Dari Teratak Maklang ~ 2007

Thursday, November 29, 2007

Cuti2 November Part 3

Assalamualaikum...

Sambung lagi cerita cuti. So, tak dapat den nak letak gambar masakan. Tunggulah eh...bila tak ada cerita maklang letaklah gambar makanan pulak. Tentu dah bosan, tak habis2 cerita cuti ni...nak buat camanakan...sebenarnya tak ada yang menarik pun. Saje nak meletak cerita yang tak selesai ni. Malam semalam cuba nak masukkan gambar semuanya tapi tak diterima oleh blog ini.


So, sambung cerita lagilaa eh...

As usual kami enjoy kalau makan2 ni. Seronok kalau makan ramai2 ni. Macam biasa, kami kompol satu table. Tak kiralaa...sempit pun kami kompol jugak!

So much about that, kita sambung lagi cerita bergambar...enjoy the pics!
Bujang kalau makan memang berselera!








Lagi pembasuh mulut. Wajik tu sedap gilerrrrrrr....


Tihanim dan Abang Ajiq, anak Pak Ngah













Sempat bergambar dengan mempelai














Ini Alman....bulat betul. Naik geram nengok dia. Asyik kena geromol aje dengan maklong dia!Aunty Leen dan Pak Busu pun ada!










Sempat jugak menjadi mempelai!...ha..ha..Lewat 2 hari aje dari annivesary! Oklah tu kan..kan..
Bersanding kat bawah pelamin aje. Jurukamera tak pro...blur gambar ni!
Sempat di tepung tawar lagi...kelakar Aunty Ruby ni!






Ini the Atoks, Atok-to-be and my Darling Cik Abang..









Ini the Golden Girls kata Wan Noor (berbaju biru), adek2 Tok Li dan my beloved Mak.


Kami balik ke rumah Wan dalam pukul 4 lebih. Ialah tunggu lah kejap kat2 situ. Ada karaoke lagi. Yang kelakar tu ada jugak yang nyanyi sure dapat kad merah, tak pass AF6. Uncle Rosli, adek Tok Li pun nyanyi, I did it my way...sedap jugak soghe dia. Oklah boleh masuk Audition AF6. Pelajar paling lama....orang lama!




Balik dari kenduri, suruh anak2 mandi dan maklang sempat cuci baju satu load. Lipat2 and bungkus nak sidai kat hotel. Kalau tak dicuci, mau pengsan bau dia, nak bawak balik Kerteh. Selesai solat maghrib and makan2 sikit, kami bertolak ke KL. Masa tu about 8:15pm. Naik kereta anak2 tidur all the way. Maklang terlelap2 jugak. Ingat nak bantu jugak drive kalau Cik Abang ngantuk. Tapi tak ada pulak dia mintak bantuan. Anak2 tidur lena sangat sebab Abah dia nyanyi lagu Ella Fitzgerald entah berapa round. Dengan penuh semangat lagi...Isteri dia ni pun tak larat nak bukak mata...syahdu dan merdu....Kiranya semangat berkobar2 laa...kalah Kak Pah buat show. Mana taknya 4 jam non stop!. Kami tiba kat parking hotel about 12:15am. Keluar kereta dengan kaftan and baju tidur, masuk lift and terus ke tingkat 19 kat bilik kami. Nasib baik tak ada orang! Semuanya muka ngantuk!


Tapi bila masuk bilik, Si Angah dan Along yang dah puas tido tu memekak aje. Entah apa yang diketawakan. Maya cepat aje dah gone. Cik Abang pun sama. Maklang sempat start RE sikit sampai 1:30am.


25/11/07.


Maklang dan Paklang keluar 2 orang.
Breakfast thosei lagi kat kedai bawah tu. Anak2 masih pisat2 lagi. Then about 10:30am., anak2 dengan Abah dia pergi main kat Cosmo Park. Si Tembam menangis naik benda pusing2 tu. Kelakar.


