya... Tak cukup bahan segala....
P.s
Mak Lang n Kak Elle punya blog betul2 buat azi lapar.....hihihi.. Makanan sedap2 pula tuh...
p.s
Teringat plak mee rebus Hj Wahid..wooowww.. Jilat tapak tangan aje lah eik.....
Kak Elle:
Masak pagi,tapi makan tengahari...
InsyaAllah nanti kirim salam kat Atok, Wan n Alang...orang lain kat KL tu ramai sangat...nanti payah pulak nak xplain siapa kak elle..
Ajzie:
Mee HJ wahid tu memang lah sedapkan...
Tapi Azi kalau nak masak, maklang rasa cukup sebab pakai daging and kepala udang aje. Lain2 like kentang, lada and bawang merah ,e,amg adakan...
Mee dia pakailah mee lidi. Boleh beli kat kedai2 Vietnam or just guan spaghetti...Ke kat sana tak ada kedai Vietnam. Kalau ada rexeki Alang nak ke sana, maklang boleh tolong kirimkan kat dia...tapi tak sure dia gi tak kat sana...
salam,
sian pulak kat kak ajzie tak de cukup bahan nak buat mee rebus ni. saya pulak tgh ada ni..tinggal nak buat atau tidak aje ni.cam nak buat gak, mood memasak dah slowly ok ni :D
maklang, tak mo cuba berbekam ke? best tau..tp kat tpt saya pergi tu, juru bekamnya isteri ustaz tersebut. tu yg buat tu, esp. kat tpt2 tersorok tu hihi.
Thank you sebab hari ni boleh I buat mee rebus pulak, lama dah tak makan...sini pun tak de mee macam kat malaysia, I guna pasta yang halus.....ok jugak rasanya :)
mee rebus,yumyum!!! one of my favorites!
i like mee rebus, tapi lecehnyer nak buat(to me lah)! i paling frust bila kita dok dlm dapur berjam-jam, org makan tak sampai 20 min dah abih! ada masukkan ikan kembong juga, eh? yg tu i never knew.
only ppl who loves to cook can make anything in a jiffy!
kijam! gambar mee rebus masa orang lapaaaarrrr....arghhh..tadi tak lunch, saper suruh??
lama tak tinggal komen kat sini...kalau cakap pasal kerja eiiiii tak koser! ni bengang sangat ni! client pe'el semacam, boss tak mboh co-operate, kuli macam saya ni yang terlebih pening!
alahai, dah lama benar tak buat cross-stitch, ni dok pulun knitting ingat nak buatkan several baby blankets as well..harap jadik nanti tu...yayyyyy esok cuti! esok mak lang nak masak aper?
-ondeonde-
tgk gambar nampak sedap, baca resepi dia terus terasa2 kat mulut ni, aiseyy, esok lusa nak buat lah, kena cari bahan dulu bior cukup..huhu
u know sis..sumtimes i wonder y u even bother to work when u have such good skills in cooking and sewing...
nampak sodap jer tuu...
kaklong:
so, mood nak memasak tu dah ada...enjoy laa...so...selamat memasak...
berbekam tu tak nak laaa...takut!
LJ:
Jadinya pasta rebus lah namanya...Selamat memasak!
Qisst:
Oh...suka mee rebu eh...jemputlah makan...
kak Intan:
Well kalau minat apa pun semuanya jdi mudah...maklang memang suka memasak sebab ramai yang suka makan...
OO:
Besok pagi kami nak bertolak keKL, tapi pagi nak goreng mee aje. Kalau rajin nak buat ayam masak serai...
Selamat Hari Buruh!
Yus:
Kalau dah terasa kat mulut tu baiklah masak...nanti kempunan pulak...
UBA:
NAk buat macamana, kalau tak kerja, tak boleh nak enjoy. NAk beli apa2 semua kena mintak duit orang...tak besh!
Maklang, 'Wan' tu siapa?
Bila baca entry maklang ni kan terfikir "tak penat ke maklang ni?"
Bukan apa kalau saya ni kan balik dari office memang tak nak buat kerja rumah satu apapun dah sebab letih. Kerja2 rumah biasanya buat hari sabtu & ahad je.
Ahni:
Wan tu is my beloved mak...
Kenapa pulak terfikir cam tu. Maklang balik kerja taklah tension dalam kerete macam orang KL. Sebab tu lah boleh lagi nak exercise ke, nak jahit ke...kalau kat KL dah penat tekan clutch or menahan persan sebab jem...
Rumah saya dengan office pun dekat aje maklang, dalam 10 minit dan x ada jem un. Maksud saya letih tu kan, tak rasa letih ke bekerja? Saya memang letih habih, especially bila dah buat report, penat betul rasa nya otak dok pikir... itu sebab bila dah balik rumah saya nak relax dan tak nak buat apa2 dah.. heheheh...
Post a Comment
<< Home