Dari Teratak Maklang ~ 2007

Wednesday, August 08, 2007

Maklang ada blog????

Assalamualaikum....

Pagi tadi kawan2 sedepartment get all excited sebab maklang letak gambar2 makan durian kat blog. Ada jugak kawan yang macam pelik maklang ada blog. Kelakar pulak maklang rasa...Apa ingat orang lama cam maklang ni tak reti ke...(Sebenarnya bukan reti sangaat..nak act je ngan Budak Nakal kat opis tu - link dia ada kat my blog ni)


Hari ini kat ofis taklah sibuk sangat cam kak elle. Sistem pulak down. Nasib baik tadi bawak laptop ni, sambung dial up guna account Cik Abang dapatlah maklang masuk internet. Kalau tak sure boring gila...



Yang kelakarnya dapat pulak sembang dengan si Teapot. Beritahu dia atok dan Wan dah hantar barang2 dia ke rumah Abang long dia untuk dihantar ke rumah sedara yang nak balik ke tempat Teapot tu..Moga2 bila Teapot dapat, bolehlah dia masak laksa Johor yang hubby dia suka tu...


Lepas tu, yang bestnya tengahari tadi, maklang dapat sebungkus parcel dari tokey acar buah. Belum rasa lagi, tapi pastinya enak gitu...kalau makan dengan nasi panas pasti sedap...Terimakaseh banyak2 makteh....tak sangka nak dapat dari makteh...buat susah aje, tapi kalau makteh rasa tak susah, bolehlah hantar lagi..he..he..


Tengahari tadi...makan as usual tekak ni sedap aje. Maklang masak ayam masak asam pedas. Dah lama betul tak buat sebab kadang2 tak timbul idea nak masak apakan. Bila maklang masak ari ni, si Maya makan ayam sampai 3 ketul and bawak ke sekolah lagi..Kena sangatlah tu. Sebab semuanya enjoy masakan hari ini, 2 ekor ayam habis dimasak! Tapi maknya memang seronoklaa..Maklang goreng jugak hati dan hempedal berempah. Yang ini semuanya tak suka, cuma maklang dan bibik aje makan. Tapi along suka jugak hempedalnya. Sampai ke malam masih ada semangkuk lagi.


Lepas balik kerja tadi, maklang buat oreo cheese lagi, tapi hari ini tak pakai oreo, guna biskut marie aje, taklah sesedap oreo jadinya...Lain kali memang kena guna oreo jugaklah nampak nya. Konon2 nak jimat cost. Petang tadi masa kat opis dah mintak Along beatkan the cream cheese snd lain2. Bila balik, maklang tinggal buat the crust and then maklang uli roti yang Along dah letakkan kat dalam mesin buat roti tu...

So, inilah gambarnya untuk tatapan semua...Selamat malam...Maklang nak menjahit pulak ni...



Ayam masak asam pedas
Hati dan hempedal ayam goreng rempah
Roti cheese dan roti tuna

Dan ada jugak gambar bujang maklang yang tembam...tergolek depan TV dari balik sekolah pukul 12:oo tengahari, sampai ke petang! Malu konon...tak mo tengok kamera..
Ni dah tak berapa malu...dia kata malu sebab badan dia tembam
Posinglaa pulak!




Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels: , ,

18 Comments:

At Thursday, August 09, 2007 7:06:00 AM, Blogger Kak Elle said...

sape sangka maklang ada blog?haha jgn sangka org lama tak teck savvy eh maklang...kalau dia org terperanjat ngan maklang apa lagi ngan saya pulak ye yg dah 57 tahun ni....hahaha.... mula say belajar guna pc tahun 95 bolih menangis sorang2 buat trial and error tapi alhamdulillah skg dah pandai juga:)

Maklang hati ayam tu my favourite ...tak org makan mai bawak sini I habiskan:)

Macho looks bigger than his age!!

 
At Thursday, August 09, 2007 7:58:00 AM, Blogger Xuera_lar said...

sSalam maklang,
Asam pedas ayam tu speciality orang johor kan? kalau orang melaka lebih kepada ikan dan daging....tapi sebagai orang melaka sejati, semua jenis asam pedas memang peberet saya...

 
At Thursday, August 09, 2007 9:31:00 AM, Blogger MAMAMIA said...

All these while, dia orang tak tahu Mak Lang ada blog!!! Rugi besar.

Dah tengok resepi oreo cheese, nampak senang, tak banyak bahan.

Sori, nak tanya soalan bodo. 20 keping oreo tu, dgn cream dia sekali, or biskut dia aje?

 
At Thursday, August 09, 2007 10:26:00 AM, Blogger IKHWANI said...

kita punya acar buah dah selamaaaat, sebab sedap sangat, hari2 makan nasik mesti nak acar buah jugak! sekarang bekas dah basuh simpan!!! kena buat sendiri nampaknya ni.

 
At Thursday, August 09, 2007 10:46:00 AM, Blogger Cat Cat said...

maklang,
Sedap assam pedas tu. Nak resipi, boleh?

