Hari Ibu Bahagian 2
Assalamualaikum...
Pagi ni berehat. Tak payah masak. Malam semalam dah mintak Bibik tolong goreng sosej and buat ayam masak kicap aje untuk budak2. Mentang2 Hari Ibu so, hari ni Mak relax laa...tak mau masak.
So, hari ni masuk mandi awallah sikit. Cik Abang tak pergi kerja lagi, maklang dah pun masuk mandi. Tengah nak habis mandi Cik Abang dok panggil dari luar suruh cepat. dia kata dia nak 'duduk' pulak. Maklang memang pantang sangat kalau tengah syok syok mandi, ada yang kacau. Dua tiga kali pulak dok tanya lama lagi ke tidak. 2nd 3rd time dia dok tanya mulalah rasa nak hot. Bila dah keluar bilik air tu, cepat2 kata kat dia, tak ada bilik air lain ke? Dalam hati dok kata, nak mandi pun tak senang! Dah nak hangin dah ni. Pepagi dah nak hot! Tapi sabar...sabar...
Tengah2 nak masuk kat bilik tu, tak aleh2 di sambut oleh anak2. 2 orang dah siap dengan baju sekolah and 2 orang masih busuk lagi....
Ni Hakim dengan hadiah dia...
Angah dan Hakim dengan hadiah2 mereka. Tengok bungkusan yang Angah bungkuskan siap ada love2 lagi...
Terperanjat jugak...macam2 ada...Ni mesti kerja Angah yang wrapkan sebab dia memang artistic sikit. Patut pun semuanya dok berkumpul dalam bilik Along malam tadi. Bila
maklang nak masuk, dok kelentang kelentung dok sembunyikan barang2. Tonggang langgang bunyik kat dalam bilik tu. Lama baru nak bukak pintu tu...Rupa2nya ni kerja mereka adek beradek. Seronok rasa bila tak ada dengar anak2 bergaduh....Aman dunia. Sedaplah mak dia nak menjahit!
Maya dengan hadiah dia. Angah jugak yang bungkus. Ada fan lagi kat bungkusan tu...
All the bungkusan hadiah. Satu dari Along, Angah dan Maya. Kotak besar tu berisi hadiah dari Hakim dah Cik Abang. Kotak tu besar , jadinya Angah bungkus semuanya sekali gus. Senang cerita. Patut malam tadi dia bok bisik2 ngan Abah dia. Cik Abang pun terror berlakun!
Bungkusan kotak dari 2 lelaki yang istimewa dalam hidup maklang!
Rupa2nya dalam bungkusan ada coklat2 ni. Entah berapa lah duit Abah dia orang di ketuk. Lepas maghrib semalam, mereka kelaur dengan Abah mereka. Katanya nak beli roti dan susu dan cheese sebab maklang kata sempena Hari Ibu ni, patutnya Along dan Angah lah yang masak. So, masa maklang tengah mandi tu , mereka keluar shopping. Sebenarnya Cik Abang ada offer lagi nak pergi ke Awana tak. Kali ni makan Western Food. Tapi as usual, maaaalaaaaas sangat nak keluar. Plus rasa tak berbaloi nak belanja banyak2 . Baik makan kat rumah, lagi sedap!
Punyalah banyak coklat...camanalah mak nak diet! Coklat...Coklat...
So, bila tiba rumah petang tadi dekat maghrib (sekarang ni busy tak hingat dunia...ingat akhirat aje!!! BOOOORRRIIIIING lagi!), bau semerbak datang dari dapur. Yang gelihati tadi tu, masa gate tu tak boleh nak tutup, Angah tak kasi mak dia tutup pun. Dia berlari keluar rumah sambil cakap..." Mak..mak...mak tak payah tutup gate tu, biar Angah yang tutup. Mak tak boleh buat kerja! Hari ni kan Hari Ibu". Wah bukan main lagi! Nak tutup tingkap pun tak kasi!. Mak kena rehat aje Angah kata.
Mak pun apalagi. Naik atas and sempat jugak YM ngan Kak elle sat. Nak masukkan video clip tu!
So, lepas mandi, turun bawah semuanya nak terhidang....Waaaalllllaaaaa.....
Ni salad prepared by Along
Sepinggan Ayam Panggang bahagian dada. All done by first daughter. Dah boleh makan masakan anak sendiri. Bangga pulak rasanya...
Yang ini pulak bahagian peha..rebutan anak2la ni...
Lagi salad by Along
Ni kentang and Dill, Angah punya speciality..Sedap!
Ni orang lapar....Happy nampaknya...maklumlah dah terhidang semuanya!
