Dari Teratak Maklang ~ 2007

Wednesday, July 04, 2007

Pasal kerja lagi

Assalamualaikum...........

Hari ini sungguhlah bosannya kat office. Mengantuk sebab malam tadi tidur agak lewat. Entahlaaa...kalau tidur awal rasa rugi sangat. Baik maklang habiskan kerja tangan maklang yang tak siap2 ni. Alhamdulillah sambil2 tengok cerita Desperate Housewives tu sempat jugak maklang buat bunga riben kat beg yang maklang nak buat untuk seseorang yang jauh di selatan sana. Tapi nak really complete kan tu maybe will take more than a week from now. So, sabar ajelah eh cik akak sayang....he..he..

Balik semula ke kebosanan yang dirasai di pejabat. Kerja macam tak ada sangat hari ini. So, kalau kerja kurang sangat ni memang lah mata mula nak layu. Panas pulak tu. Maklumlah Kerteh juga mengalami keadaan panas yang terlampau. Tapi nasib baiklah ada banyak angin. Dan sebab banyak anginlah Hakim tengah seronok main kite dia! Abah dia belikan last wiken. Tau ajelah kite murah ni lebih kurang dalam RM 5.00. Sekali 2 kali main dah terkoyak. Apalagi melalak lah sibujang. Tau2 bila balik petang tadi, kite dia dah bertukar muka. Bibik and Hakim dah ganti kite tu dengan kertas pulak. Cantek pulak tu dia buat.

Balik semula cerita kat opis. Sebab tak ada kerja sangat sempat jugak melompat ke sana ke mari ( ni melompat kat PClaa bukan kat office tu. Kang ada yang ingat maklang ni something wrong pulak!). Sempat jugak pergi kat bilik Boss nak mintak autograph untuk nak print dan reduce drawing yang besar2 tu jadik kecik. Dan sempatlah cerita2 pasal projek2 maklang . Maklumlah last week Boss masuk spital kena angiogram. Boss siap cerita pasal macamana procedure tu dibuat. Then cerita pasal projek semula. Maklang ni kalau tak iye-iye memang malas lah nak berbual dengan Boss. Tak kosa maklang. Kalau dah kena mintak autograph terpaksalah jugak.

Sampai waktu lunch, maklang balik makan. Sedap pulak rasa sambal sotong. Almaklum dah 2-3 hari tak masak sendiri. Ni kes puji sendirilah ni. Hari Senin mintak Bibik bakar ikan tapi maklang makan kat luar sebab ada meeting di Kemaman tu. Then semalam mintak Bibik buat sup ayam. Tapi semalam tak ada selera. So, pagi tadi, masaklah sendiri. Sotong coklat and ikan selar masak kicap. Lepas tu mintak Bibik gorengkan kobis didadarkan dengan telur. Sedap betul...Seeh makan. Tengok Cik Abang makan lagilah berselera.

Bila balik ke office waktu tengahari tadi, bukak e-mail. Ada e-mail dari HQ. Ada revision pasal kita punya EPF, cuti, outpatient punya medical bill dapat increase from 2K jadik 3K. Alhamdulillah sebab semalam baru kira2 claim last 2 months dah dekat RM600. Dulu2 punya lagi mau dah 1K lebih. Rasa2 mesti lebih 2K. Bila baca mail yang medical expenses dapat naik sampai 3K, lega rasa. Tapi yang best part tadi for staff yang dah kerja more than 5 years dapat Employer contribution from 12% to 14% dan untuk staff more than 10 years dapat 12% to17%. Bisinglah kejap tadi sebab rasa best sangat. In fact, maklang rasa best sebab itu akan menjadi duit simpanan. Kalau dapat ke gaji pasti leburlah duit tu, pergi shopping sana sini. Bulan ini kami semua masih menanti dalam debaran, increment dan bonus akan diannounce by this month. Mintak2 baguslah hendaknya.

Yang kelakarnya, competitor kami pulak yang lebih mengetahui yang increment akan diberi from 3-30%. Kelakar betul. Kami yang kat dalam opis pun tak tahu, orang luar pulak lebih tahu...Tapi macamana pun moga2 rezeki kami semua murahlah hendaknya...

Maya sedang beraksi depan kuali...kononnya dialah yang masak tu. Walhal tolong pecah telor aje..
Ini telor dadar dengan kobis. Sebab Maya nak makan lagi, terpaksalah mak dia masak pulak.
Ini dia tukang masak genit depan telor dadar kobis buat makan malam..


Kalau ada sesiapa nak resepi nya:

Kobis bulat dihiris nipis
Bawang besar dihiris
Bawang putih dan lada merah dihiris
sedikit garam
Telor 3-4 biji

Telor di pukul dan dicampurkan dengan sayuran dan didadarkan. Masak atas api kecil sehingga sayur masak. Lauk ini kalau budak2 tak makan sayur, boleh jadik makan...macam si Maya tu...




Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: ,

19 Comments:

At Wednesday, July 04, 2007 7:39:00 PM, Blogger Eddie Putera said...

itu gaji naik kalu, ini blog mau kasi upgrqade sikit lah...buat renovation sikit..sudah boeinr ah ini kaler...hehe...

 
At Wednesday, July 04, 2007 7:40:00 PM, Blogger Eddie Putera said...

silap taip...boring bukan boreing

 
At Wednesday, July 04, 2007 8:10:00 PM, Blogger maklang said...

DJIN:

Ini kaler carik makan laa...kalau naik gaji ciput aje, rasanya tak cukup nak buat renovation pun...nak kena beli water kaler aje boleh tak!

