Sibuk lah lagi...
Assalamualaikum...
Seronok hari ni sebab maklang tak kerja. Ialah tak pergi opis, tapi kerja kat rumah memang ada aje. Sebenarnya kalau ikutkan kerja rumah tak banyak mana sebab kebanyakkannya bibik yang buat. Maklang tinggal masak aje. Lepas solat Subuh tadi ingatkan nak tidor lagi, tapi sebab anak2 sekolah hari ni tak jadik pulak dan sambung baring. Letih sangat rasanya...Lagi pulak, tulang belikat sebelah kanan ni lengoh dan sakit. Tapi malas nak layan sebab takut nanti lagi rasa sakit dia.
So pagi2 tak ada buat apa. Konon2 nya nak khatamkan DVD yang Alang pinjamkan. Sampai hari ni baru 3 aje habis tengok. Masih banyak lagi ada, entah bila pulak nak tengok tu. Dengan sibuk memanjang ni, macam tak ada harapan nak khatamkan aje. Tengok hari ini aje, macam tak terlarat dah. Pagi2 maklang memasak. Daripada tak ada idea nak masak apa, jadi masak macam full blast aje. Since masih ada nasi impit soto hari tu, maka maklang pun buatlah lontong. Lagipun teringat kat kawan maklang yang suka sangat lontong. Kalau nak buat kat office, mau tak terlarat.Lagipun kawan maklang ni balik ke Kerteh waktu wiken aje. So, tadi lepas dah siap2 masak, maklang bungkus kan sikit untuk dia.
Sotong semalan rendang ayam pun ada
Kebetulan pulak hari ni barang yang maklang beli semalam sampai masa kami tengah makan. So, maklang bungkuskan jugak untuk kawan maklang yang satu lagi. Dia mintak tolong maklang belikan set kerusi kat kedai F3lla tu. Terlanjur dah ke Kuantan, maklang pun order lah untuk kawan. Dan sindiri tergoda jugak. Bila barang dah tiba kat rumah, mulalah kemas mengemas.
Ini kerusi yang Hakim kata dia punya
Maklang pun pergi jugak kat rumah kawan nak tengok perabut tu. Maklang suka sangat perabut yang maklang tolong orderkan tu. Kami pun sama sibuk tolong susunkan perabut kat rumah dia. Ialah kat rumah sendiri tak ada yang baru!
Petang menjahit dan dapat siapkan jahitan tulip satu.ini yang maklang letak beberapa hari lepas. Lagi 1% siaplah tu..Then boleh buat beg.
Ini first try on tulips..OK tak?
Then ada kawan datang. Jemput dia makan orero cheese dan lontong. Dia mintak nak beli my lollipops ribbons yang ada 4 pasu tu...Wah tak sangka ada sale lagi...Rezeki..rezeki...Syukur Alhamdulillah..
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi...
16 Comments:
Bagus lah balance nasi empit bolih juga di gunakan kan?
maklang lawa bedsitter tu berkenan lah:)and the tulips tu pun lawa juga.
oh maklangggg..segala macam sambal-sambalan, dan rendang tu sungguh-sungguh menggoda deria rasa saya..huhu..telan airliur aje lah dulu =)
ari ni baru tersa nak tinggal jejak...salam kenal dr bumi mesir. teruja betul saya tgk gambao masakan n ribbon kat blog mak lang nih..anak saya cakap ummi masak la cam dlm gambo tu tiap hari...coz tiap hari saya buka blog akak..
salam..
ari ni baru terasa nak tinggal jejak...salam kenal dr bumi mesir.
teruja betul saya tgk gambo masakan n ribbon yg akak buat..tiap hari saya buka..anak2 plak asyik suh masak cam dlm gambo ...huhuhu...ummi nya tak pandai la nak masak cam kat blog22 yg ade gambo masakan...
Mak Lang tolong belikan bedsitter tu kat mana? Cantiklah.
Jgn marah ya, my point of view, kalau tulip tu, bahagian bawah dia kalau boleh kuncup kan sikit lagi... Ni dari kacamata I lah...
salam,
lama tak kemari. maaf ya maklang, badan on off sihat ni
bila lama tak kemari, tgk gambor2 ni makin meriah rasanya ngan segala jenis masakan n jahitan :D.
ishhh lawonya tulip tuh! maklang belajar masuk kelas ke guna buku ekk?
Salam Mak Lang ...
Semalam pB call HP Mak Lang ..
Sibuk eks..??
Tak jawab pung ....
mcm senang je buat tulips tu.. rasanya terbelit jari2 ni dgn riben tu nanti.. order je la dari maklang kan, kan, kan....
kak elle:
lawa2 tu ikut tuan dia laa..ha..ha..ha..
itot:
telan jangan tak telan!
yus:
kalau cuba selalu lama2 pandailah masak tu, InsyaAllah!
mamamia:
tu bedsitter dari Fella..tengah sale sekarang kat Kuantan. Mula2 tak ada intention nak beli, tapi terpikat instantly!
kaklong:
tak apa tak kemari, tapi jaga kesihatan tu ye...tak lama lagi dah tu nak terima baby baru!
ayumkay:
maklang tengok2 kat buku, lepas tu main hentam aje...alhamdulillah jadiklah jugak walau tak seperferct cam kat buku!
pB:
Sorry tak dengar kot sebab hp on vibration mode and kat dalam handbag. Lepas tu meeting dari pagi sampai petang...
mulan:
nak order berapa set???
maklang, wah syukur ada rezeki, tentu seronok kalau apa yang kita buat ada orang minat nak membeli kan?
tulip tu dah cantik cuma mata i kata kuncup sikit bawah and tanah dia kalau warna dia tak gelap sangat nampak lagi contrast dengan bunga tu..ni mungkin dalam gambar nampak lain daripada yang sebenar but then kalau warna gelap elok supaya tak cepat nampak kotor.
wah...dah boleh buat bisnes ni. menambah rejki ye....
Mak Lang apa kabar...lama tak kemari...maklang dah beli kerusi baru...memang gambar bunga tulip tu cantik
OO:
Memang dalam gambar tak sama. Warna dia muda lagi dari dalam gambar...dan tulip tu memang kena kuncup sikit..masih dalam proses pembelajaran laa...
Cikdinz:
Alhamdulillah...memang nak buat bisnez kecil2an...InsyaAllah...
Kak lady:
Maklang sihat, tapi agak sibuk..Maklang pun dah lama tak melompat2 ke blog2 lain...Sibuk and sekarang ada tetamu kat rumah, so takkan nak duduk depan PC je...
Post a Comment
<< Home