Dari Teratak Maklang ~ 2007

Thursday, May 03, 2007

KL Day 1 & 2

Assalamualaikum….

Selasa
Kami tiba lebihkurang pukul 2:30ptg. Kami terus ke rumah Mak Ngah. Tiba di rumah makngah, as usuallah, makanan dah penuh semeja. Makngah ni memang pakar masak. Apa aje makngah masak memang maklang suka. Ada ikan bilis masak gila (sebab pedas gila punya! Cuma ikan bilis goring garing2 with bawang merah and cili padi aje. And kali ni makngah letak kentang goring). Ada ikan sembilang goring berlada kesukaan Datok. Ada masak lemak sotong, ada mee soto, and ada ayam masak kicap. And macam2 lagilah…Sedaaaap makan or rather sedap mulut kata Cik Abang. Seronok jumpa makngah and family sebab dah lama tak bersua. Ada lebih 4 bulan kot.


Petang tu kami bersantai sambil menonton TV. Maklang sempat jugak mengcross stitch dan almost siap 2 gambar. Tak taulah bila nak start yang ketiga tu. Harap2 besok boleh mulalah. Pak Chu and MakChu arrived petang tu. Besar dah Bree…


Lepas solat Maghrib berjemaah yang diimankan oleh Pak Ngah , kami semua bertolak ke Warisan. Macam biasa, anak2 dara pergi order makanan. Orang punyalah ramai. Tapi dapatlah jugak kami secure 3 buah meja untuk nak menampung kami semua. Cik Abang memang dari Kerteh lagi dah berhajat nak makan satay S@muri tu. Mak Ngah order char kuey teow sampai 7 pinggan. Memang sedap. Dia masak atas api arang. Maklang ada ambik gambar tapi tak dapat nak letak sekarang sebab tak cukup peralatan. Camana pulak nak transfer gambar dari camera ke PC nih…(Nanti balik Kerteh, InsyaAllah akan maklang masukkan dalam blog ni)


Kami ke rumah Alang malam tu. Datok malam tu tidor kat rumah Mak Ngah. Tiba kat rumah Alang agak lewat. Hampir jam 11 malam. Mandikan anak2 and then terus aje tidur…


Rabu:


Pagi2 tu maklang sempat jahit cross stitch lagi. Dekat2 tengahari kami ke kedai kain. Ada jugak beli sedikit bahan untuk buat jualan. Moga2 lakulah hendaknya. Tapi yang bestny Atok belikan maklang sepasang baju dan Wan jugak belikana sepasang. Tambah lagilah kain yang belum bergunting tu...


Pulang dari situ kami pergi tengok2 apartment kat KL ni. Hobby baru Cik abang. Gelihati sebab cara Cik Abang cakap dengan Cina yang nak jual rumah tu, macam beriya2 aje nak beli. Padahal, saje2 je sebab tak ada kerja nak buat. Memang menggelikan hati.


Petang tu kami melawat sedara dekat kat Subang Jaya. Kedai En. My. Sempat jugak beli hadiah hari guru. Alaah, dompet kecik2 yang banyak dijual tu, buatan Thailand tu. …Sempat jugak cari kan seluar kecik Hakim, sebab yang ada tu semuanya dah kecik2. Kami jugak sempat beli rempah2 yang banyak kat situ. Teringat nak belikan buat mamasarah, tapi alang kata banyak kat Coventry tu.. Alang kata baik bawakkan ikan bilis… InsyaAllah ada rezeki, nanti maklang kirimkan melalui Alang…OK kan mamasarah…


Teringat jugak kat kakak kat Singapore tu, tapi rasanya kat Singapore pun banyakkan...nantilah klau jumpa lagi maklang beli keropok ori dari Terengganu...


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

11 Comments:

At Friday, May 04, 2007 1:58:00 AM, Blogger Lollies said...

mak oi banyaknya mak ngah masa. saya kat sini pun tumpang rasa kenyangnya

 
At Friday, May 04, 2007 6:06:00 AM, Blogger Kak Elle said...

Macam ni lah org berhoilidaykan?makan and bershopping and terima kasih lah ingatkan kita masa bershopping tu:)

Bilang paklang beli lah rumah tu nanti bila2 ke KL ada juga tempat nak di tuju....hahaha

btw mak ngah tu sape?your sis in law???

 
At Friday, May 04, 2007 1:20:00 PM, Blogger maklang said...

lollies:

makngah tu memang masak banyasangat bile menerima tetamu...nanti kalau lollies pergi rumah dia, sure dia masak banyak..


kak elle:

nanti kak elle bagi pinjam duit, paklang akan belilah...kan rumah Alang ada, boleh gak tuju...

makngah tu kakak Pak Lang yang no.2.

 
At Saturday, May 05, 2007 7:24:00 AM, Blogger Kak Elle said...

Maklang kalau bolih nak rendang tok yg kering tu yg daging nya di siat2......lama tak makan*gulp*

 
At Saturday, May 05, 2007 9:47:00 AM, Blogger Mama Sarah said...

masyaAllah... susah-susah aje fikirkan. Naik segan pulak. Nanti menyusah kat Alang je tu nanti.

Priority barang2 Alang dan keluarga dulu lah ya. Kalau bag tu longgar2 lagi tu boleh juga ;)

manalah orang tak sayang kat maklang ni!

 
At Sunday, May 06, 2007 9:29:00 PM, Blogger KakNi said...

Amboi maklang, sempat lagi dia buat cross-stich ya... maklang memang minat betul nampaknya

 
At Monday, May 07, 2007 8:00:00 AM, Blogger maklang said...

kak elle:

camana lah nak pos rendang tok tu...sebab maklang pun tak pernah buat tu...tapi kalau sambal daging yang daging nya di siat tu boleh le...tapi lepas ke melalui immigration kalau di poskan?

mamasarah:

InsyaAllah..nanti dikirim. Alang kat adia ke Coventry sekejap aje. Maklang tak tau plan dia macam mana nanti...InsyaAllah adalah tu...

Ahni:

Lama tak nampak?

Aha..maklang memang suka jahit menjahit ni...and over the weekend I learnt something new..InsyaAllah nanti cerita kat new N3..tu pun kalau phone line dah di sambung semula!

 
At Monday, May 07, 2007 10:17:00 AM, Blogger Makcik Runner said...

weh..takde citer psl meeting ngan sorang blogger tuh? ngumpatlah sket...hehehe

 
At Monday, May 07, 2007 1:34:00 PM, Blogger Kaklong Syikin said...

salam,

maklang, belilah apartment satu kat KL. apa kata orang, rumah percutian. hehe.

 
At Monday, May 07, 2007 2:14:00 PM, Blogger Helena said...

teringat zaman cross stitch Helena dulu... hehe... buat sampai pukul 4 pagi.

 
At Monday, May 07, 2007 2:43:00 PM, Blogger maklang said...

kc:

sabau...sabau..nanti I cerita bila line is working..ni pun kak opis ni...tak sedap lak nak masuk N3 kat opis ni...

kaklong:

bagi pinjam $$..nanti bolehlaa book satu ...tapi at this time Alang kan ada..kat situ lagi best nak bercuti!

helena:

maklang masih lagi bercross stitch...zaman dulu2 pun buat tapi tak le sampai 4 pagi..tak larat dah mata ni...

 

Post a Comment

<< Home