Tumpang lalu maklang....
Kak Elle, 57 muda lagi wei. Can kill 3 cows and 5 tigers. **wink wink**

 
At Thursday, August 09, 2007 11:32:00 AM, Blogger hanny said...

saya orang johor.dulu saya tak pandai masak asam pedas guna ayam. selalunya masak asam pedas mesti ngan ikan merah. bila duduk overseas terpaksa mempelbagaikan resepi so cuba masak asam pedas guna ayam. sedap gak ek.. lepas tuh bila kawen dah tak masak asam pedas sebab perut dah jadik perut jepun. tak tahan pedas.. ahaks!!!!
p/s kita link ek...

 
At Thursday, August 09, 2007 1:58:00 PM, Blogger silversarina said...

Bebudak tu taktau lagi maklang ada banyak blogs, jahit, masak semuanya ada, kalah diaorang .. hehe.

ayam pedas, mesti pedas ekk, sedapnya ...makin hari makin tak sabar nak balik....

 
At Thursday, August 09, 2007 3:15:00 PM, Blogger Mak Su said...

anak bujang bongsu ker?

 
At Thursday, August 09, 2007 5:02:00 PM, Blogger D said...

Eh, nilah pencapaian malaysia 50 tahun merdeka, ye tak? Blog Mak Lang, jangan tak blog...

ps: selalu leleh air liur tengok gambar masakan maklang tapi tengok durian, lebih dari leleh dah ni!LOL

 
At Thursday, August 09, 2007 10:47:00 PM, Blogger maklang said...

kak elle:

Itulaa...jangan sangka yang dah lama2 cam kita ni tak rugged...he..he..

Hati ayam kat sini memang tak laku langsung. Bibiklah tukang habiskan!

Arejue:

Tak taulah pulak masakan orang Johor. Maklang masak asam pedas ikut cara Wan and bila dah kawin ngan Cik Abang, ikut pulak masak asam pedas cara arwah MIL...ALhamdulillah menjadiklah jugak..

mamamia:

kenkadang malu jugak, bila orang baca blog maklang yang tak seberapa ni..

Bukan soalan bodoh tu...soalan baik sebenarnya...dan jawapannya maklang pun tak tahu, tapi masa maklang buat tu, semuanya maklang blend. Satu hal pulak nak buang cream dia. And semalam masa try buat guna biskut marie, banyaklah komplen maklang dapat, nak2 dari Along tu...

 
At Thursday, August 09, 2007 11:37:00 PM, Blogger zino said...

kalau tak tunjuk benda makan makan ni memang tak sah kat blog ni hehe..

 
At Friday, August 10, 2007 1:18:00 AM, Blogger ICook4Fun said...

Maklang, boleh tak Maklang kasi recipe hati ayam goreng rempah. I suka hati ayam macam gitu. Thank you.

 
At Friday, August 10, 2007 2:33:00 PM, Blogger Mak Teh said...

Nampaknya blog mak lang dah terkenal seentero dunia sebab masakan yang hebat-hebat dan gambar-gambar yang menawan!

 
At Saturday, August 11, 2007 7:32:00 AM, Blogger maklang said...

OO:

Kalau dah masak acar buah tu, buatlah N3...nanti pos pulak kat maklang supaya maklang boleh rasa pulak!

cat:

resipi no hal...nanti bila ada masa maklang letak kat dapur. tapi kena sabar ye...

hanny:

maklang mula makan ayam and daging masak asam, bila dah kawin ni, kalau tak, tak tau jugak!

Linklaa...

 
At Saturday, August 11, 2007 7:33:00 AM, Blogger maklang said...

Rina:

Itulah..jangan tak tau..blog pun ada Blog of Fame...He...he..he...

Mak Su:

Ye...anak bongsu...

D:

Kalau dah tak larat sangat tengok durian tu...balik aje ikut nisak!

 
At Saturday, August 11, 2007 8:54:00 AM, Blogger Mak Teh said...

Mak lang, Mak teh tak susah nak hantar lagi cuma kesian kat orang pos tu je dok kena pi rumah mak lang. He,he! Nak jadi kisah tu dia pergi cari rumah mamamia pun tak jumpa tiba berpatah balik ke pengirim, frust gak!

 
At Saturday, August 11, 2007 9:21:00 AM, Blogger maklang said...

Mak teh...Kesian apasal pulak...Kan makteh dah bayar dia ngan duit setem???he..he..he...kalau kesian sangat, makteh bagilah dia acar tu sebungkus, sure dia happy!

Abis, what happened to mamamia punya acar?

 
At Saturday, August 11, 2007 4:58:00 PM, Blogger Mak Teh said...

Mak lang, posmen tu tengok benda sama banyak kali saya pos, maka diapun bertanya: berniagakah? Saya jawab: Belum baru kasi-kasi sample. (Kesian air liur diapun meleleh! He, he. Rasa kejam pulak!) Mamamia punya nak kena hantar lagi sekali lah on Monday. Orang lain dah makan habis, dia punya masih kehulu kehilir.

 

Post a Comment

<< Home