Sementara they ke Cosmo park tu, maklang sambung jahit RE. Cik Abang kata, maklang jalan nak menjahit. Tapi nak buat camana, lagi pun Alang nak datang. Nanti sape pulak nak ambik Alang kat bawah tu!. Alang tiba about 12:00pm with loads of food. Ada ayam, ada sayur etc. Cukuplah untuk makan tengahari. Tapi bila budak2 balik, Cik Abang hangkut lagi makanan. Memang banyaklah!


Lepas solat Zohor, maklang dan Alang keluar carik barang jahitan. Then ke rumah Kak Umi ambik buku2 yang kawan2 pesan. Then Alang pi shopping barang dapur kat kedai feberet dia, Uncle Din. Bila balik otel dah dekat 8 lebih. Alang makan dinner then kami ke Borders. Letih betul. Lepas Alang balik dengan Along ( sebab Along ada checkup mata lagi kat UH, so boleh pergi sekali dengan Alang), maklang landing terus sambil tengok Muzik2. Then gonelaaa...


26/11/07


Kami bertolak balik around 2:00pm lepas makan tengahari and reach Kerteh around 6. Letih!
Sempat capture gambar2 bunga ni...macam kat obercis!


29/11/07


Ni maklang tengah tunggu Cik Abang tiba. Dia ke KL lagi petang semalam. Tu aje kerja nya..pergi balik KL...jangan kena pindah terus sudah...tak larat nak menghadapi nya sekali lagi...pedih!













Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: ,

Saturday, August 04, 2007

Aktiviti Hujung Minggu

Assalamualaikum...


Hari ini maklang pergi rumah Kak Liza. Sebelum pergi tadi dah masak simple2. Cuma buat kentang berlada, sotong goreng kunyit dan sambal ikan selar. Lepas tu masak asam rebus bende.
Kentang wedges berlada
Sambal ikan selar
Sotong goreng kunyit



Cukuplah tu...Lepas dah masak, siap2 nak ke rumah Kak Liza (Kak Elle, I dah sampaikan salam you pada dia and muffin tu boleh buat guna fresh milk or evaporated milk. Either one will work, she said. )


Masa maklang tiba, ayam golek Kak Liza dah pun masuk dalam oven. So, maklang cuma tolong2 potong2 timun dan lada untuk nak buat acar. Then letak2 daun salad. Lepas tu susun2 makanan sikit2. Tengok Kak Liza masak, macam gampang sangat. Pup pap pup pap...siap 4 jenis lauk. Ayam Panggang, Acar timun telur puyuh, ikan bawal sweet sour dan kerabu epal hijau. Maklang sempatlah tengok cara buat kerabu dan acar telur puyuh tu. Ikan sweet sour, biasa aje. acar telur puyuh...gambar cantek sikit...jangan tak tau, timun tu, Maya yang susun!
Ikan bawal sweet sour
Acar telur puyuh..
kerabu epal hijau...dapat maklang bawak balik sikit...Thanks Kak liza...
ayam panggang....dapat rasa gravy pun dah cukup...kalau ikut hati, nak aje maklang cubit sikit ayam ni...baunya menggoda aje...
different angle of the ayam...
ayam panggang
ayam panggang...tengok gravy aje dah meleleh air liur...


antara cup cakes yang kak liza buat


lagi kek kak liza sebagai

Sempat jugak tengok Kak Liza buat gravy untuk ayam. Tapi nak kena tulis resepi dia kat tempat masak supaya tak lupa macamana nak buat nanti. Masa tengok Kak Liza buat tu, dan dan nak buat petang ni, tapi lauk yang maklang masak tadi masih banyak, so, tengoklah, besok aje InsyaAllah, buat buka puasa!


Lepas balik dari rumah Kak Liza, maklang tukar baju sebab mereka ajak jugak maklang pi rumah orang kawin tu. Mulanya malas sangat nak ikut, tapi bila Kak Zai (kawan Kak Liza) ajak jugak, maka pergilah saya bersama Maya. Bujang tak ikut sebab badan dia agak dedar. Agaknya sebab masa pergi KL baru ni, ramai sangat yang tegur dia tembam. Memang pantang dia , kalau kena tegur aje, mesti demam, then badan dia susut mendadak! Tapi ini semua coincident aje...ALhamdulillah petang ni nampak kebah sikit.
Bujang maklang demam...kesian tengok dia...pening kepala...