Ni minuman bergas ni, kes paksa Abah dia belikan jugaklah ni. Biasanya tak beli sebab kalau dah beli, budak2 ni dok tala air ni aje. Mana boleh. Nak2 si Sulong and Bongsu tu!
Sedap mulut!. Kenyang perut! Terimakaseh anak2 dan suami ku sayang. Mak sayang semua....You are the joy of my life...Moga2 Allah memberkati hidup kita sekeluarga....Amin....
Hari maklang rasa sangat bahawa anak2 dan suami memang di appreciate sebagai mak dan isteri! I am sooooooo haaaaaapy. Terimakaseh.....
Dan ini hadiah Hari Ibu untuk Wan yang dikasihi....Dalam proses lagi Wan...Lambat sebab baru belajar lah Wan...
Dan juga buat tatapan Puan Onde yang kecewa sebab tak dapat nak view dalam N3 yang lepas!
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
Labels: anak2, Celebration, family, Makan
22 Comments:
best nya dapat layanan istimewa dari anak2 and abah anak2....sedap ayam panggang tu...black pepper ngan bbq sauce or honey?
lawa emboidery tu:)
HahHAHAHhHAHAHahHAHAHA...MAklang tertipu.Maklang tertipu..Ini semua ialah muslihat kamu kamu bukan ibu untuk merasuah kaum ibu supaya dengan rela hati Berkerja berhempas pulas selama setahun sementera menunggu hari ibu tahun depan..Hari ini kaum ibu rehat...hHHAhah HAHa kemudian setahun akan dipaksa bekerja..HAHAHAHA.(ketawa ala Jin )
bestnya maklang!!! along tu dah menurun ilmu memasak maklang lah tu. angah pun tak kurang senitangannya.
syabas anak2 maklang!
Seronoknya dapat makan dari air tangan anak dara sendiri..seronok saya tengok hidangan2 tu..byknya hadiah,,,
kak elee:
Alhamdulillah...kenyang sampai ke pagi...
Embroidery tu bilalah nak siap betul2. Akak punya tu masih di rendam. Markings dia tak ilang lagi. Hopefully boleh mail by this week!
Djin:
Ha..Haaaaaa...HAaaaaa..HAAAAA...HAaaaaaah....Djin Dengki...Djin Dengki...sebab dia tak dapat makan ayam tu...HA...HAaAAAAA...
(ketawa Ala manusia!)
Kesian dia kena jadik tukang masak pulak!
Sedap tau...kalau DJin datang sini kita suruh Dhirah masakkan pulak, nak tak!
Mamasarah:
ALhamdulillah..nak jugak mereka masak sekali sekala. Bila anak2 buat macam tu cair jugaklah hati mak ni...
Angah memang berseni, dari kecik2 lagi. Masih ingat lagi masa dia berumur 2 tahun dulu, dia dah pandai buat bunga straw! Cute sangat masa tu!
Faizbella:
Seronok dapat makan. Hadiah tu buat syarat aje tu...Last2 mereka yang akan banyak...he..he...
wow bestnya maklang...... dapat special treatment dari anak2...... hehe
banyaknya foodish kat sini! those chocs!!!!! and the ayam panggang looks delish too! BUT I AM MUCH MORE INTERESTED WITH YOUR PINK RIBBON EMBROIDERY..AHAHAHAHAAA! CANTIIIIIIIIIK!!!!!!!!!!! NANTI KITA NAK NENGOK A FINISHED SARUNG BANTAL OR WHATEVER ITEM YOUR ARE DOING NOW...ni yang rasa nak belajar jugak ni!
-OO-
syok sangat sampai lupa nak cak tenkiu! TENKIU VERY MUCH. SUSAH2 UPLOADKAN GAMBAR LAGI SEKALI1!!!!!!
oh, ni hadiah untuk Wan lah ya! hmmmmmm, ha! maybe boleh jugak i belajar dalam masa setahun ni (sempat ke nak belajar entah ler), tahun depan bagi present mother's day kat mak i pulak! thanx!!!!!!!
-OO-
syok la maklang anak2 dah besar pandai entertain mak dia.. nak ketok hubby pun tak leh sbb byk sgt jemputan besday la dll.. aiyaaa... kacau laaa..
SELAMAT HARI IBU UTK IBU YANG CEMERLANG & TERBILANG MACAM MAKLANG NI... semoga sentiasa dirahmati Allah..
tq for d wishes...
Senang bila ada anak yang dah pandai guna dapr untuk masak..
ringan sikit beban
pB... lambat lagi.
