Dari Teratak Maklang ~ 2007

Wednesday, June 27, 2007

Seronok lagi...

Assalamualaikum...

Seronok..seronok lagi. Pulang dari pejabat semalan, maklang pergi ambil anak2 yang 2 orang tu di sekolah. Buat salah besar sebab tak cukup 8 jam bekerja. Kena ganti nanti dalam minggu ni atau minggu depan, Insyaallah...tapi sebenarnya last week dah ada kerja lebih masa tapi tak claim pun. Malas. Kira campur tolak, InsyaAllah cukup 40 jam seminggu.



Bila sampai ke sekolah anak2 mereka dah tunggu lama dah. Sebenarnya mereka dah call sejak pukul 4:30ptg. Takkan nak keluar pulak... Last2 tinggalkan office dalam pukul 5:20pm dan tiba di sekolah lebih kurang jam 5:30pm. Dua-dua ada ko-ko, sebab tulah lambat balik.

Pulang dari sekolah, kami pergi ke pasar malam. Ayam dah tak ada stock. Terpaksa pergi jugak. Ikan tak banyak di pasar sebab sekarang ni musim angin. So, beli ikan kembung sikit, ikan bolos ( a bigger version of ikan bilis - goreng tepong sedap ni!), sotong and ayam. Then singgah kat jual baju reject and bought a few baju for baby Alman. Lucu sekali. Then singgah pulak beli pokok lagi. Yes..pokok bunga teratai. Dah lama mengidam ni. Dapat for RM 13.00. Nanti lah..i will write about my pokok bunga again. Ada a few photos which were taken a few months back but never had the chance yet to write about it in this blog.


Bila dah balik rumah tu, as usuallah cuci ikan, sotong, ayam and all. Teringat pulak yang Cik Abang senior and junior and Along and Angah and Maya semuanya 'berhantu' kalau dapat sambal sotong ni. So, immediately mintak Along tumiskan sotong,and about one and a half hours later, agaknya, masaklah sotong itu. Maklang half way dah naik sebab mintak Bibik yang menjaga nya...




Cik Abang tiba sekitar jam 7:00malam. Terperanjat jugak sebab tak perasan it was already 7:oopm. I bought a pack of nasi kerabu for him sebab dia memang tak minat langsung bakso. Anak2 mintak bakso...so Bibik buatlaa. (OO-nanti I write the recipe kat blog masak I OK. Sori lupa betul!

Siap kat dapur, maklang naik ke atas nak bersiap for solat maghrib. Lambat sebab masa naik atas tu sempat tengok my sulam sat. Bila masuk bilik, Cik Abang surprised me with these books...Seronoknya rasa....And I told him, sometimes when we be nice kat orang, balasan dia Allah beri hampir serta merta and berlipat kali ganda! Sebabnya tadi pagi I bought a few extra bungkus of nasi lemak and kueh for my officemates, tak mahal cuma RM5.oo je and petang ni dapat buku2 mahal2 dari Cik Abang...



Tak sangka betul sebab memang tahu Cik Abang ada full day meeting kat ofis and tak sangka dia sempat turun kat Kinokunuya di Kay Elle See See to look for books for me. Eversince I put an interest in ribbon embroidery, he has been buying books on this. To date I already have 5 -6 books on ribbon embroidery. And yang dia beli tadi termasuk buku2 berikut.

The three books that Cik Abang bought at Kay Elle See See. Surprise! Surprise!
Because he knows my interest in beading...so he bought a book about it too...
I love this particular book. Cantek betul the designs...memang geram. Entah bila I can start a new project. Now still stuck with Wan's ribbon embroidery project (Project no.1) and the one yang kawan tempah. Cross stitch Hakim lagi...Pening carik sendiri!
Yang ini pulak books on types of embroideries. Banyak dah buku on this, tapi Cik Abang dah beli...apalagi, terimakaseh jelaaa...with a big sweet smile and a big hug! Thanks so much!



Buku ini buku lama, jadi embroidery nya tak berapa menarik. Lagipun, harga dia agak murah. Beli masa kami pulang ke JB baru2 ni.