Sedap jugak lauk kat rumah pengantin tadi. Segan nak ambik gambar, kang ada yang kata maklang tak betul! Maya ajelah bergambar.... sebahagian dari hantaran
bunga telur maya kat pelamin
menjeling...menjeling...ku memandang...


Petang, lepas balik khenduri, maklang susun riben maklang kat laci2 plastic yang Cik Abang belikan tadi, di Kemaman, masa dia bawak Angah beli baju PBSM baru sebab yang lama tu dah lusuh sangat. Dan selepas itu, maklang duduk mengadap jahitan riben yang kawan tempah. Ingat nak habiskan terus, tapi tak boleh sebab riben kuning tak cukup. So, nampaknya tertangguhlah sekejap dan maklang nak mula sulam beg untuk kawan maklang yang tempah last week....
Cik Abang dengan Along pulak, sibuk menggantikan lampu2 yang dah tak nyala lagi...So malam ni, terang benderang lah rumah kami...

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: ,

Sunday, April 08, 2007

Telekong, Wedding dan Kek Coklat & Teko

Assalamualaikum.........


Mesti bestkan last wiken. Mine was so so laa...PIBG meeting semalam was Ok. Everybody agreed that the same YDP, DYDP and all the commitee members be reelected for year 2007/2008. Senang. I was so bored sitting alone kat auditorium tu as Abang has to sit on the stage with the YDP. Abang was lucky again. This time he picked his own name and dapat RM100 Store Voicer. Seronok jugak...Boleh tumpang semangkok or sebadan.....

After that we attended a wedding reception. Normally kalau attend wedding ni, mesti jumpa ramai kawan2. Nak buat macamana bandar kecik macam ni, memang pasti berjumpa. Dari kawan se office sehingga ke cikgu budak2 ni sehingga ke pakcik and makcik yang berjual kat pasar malam. As usual gulai daging tu memang lah best. Tapi bila dah makan tu mesti perut jadi panas aje. Apalagi, bila dah kenyang petang tu, tak boleh ditahan2 mata ni untuk dicelikkan. Lagipun dah 2 malam dok tidur lewat. Nak mengkhatamkan cerita Heroes tu. So, ni dah legalaaa.... Nak kena sambung dengan Prison Break pulak. Entah kat mana DVD dia. Tak jumpa pulak hari ni. Semalam ada...


Alhamdulillah semalam dah mula menjahit telekong semula. Letak mesin kat dalam bilik ni. So sambil tengok TV, ronda2 PC ni and mesin tu menjahitlah. Kalau tak buat camni pendek kata memang tak siaplah telekong2 tu. Kalau rajin, nanti siaplah telekong2 ni and nak kena hantar pada tuan2 dia. Ni ada gambar telekong yang dah siap, Shah buat hantaran. Ni pun maklang letakkan sedikit gambar Shah masa wedding dia.

ni gambar hantaran Shah..dia buat sendiri. Creative betul dia ni....
Ni, telekung yang 'kakak' Shah buat...creative jugakkan.... ha...ha...:)
romantikkan pengantin baru ni...maklang pun teringat masa hari suap2 tu...
Shah kata dia suka gambar ni, so maklang masukkan laa....


So much about Shah...semuga kekal hingga ke akhir hayat, Amin...



Kat office as usuallah, tonggang langgang. Pulak tengahari tadi Cik Abang hantar maklang ke opis sebab Pak Omar tengah cucikan kereta maklang. Semalam masa Dhirah cuci kereta tu dia tak bilas bersih kot. Bila nak gi kerja tadi putih aje kereta tu. Tu yang mintak Pak Omar cucikan.


