Dari Teratak Maklang ~ 2007

Thursday, August 09, 2007

Meeting2, masak2 and makan2 lagi...

Assalamualaikum...

Hari ini maklang sibuk. Pagi2 lagi dah berkejar antar Along and Angah ke sekolah. Cik abang dah terbang ke KL pukul 7 pg. Naik kapalterbang kat Kerteh. Lepas tu terus aje Maklang ke pejabat. Sempat jugak buat bunga ribon 2-3 kuntum before start kerja. Seronok rasa sebab hari ni last day of the week...besok tak kerja...Minggu ini rasa macam lambat sangat berlalu...

Hari ni jugak maklang makan gaji celik. Sebabnya pagi2 dah ke site, bawak colleague from KL. Tak tau camana, ada PE, ada PM tapi maklang yang jaga bahagian authority ni jugak yang pegi. Tak boleh cakap banyak, buat ajelaa...silap2 ada yang kena kang dengan orang2 yang tak menjalankan tanggungjawab sendiri tapi sebaliknya menyerahkan tugas pada orang lain. Maklang pun tak paham laa....

Alhamdulillah pagi2 tadi ada kawan yang bawak cempedak. Sebab dah macam2 ada kat pantry opis tu, maklang rasa macam ada bau ubat pulak! So, sebelum ke site, dapat lah makan 3-4 ulas cempedak tu. Memang cantek isinya dan manisnya pun OK...

Cempedak....Sedaaapppp... Tapi tak boleh makan banyak2 sebab nanti perut masuk angin !

Lepas dah makan cempedak, bergegas ke office Client sebab janji nak meet up kat sana. Punyalah nak cepat sampai tapi bila tiba colleagues dari KL tak tiba lagi...Dalam 20 mins baru they tiba and we drove to the site.

As usuallaa..tempat biasa. Dah 3 kali ke sini, tak ada apa pun... sebenarnya cuma the Senior PM and the rest nak have a 'feel' on how the site is like...

Tu maklang tengah tunjukkan kat mana site tu...sibuk ari niiii..
Pemandangan dari atas bukit ke kawasan tapak project.

Lepas balik dari site kami pergi makan kat kedai Nasi Daun Pisang. Tapi maklang makan Nasi Kukus. Percaya tak selama 10 tahun maklang kat sini tak pernah sekali pun maklang makan nasi daun pisang. Tau kedai nya kat mana pun tidak. Al maklum siang malam makan kat rumah. Cik Abang jangan harap lah nak makan kat luar. Lagi satu kami malas nak ganti baju kalau nak keluar. Unless kalau ada nak makan special sikit atau nak makan ikan bakar. Rasanya dalam setahun adalah less than 10 times! Tapi ni of course tak termasuklah makan McD or Pizza.

Lepas makan tengahari sambung lagi meeting. Nasib baik sampai pukul lima aje. Masa meeting tu ada disediakan kuih cream puff, coklat kek dan muffin. Kenyang lee... Ini, maklang tak buat, kuih masa meeting tadi...
Sama jugak...blueberry muffin...sedap! Coklat kek, tak sempat ambik, dah selamat semuanya...


Habis meeting kami bersurai. Maklang hantar kawan2 kat Awana. Dalam perjalanan balik tu terpikir pulak nak masak apa nak menyambut kepulangan Cik Abang dari KL. Mesti lapar tu...Langsung2 teringat nak bakar ayam lagi. Lagipun Cik Abang tak makan lagi ayam bakar styke Kak Liza. Talipon Along mintak tolong blend the ingredients so that bila maklang sampai semuanya tinggal campur kat ayam. Sebelum beli ayam kat kedai, maklang sempat singgah ambik Si Maya comei tu. Ya Allah...tengok baju sekolah dia....berdano. Ingat jap lagi on the way ke KT nak singgah kat tailor RM 15.00 untuk nak tempah baju Maya..


Sesampai kat rumah bahan dah siap blend. Maklang bersihkan ayam, cuci dan lumurkan the ingredients. Punyalah nak cepat, sebab Cik Abang tiba pukul 7:00 malam. Masa Cik Abang sampai the chicken was not ready yet. And the second chicken was in the still in the mangkok. Sambil2 tu sempat jugak maklang buat muffin pakai the muffin mix. Buat muffin ni sebab dah berhajat nak bawak ke Makde sebab dia masuk spital 2 days ago but yesterday, we got to know that dia dah keluar pun, tapi we will drop by at her place, anyway, on the way to KT nanti. Sebenarnya the trip to KT was to visit her, and at the same time nak visit Wan Pari. And dah kata kat Wan PAri yang we all nak makan nasi Ambeng. My feberet since small. When I told her that the trip was cancelled, she sounded macam sedih je. So, Cik Abang kata, tak pelah...we just go and visit her... and of course will bring some of the muffins as well..anak2 Wan Pari hantu kalau kek2 coklat ni. I usually make chocolate cakes for them. Kadang2 upah her eldest son ( now 27yo) denga coklat kek kalau mintak tolong apa2...

Sempat jugak maklang buat muffin..Ingat nak bawak ke Wan Pari dan Mak De sikit besok, sebab masa bincang2 nak pi lawat Mak De, dah kata nak buatkan kuih...InsyaAllah boleh bawak besok... Yang putih2 tu ialah white coklat. Saje nak letak, kasi kaler...

