Dari Teratak Maklang ~ 2007

Monday, May 14, 2007

Dah toowere

Assalamualaikum……..


Tak ada cara nak menggambarkan betapa penatnya maklang rasa. Entahlah…kalau dulu2 kerja siang malam non stop masih OK lagi. Tapi 2-3 hari ni rasa KO betul.Tau umur tu dah toowere. Kat opis pun tadi macam relax semacam. Pukul 3 lebih dah dok kata kat the colleagues se department yang server akan shutdown pukul 5.30pm.


“Eh…betul ke kak ? “

“Ye….” , maklang jawab.

“ Tak ada e-mail pun!”

“ Yelaaa…server I sorang aje. Penat dah! Nak kena serve orang2 kat rumah aje”

And true to what I have told them, lebih kurang 5:35pm, I was out of the office. Maleh nak kerja lelama. Dah tak boleh tahan. Daripada termenung aje ka topis tu, dah tak boleh nak pikir, baik cabut.


Sempat jugak singgah nak cari baju untuk Wan. Wan dah bising sebab baju dia tak hantar2 kat tukang jahit. Mana masanya nak pergi kat rumah Kak Ton tu. Nak pi gunting rambut pun tak sempat. Kalau suruh anak2 takut pulak jadik macam capuk2 rambut Ucop, macam Abah Ucop gunting! Gelihati!


Tapi, tak ada rezeki pulak Wan. Baju2 yang ada, kalernya terang benderang. Dok sssabboh (menasabah) , kata orang sini. Dalam belek2 tu terjumpa sehelai baju gown. Teringat kat si Pipa yang birthday dia end of this month. Pipa siap cakap, “ Maklang, nanti birthday Pipa, maklang belikan Pipa hadiah,eh”. Dia pesan kat mama dia, masa maklang tengah dok mengata si Jo…ialah kan Jo nak jadik macam orang muder…ha…ha…Sowie Jo, I gurau aje…

So, dah minta Ms. Creative a.ka. Angah untuk nak wrapkan. Maklang pulak dok jahitkan tassel untuk cushion covers yang tak siap2 tu. And Alhamdulillah dah complete and dah boleh poskan besok. Lepas ni , nak kemas2 benang cross stitch and good nite laa…Ngantok and letih bebenor…..




Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels:

11 Comments:

At Tuesday, May 15, 2007 3:59:00 PM, Blogger Mami Dini said...

Salam Mak Lang, tak pe mak lang towere towere muda kat hati, life is so fast, thats life anyway, semoga Mak Lang sehat selalu....

 
At Tuesday, May 15, 2007 4:17:00 PM, Blogger aNIe said...

Maklang...jgnlah kata Maklang dah tua...nanti kak lady jadi antik...hehehhe

 
At Tuesday, May 15, 2007 7:19:00 PM, Blogger Kak Elle said...

tumpang lalu maklang...

kaklady kalu antik I apa pulak???hehe

Ingatkan I sorang yg KO smlm rupa nya you pun:)sambil tengok Hikmah pukul 9mlm terus ke lama twilight zon...

takpe maklang toowee2 kita tapi hati masih mudakan?

 
At Wednesday, May 16, 2007 8:01:00 AM, Blogger Kaklong Syikin said...

salam,

untung dpt anak kreatif cam angah tu :D
selamat hari ibu Maklang.

err..semua ceklat tu dah abih dimamam ke?

 
At Wednesday, May 16, 2007 8:05:00 AM, Blogger Mama Sarah said...

hihi.. toowere pun janji masih jelita!

 
At Wednesday, May 16, 2007 8:52:00 AM, Blogger Mulan said...

maklang, kami mungkin nak kena balik for good. dah cakap dgn hubby, mintak kerteh la... nanti boleh menempek kat maklang.. boleh kan kan kan..??

 
At Wednesday, May 16, 2007 8:44:00 PM, Blogger aNIe said...

Betul tu mamasarah...towere tapi jelita...hehehe

 
At Wednesday, May 16, 2007 10:44:00 PM, Blogger silversarina said...

maklang dah towere pun masih aktif lagi...tak towerelah tu....


tumpang lalu...kalau mulan balik kerteh . I pun kalau jadi nak balik for good , boleh buat gathering ekkk...

 
At Wednesday, May 16, 2007 11:01:00 PM, Blogger maklang said...

mama dini:

kalau umur cam maklang ni memang lah kira tak berapa toowere sangat tapikan , bila balik kerja and terlalu penat, memang rasa sangat!

kak lady:

akak memang la antik, kan ke umur dah 251!Ha..ha..ha...


kak elle:

Ko malam hari je..besok tu berlagak cam orang muder balik!


mamasarah:

Oh ye ke I jelita? Tak taulah pulak. Agaknya sebab tu Cik Abang sayang sebab kejelitaan tu terletak kat hati dan terserlah di wajah...Nampak2 nak angkat bakul berat ni mamasarah! Ha..ha..ha...

 
At Wednesday, May 16, 2007 11:06:00 PM, Blogger maklang said...

kaklong:

Angah tu turun dari Wan kot. Abah dia pun kreatif jugak...Alhamdulillah...

Cekelat tu, tak sempat maklang nak makan, Hakim dah dulu..

Sekarang ni Hakim demam sebab banyak makan cekelat! Dia memang allergic kat cekelat ni. Kesian dia!

Mulan:

Eh..hari tu pun cakap nak balik, tapi tak balik pun. Tapi kalau nak masuk join my company Ok tau. Sekarang tengah cari Construction Engineer/Manager untuk plan baru kat Kemaman.

Kalau dah balik sini, silalah ke rumah saya...


Kak lady:

I tau...I tau...tak payahlah dok ingatkan I macam tu aje...nanti I kembang lagi! Langsung ilang kejelitaan yang masih ada sikit nih! he..he...

 
At Wednesday, May 16, 2007 11:08:00 PM, Blogger maklang said...

LJ:

Silalah..kita buat gathering. Lepas tu kita ajak kawan2 kita kat Singapore and KL. Kalau tak ada tempat nak buat, kita jumpa kat Mc pun Ok!

 

Post a Comment

<< Home