Dari Teratak Maklang ~ 2007

Thursday, September 13, 2007

Ramadhan Ya Ramadhan...

Assalaamu'alaikum Wr.Wb.,


Tiada kata seindah dzikir, tiada hari seindah hari ramadhan, untuk itu izinkan kedua tangan

bersimpuh maaf untuk lisan yang tak terjaga, janji yang terabaikan, hati yang berprasangka

dan semua sikap yang pernah menyakitkan, maaf lahir batin, selamat menunaikan ibadah puasa 1428 H.

============================================


Tahun ini berlainan sekali rasa nak menyambut puasa. Tak tahu kenapa. Entahlah perasaan seronok melebihi dari tahun2 lalu. Moga2 mendapat rahmat Allah hendaknya dan mudah2an dapat menunaikan ibadah puasa dan amal ibadat yang lebih2 lagi dari tahun2 yang lepas, InsyaAllah.


Masa maklang menaip ni, semua ahli keluarga dah terlena semula agaknya. Tapi tak tahulah semuanya dibilik masing2 melainkan bujang. Sempat jugak dia pujuk maklang nak tidur kat bedsitter kat bilik ini. Cik Abang dah berkeruh semula. Angah dah Maya tadi maklang suruh mereka berterawih sebab malam tadi tak buat. Mengantuk sangat. Si Maya dah tertidur awal. Masa kejut Isyak pun, muncung dah sekaki....Along masih tak sihat lagi. Dah 3 hari on MC. Mungkin hari ni tak ke sekolah lagi. Maklang kata kat dia lain kali mintaklah nak sakit lagi, kan Allah bagi kaw-kaw punya. Dia senyum aje!.Waktu ni semuanya dah lelap, cuma mak mereka aje yang tak boleh tidur. Biasalah Maklang,lepas Subuh susah nak tidur balik. Kadang menjahit, kadang buatlah apa2 yang patut...nanti ngantuk nya datang dekat2 waktu nak masuk opis, tu yang lemah tu!


Tadi sahur, makannya biasa2 aje. Petang semalam maklang dah tumiskan dendeng. Cik Abang kalau sahur suka makanan yang kering2. Nampak berselera dia makan dendeng. Along nak makan sup sebab masih sakit tekak. Jadi maghrib semalam, maklang dah letakkan ayam dalam slow cooker. Pagi ni supnya jadi pahit pulak. Barangkali sebab rempah dari sup bunjut tu pecah agaknya. Last2 dia makan roti and ubat2 dia. Angah dan Maya, no hal. Tadi Bibik dah goreng kan ayam. Bujang pulak, punyalah payah nak kejut tadi. Ada dekat 10 mins before dia bangun. Maklang suap dia makan nasi dan ayam goreng. Siap 3-4 suap, dia luek. Kenyang kata dia. Nampak2nya tahun ni bersemangat sangat dia nak puasa. Moga2 tertunailah hendaknya dan mungkin ini salah satu sebab mengapa maklang rasa seronok sangat nak berpuasa.

Maklang pulak tak boleh makan sahur. Paling kuat minum air dan telan ubat aje. Sejak maklang lahirkan Dhirah, maklang memang tak boleh makan. Kalau makan nanti waktu mandi, mesti keluar segala2nya. Perut kembung, kepala pening. So, baiklah tak payah makan. Minum air putih dah baik. Ini ikut Atoklah ni. Dia pun macam ni, tak boleh makan sahur.

Semalam pun maklang dah mintak Along tanya2kan kat adek2 dia, apa yang terasa nak makan bulan puasa ni nanti waktu berbuka. So, Along dah jot down dah. Satu hari satu orang aje boleh pilih menu apa nak makan. Maksudnya menu yang teringin nak makan. Mula2 Hakim. Then Maya, Angah, Along , Abah and last sekali maklang lah. Buat macam ni supaya semuanya tak berebut nak makan apa. Dan rasanya biar mereka look forward untuk hari mereka. So far so good. Yang kelakarnya permintaan bujang lah...First day of puasa, dia nak berbuka dengan nugget! Ha..ha..ha...Tapi for surelah kena tambah lauk lain, nantilah petang nanti baru pikir! Selamat berpuasa semua...jangan nakal2!



