My Collectibles
Assalamualaikum....
Dah kerja dah hari ni. Tapi masa pergi kerja hari ini badan tak berapa sedap. Macam semut2 aje seluruh badan. Agaknya sebab penat sangat menyulam telekong petang semalam. Lepas tu, malam pulak, Maklang menyulam bunga riben tu, sambil2 tengok DVD kat laptop ni. Pasang pulak headphone...sedap betul tengok. Macam duduk kat panggung. Tapi taklah terkejut beruk macam orang dengar lagu joget lambak tu..he..he...Tidur pulak lewat, manalah badan tak jem. Pulak tu, hari ini panasnya ya amat. And very humid gitu. Pakai baju cotton pun boleh belengas...Penat jadiknya bila dah terlampau panas ni!
Hari ini Maklang tak ada cerita nak cerita..Tapi Maklang nak letak gambar2 benda yang Maklang suka collect. Kat rumah ni memang banyak jugak benda2 kecik2 ni. Memang kegemaran Maklang mengumpul benda2 ni. So, bila dah minat tu macam2 lah ada. Antaranya teko2 kecil, teko tea for one, fridge magnet and all those comei-lote cute-mute things. Antaranya seperti di bawah ni:
These are my favourite collections. Rumah kecik2 tu Alang kasi terus ke atau Alang kasi pinjam tak tahulah. Tapi rumah api yang besar tu memang confirm Alang belikan untuk Maklang. Beli kat atas ferry on the way balik from Paris to Dover. That was in year 2002, when all of us pergi tour Europe.
Ini lagi collection rumah kecik. Yang besar tu tabung sebenarnya. Beli kat Malaysia je. Entah bila lah pulak maklang nak dapat collect rumah kecik ni lagi...
Pinggan yang buat perhiasan. Yang warna kemerahan tu, gambar kangaroo. Cantek sangat. Hadiah dari Cik Abang jugak. Yang hitam tu pulak, Wan kasi masa dia pergi South Africa tak silap. Masa tu maklang masih tinggal di KL lagi.
Sebab Cik Abang tahu isteri tersayang dia minat benda kecik2 ni, Cik Abang belikan Maklang small timbles ni masa dia ke Perth sometime last year. Ada 6 semuanya. Maklang letakkan kat dalam showcase kecik kat ruang tamu. Kalau dalam showcase ini taklah berabuk sangat. I ni 'rajin' berkemas.... Jangan tak tahu, set jug and glasses on the background of the timbles tu Wan kasi jugak. Hadiah yang Wan dapat masa dia kawin dulu. Sayang nak pakai. Umur jug tu setahun lebih tua dari maklang!
Ni pulak barangan tembaga, Cik Abang jugak belikan masa kami pergi kat car boot masa pergi Coventry dulu. Masa tu Alang masih berada di sana. Ada jugak beli masa kat Mekah dulu. Yang teko merah tu pemberian dari officemate Maklang yang dah berpindah ke Johor, beberapa tahun lepas dan mug tu kami beli di Ancol tak silap..dah tak ingat dah!
Ini pulak bekas kecik2. Ada yang beli dan ada yang dapat masa orang kawin. Ayat kursi tu maklang beli masa ke Mekah 3 tahun lepas. Bekas biru tu pulak, Wan hadiahkan for my birthday, tak silap, a few years ago.
Ini pulak small mugs from Australia. Maklang suka yang ini jugak...
The best part today was when I received these:
To add to my teeny-weeny collectibles , this is a set of teaset which I received from Kak Elle yang Vogue di Singapore. Thanks a lot Kak Elle!
Comei kan... Gambar vase belakang pulak yang clear sangat!
Ha....ni comei jugak dari Kak Elle. Ada dari Venice, ada dari Holland dan dari Rome. Thank you Kak Elle. Best..penuhlah fridge magnet I kat fridge kecik tu....he..he...TQ :) TQ..:)
Coklat yang sedap dari Kak Elle. Baru aje makan. Itu pun kena bagi2, kalau tak memang budak2 ni bedal tak ingat dunia punya. Bila dah bahagi2, dapat jugak simpan sikit untuk Atok dan Wan yang nak datang besok, InsyaAllah. Thanks again Kak Elle.Sedap2 coklat2 tu...
This came along in the package which I received this afternoon. From Dr. Adah. Thanks a lot Dr. Adah. Cantek tudung tu, entah bilalah nak di pakai!
Ini tudung dari Dr.Adah. Manik dia keliling tudung!
Maklang ucapkan berbanyak Thank You pada Kak Elle dan Dr. Adah. Camana pulak nak balas ni ek?????
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi...
Labels: Hobi
8 Comments:
Best kan Maklang, dapat hadiah dari kekawan. Cantik tudung manik2 tu... Mesti comel bila Maklang pakai tudung tu.
wah byk nya collectibles maklang...syukur lah parcel tu dah sampai...cepat pulak dari yg hari tu - speedpost lagi!!
Itu aje yg dapat I bagi kena lah bagi sikit2...rezeki atuk ngan wan tu dpt menjamah chocolates esok kan?
Nanti I suruh Adah baca ur blog and tengok yg tudung yg dia hantar dah di terima.
Kat sana takde tudung macam tu kan?
wooww byk nya..!! cute miut semuanya. saya pun suka tp bila pikir nak kena lap2 selalu & rumah cotek je, adooii.. pause pulak hajat di hati.
catcat:
Memang best..memang best...
Mungkin comel..mungkin tak...tengok ajelah nanti bile maklang dah pakai nanti boleh tuujuk gambar!
Kak Elle:
Thanks a lot. Memang baik normal post dari speedpost!
Kat sini maklang tak taulah ada tak tudung macam tu sebab dah lama tak beli tudung sejak ada mesin sulam ni...
Mulan:
BAb mengelap memang kerja Bibik. Kalau tak sure bersawang! Tapi maklang lap jugak kalau Bibik tak sempat buat..nasib baiklah kat sini tak berapa berabuk, tapi off late ni ada construction depan rumah, banyak pulak habuk dia!
Seronok tengok your collectibles!
I rasanya kalau collect apa, collect habuk jer kot! tengok you punya jer lah..jamu mata!
geram tengok collection maklang. and, belum sempat saya nak balas budi-baik maklang, ramai lagi dah hadiahkan maklang macam-macam. murah betul rezeki maklang. dan harapnya begitulah selamanya.
oo:
masih ada lagi benda2 cute mute kat rumah tu, tak sempat nak ambik gambar aje...
tak pe..nanti dah pencen esok, boleh kumpul! masa tu sure banyak masa nak lap-lap ni..
Nisak:
Terimakaseh doakan untuk maklang. Harap2nya begitulah hendaknya, InsyaAllah...
Maklang paling minat rumah2 kecik tu, kat sini payah nak dapat . Kalau ada pun tak sedetail macam kat sana!
maklang, cam merajuk jer bunyi nyer.. hehehe.. jgn la cam ghitu.. sy ader jerk nie.. bak mai YM id tu sy add.. boleh cerata ceriti cerutu.. :)
sy pun minat jugak kumpul2 nie.. sampai dah macam stor ler.. hihihi..
Post a Comment
<< Home