Jalan-jalan makan Angin
Assalamualaikum...
Selamat hari Isnin...
Hari ini maklang pakai baju baru. Baju yang di tempah dengan harga RM 15.00 tu.
Hari ini hampir full day tak duduk office. Letih rasanya. Hari ini keluar kerja lambat. Dekat 8:35am baru bertolak ke Kemaman. Mana taknya, sempat sulam telekong sampai dekat pukul 8:00, lepas tu baru kelam kabut nak ke office. Gabra jugak! Pulak tu kena breakfast kat rumah. Biasanya breakfast makan kat office aje.
Tiba kat pejabat Client tadi cepatlah jugak. Meeting masih belum mula. Tak ada apa sangat. Cuma nak beritahu Consultants dari Australia tu mengenai project yang maklang tengah buat. Consultants tu nak buat due diligence for the investors. Jadinya kenalah nak explain segalanya. Dari mana nak tap power supply hingga ke mana nak di buang air kumbahan dari kilang. Kiranya Oklah jugak sebab ramai officemates yang involve dalam project ini hadir jugak.
Selesai perbincangan tadi, kami bawak Consultants tu ke site. Site cuma terletak dalam 3 km dari Site Office. Maklang berbaju kurung pergi site. Bukannya nak tengok apa pun, nak tengok location aje. Naik 4 wheel drive, tak suka betul. Berenjut2 macam naik kereta kuda. There were 5 of us. Terhantuk2 kepala maklang kat pemegang yang terletak kat kepala tu. Memang tak enjoy betul.
Pemandangan dari kawasan bukit. Tempat ini akan menjadi sebuah kilang pemprosesan Rare Earth akhir tahun depan, InsyaAllah
Lagi gambar kami di tapak kawasan kilang.
Sempat jugak ambik gambar pokok Periuk Kera. Banyak sangat kat kawasan ini. Kalau nak ambik tanam kat rumah, cantek tak agaknya? Tapi nak tanam kat mana , ek?
Balik dari tapak site, kami singgah makan tengahari kat depan Site Office. Sedap jugak lah makanan tadi, Mat Salleh and Minah Salleh tu makan pakai tangan. Kesian pulak nengokkan tapi mereka nak cuba. Sukahatilah!
After that we went back to the office and solat sat and lepas tu bertolak ke Port yang teletak entah berapa km dari Site Office. Masa kat Port sempat jugak ambil gambar. Bukan senang nak ambik gambar kat port!
Sempat bergambar depan dermaga kat Kemaman Port
Ini hopper. Macam kun bentuk dia. Digunakan untuk mengeluarkan barang seperti bijih dari kapal ke lori, I presume.
Ini di port jugak. Rina di Jordan...kenal tak kawan baik awak tu?
Selesai semuanya di port, kami balik ke pejabat di office. Penat pusing pergi balik tadi. Tapi kalau dapat mileage claim lumayan, kok.
Best...best..hari ini, Wan dan Atok dah sampai dah...ada macam2 Wan bawak!
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang....
Labels: Kerja
25 Comments:
terre juga maklang kita ni eh.....hehe...
eh wan tak bawak kan I ke?...aca aje:)
wan kata kalau nak tauhu boleh pergi rumah kat johor aje...
maklang....
tauhu wan buat sendiri ke?
wuihhhh ganas2 mak lang... daripada perempuan sejati (terer menjahit , masak2) samapi ler ke side.. I can say that u r superwomen!
Glamour Maklang pergi site pakai baju kurung. HEHEHE
SALAM,
best la, rasa mcm ikut m.lang p tpt keje aje bila nengok gambar2 ni :)
saya pun suka rumah2 kecik tu
maklang,nak belajarlah resepi mee hailam angah yg sedap tu. mmg nampk sedap.paling saya suka, mee kuningnya tak nampak kembang pun.
ya Ampun, tag saya ada yg sama cam m.lang la..terutama no. 15 & 26 tu..:D.
periuk kera tanam dalam pasu pastu gantung..dia akan terjuntai..cantik. Tapi hati hati, takut kera datang memasak nasi kat umah maklang pulak..ahakss..
maklang ganas???tak laaaah...
nasib baik kata superwoman, kalau superman tak ken naye!
cat cat:
Tulah..pakai baju kurung pergi site...tapi ni site kosong, kalau tak kena ada all the safety gears! Kalau tak kena halau keluar dari site!
kaklong:
glamer tu tidak le...gelama aje!
InsyaAllah maklang letakkan resepi dia dalam dari dapurmaklang tu. Malasnya nak menaip! Tu pakai yee mee, bukan mee kuning.