Kak Ngah tu , nak tutup api dapur bila air menjerit pun masih dok terkial kial ...
Helena:
MEmans seronok di manjakan oleh anak2 tau...
OO:
Tak ada hal...seronok nak eksen dengan benda baru ni, tapi malu kat SIFU. Jauh perbezaan dengan SIFU punya..
Glad that you enjoy looking at those crafts...Will show more bila dah berjaya nanti, InsyaAllah..
Mulan:
Selamat HAri Ibu jugak to you..
Janganlah cakap maklang sampai macam tu...I ni biasa2 aje, jauh dari apa yang mulan fikirkan...I am just an ordenary person aje...
PB:
Masanya akan tiba nanti, InsyaAllah. Sekarang ni kena jinak2 kan anak2 dengan dapur laa, baru nanti mereka rajin nak memasak!
SELAMAT HARI IBU buat maklang...
Maklang...beruntung ade anak2 perempuan kan?...akak ni ade anak dara tu sorang aje...masa hari ibu semalam dia pulak tgh exam...jadi dia mintak mahaplah banyak2 kali sebab tak dpt nak tolong akak...
Terliur tgk makanan...ayam tu...nampak sedap...
Embroidery tu paling suka tengok...cantiklah maklang...len kali boleh ajarkan akak ye...
bestnyer ayam panggang tu! if only u live closer, boleh i mengendeng!
dah hampir siap projek reben! That purple rose looks great.. never thought of using that color before and pink roses are always wonderful.
Hi Mak Lang,
Salam perkenalan
Eppi mother's day to you... bertuah to have such a loving family..
Anak2 pun bertuah dapat ibu macam mak lang..such a perfect mother
wahh mak lang memang menjadi queen of the day dalam rumah mak lang yek? bestnyaaaaaa...
saya dok eye kat coklat cadbury tu hehehehehhe
anak anak mak lang memang rumah mak lang aman la yek masa mother's day... best best..kena selalu la mother's day mcm tu mak lang... terus amaaaaannnnnnnn ja rumah..mak depa pun tak pening :0)
wahhh best sungguh jadi mak lang.. anak2 dah boleh di harap... along dah pandai masak..
Mak Lang, seronok betul tengok sambutan yang diberi oleh anak-anak ye...
Cantiklah embroidery untuk bonda tercinta tu...kreatif betul lah!
selamat hari ibu buat maklang... banyak nya hadiah...
memula terliur tengok coklet.. tapi bila tengok ayam tu lagi le berselera hehe
Selamat hari Ibu Mak Lang, a bit belated actually. Seronoknyer tengok anak-anak, mesti berbunga-bunga hati Mak Lang masa tue, i can imagine.... Seronok jadi ibu nie tak tergambar, apatah lagi when cik abang dan anak-anak hargai, saya doakan kesejahteraan, keselamatan, kebahagiaan dan kesempurnaan iman untuk mak lang sekeluarga. Amin.
kaklady:
oh...sorang ke dua orang doesn't matter asal rajin nak masak. KAlau ada 10 tapi pemaleh pun tak guna kan!
Akak pergi lah ke rumah kak Intan, sebelah taman aje. Kalau nak Maklang ajarkan, bolrh lah, tapi kena datang sinilaa...
Kak Intan:
If only you lived close by, maklang datang ke rumah kak Intan bawak satu ekor ayam panggang so that I could give it as my 'pengeras' sebab ajar bunga riben tu. Thank you again!
lelakhalidah:
Selamat datang ke blog maklang. Alhamdulillah kelauarga kami bahagia. Asal jangan ada anasir jahit mengacau sudah!
Maklang ni ibu biasa aje, tak lebih tak kurang, tapi setiap hari cuba untuk memperbaiki diri...
simah:
betul tu aman dunia, kalau budak2 ni behave. Kalau tak macam perang Dunia aje!!
Ajzie:
Alhamdulillah...berkat doa dan tunjuk ajar, pandai dah sikit budak2 tu!
Nora:
Alhamdulillah anak2 memang rapat dengan maklang. Selalu nak make me happy and selalu jugak nak make me upset!...
Bunga riben tu, InsyaAllah akan dihadiahkan buat Bonda tercinta.
Zino:
Tengok coklat terliur, boleh beli. Tapi tengok ayam terliur, tak dapat nak carik kat mana2 sebab tak dapek kek mano2. Kek sini yo ado!
Mamadini:
Terimakaseh kerana mendoakan kami. Moga2 mamadini pun macam tu jugak, InsyaAllah...
Post a Comment
<< Home