Dari Teratak Maklang ~ 2007

Tuesday, August 07, 2007

Last Day of Posa Ganti

Assalamualaikum...





Hari ini last day maklang posa ganti. Lega rasanya. Padahal hari ini ada makan durian kat Office. Kuatkan hati jugak nak puasa, kalau tak nanti tak selesai2 nanti. Alhamdulillah dah selesai semuanya. Sempat jugak maklang ambik 2 biji durian with some rambutans ang mangosteen. Kenyanglah makan tadi. Dapat Cik Abang dan Dhirah rasa..Tulah hikmahnya berposa, siap dapat tapau lagi. Terimakaseh kat Organizer, Mr. Kamal, sebab bekalkan durian untuk maklang...:)
Mr. Kamal tengah sibuk dengan durian, manggis dan rambutan
Selonggok durian..
Office mates yang perempuan - manis2 semuanya...
Maklang dan En. Kamal...Ada pulak yang interframe!
Lagi gadis2 and ibu kepada gadis2...
Semangat nya membuka durian tu...
Ada yang sampai menyangkong makan durian...sedap sangatlah tu...
Adek2 yang hensem dan tak berapa hensem kat department maklang...





As usuallah, maklang lembik. puasa ni. Kat Kerteh ni waktu siang dia, panas betul. Tak larat badan. Waktu malam pulak, hujan. Sedap tidur....Lagipun buka puasa minum air sejuk memanglah besok tu pasti letih...Malam tadi pulak tidur lewat sebab melayan jahitan. Manalah tak letih. Masa menjahit tu tak sedar penat. The next day terasa laa..padan muka!





Petang tadi masa maklang tengah masak untuk berbuka, Cik Abang balik. Sampai aje kat rumah, dia beritahu kereta dia kena langgar. Tanya teruk tak? Dia kata teruklaa...bumper belakang kemek. Bila maklang tengok tak adalah teruk mana. Tapi kesian kereta tu. Masa kami tinggalkan kat rumah masa kami pergi bercuti, kayu pergola tu jatuh and terpelanting kena dekat2 tempat isi minyak. Kemek jugak. Ada sekali dulu, Cik Abang tak perasan, masa gate nak tutup, bumper depan terkena gate. Melecet kat depan. Kesian kereta tu. Tapi yang tak syoknya, kalau maklang bawak kereta tu, mesti ada yang tanya...ni akak ke yang drive jadik camtu? Geraaammmm aje dengar...Tak pe sabar..sabar...



Tapi tak apalah kerete aje yang kemek. Asal tuan dia selamat,maklang dah bersyukur sangat....Alhamdulillah... Paprik udang dan sotong...terliur tengok kat blog OO. Balik terus aje buat untuk berbuka...
Taugeh kasar goreng dengan tauhu dan kucai
Ikan tenggiri goreng. Ikan nya hilang, nampak bawang dan lada aje...




InsyaAllah Atok dan Wan akan terbang ke Madinah besok tengahari. Moga2 selamat pergi dan kembali...dan doakan kami supaya dapat ke sana lagi...InsyaAllah...











Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: ,

16 Comments:

At Tuesday, August 07, 2007 9:21:00 PM, Blogger Kak Elle said...

makan lagi?maklang paprik udang and soto???tak faham mana soto nya?

baik lah paklang ok dan kesian pada keta tu asyik kena langgar je ye?

alhamdulillah habis juga hutang posa yg di hutang tu.....oh durian ok esok mesti beli nak puaskan .... hahaha

 
At Tuesday, August 07, 2007 9:36:00 PM, Blogger Kak Elle said...

hampir terlupa ... supaya perjalanan wan and atuk semua akan berjalan dgn baik sebagai di aturkan.

 
At Tuesday, August 07, 2007 9:43:00 PM, Blogger maklang said...

Kak Elle:

Tertinggal 'ng' tu...sotong sebenarnya...

budak2 bawak motor ikut belakang kereta dia masa dia nak turn ke junction kat depan rumah ni. Lepas langgar, dia lari aje...geram...

Alhamdulillah dah habis ganti ..lega...

InsyaAllah Atok dan Wan selamat, hendaknya...Terimakaseh...