Rumah kecik tu memanglah teramat minatnya. Oh...tag..tak pe...mungkin pemikiran pun sama!
kak elle:
oopssss...ingat dah jawab tadi soalan kak elle. Ye tauhu tu Wan buat sendiri kat pasar..dengan bayar duit aje. Tapi kak, tahu tu memang lembut sangat. Ni baru siapkan buat sos tauhu supaya dapat makan tengahari ni. Bibik yang akan goreng tauhu nanti bila kami pulang dari office lunch nanti!
Djin:
Kalau kera yang masak nasik kat dapur elok apa...tak payah cari pembantu Indonesia...banyak jugak kerana yang unemployed kat Malaysia ni. Palin2 yang ada tu panjat pokok kelapa aje!
ni nak ambik gambar projek ke nak ambik gambar org yg tengok projek hehe..
emmm.. byk nak tanya nie.. tapi sy yahoo masa kat opis jerk..
yg nie tak yah publish la erk..? nak tau nama penuh maklang.. ofis maklang ader dalam db company sy keje nie.. byk jugak antar org.. tapi tak tau nama maklang..
sy nyer ofis email rinnie@ipa.com.my nak tunggu ym bila maklang kat rumah.. sy plak ym kat opis.. hehehe..
lama tak makan tauhu sedap!
kat sini tauhu tak sedap ler maklang! mesti banyak stock yang Wan bawak tu kan?
gituler kalau keje gini, suka tak suka kena la gi site tapi kalau gi ramai2 cam tu okay jer lah.
zino:
nanti kalau dah ada construction work barulah boleh ambik gambar construction...
so sementara tak ada, ambik gambar sendiri OK apa....
pieces:
tanyalah selagi maklang boleh jawab, jawableee
yang lain2 dah jawab kat mail tadikan
OO:
Tauhu JB tu memang sedap. Lembut sangat2,
Nak buat camana, nak cari makan, susah ke senang ke, kena jugak buat. Tu sekarang buat side income jual telekung, tudung and sulam ribbon. Nak order tak? Boleh tengok kat jahitanmaklang.blogspot.con
Salae Mak Lang ...
Bakpo nyor ambik gambar tu jauh sakae dengae orghe lain tu ...??
Limo belah rial...
Sini sori lah nak buleh rego tu ..
Sebab tu pB masih lagi ata baju kelik kapong, jahit ....
Mak Lang ada faham tak ..??
Apa kata lain kali kalau naik 4 wheel drive, Mak Lang pakai helmet. Kalau terhantuk, tak lah sakit....
maklang
alasan di terima hehe
hahaha siap tenung pokok periuk kera lagi tu mak lang... jadi tak ambik hari tu?
saya ingat bila pi site mcm tu mak lang kan pakai seluar ker... memang baju kurung tu stil mak lang pakai jugak ka kalau buat on site visits?
eh, memang hebat maklang nih! err... nanti saya cuba sumbangkan collectibles mak lang la, nak tak? btw, done the tag!
pB:
bakpo dok pahae pulok. Makle asa2 ado gok daghi Kelate...Wea ( Mok ) Makle kecik2 dulu tingga di Kelate...
boleh tak pB, maklang cakap Kelantan? Pass tak?
Mamamia:
Pakai helmet tu yang malas. Dahlah kalau keluar dari vehicle kena pakai hard hat. Kalau dalam kereta pun pakai, pening kepala ni..
zino:
Terimakaseh kerana menerima alasan maklang tersebut:)
simah:
tak jadik ambik, kena pikir dulu nak tanam kat mana. Djin dah bagi idea tu..tengoklah nanti!
Memang biasanya pakai seluar. Masa muda belia dulu. Tapi le ning kalau pi site, mintak junior2 maklang aje. Masa site visit tu sebab site masih padang jarak padang terkukur, tak apa pakai baju kurung. Bila dah start construction kena put on all the safety gears laaa...
D:
Taklah sehebat mana..biasa2 aje. Suka2 aje...he..he..
Thank you for completing the tag. InsyaAllah cukuplah fund yang nak di raisekan itu!
Dulu kak lady takut dengan pokok periuk kera tu...terbayang yang pokok tu boleh makan orang...hahahaha....rupa2nya kecik aje pokok dia...
kak..pokok peiuk kera tu bukannya makan orang tapi makan serangga aje...
ni pecies kecik, biasanya kalau dapat hutan tu besar...kadang2 bila dia terlalu besar dia menjadi king kong!
wahhh, esok dah siap project, boleh compare before and after. berapa lama nak siap ni maklang?
phewww! lamanya tak datang sini, dok busy kat opis...now ni baru habis baca semua entries! touch base again :)
mamasarah:
nanti maklang ambiklah gambar tu...kalau tak pun awak datang je sini, on the way balik kampung tu!
mamarock:
Eloklah tu...balik ke alam maya ni...lama tak pandang mamarock ni!
Post a Comment
<< Home