Ragam anak2 lagi
Assalamualaikum…
Apakabar? Maklang dan keluarga OK. Maklumlah hari ni kan hari cuti. Macam routine biasalah. Setiap Jumaat ke pasar tani untuk membeli barang keperluan dapur.
Lepas balik pasar tadi, malasnya rasa nak memasak. Tapi paksakan diri jugak. Nasib baik hari ni tak beli banyak. Cukup sekadar ikan kembung, tenggiri, terubuk dan udang sekilo. Sempat jugak beli sotong colkat yang kembang tu. Memang sedap kalau masak sambal tumis atau masak kari dengan kentang. Lama dah tak buat masak kari sebab orang rumah ni semuanya suka sambal sotong.
Sambil2 tolong bibik kemas2 dapur tu maklang sempat membelek majalah R@s@. Nampak makanan semuanya sedap. Berangan nak buat kueh tapi tak ada pulak kelapa muda. Kalau dapat buat puteri mandi ke, badak berendam ke atau onde2 kan ke sedap. Masa ke pasar tadi sempat jugak beli tepung pulut. Itu yang berangan tak sudah. Akhirnya dari malas sangat nak masak, datang pulak idea nak buat Karipap. Walhal Karipap yang maklang buat 2-3 minggu lepas masih ada la. Tak bergoreng lagi sebab masinG! Wan pun ada bawak Karipap masa datang ari tu. Tapi tak apalah, mood rajin macam ini bukannya selalu datang.
Homemade karipap...tak payah pergi beli kat kedai lagi....
Tak sempat di goreng, karipap ni dibakar sekali dengan masakkan Western Along tu...
So….siaplah lebihkurang 70-80 leping Karipap untuk difreezekan setelah digoreng sebentar. Masa maklang sibuk buat Karipap, si Along sempat buat benda kat bawah ni.
Entah apa kenama dia. Dia teringat masa makan kat Deli Fr@nce masa Wan sakit. So, dia main hentam aje…and rasaya dia yang habiskan kejap tadi.Ni masak hentam. And as usual Along syok sendiri...sedap katanya....Masak sendiri bedal sendiri! Tapi adek2 dok tanya, "Mak, kenapa Lasagna Along kaler lain???". Apa nak nak jawab ni?
Ni cross section of masakkan Along tu!
Angah dan Maya pulak sibuk bergaduh masa maklang tengah sibuk kat bawah. Maklumlah Abah pergi ke Masjid, jadi mereka pun startlah bertekak. Sibujang pulak tukang repot kat Mak dia kat bawah. Dia kata, Angah koyakkan buku sekolah Maya and Maya koyakkan buku Angah. Maklang minta Along naik atas nengok kat budak 2 orang. Entah apa kak long dia buat last2 semuanya masuk ke bilik masing2. Bujang pulak turun menyibok kat bawah....
Bila Cik Abang pulang dari masjid, maklang belum dapat nak solat lagi. Jadi Cik Abang dan FIL (datang sini last Friday) makanlah dulu. Maklang makan 2nd trip dengan Angah. Sesudah solat maklang dapat surat ini dari Hakim. Hakim kata kak Maya suruh bagi kat mak ...Ini memang kena simpan untuk kenangan bila mereka dah besar nanti..Nampak macam merajuk betul kan!
Dari Maya. Untuk Bibik dan Emak. Maya tak nak orang lain tahu.
Surat dari Maya...boleh baca ke ni? Dia tulis: Mak Maya duduk dalam bilik ini seorang diri. Maya tak nak orang lain kacau kecuali Mak dan Bibik sahaja. Maya tak nak makan dan tak nak minum pun sampai tahun depan....
jangan main2....Maya kalau dah hot...mogok lapar, wa cakap lu....Kelakar betul!
Ada jugak surat2 dari Angah untuk Mak dan Abah, selepas kena marah....
Lagi surat orang merajuk...
Surat Angah lepas merajuk...Bukan main lagi!
Ni kalau merajuk aje tulis surat ni ikut sape lah ni.....
Tapi budak2 ini kalau bergaduh kejap aje mereka dah berbaik. Masa waktu makan tengahari, maklang beritahu Angah yang Maya nak makan mee hailam nanti malam.Maklang pujuk Angah supaya masakkan untuk adek dia. Dengan rela hati dia tanya maklang macamana nak buat. So, maklang beritahulah dia resepinya. Maklang kata, masak sekitar pukul 7:00mlm jadik Ustadz yang datang ajar ngaji pun boleh makan jugak.