 
At Tuesday, August 07, 2007 10:18:00 PM, Blogger silversarina said...

I teringin yang taugeh kasar and halus bersama tauhu tu...tak de kat sini.... nyum nyum...

semoga wan dan atok selamat pergi dan balik dan kita semua dapat ke sana lagi...amin.

 
At Wednesday, August 08, 2007 1:47:00 AM, Blogger zlaa said...

Salam Mak lang,

I tak habis lagi ganti puasa. Nak gabti waktu ni banyak sgt dugaannya. Tapi, berazam nak ganti juga dalam sehari dua ni. Subuh sekarang 3.40 am, Maghrib 8.50 mlm. Panas terik pulak. Dugaan..

 
At Wednesday, August 08, 2007 8:08:00 AM, Blogger Xuera_lar said...

Hi maklang,
paprik udang dan sotong pulak....emmm...dah terliur ni...saya pun tengah ganti posa jugak, isyaallah lagi 4 hari..

 
At Wednesday, August 08, 2007 9:12:00 AM, Blogger Cat Cat said...

maklang,
Paprik udang dan sotong - good combination. Cath memang suka makan seafood. Tambah scallop lagi best kan?

 
At Wednesday, August 08, 2007 9:40:00 AM, Blogger UglyButAdorable said...

sumer suker except taugeh tu...kitaorg panggil taugeh busuk hehh...hehhh...

kalau mas dtg takmoh tu tau..:)

 
At Wednesday, August 08, 2007 9:41:00 AM, Blogger UglyButAdorable said...

pastuh kalau jadik dtg..nak special request itu oreos cheese ehh..yummeh tuu!!1

 
At Wednesday, August 08, 2007 10:37:00 AM, Anonymous Anonymous said...

bibik kita baru call tanya nak masak tofu dengan taugeh...ermm sedap!

Selamat berangkat to your parents...selamat menjalani ibadah haji. selamat pergi dan kembali.

 
At Wednesday, August 08, 2007 3:19:00 PM, Blogger maklang said...

rina:

Maklang suka taugeh tu..one of the favaourites...

InsyaAllah...moga2 dipermudahkan mereka di sana...

zlaa:

teruk tu...lama betul puasa. Kenapa tak ganti masa winter? terlupa macam simah jugak ke?


cat:

sedap kot tambah scallop...tapi maklang tak berapa suka scallop...macam tak tertelan aje...lembik2 tu...

 
At Wednesday, August 08, 2007 4:47:00 PM, Blogger silversarina said...

amboi banyaknya durian tu..... Mr. H tak de ke ? tak nampak dalam gambar ..hehehe.

 
At Wednesday, August 08, 2007 7:49:00 PM, Anonymous Anonymous said...

wawawawawa bestnya musim deroyan kat senanjung...
sempatkah daku merasainya. agak2 ujung bulan 9 sok musim lagi x mak lang r?

 
At Wednesday, August 08, 2007 10:23:00 PM, Blogger Roving Soul said...

salam mak lang, selalu jer baca blog maklang. Paling tak tahan tgk pics of the food you prepared. Alahai, tak tahan tengok puteri mandi tu smalam!

 
At Wednesday, August 08, 2007 10:43:00 PM, Blogger maklang said...

arjue...selamat berpuasa..maklang dah habis...lega nya...


Mas:

Oklah..nanti tulis nak makan apa...nanti kita masak eh...

OO:

Insya Allah...moga kedua ibubapa maklang selamat di sana.

Memang sedapkan kalau anak2 memahami.................

 
At Thursday, August 09, 2007 6:56:00 AM, Blogger maklang said...

OO:

Yang kat atas tu maklang jawab masa half asleep...pagi ni , maklang sendiri tak paham apa maklang tulis!

Rina:

Gambar Mr. H ada, tapi tak berpa minta nak letak...Boss boss tak main laa...he..he..

Sitilina:

Tak tau la pulak...sama ada masa tu masih musim doghian lagi ke tak??

Nurelsa:

Kalau tak tahan tengok puteri mandi tu, buat lee...resepi maklang dah letak kat blog masak...Selamat memasak...rajin2 lah kemari!

 

Post a Comment

<< Home