MC panjang!
Assalamualaikum....
Semalam adalah hari pertama antara hari2 MC maklang. Sebenarnya terperanjat jugak bila Dr kasi cuti lama sangat. Kami dok agak2 paling lama Dr akan kasi cuti 3 hari. Masa abang pergi ambik ubat, Dr kasi sekali surat MC. At first Cik Abang kata Dr cuma kasi setengah hari aje.
"Haaa...setengah hari aje?"maklang tanya kat Cik Abang
"Iye", katanya sambil menghulurkan MC slip pada maklang.
Dan bila makalng tengok MC slip tu memang terperanjatlaa...Dr kasi cuti 15 hari dari 6 hb July! Kira2nya maklang masuk kerja semula on 21st nanti! Lama betul tu. Surprised sangat sebab surgery ni minor aje. Tapi Dr. kata, dia jahit dua kali. Sekali kat dalam and sekali kat kulit luar. Panjang jugak, dekat 3 inci! Lukanya dalam.
So, semalam instead of berbaring aje, maklang tolong Wan kemas bilik along yang tak boleh nak explain kebersihannya! Pening. Bibik dan Wan yang mengangkat barang2. Maklang tolong susun2 buku aje. Petang tengok TV and just before asar terlena sekejap. Bila bangun, si bujang suruh tengok yang the following:
Hakim kata ni dia buat untuk mak. Orang lain tak boleh kalacau mak tengah tidur! Tengok gambar mulut and gigi tu maknanya, tak boleh cakap. Creative jugak. Seronok rasa bila anak2 buat benda2 macam ni. Buah hati mak sorang ni memang tak boleh kalau mak dia sakit!
Malam tadi the nyut2 thing start balik. Terpaksalah makan ponstan. Nak tidur pun one side aje. Takut kalau salah pusing, nanti terasa ngilu sangat. Ialah jahitan tu masih baru sangat.
Hari ni, pagi2 tadi tolong bibik buat breakfast. Langsung tumis untuk nak buat mee kari. Dah lama tak makan mee kari. Bila dah siap buat kuah, mintak bibik tolong masukkan fishcake dan fishball serta ayam. Selamat lah dekat sebungkus setengah mee hoon.
Sementara nak tunggu tengahari, maklang on kan mesin sulam tu, sambil2 tengok Wan gubah bunga dan menonton VCD 'Jangan Pandang Belakang'.Wan hari ni marathon susun bunga. Bunga2 lama yang beli masa buat jualan dulu2 Wan gubahkan semuanya. So, petang tadi Cik Abang and anak2 dok mengangkat meja2 lah nak susun kat tepi tangga ke atas.
Ini antara bunga2 yang Wan susun pagi tadi. Waktu petang dah naik atas meja...
Yang ini paling maklang suka
Dan yang ini bunga lebih2...sebab tu bawah meja!
Thank you so much, Wan sayang!
Petang pulak ikut Wan pergi ambik baju kat tailor. Atok yang bawak kereta. Maklang tak berani lagi sebab belikat ni lengoh sangat!. Kalau tak, memerap kat rumah bosan jugak. Tapi sempat jugak melayan e-mail2 dari ofis.
Sambil2 tengok Hikmah, sempat jugak maklang cantumkan roses ni jadik cusion. Wan and Atok nak balik dah ke KL besok pagi,so Wan boleh bawak ke JB bila mereka pulang. Wan nak masuk UH semula untuk nak check sakit dia tu. Moga tak ada dah kat Wan. Maklang harap semuanya OK. Doakan untuk kesihatan Wan ye...
Siap jugak akhirnya...Alhamdulillah...Lepas jahit...Oh...tangan maklang sungguhlah lengoh nya. Padahal menjahit cuma 15 mins aje...Besok kena rehat banyak2 ni...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
17 Comments:
maklang nak pinjam sikit MC tu bolih?....haha
rajin nya wan .... tapi I tak minat bunga2 ni semua..sori ek?
cantik nya cushion tu sepasang pulak...ehem .... yg hijau tu bila pulak nak siap....hehehe
cuma maklang aje yg bolih baca maksud apa yg hakim tulis tu kan?
Cantik jahitan bunga2 ros Maklang. Teringin Cath nak buat something like that tapi Cath ni hangat2 tahi ayam.. Tu yang payah tu...
Ish maklang, cantiknya... rehatlah mak lang. Tak kemana jahitan tu.
ya Allah sudah sudah la menjahit tuuuu...berehat dulu banyak2...lepas tu baru sambung balik menjahit. I am sure bila you tengok jahitan dah siap ni sakit pun hilang kan? hehehehe...
3 inci luka jahit tu dalam jugak..tak minum gamat ker?
kak elle: nak pinjam MC boleh, tapi kena ganti dengan fridge magnet!!
apasal nak sori tak suka bunga? masing2laa kan...ada suka ada tak suka
kata suruh rehat, so taklehlah nak jahit yang ijau tu!
cat cat:
boleh buat kalau tengah semangat...hendak seribu daya!
D:
Terimakaseh kata maklang cantek..he..he...
kalau tak menjahit tak tau nak buat apa...bosannya lah hidup!
OO:
Malangnya selepas jahitan itu siap, sakitnya makin terasa, so tak pegang lagi pagi ni!
