Dari Teratak Maklang ~ 2007

Saturday, August 04, 2007

Aktiviti Hujung Minggu

Assalamualaikum...


Hari ini maklang pergi rumah Kak Liza. Sebelum pergi tadi dah masak simple2. Cuma buat kentang berlada, sotong goreng kunyit dan sambal ikan selar. Lepas tu masak asam rebus bende.
Kentang wedges berlada
Sambal ikan selar
Sotong goreng kunyit



Cukuplah tu...Lepas dah masak, siap2 nak ke rumah Kak Liza (Kak Elle, I dah sampaikan salam you pada dia and muffin tu boleh buat guna fresh milk or evaporated milk. Either one will work, she said. )


Masa maklang tiba, ayam golek Kak Liza dah pun masuk dalam oven. So, maklang cuma tolong2 potong2 timun dan lada untuk nak buat acar. Then letak2 daun salad. Lepas tu susun2 makanan sikit2. Tengok Kak Liza masak, macam gampang sangat. Pup pap pup pap...siap 4 jenis lauk. Ayam Panggang, Acar timun telur puyuh, ikan bawal sweet sour dan kerabu epal hijau. Maklang sempatlah tengok cara buat kerabu dan acar telur puyuh tu. Ikan sweet sour, biasa aje. acar telur puyuh...gambar cantek sikit...jangan tak tau, timun tu, Maya yang susun!
Ikan bawal sweet sour
Acar telur puyuh..
kerabu epal hijau...dapat maklang bawak balik sikit...Thanks Kak liza...
ayam panggang....dapat rasa gravy pun dah cukup...kalau ikut hati, nak aje maklang cubit sikit ayam ni...baunya menggoda aje...
different angle of the ayam...
ayam panggang
ayam panggang...tengok gravy aje dah meleleh air liur...


antara cup cakes yang kak liza buat


lagi kek kak liza sebagai

Sempat jugak tengok Kak Liza buat gravy untuk ayam. Tapi nak kena tulis resepi dia kat tempat masak supaya tak lupa macamana nak buat nanti. Masa tengok Kak Liza buat tu, dan dan nak buat petang ni, tapi lauk yang maklang masak tadi masih banyak, so, tengoklah, besok aje InsyaAllah, buat buka puasa!


Lepas balik dari rumah Kak Liza, maklang tukar baju sebab mereka ajak jugak maklang pi rumah orang kawin tu. Mulanya malas sangat nak ikut, tapi bila Kak Zai (kawan Kak Liza) ajak jugak, maka pergilah saya bersama Maya. Bujang tak ikut sebab badan dia agak dedar. Agaknya sebab masa pergi KL baru ni, ramai sangat yang tegur dia tembam. Memang pantang dia , kalau kena tegur aje, mesti demam, then badan dia susut mendadak! Tapi ini semua coincident aje...ALhamdulillah petang ni nampak kebah sikit.
Bujang maklang demam...kesian tengok dia...pening kepala...


Sedap jugak lauk kat rumah pengantin tadi. Segan nak ambik gambar, kang ada yang kata maklang tak betul! Maya ajelah bergambar.... sebahagian dari hantaran
bunga telur maya kat pelamin
menjeling...menjeling...ku memandang...


Petang, lepas balik khenduri, maklang susun riben maklang kat laci2 plastic yang Cik Abang belikan tadi, di Kemaman, masa dia bawak Angah beli baju PBSM baru sebab yang lama tu dah lusuh sangat. Dan selepas itu, maklang duduk mengadap jahitan riben yang kawan tempah. Ingat nak habiskan terus, tapi tak boleh sebab riben kuning tak cukup. So, nampaknya tertangguhlah sekejap dan maklang nak mula sulam beg untuk kawan maklang yang tempah last week....
Cik Abang dengan Along pulak, sibuk menggantikan lampu2 yang dah tak nyala lagi...So malam ni, terang benderang lah rumah kami...

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: ,

14 Comments:

At Saturday, August 04, 2007 8:45:00 PM, Blogger Kak Elle said...

byk nya sambal kat rumah maklang takde yg dapat gastricm ke?

saya tak tahan pedas kang habis basah....haha

terima kasih 4 the info pasal susu tu...akan cuba one day.

ala cian nya macho demam pulak dia...cepat sembuh nanti bolih pakai kasut batman tu

 
At Saturday, August 04, 2007 11:12:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Terimakasih sebab sudi tolong kakliza dalam kerja masakan siang tadi..
harap maklang tak serik mai umah kkliza ..tak macam umah maklang.
anyway nanti kakliza ajar maklang buat cupcakes tu..don wori..