Thanks alot....I love the books.









And also to mamasarah for the book yang dikirim thru Alang tu. I love it!.
Terimakaseh semuanya...Ni lagi semangat nak buat ni..


Ada updet on baby Alman. Alhamdulillah dengan berkat doa dari semuanya, baby Alman telah dipindahkan dari rumah bungalow ke rumah terrace about 2 days ago ( dari incubator ke normal baby cot). And dah tak ada wire2 yang bersangkutan di badannya lagi. Dan yang bestnya Alman dah put on weight. Now he weighs about 1.3kg. Syukur Alhamdulillah....

Ini dia gambar baby Alman which I received when I was typing this N3. Terharu maklong tengok Alman. Syukur Alman dah kuat sikit and moga2 Alman cepat besar. Busu kata, Alman dah minum susu thru the tube about 22cc and dah start belajar sucking mom's bre@sts. Next week Aunty Leen kena duduk kat spital untuk nak belajar cara2 nak jaga premature baby...Jangan risau Busu and Aunty Leen and Adlan, InsyaAllah Alman akan cepat besar..tengok aje apa jadi kat Abang Hakim who went thru the same, if not worse, ordeal before....Take care!



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: ,

15 Comments:

At Wednesday, June 27, 2007 2:10:00 AM, Blogger Eddie Putera said...

tak tau nak komen apa..bagi salam jer lah..asslamualaikummmmmm!!!

 
At Wednesday, June 27, 2007 4:44:00 AM, Blogger itot said...

seronoknya maklang hati berbunga riang ;)
moga baby alman cepat besar dah sejahtera selalu, insyaAllah.

 
At Wednesday, June 27, 2007 7:20:00 AM, Blogger Kak Elle said...

maklang u r one lucky lady:)walaupun paklang busy sempat carikan buku2 tu ... cantik2 gambar dia tu bila agak nya I dapat hasil tgn tu ye?hehe....

alhamdulillah baby alman dah beransur baik .. tak lama lagi bolih lah pulang kan?

tak tau yg paklang dah balik padan senyap aje smlm ..... hahaha

 
At Wednesday, June 27, 2007 7:31:00 AM, Blogger maklang said...

Djin:

Agaknya ngantuk sangatlah tu sampai tak tahu nak komen tu...so, maklang jawab...Waalaikumsalam....

...Oh ye...kat alam djin,ada yang reti menjahit ke??

Itot:

Memang seronok Itot...kat Aussy kan banyak buku and magazine crafts nikan..sure kalau maklang ke sana , best kan...

Thanks for doakan Alman...


Kak elle:

Memang le senyap sebab Cik Abang dah tisur awal...penat kata dia..

YM you tu aje yang kaput, I tunggu balasan tak ada pun...ke kak Elle yang tertidur...

Alhamdulillah...Cik Abang sangat perihatin pada apa yang maklang minat...sangat perihatin...melambak buku2 pasal kerja tangan dia belikan, sampai tak terbuat...Syukur pada Allah...Kak, nantilah bila hangin Singapore bertiup ke sini, InsyaAllah adalah tu, tapi kena upah...datang Kerteh barulah best...

 
At Wednesday, June 27, 2007 8:20:00 AM, Blogger Norabella said...

Mak Lang, kan I dah kata, you are so lucky to have such an understanding life partner. Dia amat prihatan dgn apa yang Mak Lang suka dan minat. Syukur alhamdullillah.

Angin Singapore? Kita dah dengar tau desiran angin dari Kerteh nak ke Singapore. Mudah2an...

Semoga baby Alman bertambah baik, insyaallah.

 
At Wednesday, June 27, 2007 9:30:00 AM, Blogger Mulan said...

alhamdulillah baby aiman dah ok. maklang, cantiknya ribbon embroidery kat buku2 tu. sure lah maklang boleh bikin nanti..

 
At Wednesday, June 27, 2007 9:41:00 AM, Blogger IKHWANI said...