 
At Wednesday, July 04, 2007 8:34:00 PM, Blogger Kak Elle said...

tahniah maklang EFP tu mmg untuk hari tu kita...kat sini emplyer contribute 16% nd employee 20% dan dari wang simpanan ni lah kita beli rumah dan membayar dgn nya.

Wah kalau dpt 30% increament mmg alhamdulillah lah kan?
my increament ni ciput aje .....

eh sape yg kat selatan tu eh?bila kira2 mesti akak vogue tu kan?...hahaha....TQ TQ TQ

 
At Wednesday, July 04, 2007 8:52:00 PM, Blogger Cat Cat said...

Maklang, kalau dapat bonus tu, shopping sakan lah cerita-nya kan??
HAHAHA

 
At Wednesday, July 04, 2007 9:26:00 PM, Blogger maklang said...

kak elle:

Alhamdulillah...EPF itu memang untuk hari tua...kat sini the standard Employer bagi is around 12%.

30% increment tu angan2 mat jenin aje tu...tapi kalau dapat tak terkatalah kami ni! Doa2kan laaa...

Cat cat:

Tak kot...ada dah nak buat sesuatu...

 
At Wednesday, July 04, 2007 9:33:00 PM, Blogger Kak Elle said...

maklang itew telur dadar mmg sedap:)

try ni add crab meat or hiriskan crab stick ..... sedap.

and another scrape carrots and tabur kan di atas nya masa mengoreng .... I buat ni selalu.

 
At Wednesday, July 04, 2007 9:42:00 PM, Blogger Kaklong Syikin said...

salam,

rajinnya si bibik melayan hakim tu, siap tolong baiki layang2 lagi tu. untung maklang dpt bibik rajin layan anak2.

baru tau muka maya cmner, biasanya nampak muka angah n along aje..

nanti nak trylah dadar telur cmpur kobis tu, bunyinya sedap. tq terus bagi resepi ya. :D.

moga kakak nun jauh hujung selatan tu sabor menunggu hehe.

shopping..shopping..dah fikir ke nak shopping kat mana? ;)

 
At Wednesday, July 04, 2007 10:46:00 PM, Blogger Mommy Lyna said...

lamanya tak makan telur... ada 2 bijik dalam peti ais tu dah 6 bulan diperam. ntah2 dah jadi embryo ke apa.

 
At Thursday, July 05, 2007 9:49:00 AM, Blogger Mama Rock said...

wah maklang...nanti datang klcc nati boleh shopping sakan...itu 30% come in handy!
ps - eh, kalau kita dah beranak-pinak ni, rm2k for medical claims tu macam tak cukup je kan...especially kalau ada babies / toddler!

pesan pada maya, nanti kalau auntie rock ni sampai sana, siapkan je lah telur tu specially goreng for auntie :)

 
At Thursday, July 05, 2007 11:45:00 AM, Blogger IKHWANI said...

alhamdulillah rezeki nak datang, sikit ke banyak tetap bersyukur kan.

telus dadar panas2 sedaaaaappp! adeh lapar pulak laaa.

 
At Thursday, July 05, 2007 4:13:00 PM, Blogger maklang said...

kaklong:

Bibik memang rajin layan budak2 tu...Syukurlaa

Eh..eh...banyaklah gambar Maya. Agaknya syikin tak perasan kot!

Rasa maklang kat selatan tu dah tak sabar tu, dah bagi address dah!

Rasanya tak shopping kot...duit tu dah kena put aside for something else!

sitilina:

telor tu kalau dah lama sangat, korbankan aje ke tong sampah! Takut pulak sakit perut!

 
At Thursday, July 05, 2007 4:15:00 PM, Blogger maklang said...

mr:

oh..30% memang come in handy! tapi tu angan aje...entah berapa persen lah dapat agaknya! Speculation dahsyat!

OK, nanti maklang suruh Maya baca pesan dari Auntie Rock ni!


OO:

Alhamdulillah tapi kami masih menanti dalam debaran! Rasanya tak banyak mana sebab depa dah naikkan Employer's contribution. So, toksah berangan nak shopping sakan!

Memang sedap telur dadar kalau panas2!

 
At Thursday, July 05, 2007 5:37:00 PM, Blogger Mak Su said...

ish... tekejut saya, ingatkan melompat-lompat apa ler..? hik.

eemmmm, sedap nampak telor dadar tu....

 
At Thursday, July 05, 2007 6:52:00 PM, Blogger maklang said...

mak su:

masa mula2 tu memang maklang tak tulis kat dalam PC...sendiri yang gelak!

Memang sedap telor dadar yang maya masak!

 
At Thursday, July 05, 2007 7:20:00 PM, Blogger MAMAMIA said...

Semenjak dua menjak ni, murah betul rezeki Mak Lang ya..

Anak2 kita tak suka telur yg ada bawang. Selalu goreng kosong aje or buat macam scrambled egg. Kalau letak bawang, diaorang cubit sana cubit sini, banyak yg terbuang dari di makan.

 
At Thursday, July 05, 2007 8:39:00 PM, Blogger maklang said...

mamamia:

Alhamdulillah rezeki dari Allah...Syukur...

Anak2 maklang pun macam tu sebenarnya, selagi ada syur, dia tak usik punya. Tapi yang semalam tu masa goreng dengan kobis, suka pulak!

 
At Thursday, July 05, 2007 10:33:00 PM, Blogger Ku Keng said...

Apa khabar Maklang?

 
At Thursday, July 05, 2007 10:37:00 PM, Blogger maklang said...

Ku keng...

Alhamdulillah maklang Ok...Cuma besok nak ada surgery sikit..doa2 semuga semuanya Ok ...

 

Post a Comment

<< Home