Dari Teratak Maklang ~ 2007

Tuesday, May 08, 2007

Thank you All...

Assalamualaikum...........



Alhamdulillah...dah bertambah setahun dah umur maklang hari ni. Seronok jugak tahun ni. Alhamdulillah......moga2 bertambah usia ni bertambah lagilah amalan nya ye...InsyaAllah.

Anak2 yang excited sangat. Sejak 2 minggu lepas si Angah dah start pestering Abah dia..

"Abah...jangan lupa birthday mak...Mesti hadiahkan something special...Abah lupa siap!"

Ada warning lagi...Gelihati bila dengar anak2 ni dok backing mak dia. Tapi Alhamdulillah, setiap tahun macam tu laa...

Wan dan Atok awal2 lagi dah bagi hadiah. Dapat masa pergi ke KL baru2 ni. Kalau tak bagi pun maklang memang selamba mengendeng...and macam biasa mesti dapat punya...Tu yang cayang Atok and Wan tu... Terimakasehlah bebanyak!


Cik Abang pulak buat selamba aje. Dah kata kat dia kalau bagi hadiah, maklang nak gelang tangan yang ada batu2 merah tu...Dia kata dia tak minat batu2 ni. Maklang kata, eh kita beri hadiah is for the penerima yang suka bukan yang memberi yang suka. Ke macamana? Apa2lah...asalkan ada dah baik! Alhamdulillah...


Semalam I caught him red handed! Dia ke KL ada meeting. So, dalam pukul 12:00pm maklang call dia nak tanya macamana meeting dia and nak tanya dia dah siap ke Fomema untuk Bibik. Tanya dia dia kat mana. Dia kata dia kat Sungai Wang. Eh buat apa pulak dia kat situ. Meeting patutnya kat KLCC. Rupa2 dia pergi menyopping kat situ. Pecah tembelang. Terus aje tahu apa hadiah nak dapat...Tersenyum sendiri semalam...


Bila tiba rumah semalam, terus aje beri kat maklang. Tak sempat nak tunggu hari ni. So, tambahlah satu lagi gelang maklang. Best. Thank you so much. my darling.......


Tadi tengahari dia kata nak bawak kami makan kat Awana. Kat sini kalau nak makan Chinese kat Awana aje yang ada. Tapi maklang declined. Kata makan KFC pun jadilah. EL and Sya kata rugi tak pergi...tapi maklang kan baik hati...Kesian pulak kat Cik Abang semalam dah belikan gelang, hari ni nak belanja pulak. Tak pelah..nanti kita gi masa Mothers' Day ni...OK tak, Cik Abang?


So, petang tadi Cik Abang belikan KFClaa. Memula ingat nak makan kat sana. Dalam 5:40pm, I was already rushing for home sebab ingat nak ambik Maya and terus ke KFC kat Awana tu. Tapi bila tiba rumah, semua tak de rumah lagi. Rupa2nya dia orang pergi beli and bawak balik ke rumah. Akhirnya kami makan aje kat rumah. Oklah, tapi ayamnya tak fresh sangat. Bab makan ni, yang best sekali is tengok anak2 makan, especially si Bujang Tembam tu...

OOH..ni gambar breakfast today. Masa tengah buat ni tadi, Kak Elle called. So, kak this was what I told you about. Roti nan with mince meat and diced fresh tomatoes...Anak2 and Abah anak kata Seeedaaap....Slurpppp...
Ni kad Angah bagi...jiwang jugak mek ni...as usual!
Ni kad yang Hakim lukis dan yang kecik2 tu kad Angah bagi. The frame tu Angah shopping kat Koperasi sekolah.
Ni lilin Angah bagi lagi... Shopping kat Koperasi sekolah lagi. Angah ni feberet dia memang shoooooppping aje, tak kira kat mana. Macam mak dia jugak:)
ni lagi satu Angah yang bagi lagi
Ni bunga Maya kasi. Shopping kat Koperasi sekolah jugak!
ni pulak rantai tangan dari Suami ku yang tercinta...dengan KFC yang anak2 servekan tu...selekeh je...
ni hadiah bunga ros Hakim beri (ni last year punya). Yang this year dia dah ambik balik sebab dia merajuk!. Tapi masukkan jugak. Tu pun Maya belikan on behalf of adik dia kat Koperasi lagi!