Lepas makan tengahari tu, maklang naik ke atas menjahit sampai dekat pukul 7:00. Betul pukul 7:00 Angah naik atas dengan sebuah tupperware. Ingatkan dia nak tanya cukup ke tidak bahan untuk nak masak mee Hailam. Rupa2nya dia mintak maklang rasa kalau dah sedap ke tak. So, inilah Mee Hailam Angah yang pertama. Sedap sangat. Tak sangka Angah terror masak, walaupun mak tak ada dekat Angah!. Yang bestnya lepas solat Isyak, dia masakkan lagi untuk adek2 dia. Permintaan adek2 senang ajelah dikabulkan sebab adek2 puji Angah melambung2!
Mee Hailam Angah - her first attempt! Congatulations Angah! Memang sedap.
Lepas makan, maklang talipon Atok dan Wan kat JB beritahu Angah masak mee Hailam. Atok ketawa aje dengar and kata...."Wa...Angah ni dah besar boleh kjadi chef ni!" ( Sure Angah tersingih bila baca N3 mak kali ini. Tapi muka tu jangan masam mencuka aje bila mak kejut pagi2...nanti Abah mintak untuk nak buat masak asam...ha..ha..ha..)
Selamat berhujung minggu.
p/S: Pertanyaan Maklang dalam N3 lepas, Wan dan Atok dah jawab! InsyaAllah mereka akan sampai Kerteh hari Isnin ini...yeay...yeay...and with the tahu yang menantu mintak tu, InsyaAllah!
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi..
Labels: anak2
12 Comments:
Salam berkenalan Maklang. Cath dapat link dari Kak Elle.
Wah, memang nampak sedap mee hailam Angah buat tu. Best-kan dapat anak yang pandai masak.
salam,
pandai dan rajin angah masak, memang nampak berselera mee hailam tu.
laaa merajuk rupanya....kena simpan surat merajuk buat rujukan bilangan merajuk sampai umur 21 :)
uihhhhh..lamanya Maya taknak makan? sampai tahun depan tuuhhh...
hahhahaa tergelak besar saya baca surat tu Maklang..
kalu saya kan..walau semerajuk mana pun saya, bab nak mogok makan tak pernah terlintas kat kepala..hahahaha tak sanggup!
saya sungguh suka makan =)
nak mee hailam sket ;)
macam ni lah kalau ada budak2 kan?kalau semua nya baik sangat hai nampak sunyi pulak nanti...ala merajuk tu kejap aje kan tengok cepat aje angah dah masak mee hailam...maya makan tak atau masih mogok lapar?
hopefully masa kat sana parcel tu sampai dapat lah wan magnet yg I kirim ek.
karipak tu tak export ke sg ke?heheee
cat...cat...selamat datang dan jemput datang selalu..
memang sedap mee Angah...dan memang sedap dapat anak pandai masak! Alhamdulillah...
Rina:
Alhamdulillah...anak2 suka nak masak...tak lama lagi boleh pencenlah maklang ni!
surat2 tu kami tampal kat almari bilik kami...saje suka nak usik anak2...
itot:
memand Maya merajuk macam nak lama...tapi petang tu dah sengih2 mintak makan!
Punyalah Anagh nak pujuk, sampai 2 kali Angah gorengkan mee adek dia!
Gelihati maklang!
Kak Elle:
Maya tambah banyak makan mee tu..mana boleh mogok lapar! Kalau lapar je dia mogok...lagi teruk...so kena sentiasa penuhkan perut aje tu...
Insya Allah dapatlah nanti fridge tu..nanti Wan datang maklang kasikan
Dan...kalau akak duduk sebelah rumah, sure maklang hantar karipap tu. Kalau di pos nanti jadik macam serunding daging lagi...baik maklang hantarkan bag! Nak tak?
ML...question? why do u need to semi fry the karipap before u freeze it? ader tips ka?
UBA:
Karipap itu di goreng separuh masak supaya bila freezekan dia tak letak. Ni kes malas nak freezekan masa baru buat le...Lagi senang disimpan supaya bila nak goreng dia tak herot beghot!
TERKEJUT BERUK HAKU !!!!! selalu kalau masuk blog ker apa, off speaker, kali ni speaker full blast sebab bebudak baru lepas main game..Tetiba keluar VE ajak berjoget...adoi.. terkejut beruk Jin.
Anak2 kita pun bila merajuk tulis note nak release frustration diaorang. Kalau dah besar boleh release dlm blog....
Kita punye lasagna pun dulu jadi colour macam tu. Kena lah habiskan sendiri, anak2 tak berani nak try.....
Djin:
Terkejut beruk tak apa..jangan jadik beruk sudah!
Mamamia:
Release dalam blog boleh tapi kena hati2. Sebab kenkdang tu ada benda private tak boleh cerita...
Itu bukan lasagna..tapi kentang yang direbus dan dibakar dengan white sauce...Along punya invention!
Post a Comment
<< Home