 
At Sunday, August 05, 2007 2:17:00 AM, Blogger Cat Cat said...

maklang,

Ikan sepat tu sama jugak dengan ikan sumbat berlada yang jual kat gerai makan in KL ke? Orang kelantan/t'ganu sebut ikan jaket, kan? If so, that's my favourite fish. Kalau pasal ikan, Cath kurang sikit.. makan tau lah... HAHAHA.

Hope si hensem cepat sembuh.

 
At Sunday, August 05, 2007 6:47:00 AM, Blogger Kak Elle said...

tumpang lalu maklang...
kakliza saya pun nak tumpang belajar bolih tak?
Cath yok gi umak maklang kita belajar sama2 dgn sifu memasak.

 
At Sunday, August 05, 2007 10:08:00 AM, Blogger maklang said...

kak elle:

nampak aje merah, tapi tak pedas mana pun..lainlah kalau pakai cili padi!

Macho dah nampak sihat sikit tu! alhamdulillah...

Kak Liza:

Apa nak serik...suka adalaa...dapat belajar macam2...

And bila agaknya kit aboleh beljar buat kek tu ye??? This week boleh ke?


Cat:

Alamak...mana ada mention ikan sepat kat N3 maklang. Ikan selar adalah...

Ikan jacket tu ikan cancaru. Goreng sumbat belakang and letak kicap cap kipas udang yang manis tu...Sedddaaaaaapppppp....

 
At Sunday, August 05, 2007 2:17:00 PM, Blogger silversarina said...

untung maklang dapat tengok kakliza masak...I baca dalam FP dia , majalah JELITA ogos ni ada resipi kakliza tetang juadah pengantin....hebat kakliza tu ....
nampak macam pedas , tapi tak pedas, nak buat camne ekk supaya warnanya menyerlah tapi tak pedas???

 
At Sunday, August 05, 2007 6:27:00 PM, Blogger KAK DIEDA said...

maklang suruh ler kak Liza ajar camna nak bunga rose kat atas cup kek tu eks..

Eida melihat dan belajar dari jauh eks..he he he

 
At Sunday, August 05, 2007 7:53:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Mak Lang, ayam panggang kak Liza tu menggoda kalbu. Resepi kak Liza yg menjadi kegemaran keluarga Nora ialah Ayam Golek Pedas! Mengancam.. Untung Mak Lang dekat ngan Kak Liza..boleh belajar dari sifu tu.

 
At Sunday, August 05, 2007 8:48:00 PM, Blogger Cat Cat said...

Aik, ingatkan terbaca ikan sepat... Ooooo rupanya ikan selar.. Lebih kurang lah maklang - dua2 start with "s" tapi ikan tak sama ya.. HAHAHA.

Tumpang lalu maklang,
Jom kak elle, kita seraaaaaang umah maklang. Nak belajor memasak & yang bestnya dapat makan pree.

 
At Monday, August 06, 2007 7:47:00 AM, Blogger maklang said...

Rina:

Memang untung dapat kawan ngan kak liza...ada dapat ilmu, InsyaAllah..

maklang biasanya letak gula sikit supaya warna merah dia terserlah. Plus ianya sebagai ganti Pak Aji...ni petua arwah nenek maklang...


Eida:

Kak Liza, memanag nak ajar, tapi masanya aje belum ditentukan lagi sebab masing2 sibuk sangat!

 
At Monday, August 06, 2007 8:11:00 AM, Blogger Xuera_lar said...

Hai maklang,
Bestnya hujung minggu maklang..penuh dengan makan-makan...saya cuma ke PD bawak anak-anak mandi laut tp frust sikit sebab air lautnya keruh

 
At Monday, August 06, 2007 8:46:00 AM, Blogger maklang said...

nora:

best..best...petang ni buka puasa kak liza nak tolong buatkan ayam bakar macam masa orang kawin tu....bestnya...tu yang sayang kak liza tu...

cat:

maklang pulak nak pergi rumah CAt...rindunya nak gi US...lama dah tinggalkan bumi US dah lebih 20 tahun...

kalau nak serang rumah maklang , seranglaa....nanti kita main pondok2 and masak2 , ok kan...:)

ARejue:

Tulaa..penuh dengan makan2...sebab tu semalam dah mula posa ganti...

 
At Monday, August 06, 2007 2:37:00 PM, Blogger itot said...

wah sotong maklang tu sungguh mengancam jiwa raga saya.heheh..
manis betul maya bertudung.

 
At Monday, August 06, 2007 10:07:00 PM, Blogger MAMAMIA said...

Wah Mak Lang dah jadi member kamcing Kak Liza ya...

Pasangan pengantin tu manis...

 

Post a Comment

<< Home