So, sebelum malam hari ni berakhir, maklang nak ucapkan berbanyak termakaseh pada semua2 yang ucapkan selamat untuk maklang;

Cik Abang dan anak4 tercinta kerana semuanya..
Busu sebab sms tengah malam pukul 12:00pagi...he...he..
Kak Elle thank you for the call early in the morning and for nyanyiing...
Kak Lady kerana nak nyanyi lagu birthday tu tak habis sebab tak habis2 gelak bila call maklang tengahari tadi
Pak Chu kerana hantar sms tu...maklang tahu hari ni about 3 years ago, you got engaged with your beloved fiancee..now dah jadi isteri tercinta and ibu to your Bree..
Mak Teh,Kak Ana, Haslinda and all the blogger friends yang tak lupa nak ucap2 ni...

Thank you for making this day a memorable one... I love u all....

Update @ 9:45pm...


Dan around 9:15malam tadi, Cik Abang bawak balik sebijik kek yang dikirim oleh kak elle and Nora via hp Cik Abang..Call Cik Abang mintak belikan kek kat Awana, tapi tak de and he drove to Paka kat Sweden kek house to get this blueberry cheesecake...Sedap...Gambar ni cik Abang yang ambik from all sides...supaya Kak Elle and Nora puas tengok je...he...he..Kami dah selamat makan sekeping sorang...Thank you..Thank you alll...you've made my day...




Ni , we cut two pieces, one each for Kak Elle and Nora...tapi kami yang makan...Eeeergh..konyang....

ni pulak ucapan birthday from my fisrt daughter...atas kertas kajang aje...hai..Dhirah..Dhirah...apa2 laaa...





Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels:

19 Comments:

At Tuesday, May 08, 2007 9:02:00 PM, Blogger Kak Elle said...

oh itu yg u buat masa i call pagi tadi..yummy...
lawa gelang kat lengan tu....next year minta yg ada diamond pulak.....haha

KFC pun celebrate jugakan maklang?
esok kita potong cake lah pulak ok?

 
At Tuesday, May 08, 2007 9:47:00 PM, Blogger zino said...

kat sini pun birthday jugak? hehe

selamat hari lahir semuga panjang umur murah rezeki dan di permudah segala urusan.. amin..

 
At Tuesday, May 08, 2007 11:25:00 PM, Blogger simah said...

memang kaya la koperasi sekolah anak anak mak lang...:0)

bestnyaaaaaaaa dapat semua tu walaupun ditulis atas kertas kajang :0) its the thoughts that count kan?

happy belated birthday mak lang

 
At Wednesday, May 09, 2007 6:15:00 AM, Blogger Kak Elle said...

update.....
alhamdulillah dapat juga cake tu:)TQ paklang kerena bersusah payah membelikan dulu.....eh baru perasan nama saya spelling tu salah eh ... haha

maklang TQ lah potongkan kita sorang satu dan memakan nya untuk kita juga....burpppp syukur sedap!!!

 
At Wednesday, May 09, 2007 9:13:00 AM, Blogger Ajzie said...

oOOO oooo KFC..sedapnya...sini tak de pung....

semoga panjang umur murah rezeki dan di permudahkan segala urusan..

 
At Wednesday, May 09, 2007 9:40:00 AM, Blogger pB said...

Happy Belated Besday Mak Lang

Sonok kan , kalau anak anak dan suami ingat hari hari penting bagi kita ni ....

Untung badan ...

Cantik ....

 
At Wednesday, May 09, 2007 10:20:00 AM, Blogger cikdinz said...

hepi besday maklang.
banyak dapat hadiah nampak..hehehee..
walau hadiah apa pon kita dapat kena hargai kan kerna ia dari insan tersayang. tak kesah lah apa kan...

 
At Wednesday, May 09, 2007 10:21:00 AM, Blogger Queen Of The House said...

Mak Lang, you've got a lot of love around you.

Happy birthday, semoga dikurniakan Allah murah rezeki dan kesihatan yang berpanjangan :-)

 
At Wednesday, May 09, 2007 10:32:00 AM, Blogger Sya said...

Untung mak lang cik abang baik.. teringat dulu sehelai tudung pun tak nampak

 
At Wednesday, May 09, 2007 11:31:00 AM, Blogger Zareda Norman said...

Happy Birthday To Mak Lang semoga murah rezeki lagi dan dipanjangkan umur..

Zar tahun ni sambut besday kat spital. Mujur sebelum masuk wad tu, hubby dan belikan jam tangan menggantikan jam tangan zar yang dah hampir 9 tahun zar pakai hadiah hantaran kawin dulu.

 
At Wednesday, May 09, 2007 12:48:00 PM, Blogger Idham said...

:) maklanggggg...happy birthday!

dapat di rasainye betapa hidup maklang di kelilingi oleh kasih sayang dari anak2, suami tercinta dan sahabat handai.

gelang tu cantikkkk!!

idham

 
At Wednesday, May 09, 2007 1:10:00 PM, Blogger KAK DIEDA said...

heppi besday mak lang...moga panjang umur murah rezeki dan diberkati Allah hendaknya.

ooo...salam perkenalan mak lang, saya org baru blogger ni...