Sweet nya che abang mak lang! Adoi, tengok those books menggeramkan!!!! Ni karang ada yang pi carik jugak ni hehehehe tapi tak boleh ler nak tamak2 sangat, kena sedar siapa diri hamba ni yang basic pun tak lepas eeekekeke..

eh mak lang, ikan bolos tu yang isinya macam jernih2 tu kan? kalau ikan yang tu, masak lemak cili api pun saaaaaaangatlah sedap!!!!! Kita mak kita masak kat kampung masa balik raya haji lepas, lebur ler segala diet.

and I'll be waiting for that bakso recipe! thank yoooooooouuuuuuuuuuuu...

 
At Wednesday, June 27, 2007 5:23:00 PM, Blogger silversarina said...

Best best hadiah buku , I yang tak minat jahit-menjahit , sulam-menyulam nampak 'berselera' je kat buku-buku tu...


Nasi kerabu...yoooo..rindunya...tak sabar dah nak balik ni... :P

 
At Thursday, June 28, 2007 8:56:00 AM, Blogger Mama Sarah said...

masyaAllah... kuat betul semangat baby Alman tu. Semoga membesar lagi dan dapat pulang ke rumah.

bestnya dapat surprise dari Cik Abang!

 
At Thursday, June 28, 2007 9:42:00 AM, Blogger maklang said...

nora:

Alhamdulillah....

Angin Kerteh tu kot bertiup ke Singapore akhir tahun agaknya...tapi tak konfem lagi!

Mulan:

Memang cantek...geram betul tengokkannya..Entah bila nak mula projek baru!

OO:

Pergilah carik buku tu. Cik Abang kata kat MPH Megamall banyak. Nanti dah siap boelh tayang kat maklang

Nanti cuka masak lemak, and masak pindang pun sedap tau, lepas tu letakkan nenas...makan masa hari panas, sure bertambah2....

 
At Thursday, June 28, 2007 9:45:00 AM, Blogger maklang said...

LJ:

Cubalah buat, mana tahu tangan tu berseni pulak, nak terima menantu ni...Maklang lambat lagi nak dapat menantu. Dhirah baru 14 tahun!

Nasi kerabu kakak tu memang sedap. Memang dia jual kat Kerteh, Kemasik and Kemaman. Seddddddaaaaaapppppp sangat!

Mamsarah:

Alhamdulillah...kurniaan Allah si kenit Alman tu. Dah besar mintak jadi orang yang beriman!

Memang best dapat buku tu...tapi maklang masih tunggu buku Ann Cox tu, ada sale tak???

 
At Thursday, June 28, 2007 10:34:00 AM, Blogger NJ@Goboklama said...

ooooiiiii..terliurnya tengok book cover tu,cantikkksss saaangat. Brtuahnya maklang ada hubby yg.sokong hobby ;)

 
At Thursday, June 28, 2007 2:33:00 PM, Blogger MAMAMIA said...

Bertuahnya badan.... Kita memang suka surprises macam ni.

Dah lama tak makan nasi kerabu. InsyaAllah bulan puasa ni banyaklah kat sini. Alamak, lamanya lagi......

 
At Thursday, June 28, 2007 4:25:00 PM, Blogger Mak Su said...

mak lang tentu kreatif orangnyer... besh ler orang orang yg bertangan kreatif... diharapkan adik comel tu segera sihat

 
At Thursday, June 28, 2007 6:22:00 PM, Blogger maklang said...

Qisst:

Terliur tu..cuba2laa...mana tahu jadi terror pulak membuatnya...

Alhamdulillah..Cik Abang bukan saje rajin beli buku, beli benang , beli riben, beli renda, semuanya dia rajin tolong. Maklumlah..nak berbisnes ni kenalah tolong menolongkan....


mamamia:

Alhamdulillah...Allah memberi nikmatnya....kita bersyukur ajelaaa

Kenapa nak tunggu bulan puasa pulak nak makan nasi kerabu...boleh masak sendirikan...

mak su:

kreativiti dan idea itu semuanya datang dari Allah....syukur Alhamdulillah....

 

Post a Comment

<< Home