Ni bukan macam lepas beranak, tengok baby sakit pun hilang! he..he..
Tak pantang pun, macam biasa aje cuma makan ubat yang Dr. kasi aje...InsyaAllah ...moga2 sihat seperti biasa!
salam maklang
cantik la sarung kusyen tu...
Baguslah mak lang dapat rehat kat rumah lama untuk sembuhkah saraf yang terputus tu. Kalau ikut mak teh kenalah pantang menjahit sekejap at least waktu mc tu. Kalau operation ni dikira macam lepas bersalin menjahit adalah pantang tapi ni mungkin sikit saja banding dengan luka-luka bersalin! Oleh itu mungkin patut rehat menjahit seminggu kut. Cantik cushion tu, jual kah?
salam,
maklang..kalau saya ada kat sblh maklangkan, saya babap tangan tu sbb duk menjahit..hi3x. rehat2lah dulu, bgi cepat sembuh, masa skrg maybe tak nampak kesannya, takut akan dtg, time tue nanti keluor kesan smpingannya. nnti m.lang yg susah.
err..m.lang x makan sup haruan or ikan goreng haruan k? salah satu cara utk cepat keringkan luka kan?
sejuk hati tgk inisiatif hakim tu. err..jgn mrah ya hakim, acik tgk rupa gigi tu mcm gigi ikan piranha..aduh..garangnya mulut katun tu..*err...larik sblm kena kejar ngan Hakim* ;)
untungnya Atok dpt isteri macam Wan...banding ngan diri saya ni, alahai..jauh langit ngan bumi. dahlah x minat seni2 kraftangan ni. dtg rmh saya, kosong ajelah..
Semalam tak dapat nak leave komen kat sini, entah kenapa.
Panjangnya MC tu ..... so rehatlah cukup-cukup. Tapi Mak lang ni macam jenis yang tak boleh nak dok diam lama-lama, betul tak?
Get well soon!
mamamanja:
Terimakaseh...
Makteh:
Terimakaseh...InsyaAllah ikut nasihat makteh. Maklang menjahit tu pun sikit, tak sampai 1/2 jam. Terpaksa siapkan sebab Wan nak balik tadi pagi. Ini pun bosan, lepas tengok mail2 dari office, sikit sulam bunga2 tu. Tapi taklah guna mesin jahit sebab tangan ni tak boleh tergantung sebab lengoh. Kalau jahit letak tangan atas arm rest tu. Bosanlah mak teh, nak kena cari buku cerita pulak lepas ni...
Kusyen tu kalau nak order bolehlaa...Ni pun tengah nak siapkan sepasang yang kawan order!
Syikin:
Memang tak leh nak buat renyah2 sangat. Hari ni pun asyik mengadap TV. Tadi pagi masak kari ikan tenggiri sebab Wan dan Atok nak balik KL,so bekalkan lah.
InsyaAllah..maklang akan berhati2. Memang sejuk hati bila Hakim tunjukkan gambar tu....
Queen:
Betul tu, maklang tak reti nak duduk diam. Boleh jadi penat kalau tak ada kerja. Kat ofis pun kalau tak busy sangat, lebih penat sebab rasa masa terbuang begitu saje.
Rehat..rehat lah ni...Thanks ....:)
Doktor dah kasi MC lama2 tu, cuba bawak berehat sikit. Baca aktiviti M.Lang ni macam org sihat walafiat aje.
Sarung kusyen tu cantik sungguh, tapi kita tak boleh pakai kusyen macam tu kat rumah. Anak2 kita ni, pantang tengok manik ke, butang ke habis semua nak ditarik. Kalau ada bunga2 riben cam gitu, sure dia orang petik2 nanti. Alahai....
Maklang...doktor bagi MC suruh rehat...bukan suruh buat ribbon...heheheh...
Rajin sungguh wan...kalau hubby kak lady lah tentu dia takmo banyak2 bunga tu...dia kata tempat duduk nyamuk...ade ke patut...hehehe
Moga Wan takde apa-apa...Insyaallah...
mamamia:
mana ada busy sangat. Duduk depan TV and Pc sau hari suntuk. Bermalas malasan sekarang ni...
Kat rumah maklang kalau anak2 kutil2 barang2 perhiasan, maklang jeling tajam aje..ha..ha..
kak lady:
Kak, buat bunga riben taklah stress mana. Relaxing aje...
Mintak2 Wan Oklah hendaknya, InsyaAllah...
Mak Lang bosan! Bacalah banyak buku macam OO. Kalau tak ada buku best bacalah buku Mak Teh. He, he, iklan sendiri.
bila dah MC tu jangan le lasak sangat .. berehat.. hehe
Mak teh:
Thank you for the suggestions...Sebenarnya banyak buku kat shelves tu, tapi macam tak ada mood aje..balik2 jalan cerita sama aje...mungkin dah muak kot!
Nanti nak korek lagi kat shelves tu, ada banyak yang tak baca lagi..Rebecca yang OO kata sedap tu pun baru setengah jalan..apasal entah lambat sangat..maybe sebab dapat interest baru buat ribbon embroidery tu...ha..ha..
Zino:
Mana ada lasak...duduk aje kat rumah ni. Kalau terlalu bermalasan nanti nak gear up to work lambat nanti...anyway I am enjoying the MC! TQ
Post a Comment
<< Home