 
At Wednesday, May 09, 2007 3:30:00 PM, Blogger pekan said...

kak,

happy besday..
semoga panjang umur & dimurahkan rezeki..
take care..

 
At Wednesday, May 09, 2007 5:41:00 PM, Blogger maklang said...

kak Elle:

Ye itulaah yang I dok kelam kabut nak masak tu...sedap tau and senang nak buat!

TQ again for the cake. KFC pun KFC laaah, budak2 yang suka sangat tu..


Zino:

Yelaa..so ada jugak yang sama bintang ngan maklang...


Simah:

Rasanya lepas anak2 maklang beli barang2 tu..koperasi tu dah boleh tutup kedai kot. Untung banyak oooo..

Yes, the thots that count. apa2lah..I am very glad sebab semuanya they all lukis sendiri...kat sini is not so easy to buy cards, plus budak2 ni kalau kita tak bawak mereka ke kedai, mereka tak tau nak pergi sendiri.

Thanks for the wish!

 
At Wednesday, May 09, 2007 5:50:00 PM, Blogger aNIe said...

Maklang kacau lah ...semalam orang nak nyanyi kasi abis dia buat kita ketawa plak...last2 lagu tu tergantung...heheheh....

Wow...dapat kek...bestnya...yang best sekali...dpt gelang..hehehehe...sayangnya cik abang ada maklang...tapi yang paling sentimental ialah kad harijadi dari anak2...

 
At Wednesday, May 09, 2007 6:40:00 PM, Blogger Mama Sarah said...

Tumpang rasa gembira pada hari jadi maklang :)

happy birthday! semoga bertambah kasih sayang dan rezeki maklang sekeluarga tahun ni :)

 
At Wednesday, May 09, 2007 7:47:00 PM, Blogger maklang said...

kak elle:

Kenyang dah makan cheese cake tu...anak2 siap bawak ke sekolah lagi pagi tadi..TQ again..


Azi:

KFC tu tak berapa freshlaa...tapi makan jugaklah sebab orang dah belikan..Nasib baik orang belikan..hi..hi...


Pb:

TQ..TQ...Alhamdulillah kami dikurniakan keluarga bahagia. Biasalah ada turun naiknya dalam alam rumahtangga jugak..macam kat opis lah, ada masa banyak kerja, ada masa tak banyak kerja and macam kat wallet kita gak, ada masa kembong, ada masa kempis..

Apa2 pun kita bersyukur dengan rahmatNya yang tak terhingga...B-)

Cik Dinz:

Terimaksehlah ucap ucap ni...apa2 pun orang yang tersayang bagi , mesti suka. Kalau kawan2 kat sini ucap pun kita suka jugak...teimakaseh...


QOTH:

Alhamdulillah...Syukur kerana dikelilingi oleh keluarga dan teman2 yang baik2 belaka. Semuanya kena 2- way kan QOTH...Kalau kita baik dengan orang, Insyaallah mereka pun baik dengan kita. Tapi ade jugak yang tak kan? Itulah dunia...TQ


Sya:

Alhamdulillah...Syukur pada Allah..

Tak pe..InsyaAllah adalah Abang baru yang nak bagi tudung nanti, kalau tak pun nanti dari kakak or adek2 lain...:)

 
At Wednesday, May 09, 2007 7:52:00 PM, Blogger maklang said...

Zar:

Sakit apa tu sampai masuk spital...

Tak pelaa..kalau masuk spital tu dah dapat hadiah, sure hilang sikit rasa sakit dia kan..

Abe Id:


Yeeeeeeeeeeeeee....TQ.

Seronok dapat gelang baru...Tu yang sayang Cik Abang tu....he..he...


Eida:

Ye...Selamat datang...Welkam...

Nampak Eida punya komen semalam tapi tak sempat nak balas.


TQ for dropping by..Nak belajar cross stitch ke? Boleh..boleh...tapi camana nak ajar thru PC ni ek?


Pisces:

TQ...TQ...Lama tak nampak? Pi mana?

 
At Wednesday, May 09, 2007 7:56:00 PM, Blogger maklang said...

Kak Lady:

Ada pulak kita yang buat dia tak boleh nak nyanyi...tak pe..tak pe...nanti poskan lagu akak tu bila dah direcordkan..hi..hi..

Sekarang ni penuh dinding kat opis tu dek kad2 bebudak ni...Colourful betul..


mamasarah:


Terimakaseh kerana mendoakan kami...Alhamdulillah...rahmatNya sentiasa di syukuri...

 

Post a Comment

<< Home