Ayam bakar.. terlupa letak bawang2 tapi Alhamdulillah selamat semuanya...2 ekor sekali ngap!
Lupa nak ambik gambar..Ini aje yang tinggal!
Tulang2 aje yang tinggal...Camana nak ajak kak Elle makan ek??? Walaupun the bumbu yang letak tu was without bawang merah and putih and halia. Selamat ayam 2 ekor! Maklang terlupa langsung nak letak the bawangs and all, tapi ALhamdulillah habis!
( this bit maklang continue lepas solat Subuh)
Dan masa tengah makan malam tadi, our new jiran invited us ke rumah dia ada tahlil. Tak jadi sambung makan sebab dia kata tahlil lepas Isyak and it was already 8:45pm. Rupa2nya he came to our house at 6:00pm but tak ada kereta. Both of us were not back yet. Langsung dalam sibuk, terlupa laa...Anyway, we went jugak and nasib baik ada cikgu depan rumah, kalau tak maklang memang mati kutu sebab yang tetamu semuanya sedara mara and their officemates. Camanalah nak kenal..

Tried to update last nite, but the eyes just would not coorperate. Half way thru the N3, I just had to stop and solat and zzzzz...

Have a nice weekend...Mine will be very busy. Today to KT and tomorrow is a big Day...Angah, Maya and Cik Abang will be joining the School Walkathon in the morning, and it will be Hakim's sports day.... Maka kat luar aje laa besok...Camana nak habiskan jahitan and the ribbons . Ribbons yang kawan tempah tu kena siap before her daughter Aishah flies to France at the end of this month...



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: , ,

13 Comments:

At Friday, August 10, 2007 8:04:00 AM, Blogger Kak Elle said...

Sebab smlm dah sibuk takpe hari ni rehat lepas balik dari rumah makde..sampai hati you tunjukkan tulang2 aje for me:)takpe...takpe...kena ganti se-ekor ayam panggang nanti.

Doa angah,maya and paklang dapat hadiah nanti.

 
At Friday, August 10, 2007 8:04:00 AM, Blogger Xuera_lar said...

hai maklang,
selamat berhujung minggu.....hari cuti ni saya plan nak kemas rumah...hari kerja tak sempat la..

 
At Friday, August 10, 2007 8:42:00 AM, Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum maklang..salam perkenalan..slalunya baca jer blog mak lang ni..ermmm rajin betul maklang ni, sempat lagi tuh buat muffin..ok maklang..take care.

 
At Friday, August 10, 2007 8:51:00 AM, Blogger lelakhalidah said...

Hi mak lang...

lama tak menjengok.. sebab sy pun bz sesangat... tapi mmg a must to visit ur blog... at least I can motivate myself nak jadi macm mak lang.. career woman yg rajin sangat masak nie...insya Allah mudah2an..saya pun macam tu.. tapi balik kerja jer.. ikan goreng, sambal belacan dengan sayur air (orang jawa kata masak "bening") sebab cepat, sedap.. he he he malas...

 
At Friday, August 10, 2007 8:56:00 AM, Blogger Cat Cat said...

Wadoi, chempedak tu nampak sedap sangat. Cath memang hantu chempedak goreng. 3 bijik seringgit. Aduh, rindu-nya Cik Chempedak Goreng.

 
At Friday, August 10, 2007 10:14:00 AM, Blogger UglyButAdorable said...

uuii..ayam tu seda tuhh..kalau ader lebih..buat sandwich pun sodap..

ajak kak elle jer kerr???

itu cream puff sunggug menggiurkan..

 
At Friday, August 10, 2007 11:52:00 AM, Blogger pB said...

Salam Jumaat Mak Lang ...

Wah ,,,,
masuk blog ni jer , mesti lapar ..

tengok ayam golek tu mengancam habis..

sampai 2 ekor sekali ngap...
cayalah

kalau umah pB , sekor pun payah nak habis..
mesti berbaki ...

apa ramuan yang digaul pada ayam tu ....

 
At Friday, August 10, 2007 9:34:00 PM, Blogger maklang said...

kak elle:

Ekor ayam 10 pun boleh! Ha..ha...

arejue:

Kemas jangan tak kemas..


Enon:

Waalaikumsalam...Selamat berkenalan...Camana nak kenal kalaut ak tau nama kan!!

 
At Friday, August 10, 2007 9:36:00 PM, Blogger maklang said...

lelakhalidah...

maklang pun lama tak jengok blog awak. Nak kena link baru senang kan...Kalau penat tak yah masak, beli aje!

Cat:

Cempedak goreng memang lah sedap. Bau aje dah sedap apalagi kalau memakannya!

 
At Saturday, August 11, 2007 12:10:00 AM, Blogger demonsinme said...

Madam ML:

Them cream puffs look mighty yummy, just like the ones my mom use to make - minus the choc. She usually the yellow type which would be filled with peas cook with curry.

Can I have the resipe?

Pleaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaase x 1,000,000 + sugar one it.

 
At Saturday, August 11, 2007 7:42:00 AM, Blogger maklang said...

UBA:

Tak ada lebih....tulang aje tinggal!

PB:

Kalau kat rumah maklang, asal ayam aje...siaplaaa...macam musang aje..he..he..

 
At Saturday, August 11, 2007 7:44:00 AM, Blogger maklang said...

Demonsinme...

Alamak....maklang tak ada resipilaa..tu beli punya..nanti maklang tanya2 kat kawan, and bila dah ada i will publish OK...

One thing, maklang tak dapat2 nak masuk into yr blog..apasal ek?

 
At Saturday, August 18, 2007 11:57:00 AM, Blogger AISHAH roslan said...

ribbons ape maklang?

 

Post a Comment

<< Home