Kat sini, maklang letakkan gambar lauk2 semalam. Mana tahu boleh bagi idea untuk juadah berbuka hari ini....
Sup sayur bersama fishball
Kerabu sotong
Dendeng...sebelum di goreng dengan sambalnya...










Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....

Labels:

11 Comments:

At Thursday, September 13, 2007 7:00:00 AM, Blogger Kak Elle said...

seksa nak bangun sahur eh maklang?macam saya juga tak bolih tido balik takut kang terlambat ke kerja...nampak makanan pulak pagi2 masuk kat sini..lagi seksa tapi sabar...sabar...

 
At Thursday, September 13, 2007 7:05:00 AM, Blogger arsaili said...

salam..bestnya lauk...sy tak selera aa maklang..makan dua sudu plak..sensorang lagi tu..sob3x

 
At Thursday, September 13, 2007 7:21:00 AM, Blogger Kak Elle said...

maklang lupa pulak kalau semua ada permintaan apa nak makan hari ketujuh masih kosongkan yg tu my request bolih?....hehehe

 
At Thursday, September 13, 2007 9:53:00 AM, Blogger Cat Cat said...

Wah, sedapnya sup bebola ikan... That's my favourite.

 
At Thursday, September 13, 2007 10:01:00 AM, Blogger Nur said...

Salam Mak Lang, Selamat Berpuasa.. Saya waktu sahur, tak boleh nak makan jugak, macam mak lang jugak. Anak-anak pun dah set dah nak makan apa, nasib baik saya boleh masuk kerja 7.30 and boleh balik 4.30..legaaaaa

 
At Thursday, September 13, 2007 3:52:00 PM, Blogger IKHWANI said...

sup sayur sama fishball + prawns kita dah buat tadi pagi untuk sahur..tahun ni tak ada acar buah masa sahur..samalah kita lepas sahur or subuh mana boleh "gone" atas katil, lepas tu dah dekat masuk opis mulalah menguap2..kita tak kuasa nak suruh anak2 buat menu, kecik lagi pun tak reti sangat nak order menu..hehehehe..

selamat berbuka!

 
At Thursday, September 13, 2007 4:03:00 PM, Blogger maklang said...

kak elle:

mintak maaf buat akak lapar...niat baik...nak bagi idea nak masak apa, bukan nak suruh lapar...

Cat:

Feberet maklang jugak tu...panas2 pulak ada sambal belacan...kembong le perut ni...he..he..

Nur:

Nak buat camana dah tak diizinkan makan..perut ni pun pandai...kalau tuan di asyik makan aje, bilalah dah menguruskan...maklang office hrs 8-5...tapi datang lambat tadi, kenalah balik lambat. Plus ari ni masak sempoi je..

 
At Thursday, September 13, 2007 4:06:00 PM, Blogger maklang said...

arsaili:

Tak selera??Laaa...kesian adek sorang ni...jangan ikut kan hati sangat, nanti masuk angin!

kak elle:

terlepas pulak nak jawab. Rasanya tak ada hari kosong, pusing2 giliran, so, no days are without the requested menu...tapi kalau akak nak makan, order jelaa, maklang masak nanti maklang letak kat blog, and akak boleh tengok jelaa...

OO:

Sure sedap makan panas2 sup tu. Udang masak apa pulak?

Maklang memang tak leh tidur kalau dah bangun macam tu...kejap lagi, tengoklah lembik dia!

 
At Thursday, September 13, 2007 5:20:00 PM, Blogger umie@kakyong said...

Salam maklang..
1st time comments kat sini... selalu tu jenguk2, tak sempat nak komen sbb leka tgk mcm2 gambar ada dlm ni...
Tgk bag rasa nak order, tgk masakan maklang terus lapar... nasib baik bulan puasa... sabarr jer le....

 
At Thursday, September 13, 2007 8:20:00 PM, Blogger maklang said...

umie:

sudi2lah berkunjung ke mari...

 
At Friday, September 14, 2007 4:29:00 AM, Blogger Leyla Shuri said...

selamat menunaikan ibadah ramadhan, semoga sesama diberkati, amin.

apo buek tu? jgn ponek-ponek masak, nanti sakik pinggang tu...

link kito kek situ dah lain, ubahlah yg baru puyo...

 

Post a Comment

<< Home