Dari Teratak Maklang ~ 2007

Wednesday, September 05, 2007

Kerja Part 1

Assalamualaikum…

Dah 2-3 hari ni rasa cam lipas kudung pulak bergerak dari satu mesyuarat ke satu yang lain. Semuanya di buat di kawasan perindustrian Gebeng dan Kuantan. Group maklang yang bertanggungjawab untuk mendapat kelulusan dari jabatan2 berkenaan terpaksalah ber’kampung’ kat Kuantan pulak. Penatnya.


Hari Isnin, kami terus ke Jabatan Bandar kat tepi laut nak jumpa2 lah orang yang berkenaan. Nasib baik OK. Nampak ramah dan bersemangat nak masukkan pelaburan ke negeri mereka. Apalah nasib negeri maklang bekerja ni. Elok2 pelaburan di sini, jadi tukar tempat pulak. Selesai dari situ kami ke site baru pulak. Pusing2 sekitar kawasan baru dan adalah ambik gambar. Kawasan masih semak samun dan ada belukar kecil. Last2 malas pulak rasanya nak redah semak sebab pakai baju kurung. Duduk dalam kereta bukak aircond lagi sedap. Mana taknya it was like 1pm masa kami kat situ. Nasib baik tak berapa panas sangat. Kalau tak , mau gareng. Engineer yang pergi dengan maklang yang pergi ambik gambar…Kesian dia…


Siap kat sana, kami berkejar ke Kemaman. Makan nasi beriani. Late lunch. Kakak tu dah kenal maklang. Dapat discount sikit. Tapi mahal gak. Agaknya sebab bawak mat Salleh kot. Tapi tak pe, nanti claim duit kompeni. Lepas tu, carik pulak tempat nak solat. Ingat nak tumpang kat ofis client, tapi ketuk2 pintu, tak ada orang bukak. Talipon pun tak berangkat. Kena cari option nak solat kat mana. Pikir2 baik solat kat masjid Meraga Brisk, tapi takut tak biasa, lagi ambik masa. Last2 semuanya ke rumah maklang. Kiranya petang tu pecut jugaklah kereta. Sebabnya kami dah terlalu lewat. Janji meeting lagi satu kat Paka dalam pukul 4:00 mulanya jadi tunda ke 4:30 dan akhirnya kami tiba jugak pukul 4:45ptg. Nasib baik orang yang kami nak jumpa OK aje. Almaklum kami nak guna kemudahan dia orang….OKlah. Akhirnya meeting tamat pukul 6:15ptg. Balik tu berenti pulak nak tengok level crossing kat jalan keretapi dekat2 situ. Alaah..bila lah nak balik. Sampai ofis tunggu sekejap sebab omputih semua nak balik ke Kuantan. Taxi yang dah di book awal2 tadi dah pergi. Kena pulak cari phone no. taxi tu. Nasib baik jumpa. Alhamdulillah lepas they dah bergerak, maklang balik ke rumah. Asar masih melopong lagi. Cepat2 balik and solat. Dah tak larat lagi….

kat jalan keretapi di site baru.
ni jalan keretapi yang nak kena korek nanti...masaalah nak lay underground utilities.
ni level crossings yang ada...
Ini client tengah tengok contoh level crossing...maklang tunggu dalam kereta aje!..










Malam tu, cik Yah , wife Pak Omar datang nak urut belikat maklang dan seluruh tubuh. Sedap betul. Pukul 10:oo malam sambil Cik Yah urut, maklang dah gone. Memang tak sedar langsung!. Sedar2 dah dekat pukul 12:00mlm bila Cik Yah kejut kata dah habis urut. Memang lah penat sangat sebab boleh tak sedar Cik Yah urut…

bersambung...nanti malam..InsyaAllah... (11.14pm...malas pulak nak updet...besoklah pulak.Kena tido awal sebab nak ke Kuantan pagi2 besok. Meeting start kol 9:00!)


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels:

13 Comments:

At Wednesday, September 05, 2007 1:28:00 PM, Blogger Nur said...

Salam Mak Lang...sibuknye mak lang, nak buat macamana kan kerja. tak dak kerja susah kita. Saya pun dah mula kerja hari ni. Cuti 2 hari support anak UPSR.

Selamat bekerja...

 
At Wednesday, September 05, 2007 7:25:00 PM, Blogger KakNi said...

Penatnya Maklang.

 
At Wednesday, September 05, 2007 7:57:00 PM, Blogger Kak Elle said...

maklang saya nak pinjam cik yah tu bolih?...syiok nya kalau dapat di urut dgn nya.

Masih sibuk lagi ke?
btw maya dah terima belum?

 
At Thursday, September 06, 2007 8:32:00 AM, Anonymous Anonymous said...

ingatkan mak ngah je merah~mcm dlm iklan tu.....
tp maklang lagi......merah!
bunda tired lepas antar aishah kat KLIA.

 
At Thursday, September 06, 2007 8:58:00 AM, Blogger IKHWANI said...

saya pun nak jugak pinjam mak yah tu...hehehehe..sedapnya berurut!

 
At Thursday, September 06, 2007 4:10:00 PM, Blogger NJ@Goboklama said...

bestnyer dpt diurut-urut :)

 
At Thursday, September 06, 2007 6:08:00 PM, Blogger maklang said...

nur:

kalau lah tak yah kerja kan ke best...

ahni:

nak buat camana....nak carik duit

 
At Thursday, September 06, 2007 6:19:00 PM, Blogger maklang said...

kak elle:

terlalu sibuk sekarang ni...selalu tak ada kat office...malam sibuk melayan tetamu...

kalau nak pinjam Cik Yah marilah sini..

Tak terima lagi parcel Maya tu...

bunda:

first komen eh...laa...masuk ofis jugak ke? maklang tengah tengok cerita korea ni...best nampaknya...

 
At Thursday, September 06, 2007 6:20:00 PM, Blogger maklang said...

oo:

pinjamlaa...tapi kena tanya pak omar dulu...berapa lama nak pinjam tu?

Qisst:

Nikmat tu...he..he..he...

 
At Thursday, September 06, 2007 10:06:00 PM, Blogger Mama Rock said...

maklang, lama dah mama tak bertandang...busy sesangat. bebaru ni pun, mama pergi mengurut kat one of the spa kat ampang ni...seronoknya badan :)

 
At Friday, September 07, 2007 6:25:00 AM, Blogger zino said...

memang sibuk nampak nya.. tak apa..asalkan masyukkk hehe..

 
At Friday, September 07, 2007 8:01:00 AM, Blogger Cat Cat said...

maklang,
Tak takut ke dok dekat2 dengan landasan keretapi. Siap posing pulak... Kalau Cath, lengguh kaki.. HAHAHA!

 
At Friday, September 07, 2007 11:39:00 AM, Blogger cikdinz said...

sibuk nya. jalan keterapi pun nak kena lawat...

 

Post a Comment

<< Home