Kalau balik tumpang kereta Cik Abang, tak bolehlah nak lambat2. Kalau sendiri tak apa. Nak lambat ke nak cepat ke. So, today by 5:30pm I was already home. Bila balik tadi lepas sapu2 kat verandah yang penuh dengan daun pokok yang berguguran tu, cadang2 boleh relaxlaa. Dalam hati bolehlah onkan mesin. Tapi Angah pulak kata, mak kata nak buatkan kek for maulidurasul besok. Dia dah beritau last week. Lupa betul. Suruh dia check if ada tak bahan. Bila confirm semua ada, maklang pun mulalah tuangkan bahan2 tu. Bila tengah seronok2 nak tuang2kan bahan2 tu ada pulak opismate yang datang. Terbengkalailah sat kek tu. Last2 kek tu masuk oven pukul 7:15mlm. Lepas tu mintak bibik tunggu kek dan tadaaaa...these are the cakes that I have baked...tapi tak leh lawan Secret Recipe Kak elle tu....

Dari 2 tin susu cair, tu maklang dapat 4 biji kek. 3 biji sebesar 8x8 inch baking tray and satu lagi macam size sebuku roti. Besok Angah boleh lah bawak ke sekolah sebuku. Maklang nak bawak satu ke office and the rest untuk kat rumah. Kek ni memang feberet si Bujang!

ni pulak bibik tengah coatkan risolle yang dia buat semalam tu. Breadcrumbs yang beli tu dah habis so kenalah buat sendiri punya...buruk rupa!
Bila dah kat dapur with the camera, sempatlah mengsnap gambar teko and serving plate yang maklang beli kat Metro kat PIM, Jakarta tempohari. Maklang suka kompol teko sebenarnya...terikut Alang le ni....


Ok, that's all for today. Good nite!







Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: , ,

Thursday, March 22, 2007

Selamat Pengantin Baru Shah

Dah 3 hari kami pulang dari bercuti. Masih terasa letihnya lagi. Di pejabat, nasib baik tak lah banyak sangat kerjanya. OK OK aje. Mood pun tak ada sangat sebab lammmaaa betul cuti kali ni. Maklang biasalah, bila dah cuti M dia jadik besar. Tapi bila dah mula kerja, nak cuti jadik malas. Selsema dan batuk tak reda2 lagi. Malam tadi pun tidur awal sebab rasa tak sihat.


Mood nak kerja yang tak berapa nak ada hari Selasa tu was brought up since semalam dapat PC baru. Kat office ni nak upgrade all the PCs. Dapat yang 19” screen tu dan CPU baru yang lebih laju. (Tapi tuan PC tu makin slow kot…he..he…). Seronok!Rasa macam baru bukak aje mata ni. Le ni masih dok memain PC. Tapi tak leh nak memain sangat sebab my assistant le ni tengah cuti nak kawin. Tahniahlaaaa..Moga2 cepat2 dapat anak dan berkekalan ke anak cucu.


The last time about 2 years back, my junior engr directly under me pun kawin jugak. Time tu tengah sibuk gila2 punya. We had to work about 7 days a week. Stay back sampai lewat2 sebab nak submit project tu. Kesian dia sebab masih di office lagi pukul 6 ptg Khamis tu. Hari Jumaat tu dah nak nikah. I told him to go back ( dia duduk kat Kuantan) and not to worry about the work in the office. We can settle his work. Kelakar masa tu. I miss those times working with him. He is such a dedicated engineer. Now he is working with our competitor. Yang best masa tu, kami call dia lepas2 dia nikah. Tak jawab pun phone tu. Saje je nak kacau. My designer pun sama aje…Semua kepala gila2 punya. Suka mengusik. Tu yang suka kerja kat sini. Enjoy. Tapi kalau ada problem memang semuanya senyap aje.


Tahun ni, Shah pulak punya turn. He just turned 24 kot, or maybe 25. His future wife baru aje grad. Both are engineers. Semalam petang before I left the office, I told him to take care. Jangan gelabah2 masa nak akad nikah tu. And to take things easy…


Waa…Shah pun jawab, “ Kak jangan lupa call nanti!”

I replied…”OK. Akak akan call at about 12 midnite hari Sabtu malam!”

Tersengih aje Shah…Agaknya dalam hati dia berkata..” Ngacau aje akak nih!”…He…he…bila lagi maklang nak ngusik anak buah ni….Moga2 Shah dah bakal isterinya akan berbahagia hingga ke akhir hayat dan dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah….InsyaAllah….




Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: