Masaalah
Assalamualaikum...
Semalam dah selamat hari ke 12 kita berpuasa. Bujang sekali lagi berbuka puasa pukul 4:00ptg! Abah dia kata will power tak cukup sebab ternampak agaknya ada one of his kakaks tengah minum air waktu siang! Iyelah kakak dia pun tak nak tunjuk kat dia, tapi dah ternampak nak buat camana kan. Tapi petang semalam maklang tetap buat2 tak kawan dia sebab dia ponteng lagi. Dia kata dia berbuka sebab alasan dia was dia tak makan banyak masa sahur. Memang pun masa dia naik nak tidur dengan maklang muka dia masam aje. Bila ditanya, dia kata Abah suruh naik and tak kasi makan lagi. Dia nak makan maggi mee ayam yang bibik beli tu. Abah suruh naik cepat sebab nak suruh tido dulu, kalau tak nanti payah nak kejut ke sekolah. Bujang maklang ni memang macam2 alasan. Terima ajelah. Selepas dah make him feel guilty, maklang kawanlah dia balik. Memang dia tension kalau mak dia buat donno kat dia. Mainly sebab dia tak dapat nak meraba mak dia. Tension ooh...Nak buat macamana agaknya anak lelaki memang cam tu kot. Maklang tak pulak experience dengan kakak2 dia. Tapi dengan dia memanglah tiap hari nak...ha..ha..ha..bongsu pulak tu, kalau ada adek, mungkin lain sikit gaknya!
Semalam was another tiring day for me. Cuaca sikit punya panas. Biasanya tengahari memang tak keluar, tapi semalam terpaksa keluar sebab Angah dah talipon entah berapa kali. Dia tertinggal bas. Pakcik bas hantar dia balik @ 1:45pm and datang balik @ 2:00pm nak hantar ke tabilas. Mana lah dia sempat! Hangin betul maklang. Last week dia tinggalkan Hakim kat sekolah masa nak balik. Cikgu sekolah talipon beritahu yang Hakim tertinggal bas. Kena keluar pulak nak ambik Hakim and hantar balik. Dahlah puasa2 ni , panas pulak tu. Memang hanginlah jadiknya. Sebenarnya dah kerap sangat berlaku. Kalau angah keluar lambat sikit memang kena tinggal. Kenalah Abah dia pergi ambik dia pulak. Dahlah tengahari biasanya sekejap aje, mana nak makan nak pergi balik ambik anak. Masalah betullah!
So, semalam we made the decision to get a new pakcik to send the kids to school. Mula2 ingatkan nak start next year. But why should we wait?. Pakcik satu lagi ni, Alhamdulillah boleh ambik kalau Angah balik lambat and can fetch Along as well everyday @ 4:30pm. Normally Abah yang ambik Along @ 5:00pm sebab sekolah Along depan sofiz Abah. Kalau Abah outstation, kenalah Along tumpang kawan dia. So, Insyaallah semuanya settlelah lepas ni. Tak kuasa nak berkejar kesana kemari. Nasib baik pulak masa anak2 call mintak tolong ambik or hantar, kami tak dalam meeting ke, or tengah kat luar dari offiz. Kalau tak, tak ke haru. Kami memang dah lama berkira2 nak tukar bus, tapi masih bole bersabar. Tapi semalam was the last straw.Dalam keadaan negara tengah ramai sangat orang tak betul, Maklang jadik takut pulak. Tengok aje kes Arwah adek Nurin. Kesian betul dia. Moga2 sidurjana itu akan tertangkap dengan segera dan dapat diadili secepat nya. Moga2 Allah mengkabulkan permintaan kita semua ye...InsyaAllah...
Juga sekalung fatihah buat Arwah adek Nurin Jazlin Jazimin. Moga2 rohnya terpelihara disisiNya...Amin
And as usual, maklang letakkan gambar makanan yang dimasak buat buka. Nampak macam banyak, and memang banyak semalam yang tak habis sebab semuanya macam tak ada selera nak makan. Maklang rasa semuanya tak sedap. Terlalu penat agaknya. Lepas2 masak kari, soup dan goreng ikan , maklang surender aje. Along yang goreng kan sayur dan sotong celup breadcrumbs. Bibik pulak dari tengahari dah buat wajik. Tapi wajiknya agak keras, dan manis nya kurang. Kena prektis lagi...
Sambal kacang ikan bilis is a must for Cik Abang waktu sahur.
Kacang boncis ~ tak ada yang usik.
Sotong celup tepung
Wajik
Meehoon goreng ~ dapatlah kasi kat jiran
Ikan tenggiri masak kari
Sup fishball with udang dan isi ketam
Ikan tenggiri goreng.
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
















